BAB 12

Romance Completed 5823

Keen tersenyum riang aje hari ni. Hmm mana taknya asyik mimpi pasal ustaz aje. Kadang-kadang senyum seorang-seorang. Ni orang kata, panahan asmara. Hah! Amik kau! Ayat tak boleh blah!

Keen memerhatikan ke luar tingkap. Sekarang mata pelajaran English. Cikgu Suriani cuma menerangkan sedikit kemudian membuat latihan. Keen membuat latihan tapi sesekali memanndang ke tingkap apabila terasa tiupan angin. Macam nak hujan.

Kepala Keen terangkat apabila bauan Hugo Boss menusuk hidung dengan hantaran angin. Keen terdengar suara ketawa daripada rakan sekelas. Keen meneliti wajah ustaz. Kemudian dia menutup mulut tak percaya.

Di belakang baju ustaz terlekat kertas yang menconteng: “Kick me or Kiss me!”

Beberapa orang sudah tergelak nak pecah perut.

“Cikgu Su, Saya nak pergi tandas!” Keen mengangkat tangan dan terus meluru keluar. Dia cuba mengejar ustaz yang syok sendiri bila berjalan.

“Awak! Ustaz!” Keen memanggil dari jarak jauh. Lelaki itu berhenti dan tercari-cari suara memanggilnya.

“Ustaz..” Keen memegang dadanya. Semput! Sumpah dah lama tak lari inilah jadinya.

Ustaz itu mengangkat keningnya. Hamboi.. dok berangkat kening macam handsome sangat. Tapi memang handsome pun.

Keen terus mencabut kertas yang berada di belakang ustaz. Dia meneliti tulisan di kertas itu. Cuba meningati di mana dia pernah melihat tulisan itu. No way?! K-roll? Ya dia kenal sangat tulisan K-roll.

“Awak kelas 5 Sains 1 ke?” Keen memegang dadanya yang masih berombak. Matanya masih meneliti kertas di tangan. Malu nak tengok muka ustaz.

Jawapan Keen dijawab dengan anggukkan. Mana pulak budak ni tahu aku kelas 5 Sains 1. Stalker?

“Ada orang nak kenakan awak.” Keen menunjukkan kertas itu kepada ustaz. “Hopely awak tak kacau Liyana.” Ya Liyana. Awek K-roll. Dah 3 orang masuk ICU sebab kacau Liyana. Diorang tak kacau cuma berbual hal sekolah tapi tak ada siapa tahu hal ini. Macam mana aku tahu. Sebab aku tahu semua cara K-roll bila marah. Apa yang dia buat dekat ustaz hanya pemulaan sahaja.

“I think you need to be more beware!” Keen terus berlalu dan masuk ke kelas semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience