BAB 18

Romance Completed 5823

“Hai baru tak jumpa sekejap dah rindu ke?” K-roll menegur Keen yang sedang duduk termenung di starbuck. Bibirnya tersengih melihat wajah Keen.

Keen hanya diam. Mukanya yang sarat dengan masalah sungguh tak dapat nak di sembunyikan. Keen tak tahu nak cakap macam mana.

“Hei kenapa ni?” K-roll memerhatikan wajah Qurratul Sakina yangdalam resah gelisah.

“Kahwin dengan aku K-roll.” Suaranya sayu sahaja.

K-roll tersentak dengan permintaan Keen yang tiba-tiba. Kahwin? Dengan Keen? Demam ke apa minah ni?

“Kenapa ni?”

“Mama dengan daddy nak jodohkan aku dengan kawan diorang. Aku tak nak. Please K-roll kahwin dengan aku. Aku tak kenal diaorang.” Setitis air mata Keen jatuh juga.

“A…aku..” K-roll terkaku melihat air mata Keen. Cintakah aku dengan Keen. Ya… ada rasa cinta untuk gadis cantik dihadapannya. Tapi, dia tak sanggup. Dia terhutang budi dengan Keen. Keluarga Keen yang membantu membiayainya melanjutkan pelajar. Dan atas belas ihsan keluarga Keen juga dia di terima bekerja di syarikat milik daddy.

“Ak..aku tak boleh Keen. Aku minta maaf.” K-roll hanya tersenyum hampa kepada Keen.

“Hadi… or Jeff. Maybe boleh tolong aku? Please aku sanggup bayar berapa aje diaorang nak, tapi aku tak nak kahwin dengan pilihan mama dengan daddy!” Keen merayu kepada lelaki yang berada dihadapannya.

“Hadi baru aje kahwin bulan lepas. Jeff… dah ada anak 3” K-roll mengalihakan pandangannya ke arah lain tak sanggup melihat air mata Keen yang mengalir.

“Kau tak try ke telefon dia dulu ke? Or jumpa dulu ke dengan lelaki yang family kau tu jodohkan?” K-roll memberi cadangan kepada Keen. Ya siapa tahu lelaki itu yantg terbaik buatnya.

“Aku tak sempat. 3 hari lagi aku kena pergi Thailand sebab ada urusan dekat sana. 3 minggu pulak tu. Lepas tu aku kena pergi tengok site dekat Johor seminggu. Lepas tu aku kena pergi tengok site dekat Australia dengan Kemboja. Mana sempat. And our wedding is in this 2 months. 2 months! 2 bulan aje lagi. Tolong aku K-roll.” Laju air mata Keen mengalir.

“I’m sorry Keen.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience