Abang , lain kali jangan buat Mila macam ni tau. Wajah Mila masam mencuka kerana Azam tidak memenuhi permintaannya untuk bercuti ke kampung. Mila melangkah dengan perlahan seakan malas di shoping Mall itu.
Azam hanya diam membisu sedikit pun tidak di responnya tingkah laku dari Mila. Azam terus menggengam tangan isteriNya membawa ke arah sebuah restoran yang ada di Shoping Mall tersebut. Sayang, kita dah sampai sebelum Abang bawa jalan ke tempat lain kita sarapan dulu dekat sini ya. Sayang kali ni jak Abang minta Mila jangan hampakan Abang, tak pernah kan Abang bawa Mila jalan-jalan selama kita dah berkhawin, izinkan Abang menebus kesalahan Abang selama ni.
Abang, Mila ok. Sudahlah, Mila minta maaf juga sebab buat Abang rasa bersalah. Jadi kita makan apa? sememangnya Mila seorang yang bersikap positif dalam keadaan apapun namun disebalik semua itu Mila sebenarnya Kecewa dengan suaminya.
Sayang dekat restoran ni Mee goreng Seafood dia sedap, sayang cuba ya. Azam terus memesan Mee goreng Seafood dan Tea O panas. Mila, Abang selalu makan sini dengan Rina, semua makanan dekat sini sedap. Azam tanpa sedar menceritakan segalanya tentang makanan di restoran itu.
Mila menarik nafas panjang seketika mendengus perlahan. Abang, jadi restoran ni tempat Abang dan rina selalu makan? Patutlah Abang..
Hai Azam! siapa ni? perbualan Mila dan Azam terhenti seketika. Kedatangan Rina dan sofia membuat Azam sedikit terkejut. Hai, 'Breakfast' kat sini ke?
Boleh kita berdua duduk kat sini? lagi pula lama tak jumpa Azam. Sofia tanpa segan silu duduk disebalah Mila manakala Rina duduk disebelah Azam. Hai saya Sofia and you? sofia menyapa Mila.
Saya Mila ist.. belum sempat Mila meneruskan kata-kata Rina terus menyampuk.
Abang apa khabar? sombong Abang sekarang, call tak angkat, chat tak reply. yealah kan mybe tengah bahagia. Rina memandang Mila sambil tersenyum sini.
Abang sihat, cuma busy sekarang ni maklumlah ramai yang panggil Abang check Projek pembinaan sana sini tapi Abang cuti dulu bawa isteri kesayangan Abang ni jalan-jalan taklah dia boring dekat rumah jak.
What??? isteri? sofia terkejut sehingga mengeluarkan nada suara kuat. Azam dan Rina sejak bila putus? kata sehidup semati. Sofia kemudian ketawa kuat.
Sofia jomlah I tak lapar jom keluar. Rina menarik tangan Sofia. beg tangan sofia hampir terlepas dari gengaman akibat ditarik oleh Rina.
Youuu apa yang terjadi? i tak percaya you yang you dengan Azam dah putus! you tipu I, dasar kawan bodoh! sofia membebel sambil berjalan menuju ke tempat parking kereta.
Sofia please aku tengah hot ni jangan ko tambahkan bara dalam hati ni. Cukuplah selama ni aku pura-pura terima hakikat yang dia dah beristeri sebab kau pun tahu aku kerja dengan Datin Niah, kalau dia tahu entah apa yang dia akan buat. Rina mendengus didalam kereta sebelum berlalu pergi.
Abang, boleh Mila tanya? Kenapa bawa Mila dekat restoran tu? bukan Mila tak suka tapi kalau Abang bawa Mila tempat tu semata-mata nak kenang kenangan Abang dengan Rina, kenapa Abang tak pergi dengan Rina saja? Mila dah penat bang memahami semua keadaan. Mila lalu bangun dan berbaring ke sofa bilik Azam.
Sayang dah kenapa ni? siap merajuk tak nak tidur sebelah Abang, besar sangatkah salah Abang ni? Sudahlah Abang malas nak jelaskan semua ni dan Abang tak ada niat pun nak pergi ke restoran tu semata-mata nak kenang balik kisah cinta Abang dengan Rina. Azam bangun dan mendekati Mila dan mendukung Mila ke tempat tidur.
Sayang I love You. Azam mencium perlahan bibir Mila dengan lembut.
Arrhhh Abang, Akhirnya Mila lemas dalam dakapan suaminya.
teruskan membaca gaiss.tq
Share this novel