BAB 7

Romance Completed 5823

Seminggu dah berlalu tapi Keen masih tak dapat cari siapa pak ustaz tu. Keen yang tengah ulang kaji buat muka meluat bila Cikgu Husien masuk kelas.

“Semua letak latihan yang semalam saya bagi!” Bergema suara Cikgu Husien di seluruh kelas.

Cikgu Husien. Cikgu Husien. Cikgu Husien. Tak ada Cikgu lain ke apa?! Keluh Keen. Sebenarnya pelajar lain tak ada masalah tapi Keen anti Cikgu Husien! Anti!!!

“So Qurratul mana kerja awak?” agak lembut tutur bahasa Cikgu Husien.

Keen menyeluk begnya dan mengeluarkan buku latihannya. Buka sahaja buku latihannya… Ooopppss..

“Kenapa tak buat?” Cikgu Husien memeluk tubuh.

“Saa… Saa…” Keen terkebil-kebil. Alamak! Macam mana aku boleh lupa nak buat! Tapi bila Cikgu bagi ni? Mampus aku.

“Qurratul kenapa tak buat?!” suaranya lebih tegas.

“Saa… Saaa…” Dah datang dah perangai gagap.

“Saya dah tak tahu nak buat apa dengan awak lagi Qurratul. As your punishment you need to attend my detention class fully this week! Understand!!!” Cikgu Husien menghempaskan buku latihan Keen ke atas meja.

WHAT! Detention class? Adoi!!! Lagi lah aku kena menghadap muka cikgu ni lagi!!!! Tak!!! Tak rela!! Seminggu pulak tu. Jeritan batin Keen meronta-ronta mengatakan TIDAK!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience