BAB 15

Romance Completed 5823

Keen membuka matanya perlahan. Silau lampu siling itu membuat kepalanya berdenyut. Keen memegang dahinya. Eh? Keen mengambil tuala basah yang berada di dahinya itu. Siapa yang letak? Keen memegang kepalanya pula. Erk? Siapa yang cabut tudung aku ni.

Keen melihat sekeliling. Aku dekat… bilik kesihatan sekolah? Keen tak ingat macam mana dia berada di sini. Keen terpandang sandwich dan Nescafe di atas meja. Juga ada panadol di situ. Oh, ada note yang tulis “Please eat this Qurratul Sakina.”

Keen mengangguk dan akur dengan arahan note itu. Macam mana aku boleh ada dekat sini? Kemudian dia lekas melihat jam tangan. 3.45pm? lamanya aku tidur! Keen kemudian menyarung tudungnya.

Keen bergegas keluar dari bilik kesihatan bersama begnya yang memang sedia ada terletak di bilik itu. Cuaca agak cerah. Keen mengambil langkah untuk berlalu pergi tapi terhenti apabila mendengar bunyi jeritan. Keen pantas meluru ke arah itu.

“Aku dah bagi amaran jangan kacau Liyana!” K-roll bersama Hadi dan Jeff berdiri di hadapan Ustaz yang sedang bersandar didinding sambil memeluk tubuh. Mukanya nampak sangat tenang.

“Aku tak kacau dia, tapi dia yang tergedik dekat aku. Daripada saudara terkejar dengan perempuan macam tu baik saudara balik buat solat taubat.” Izzat Amir bernada biasa. Bukan menghina tapi menasihati saudara seislamnya itu.

“Hei kau jangan ingat kau pakai songkok kau boleh tunjuk alim depan aku. Kau ingat kau baik sangat ke?” K-roll sudah menalakan batang besi ditangannya ke leher ustaz.

Terbeliak mata Keen melihat batang besi itu. Ya itu bukan batang besi biasa. Di keliling besi itu seperti ada paku yang kecil tetapi mampu membuat luka yang dalam. Dia tahu kerana dia berada bersama K-roll semasa lelaki itu membuat batang besi itu.

“Ingatlah yang kita hidup dekat bumi Allah ni tak lama.” Izzat Amir a.k.a Ustaz itu masih bernada tenang.

“Kurang ajar!!” Batang besi itu sudah di angkat.

“K-roll!!” Keen berlari ke medan petarungan itu.

“Kau buat apa kat sini Keen! Baik kau balik sebelum aku libas kau!” K-roll sudah menala matanya ke arah Keen

“Betul apa yang dia cakap. Liyana tu yang tergedik dekat dia. Tapi kau ni bodoh! Percaya cakap perempuan macam tu! Baik kau periksa sebelum tuduh melulu!” Keen menjerkah K-roll. Setelah di soal siasat memang benar Liyana yang tu yang tergedik dekat ustaz.

Tanngggg!!!

Ustaz terpaku. Hadi dan Jeff sudah diam tak terkata. K-roll seperti tersedar dari mimpi. Kemudian dia melepaskan besi di tangannya itu.

“Ke..Keen..” K-roll gugup melihat Qurratul Sakina yang sudah terbaring di tanah.

“Weh baik kita blah! Jom!” Hadi dan Jeff menarik K-roll untuk berlalu pergi dari situ.

Ustaz melihat dahi Keen yang berlumuran darah. Ustaz pantas memangku kepala Keen.

“Qurratul Sakina!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience