BAB 4

Romance Completed 5823

Cikgu Husien mengemaskan mejanya. Kemudian menggalas begnya di bahu. Sudah masanya untuk pulang setelah siap semua kerjanya menanda buku pelajar. Dia tidak suka menanda buku pelajar di rumahnya. Kerana di rumah adalah tempatnya bersama isteri serta anak-anak.

“Eh Sien, dah nak balik dah?” Tegur Cikgu Baktiar apabila berselisih di tangga. Cikgu Baktiar juga sepertinya mahu pulang juga setelah penat seharian mengajar di sekolah.

“A’ah” Jawapan ringkas dari Cikgu Husien.

“Tadi saya ada nampak pelajar kelas 4 Sains 2 kena berdiri kat luar kelas. Siapa nama budak tu.. Keen? Kenapa dengan dia?” Cikgu Baktiar bertanya apabila melihat salah seorang pelajar yang berpotensi tinggi itu berdiri di hadapan kelas. Ayah Qurratul Sakina yakni Dato Salehuddin merupakan salah seorang penyumbang utama di sekolah ini.

“Biasalah budak-budak berangan aje kerjanya. Tu yang suruh dia berdiri kat luar tu.” Cikgu Husien dan Cikgu Baktiar jalan beriringan menuju ke parking kereta.

“Saya tengok budak Keen tu bagus. Berpotensi tinggi. Saya rasa cara Sien tu salah tegur di tu. Lagi pun dia pelajar perempuan. Lembut dan lemah. Jadi harus di tegur dengan cara yang lembut dan berhemah. Lagi pun remaja ni jiwa dan emosi mereka ni tak menentu sangat.” Lembut sahaja Cikgu Baktiar menegur rakan sekerjanya.

Mana tidaknya, beberapa hari yang lepas dia melihat Keen terpaksa berdiri di luar kelas dan mengangkat kerusi kayu di atas kepala. Denda itu baginya agak kurang releven.

Cikgu Husien terdiam ada betulnya juga kata-kata rakannya itu. Dia terlalu kasar menegur Keen. Cikgu Husien mengeluarkan kunci keretanya, tetapi matanya terbuntang melihat keadaan kereta Hondanya itu.

“Subahanallah!!!” Cikgu Husien menggeleng kepalanya seperti tidak percaya.

Cikgu Baktiar yang melihat juga tergamam dengan keadaan kereta itu.

Kereta Honda hitam milik Cikgu Husien di calarkan dengan cantiknya di setiap bahagian.

“Sabar Sien.” Cikgu Baktiar menepuk bahu rakannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience