25.HILANG SABAR

Drama Series 6047

ketukan pintu membuat Mak Intan terkejut sedikit. Kenapa Azam tak buka pintu pakai kunci dia sendiri? sambil melangkah Mak Intan berkata-kata.

Ehh Datin Niah, Mak Intan sedikit terkejut.

Ehh Mak Intan, ingat Mila tadi.

Mila yang baru keluar dari bilik terkejut melihat Datin Niah sudah duduk diruang tamu bersama EmakNya. Ibu bila sampai? Mila menyalam tangan mertuaNya. Azam cakap tadi dia ambil Ibu?

Hmmm budak bertuah tu, Ibu call tapi tak angkat dah lama Ibu tunggu dekat pekan tadi sebab Ibu nak dia hadir dalam majlis pembukaan butik baru Ibu dekat sana, Azam pun dah tahu jemputan tu tapi sampai majlis habis batang hidung tak nampak. Datin Niah mendengus kesal.

Membulat Mata Mila mendengar Datin Niah memberitahu. Yakah Ibu? Abang Azam ni ke mana pula? Mila mula gelisah.

Mak pun risau ni, Mak Intan pula meluahkan keresahannya. Dari petang tadi Lisda keluar belum balik-balik lagi sampai sekarang. Ke mana agaknya sorang ni.

Lisda tak ada Mak! bukan Lisda dalam bilik ke Mak? Mak kenapa tak bagi tau Mila! Isshhh sahlah mereka ni check-in hotel, tak apa tengok nanti. Mila mundar mandir seperti hilang akal tak mempedulikan keberadaan mertua dan Emaknya.. Ehhhh!! Mila geram dengan mereka berdua ni sama-sama gatal.

Mila, Kenapa ni? mengucap nak kamu tu berbadan dua tak baik cakap yang bukan-bukan jaga kata-kata nak. Mak Intan memberhentikan gerakan mundar mandir Mila.

Betul kerr Mila berbadan dua? Datin Niah pula terkejut sambila mendekati Mila. Datin Niah mengusap ngusap belakang Mila. Sabar Sayang napa begini cuba cakap dengan Emak dan Ibu apa yang sebenarnya berlaku.

Tak guna saya ceritakan! Jantan sial dan betina sial tu dah kemaruk cinta Ibu, Mila ni tak wujud pun dalam rumah ni, sebab kenapa Mila cakap begini?

Anak , bawa mengucap. Pak Mail pula menyampuk , sabar nak duduk dulu. Mak-nya pergi ambil air bagi Mila minum. cepat sikit. Pak Mail kerisauan melihat tingkah laku Mila yang semangkin tak terkawal.

Datin Niah cepat-cepat mencapai Handphonenya sambil mendail dan meninggalka n ruang tamu sambil bercakap dalam telefon.

Mak Intan! Datin! Pak Mail pula beteriak. Cepat Mila ni dah kenapa?

Ya Allah Mila, bangun sayang, Cepat angkat Mila masuk dalam kereta kita bawa pergi Hospital terus.

Mak Intan terpaku melihat anaknya di angkat oleh Ayahnya. Mila anak Mak, Mak Intan mula menangis.

Cepat Mak Intan kita pergi ke Hospital.

Doktor bagaimana keadaan anak saya?
Mak Intan bertanya kepada doktor sambil menangis.

Puan berdua dan tuan mari masuk dalam bilik saya, biar di dalam nanti saya jelaskan ya.

Begini Puan dan tuan, Pesakit tu kelelahan mungkin rehat tak cukup, stress dan pemakanan pun tak jaga sebab tu pesakit iaitu Puan Mila lemas dan lemah badan membuat dia pengsan separuh sedar. Walau macam mana pun kandungan Puan Mila dalam keadaan baik cuma itulah nanti tolong tengok-tengokkan dia sebab Puan Mila macam mengalami kemurungan yang melampau. mungkin ada masalah yang di pendam.

Mak Intan dan Datin Niah saling berpandangan.

Terima kasih Doktor, jadi anak saya tak masuk wadlah kan maksud saya anak saya tak mengalami kecedaraan kan sebab tadi dia tiba-tiba jatuh terbaring. Pak Mail pula bertanya.

Kami dah check, dia tak apa-apa cuma perlu rehat secukupnya, lepas air yang dimasukan habis puan Mila boleh balik.

Terima kasih doktor kalau tak ada apa-apa kami keluar dululah.

Mak Intan, Pak Mail sementara Mila berehat kita cari warung ke atau restoran sebelah sana, sejuk pula malam ni kita minum panas-panas dululah.

Di meja makan restoran Datin Niah dan Mak Intan serta Pak Mail hanya mendiamkan diri sambil menghirup minuman masing-masing.

Handphone Datin Niah tiba-tiba berbunyi.
Hello, ok kejap Datin tengok. tq so much apa-apa jumpa di office nanti ya. Datin Niah membuka whatsappNya, mata Datin Niah terbuka besar dan seketika muka Datin Niah berubah menjadi serius.

Ada apa datin? ada masalah kerr? Pak Mail bertanya kerana bimbang ada hal yang berlaku kepada Azam.

Tak ada apa-apa Pak Mail. Bah jomlah dah siap rasanya Mila tu dah dua jam kita tunggu.

Datin tunggu sajalah dalam kereta biar saya dan ayah Mila perg tengok Mila ya. Mak Intan menyedari tingkah laku Datin Niah yang berubah serius seakan ingin marah.

yalah Mak Intan saya tunggu dekat sini saja ya.

Datin Niah menekan Handphonenya, seketika panggilan berjawab. Ha! hello, Azam kat mana? kenapa off telefon? Azam balik sekarang! Ibu sekejap lagi sampai kat rumah kau.

Azam dan Lisda ni dah kenapa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience