BAB 19

Romance Completed 5823

Keen melihat wajahnya di hadapan cermin. Sungguh inikah aku? Hatinya menjadi gundah. Yang paling penting ‘parut’ itu hilang di telan mekap. Tapi, inikah yang harus aku lalui. Kenapa harus sama macam novel yang selalu aku baca? Kenapa macam ni?

“Hah cantiknya kawan aku ni, okey sikit aje lagi okey!” Shida mengerakkan berus itu lembut di muka aku.

Baguskan. Aku kahwin semua sponsor. Baju Fazlina yang reka eksklusif untuk aku. Memang cantik sangat. Kasut di taja oleh Syazmeera yang sekarang mempunyai butik kasut sendiri. And mekap Shida yang taja. Diaorang semua belajar dekat New York sama-sama and balik Malaysia buka butik sama-sama. Aku aje yang tercampak dekat Australia sebab ikut cakap daddy. Aku kena mengalah sebab arwah abang dah tak ada nak uruskan syarikat jadi aku yang kena bergading bahu dengan daddy menguruskan Citra Holding .

“Hei pengantin. Kenapa masam aje muka ni. Orang nak kahwin sepatutnya happy!” Fazlina menyiku perut Keen.

“Shida jom kita pergi Sarawak. Kita cari ustaz. Aku nak kahwin dengan dia. Aku tak nak dengan lelaki yang aku tak kenal. Sampai sekarang nama suami pun aku tak tahu.” Setitis air matanya turun. Dahlah aku tak sempat nak jumpa ‘bakal suami’ aku sendiri. Lepas tu sekarang tengah akad nikah boleh pulak buat drama ala-ala dalam novel Cinta Kau dan Aku tulisan Siti Rosmizah yang heroin kena duduk dalam bilik tunggu pengantin lelaki datang bawak cincin untuk batal air sembahyang. Oh my!

“Hooo… kau jangan buat hal Keen. Aku tau kampong aku kat sana tapi tak payah nak suruh aku cari ustaz kat sana. Sarawak tu besar.” Gadis bidayuh kelahiran Serian itu memujuk sahabat baiknya itu. “Ish dahlah jangan nangis. Macam air paip lah air mata kau ni. Habis mekap nanti.” Ishida mengelap air mata Keen.

Keen terus bangun dan menuju ke tingkap biliknya. Kemudian dia membuka tingkap bilik seluasnya. “Fine kalau korang tak nak tolong member, biar aku aje yang cari jalan sendiri.” Keen sudah meletakkan kakinya di tingkap. Dengan mengangkat baju pengantin yang putih bersulam biru itu untuk memudahkannya untuk panjat pokok yang berada di luar tingkap biliknya

“Woi Keen jangan malukan family kau. Baik kau turun. Akad nikah kau dah sah tau kejap lagi diaorang datang.” Syazmeera menarik tubuh Keen yang sudah mahu terjun banglo 2 tingkat itu. Kalau tergolek jatuh mampus terus anak orang ni.

“Weh Keen diaorang on the way jalan ke bilik kau!” Fazlina sudah separuh menjerit dari arah pintu. Gilalah kawan aku ni nak buat aksi superman pulak dekat sini.

“Sudah jangan halang aku. Korang langsung tak membantu.” Keen masih cuba untuk keluar dan melepaskan diri dari Syazmeera dan shida dari terus menariknya masuk.

“Qurratul Sakina?” Suara dari arah pintu menegur apabila melihat aksi bunuh diri secara live.

Keen berpaling tapi terkaku sebentar. Kemudian dia memandang ke belakang melihat orang yang memanggilnya.

Shida dan Syazmeera menarik Keen dan menolaknya duduk di birai katil. Keen masih terdiam seribu bahasa melihat lelaki yang tidak di kenali. Dia seperti mahu menangis melihat Lelaki yang berbaju melayu putih segak yang sekarang digelar ‘Suami Qurratul Sakina’.

Keen menurut aje apa yang di minta. Menghulurkan tangan. Menyarung cincin. Mencium tangan lelaki itu. Keen menahan air matanya. Mama Keen tak kenal lelaki ni…. Daddy kenapa paksa Keen…?

Setelah selesai, keluar aje mereka semua dari bilik setitis air matanya jatuh. Sedih yang teramat sangat. Dia dipaksa berkahwin dengan orang bukan dia cinta dan orang yang dia tidak kenali! Lelaki itu masih berada di hadapannya.

Fazlina dan Syazmeera masih di ambang pintu. Ishida pantas menepuk bahu Keen. Sempat menghadiahkan senyuman untuk mereka berdua.

“Tak payah pergi Sarawak, sebab dia dah ada depan mata kau.” Shida separa berbisik kepada Keen yang dengan drama air matanya.

“WHAT?!” Keen memandang Shida yang sudah keluar dari bilik pengantinnya. Kemudian dia memandang lelaki yang tersenyum disebelahnya.

Ustaz?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience