BAB 10

Romance Completed 5823

“What?!” Fazlina sudah mengaru kepala.

“Really?!!” Syazmeera sudah hendak tersembur sahaja apabila dia hendak minum air.

“Hah!” Ishida pula sudah tergangga mendengar cerita Keen.

“Swear! Aku tak tipu koranglah. Ustaz tu anak Cikgu Husien.” Keen membeliakkan matanya.

“Hohoho… kalau dah jodoh memang tak ke mana.” Ishida yang sememangnya kalau cakap dah macam orang melayu. Dan tak ada orang sangka yang Ishida ni orang bidayuh kalau sekali lihat.

“Apa pulak jodoh. Dalam banyak-banyak Cikgu kenapalah Cikgu Husien.” Keen mengeluh mengenangkan Cikgu Husien adalah bapak mertuanya. Hailaa… dah mengaku bapak mertua dah.

“Apa salahnya.” Fazlina dan Syazmeera sudah menjeling sesama sendiri.

“Gilalah korang.” Keen mengeluh sendiri. Terasa lain pula bila tak ada rantai di lehernya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience