BAB 9

Romance Completed 5823

Jejak aje kaki masuk rumah Keen mencabut tudungnya.. Waaa.. panas gila. Keen menaiki tangga dan masuk ke biliknya.

“Cik muda nak makan?” Suara Santi menegur apabila baru sahaja dia nak tutup pintu bilik.

“Tak.” Keen langsung tidak memandang orang gajinya dan terus menutup pintu bilik. Apabila dia melalui cermin baru dia perasaan akan sesuatu.

“Mak!! Mana rantai aku!!!!!” Keen memegang lehernya yang kosong.

*****

Keen termenung memandang tembok yang kosong. Sementara tunggu Ishida, Syazmeera or Fazlina dia duduk tepi tembok. Ingatannya masih kepada rantai emas yang tertulis ‘Sakina’. Rantai… arwah abang belikan…

“Hai kak Keen!” Suara yang menegur. Pelajar lelaki form 2 menegur. Biasalah layankan aje.

Keen hanya mengangkat tangan kepada pelajar lelaki itu. Tak ada mood.

“Hoi Keen! Nak jadi awek aku tak?” K-roll pelajar senior yang paling nakal. Tapi dengan aku sempoi aje. Kepala gila-gila! Sama macam aku.

Keen hanya mengangkat ibu jari sahaja.

“Asalamualaikum Kak!” Pelajar lelaki form3 yang menegur. Hish… popular pulak rasanya.

Keen hanya mengangkat tangan. Waalaikumsalam.

“Hai… Termenung nampak.” Ishida mencuit bahu Keen.

“Tak arhh..” Keen tersenyum hambar.

“Kenapa ni? Monyok aje.” Ishida mengambil tempat di sebelah Keen.

Keen secara tiba-tiba meletakkan kepalanya di bahu Ishida. Mana rantai aku jatuh? Rantai tulah yang arwah abang bagi. Terasa nak menitis aje air mata ni.

“Keen? Ada prob ke?” Fazlina dan Sazmeera datang lalu mengambil tempat di hadapan kami berdua.

“Eh tak adalah. Weh nak dengar cerita tak???” Keen menyorokkan rasa sedih di hati.

“Hamboi… kau Keen pagi-pagi dah ada gossip. Citerlah.” Fazlina sudah menongkat dagu untuk mendengar gossip. Fazlina ni kalau gossip orang paling excited!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience