BAB 8

Romance Completed 5823

Keen berjalan perlahan-lahan untuk ke makmal Biologi. Hadoi! Apahal pulak cikgu nak buat detention class. Selalunya detention class ni untuk mereka yang bermasalah. Aku ni bermasalah ke? Keen membetulkan tudungnya yang senget-senget.

Baru sahaja Keen memasukkan sebelah kakinya, matanya tertacap kepada susuk tubuh yang sedang tidur betul betul di belakang bilik makmal. Keen memerhatikan betul-betul.

“PAK USTAZ?” Keen buat muka pelik apabila melihat cermin mata dan songkok di tepi. Lena betul mamat tu tidur kat belakang. Kepala pak ustaz tu elok aje atas meja. Beg mamat tu elok juga atas meja

Keen masuk dan mengambil 3 meja di hadapan pak ustaz. Perlahan-lahan sahaja Keen tarik kerusi keluar sebab tak nak kejutkan lelaki tu tidur. Haila… gugurlah jantung aku macam ni. TAPI? Apa mamat ni buat kat detention class? Kena tahan waktu Cikgu Husien jugak ke macam aku?

Keen menyambung membuat latihannya yang tak siap tadi. Hishh… cikgu ni pulak mana perginya. Seram juga berdua-duaan dalam makmal ni. Takut aku yang terkam mamat ni.

Selesai aje kerja latihan yang penyebab dia ke detention class tu barulah muncul cikgu Husiennya. Tapi yang buat aku nak pitam tu. Cikgu bawak kertas banyak sangat. Sebelah tangan lagi bawak buku latihan.

“Atul awak amik kertas ni.” Cikgu Husien meletakkan kertas tersebut di atas meja utama makmal.

Tapi kejap? Atul? Ada orang lain selain aku dengan pak ustaz tu ke? Or it me? Since when nama aku Atul? Oh yeah Qurratul… but why Atul? Macam… gedik aje. Okey tak berapalah tapi tak kena dengan jiwa aku.

“Kerja tadi dah siap?” Cikgu Husien tanya apabila Keen dah berdiri di hadapannya.

Jawapan Cikgu Husien dibalas dengan anggukkan dan Keen beri buku latihannya kepada Cikgu Husien.

“Ni ada 50 set soalan peperiksaan. Saya nak kamu siapkan set ni hari ni jugak. Kalau tak saya tambah lagi 10 set lagi. FAHAM!” Suara Cikgu Husien menegas.

Keen hanya mengangguk perlahan. Tapi kejap?!! 50 SET SOALAN??!!! Nak bunuh aku ke apa?

Keen balik ke tempatnya tapi sempat lagi menjeling Pak Ustaz dekat belakang. Hailaaa bestnya kalau dapat tidur macam pak ustaz.

Keadaan dalam makmal memang macam tanah kubur. Senyap aje. Adalah dalam 2 jam aku duduk buat soalan bio tu. Gilalah 50 set soalan tau. Satu set aje nak nak pecah otak aku buat ni 50.. 50 tau! LIMA PULUH!

Tiba-tiba aje Cikgu Husien terus keluar dari makmal. Keluar aje sebelah tapak kaki cikgu dari makmal, Keen menyebamkan mukannya di atas kertas-kertas yang ada di atas meja.

“LAPARLAH!” entah macam mana perkataan itu terpancul keluar. Gila lapar!!! Keen mengerling ke arah jam tangan di tangan kanannya. 3.30pm? Memanglah lapar dah 2 jam dekat sini. Tahu tadi aku pergi makan dulu.

Krrrriiiuukk…….! Haila dah buat okstera

Terdengar bunyi kerusi bergerak. Keen pantas mengangkat kepala. Hailaaa… takkan pak ustaz tu terbangun sebab dengar aku perut berbunyi. Keen hanya meneruskan kerjanya yang tergendala tapi terhenti apabila bau Hugo Boss menusuk ke dalam hidungnya.

‘Waduhhhh… Waduuhhh… Wangi benaran cowok ini. Hailaaa… bergegar hati aku.’ Keen menghantar pandangan melihat pak ustaz itu itu dari makmal biologi. Hailaa cara dia jalan segak betul.

Tapi…

Bila dah duduk sengsorang dalam makmal ni seram pulak. Mana taknya makmal ni adalah makmal paling hujung sekali di sekolah. Teringat pulak cerita Fazlina yang ada pembantu makmal nampak lembaga putih terbang-terbang. Haa class kau. Main terbang-terbang.

Kalau cerita Syazmeera lagi best. Dia cakap ada orang mati sebab uji kaji meletup dalam makmal ni. Hmmm.. tak tau la betul ke bergebang. Tapi Ishida pula cakap…

“Krrrriiiiiuuuukkkkk!!!”

Bunyi apa tu?!

Ohhh perut aku rupanya. Hailaaa…. Kalau tadi ustaz ada tak adalah seram sangat. Ustaz cepatlah balik!!!!

“Nah” Satu suara menyapa secaara tiba-tiba. Hailaa… Cikgu Husien rupanya.

Keen menyambut plastic yang di beri oleh Cikgu Husien. Wow! Nescafe and sandwich! My favourite. Nasib baik beli air Nescafe kalau beli milo memang salam aku tak minum. Cikgu ni pun tau tau je aku tengah kebulur.

“Arrr… terima kasih cikgu.” Keen mengoncang tin Nescafe. Terubat sikit rasa marah. Baru aje ingat nak pecahkan cermin kereta cikgu.

“Sama-sama saya tak zalim nak dera awak. Ni pun untuk kebaikkan awak.” Cikgu Husien meneruskan kerjanya.

Keen pun menyambung set soalan yang ke5. Wah banyak juga aku buat. Selalu kalau aku buat latihan dekat rumah belum tentu aku boleh buat 5set soalan dalam dua jam.

Bau Hugo Boss menyapa lagi. Keen mengangkat kepala. Melihat Pak Ustaz lalu dan menyambung tidurnya. Hailaa… selalunya bukan pak ustaz berzikir ke kerjanya. Ini tidur aje. Hishh… susahlah kalau nak buat calon suami.

Suasana tanah kubur menyelumbungi lagi makmal biologi. Keen memerhatikan jam tangannya 5pm. Errrmmm kalau Pa dah balik mampus aku kena marah.

“Kamu dah siap ke?” Soal Cikgu Husien

“Arhhh… ada 45 set lagi.” Keen mengangkat kepala.

“Tak apalah esok kamu sambung.” Cikgu Husien menyimpan barang-barangnya “Tapi tetap tambah lagi sepuluh set lagi.”

“Aloo…” Keen buat buka sedih ingatkan Cikgu cakap main-main aje.

“Izzat bangun. Ayah nak balik ni. Izzat!” Cikgu Husien tiba-tiba bersuara.

Who? Izzat? Siapa? Ayah?

Hoooo… Don’t tell me that guy anak Cikgu Husien! Keen memandang pelik.

“Atul kamu dah siap kemas barang?” Cikgu Husien bertanya

“Dah.” Keen mengangguk

“Tolong saya kejutkan anak saya tu. Dia kalau tak ada orang goyangkan bahu dia memang tak bangun.” Cikgu Husien meneruskan mengemas barangnya.

Keen blur kejap. Anak? Keen berjalan ke tempat yang di duduki oleh ‘anak Cikgu Husien’ tu. Kejutkan orang tidur? Aku tak pernah kejutkan orang tidur. Swear! Tak tipu. Kacau orang tidur, YES. But kejutkan orang tidur, NO!

Keen berdiri di sebelah pak ustaz. Masih teragak-agak hendak mengejut. “Awak bangun”

What again his name ? Izzat? Okey try lagi sekali.

“Izzat bangunlah.” Keen masih berdiri di tepi. Hish.. susah betul mamat ni nak bangun.

“Izzat… awak bangunlah.” Keen menolak bahu Pak ustaz dengan hujung jarinya. “Awak…Ustaz! Bangunlah”

Lelaki yang lena tidur itu membuka matanya perlahan-lahan. Keen lepaskan nafas lega. Hidup lagi mamat ni. Comellah dia baru bangun tidur macam baby! Tapi mata lelaki itu merah sangat!

Pak ustaz tu berkerut memandang Keen. Dan kemudian dia seperti mencari-cari sesuatu. Keen perasaan cermin mata ustaz itu di bawah meja kemudian Keen mengambil dan menghulurkan cermin mata itu kepada ustaz.

Keen memerhatikan ustaz tu. Baru dia perasan kening dan hidung ustaz sama dengan Cikgu Husien. Nasib baik tak ada air liur meleleh kalau tak cancel jadi bakal suami.

Lelaki itu hanya memandang ke depan. Melihat Cikgu Husien sedang bersiap-siap mungkin dia dah dapat menafsirkan apa yang berlaku. Keen mengambil barang dan menuju ke pintu makmal.

“Qurratul!” Suara memanggil.

“Ya Cikgu!” Keen menapak ke belakang satu langkah.

“Awak balik naik apa?”

“Jalan kaki..” kenapa Cikgu nak hantar aku balik ke?

“Okey”

La itu aje? Aku ingat nak hantar aku balik. Baik tak payah tanya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience