BAB 16

Romance Completed 5823

11 Tahun Kemudian.

Keen duduk memandang orang lalu lalang. Sesekali ada beberapa orang datang ke arahnya dan meminta tandatangannya. Apa aku jadi artis? Taklah… aku cuma penulis novel biasa aje. Eh sekarang penulis novel ni dapat merasa menjadi artis tau. Hahaha.

Tiba-tiba terlihat seorang gadis manis bertudung dan berbaju kurung putih. Cantik sahaja gadis itu.

“Akak penulis novel nikan? Qurratul Sakina! Saya suka gila novel pertama akak tu. Sweet sangat!” Kata gadis berbaju kurung kuning itu.

“Terima kasih!” Keen menghadiahkan senyuman buat gadis yang dalam lingkungan 16-18 tahun. Tak dapat di kenali pasti umurnya.

“Hai sayang!” Satu suara menegur bersama sekuntum bunga.

“Ish kau ni K-roll ada ke panggil macam tu malulah aku!” Keen tersengih kemudian mengambil bunga dari tangan K-roll. Nasib baik budak tadi dah blah kalau tak berbelang muka aku tahan malu.

Okey wait! Mesti korang fikir kenapa K-roll? Let’s me story-mory, sebenarnya lepas kejadian tu aku di masukkan ke hospital. Kemudian K-roll di buang sekolah dan di masukkan ke Sekolah Henry Gurney. Waktu tu semua keluarga K-roll membuangnya. Keen rasa K-roll tak patut di hukum sebegitu teruk.

Memanglah dia yang pukul aku sampai aku koma beberapa hari. Tapi tak bermakna aku kena hukum dia juga. Kan?

*

Keen menunggu di hadapan sekolah juvana itu. Tiba-tiba sahaja pintu pagar itu terbuka. Keen terlihat seorang lelaki berpakaian lusuh dan berkepala botak keluar dari situ. Lelaki itu melihat Keen bersandar pada keretanya, lalu dia pergi.

“K-roll!” Keen melangkah ke arah K-roll yang seperti melarikan diri darinya.

“Baliklah Keen.” Suaranya sayu.

“Kau nak balik mana K-roll? Jom ikut aku. Aku akan tolong kau. Please aku pun dah lupakan yang lepas.” Keen cuba memujuk. Keluarga K-roll sudah menghalaunya keluar dari rumah.

“Aku malu Keen. Aku yang sakitkan kau tapi kau pulak yang bantu aku.” Suara K-roll sebak. Sungguh dia malu dengan Keen.

“Please ikut aku.” Keen menghulurkan senyuman buat K-roll. Dia tahu K-roll dah berubah. Dia perlukan bimbingan dan support yang tinggi. Dan Keen tak akan biarakan K-roll menjadi seperti dahulu.

*

“Eh kau pukul berapa nak balik ni. Takkan nak bertagak dekat PWTC ni sampai malam-malam buta.” K-roll melihat Keen yang di anggap seperti adiknya itu.

“Memang nak balik dah ni. Pukul 6 memang I’m off!” Keen mengemas mejanya.

“Eh aku pergi ambil kereta dulu tau. Tunggu kat luar.” K-roll terus berlalu pergi dari situ.

Keen mengemas dan terus berlalu kelaur dari dewan itu. Fuhhh.. penat gila! Kerja kat office pun tak penat macam ni.

Hmmm… korang ni mesti fikir pasal ustaz kan? Okey let’s Qurratul Sakina bercerita. Lepas aku kena rembat dengan K-roll. Aku terus dimasukkan hospital. Diorang kata aku koma beberapa hari. Bila aku sedar mama, daddy dengan 3 orang minah tu ada kat sekeliling aku. Kemudian bila aku naik sekolah, Shida cakap ‘Ustaz dah pindah Sarawak. Ikut Cikgu Husien yang dapat tawaran jadi pensyarah di Sarawak.’ Dan kemudian Wahualam… aku tak tahu pasal dia. Tapi buat apa fikirkan orang yang tak ada.

Keen menunggu K-roll di tepi jalan. Keen melihat sekeliling PWTC yang besar itu. Kemudian Keen menala pandangan matanya pada susuk tubuh yang sedang berjalan tapi di telinganya terlekap telefon bimbit.

Mata Keen tertacap kepada sebuah kereta yang memandu laju. Pantas Keen berlari ke arah susuk tubuh yang leka dengan telefonnya itu.

“Encik!!!” Keen menolak lelaki yang leka berjalan itu.

Zappp!

Kereta itu berlalu dengan pantas. Keen terduduk di sebelah lelaki itu. Adoi! Sakit punggung aku! OMG habis peplum pink aku yang K-roll belikan. Mampuslah aku kena marah K-roll.

“Encik tak apa-apa?” Keen melihat lelaki yang di sebelahnya.

“Err, okey. Terima kasih.” Lelaki itu masih memandang wajah gadis yang bertudung manis itu. Tapi matanya di alihkan mencari sesuatu.

Keen terpandangkan lelaki itu seperti mencari sesuatu. Kemudian Keen memandang ke tepi akhirnya dia menjumpai telefon bimbit lelaki itu. Dan opss… screen Iphone 4 itu retak.

“Erkk… sorry!” Keen memberi telefon bimbitnya kepada lelaki itu.

“Eh Keen! Kenapa ni? Ya Rabbi, sayang kenapa jadi macam ni?” K-roll muncul di hadapan mereka.

Hish… ada yang nak kena penumbuk ni panggil aku sayang segala bagai! Keen menunjukkan muka kelat kemudian dia pergi masuk ke dalam kereta.

“Ish kau ni kenapa nak panggil aku sayang segala bagai. Gelilah!” Keen merajuk menarik muncung apabila mereka masuk ke dalam kereta.

“Alah kau tu, habis baju peplum yang aku belikan tu nasib baik tak koyak. Yang kau tu dok releks dengan mamat tu tepi jalan apa hal?” K-roll sudah memulakan perjalanan untuk pergi.

“Ish dah tentu aku nampak ada kereta bawak macam kena kejar dengan malaikat maut. Lepas tu mamat tu khayal dengan telefon aku bantulah menyelamatkan nyawa manusia.” Keen masih dengan nada rajuknya.

“Hai Qurratul Sakina. Tak habis habis dengan lagak Superman kau tu.” K-roll teringat sewaktu Keen menyelamatkan Izzat Amir 11 tahun yang lepas.

“Tak naklah aku, nanti kena pakai seluar dalam dekat luar. Aku nak jadi SuperKeen! Yang pakai peplum pink bila nak selamatkan orang.” Keen tersengih.

Ada-ada aje kau ni Keen!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience