BAB 20

Romance Completed 5823

Keen duduk di sofa di ruang tamu. Fuhh… penat. Semalam akad nikah terus bersanding untuk sebelah perempuan. Hari ni di rumah pengantin lelaki. Lenguh badan. Haaa… penat!

Hah! Korang mesti fikir pasal malam pertama aku kan. Ish serabailah korang ni. Malam tadi dia dekat rumah family dia. Hari ni baru aku dapat jumpa dia. And dari mula kahwin sampai sekarang kita orang langsung tak berbual. Kenapa? Aku pun tak tau.

“Hai kak!” Seorang gadis menegurnya.

“Eh, Eka. Ingatkan siapa tadi.” Keen menegur gadis manis itu merangkap adik Izzat Amir. Kira adik iparlah ni.

“Hah, baru Eka dapat nak menemu ramah kakak ipar Eka ni. Kak Keena penat ke?” Eka duduk di sebelah Keen di sofa.

“Taklah. Akak pun dari tadi nak berbual dengan Eka tapi tak dapat-dapat.” Keen tersenyum melihat Eka yang sangat manis. Tak penat? Tadi bukan main lagi merungut.

Nur Ateqah binti Husien. Manis aje budaknya. Tahun ni ambil SPM. And what a world. Eka ambil SPM dekat sekolah lama aku dengan suami aku. Izzat Amir a.k.a Ustaz. Pelikkan macam mana aku boleh tak perasan muka ustaz masa semalam. Waaa… dia pakai songkok jugak semalam. Tapi… muka di totally lain dan aku tak cam dekat dia and semalam dia tak pakai cermin mata. Tu yang aku langsung tak fikir yang depan mata aku USTAZ!

“Errmmm Eka, sebelum ni kita pernah jumpa ke tak sebelum ni?” Keen menganalisa wajah adik iparnya yang manja dan ramah itu. Mana dia jumpa ek?

“Ada ke. I think semalam baru Eka jumpa kak Keena.” Eka meneliti wajah kakak iparnya yang comel dan cantik. Dia terkejut melihat bakal isteri abang Izzat yang sangat cantik. Kalau nak di banding dengan Lisa Surihani memang sorry to say kakak iparnya lebih cantik.

“Aaaa… dah ingat dah mana kita pernah jumpa.” Keen tersenyum. Dia yakin ini adalah gadis yang dia jumpa suatu hari dulu.

“Hah ada ke kak? Bila? Kat mana?” Eka memegang tangan Keen dengan perasaan ingin tahu.

“Okey akak bagi clue. Ermmm… PWTC… Baju kurung… warna kuning… peplum…”

“OMG!!! Don’t say it! Don’t say it! Akak… akak penulis novel tu kan! Kan!” Lurus jari telunjuk Eka menala ke arah Keen.

Keen hanya tersenyum lalu mengangguk. Betul tekaannya. Gadis manis ini yang memakai baju kurung kuning.

“Akak! Eka suka gila novel terbaru akak. Memang sweet gilalah. Hmmm esok Eka bagi tau kawan-kawan Eka yang abang Eka kahwin dengan penulis novel!” Eka sudah memeluk Keen kerana keterujaan yang tahap maksima.

Mereka bercerita hingga tanpa sedar sudah hamper pukul 11.30 pm. Eka memang boleh ajak berbuallah. Memang kepala pun tingtong sikit. Keen melihat mereka masih lagi mengemas di luar rumah. Terukkan aku curi tulang.

“Akak semalam dekat rumah akak ada potret besar lepas tu ada gambar lelaki handsome. Siapa tu?” Tanya Eka sambil tersengih.

“Abang akak. Quyyum Sulaiman.” Hambar senyuman di bibir Keen.

“Ooo… kenapa semalam tak nampak? Tadi pun tak ada?” Naif aje gadis 17 tahun itu bertanya.

“Dia dah meninggal. Barah otak.” Keen cuba tersenyum.

“Opss… Sorry…” Eka menutup mulutnya. Siapa sangka lelaki kacak di dalam potret itu telah meninggal dunia. Kepada Allah ia datang dan kepada Allah ia kembali.

“Eh… tak apalah.. Ermmm Eka… mana satu bilik abang Eka?” Itu soalan yang dari tadi membelenggu fikirannya. Dari tadi dia tunggu Izzat Amir tapi nampaknya ustaz tu lagi suka duduk luar. Hei suami kamu tu mengemas kamu tu curi tulang dok lepak dekat dalam rumah. Teruk.

“Ohhh… akak naik atas pusing kanan paling hujung. Abang tak tunjuk kat akak ke mana bilik dia?” Eka mengurut kakinya yang keletihan. Orang kuat jugalah adik ipar ak ni masa majlis aku.

“Hehehe… tadi masa datang akak busy sikit. Abang Eka yang letak beg akak tadi semua. Masa siap-siap pun pakai bilik tetamu.” Keen meneliti rumah bekas Cikgunya itu. Banglow yang sememangnya agak besar. “Errmmm.. okeylah akak naik dulu. Good night!”

Keen meninggalkan Eka di ruang tamu dan kemudian mendaki tangga. Okey belok kanan paling hujung, Gotca! Keen menapak masuk ke bilik hujung. Keen memulas tombol pintu.

Dia meneliti bilik milik Izzat Amir yang dah di makeover jadi bilik pengantin. Dia menilik seluruh ruang bilik yang ada meja kerja, almari baju, katil queen saiz dan almari buku. Keen berdiri di hadapan meja kerja. Terlihat kad kahwin yang cantik di atasnya.

‘Izzat Amir & Qurratul Sakina.’

Keen ketawa sendiri. Kenapalah aku tak tengok kad kahwin aku sendiri? Semua mama dengan ummi yang buat. Ni pun semalam balik filght dari Kemboja terus minah 3 ekor tu angkut aku pergi spa and then terus kahwin. Mana nak sempat prepare apa-apa.

Keen memandang corkboard di hadapannya. Banyak note kecil yang ditampal. Gambar ustaz sewaktu sekolah. Yeah, itu muka ustaz yang sama macam first time jumpa dia waktu tengah belajar Add Maths. Kemudian melihat gambar seterusnya. Ohh gambar di masa konvokesyen pakai baju jubah segala bagai. Hmmm, dia kerja apa ek?

Kemudian dia beralih kepada almari buku. Buku-buku ilmiah yang tak menarik perhatiannya walaupun dia penulis novel. Dia hanya melihat almari kayu yang sangat menarik rekaannya.

“Asalamualaikum…” Suara menegur di tepi telinga membuat Keen merenyam satu badan. Apa bisik-bisik nie?

“Waaa..wa..waalaikumsalam..” Sheeessh.. aura gagap datang lagi!

“Tengok apa?” Tangan lelaki itu merayap dipinggangnya membuat kaki Keen mengeletar. OMG!

“Err.. buku?” Hish… seram ni. Memanglah aku syok kat mamat ni sejak dari zaman mengendap mamat ni tepi tingkap. Tapi bila dah kat belakang aku main bisik-bisik kat telinga… seram!

“Nak tengok something tak?” Izzat Amir tersengih melihat Keen yang mengelabah tak tentu arah macam ni.

“Ah? Tengok apa?” Keen dengan beraninya memandang wajah Izzat Amir. Ya Allah, indahnya ciptaanMu yang berada di sisiku ini. Keen memerhatikan wajah ‘suaminya’ itu. Tak dapat terungkap wajah ustaz yang kacak!

Sebelah tangan ustaz menyelak satu board di almari, ala-ala sliding door dekat almari. Dan melihat isi di dalamnya membuat mata Keen terbeliak dan terus menutup mulutnya.

“Kena tutup-tutup sikit sebab Eka tu kepoh sikit. Kang nanti dia kata abang dia ni mat jiwang sebab baca semua ni. And you know, I like this most!” Izzat Amir menunjukkan sebuah buku di dalam susunan buku di dalam almari.

Keen mengetap bibir. Mana taknya 6 buah novel tulisannya tersusun cantik dekat dalam ruang yang tertutup rapi. Semua novel berserta nama Qurratul Sakina! “Kenapa suka yang tu?” dia bertanya dalam getar. ‘Love in Detention Class’. Novel yang baru sahaja di terbitkan pada bulan lepas.

“Because the hero is me. Am I right?” Izzat Amir tersenyum melihat Keen blushing habis. Merah-merah muka isterinya. Mana taknya mula-mula dia teman Eka beli novel, Eka pun berceritalah novel pujaannya yang rupa-rupanya seorang gadis yang sering menjadi penyelamat dirinya.

“Errkk… Arr…” Keen mengelabah. Hailaa… malunya. Mana taknya, letak nama hero novelnya itu Izzat Amir.

“Thanks.” Izzat menarik bahu Keen untuk menghadap mukanya.

“For what?” Keen berkerut dahi mendengar kata-kata dari Izzat Amir.

“For saving my life about 5 time without thinking about your life.” Izzat menyelak rambut Keen dan meletaknya cantik di celah telinga.

“Lima kali?” Keen membilang berapa kali dia jadi ‘SuperKeen’. First bila dia nampak ada note belakang ustaz yang tulis ‘Kick me or Kiss me’. Next, waktu ustaz kena prank dengan K-roll sampai melecur kaki. Lepas tu, masa aku defend suami aku dari pada kena rembat dengan K-roll. Mana datangnya lagi 2?

“Yang lagi dua tu, masa ada superwomen datang pakai peplum pink tolak sorang mamat yang tengah khayal berbual. And for be my wife. You save my heart that chaotic to find you.” Tangannya menyentuh dahi Keen.

“Kesian dia… Parut ni sebab nak selamatkan abang kan?” Izzat menyentuh dahi Keen yangada tanda parut. “Kenapa tak buat plastic surgery or banyak product hilangkan parutkan?”

Keen tersenyum sedikit. Parut yang membuat 8 jahitan di dahi kerana tragedi 11 tahun dulu. “Because, when I see this scar. I will remember the person that I save.” Keen tersengih.

Izzat Amir kemudian menyentuh rambut di yang paras bahu itu. “ Dah pendek.”

“A’ah, rimaslah rambut panjang.” Kemudian baru Keen perasan sesuatu. Bila dia tahu sebelum ni rambut aku panjang,? Keen memandang muka Izzat Amir dengan penuh tanda tanya.

“Errr… actually… dulu zaman sekolah… I saw you macam orang tengah high, jalan pun macam orang baru lepas ambil heroin sambil teguk Heinken. So abang pun teringin juga jadi superhero. So I’am brought you tu bilik kesihatan. And…”

“And you pulled off my tudung?” Keen mengecilkan biji matanya memandang ustaz.

“Errr… Yeah.” Izzat tersengih senget.

“Ustaz!!” Keen menutup mukanya. Malu! Rupanya orang yang angkut dia bawak pergi bilik kesihatan rupanya Ustaz! Teringat aku siap landing lagi kat bahu dia. OMG what the shame!

“Why are you keep calling me ustaz since first time you see me?” Ustaz memegang kedua belah tangan Keen yang menutup mukanya.

“Because… you look so pious. I like you in songkok and spec! Macam lelaki melayu terakhir.” Keen tersengih lagi. “And boleh tak… if… I called you ustaz? Tak naklah panggil abang ke.. hubby ke… gelilah…”

“Ada aje.” Izzat mencuit hujung hidung Keen. Oh ya! Izzat pantas mengambil kotak yang berada di meja kerjanya. “Nah ayah bagi.” Ustaz mengambil kotak sebesar tapak tangan dan di beri kepada Keen. “He say sorry for what happen. And he glad that you are my wife. Oh ya! Ayah dah maafkan yang sayang dulu pancit dengan calarkan kereta ayah.”

Keen tersentak sekejap. Dia hampir terlupa pasal bapak mertuanya. Tak sangka Cikgu Husien jadi bapak mertuanya. Tapi… what by gone be by gone. Yang lama buat apa nak diungkit. Itu kata ayah masa lepas akad nikah hari tu. And he felt really guilty. Walaupun aku masih teringat macam mana kena denda angkat kerusi dulu. Tapi siapa yang bagi tau? Keen membuka kota itu dan… tiket percutian ke Bali! Wow… honeymoon aku dekat Bali!

“Kenapa buat aksi bunuh diri semalam?” Izzat Amir memandang wajah Keen.

Berkerut muka Keen mendengar penyataan Ustaz “Erk? Bunuh diri?” Kemudian dia mengingati semula kronologi yang terjadi semalam. Oh! “ Sebenarnya tu bukan nak bunuh diri. Tu sebenarnya nak larikan diri pergi Sarawak. Cari orang yang hilang 11 tahun yang lalu.” Makin panjang sengih Keen.

“Nasib baik tak lari or bunuh diri. Or no I will be widower before the age!” Meledak ketawa Izzat melihat sengihan isterinya yang dan mencarinya di Sarawak.

“Err… Since when you… you… you… love me?” Keen menunduk sedikit.

“Errmm… Since I saw a girl yang berangan masa belajar add math dekat tepi tingkap. And I realize when a girl with pink peplum push me. Masa tu dah perasan dah yang dekat depan I was the girl that I search for a long time. Tapi tiba-tiba ada mamat ni dapat called you sayang. And I felt to give left hook to him.” Izzat tersenyum mengenang tragedy di hadapan PWTC.

“Then I tell to ayah yang I’am faling love with you. Ayah kata dia dah nak pinang sorang anak dara for me. Siap tunjuk gambar lagi. Mula-mula tak nak tengok. Tapi nak tengok lawa ke tak. Rupanya, Qurratul Sakina.” Izzat tersenyum lagi.

Keen tersengih kemudian. Nasib kira sama tapi Ustaz tahu yang dia nak kahwin dengan aku tapi aku tak tahu! Tapi… tapi… tapi… His mine now!

“Ana bahebak ya ustaz, Lillahi Taala..’’ bisiknya ke telinga kekasih halalnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience