BAB 3

Romance Completed 5823

“Qurratul Sakina!” Jeritan itu membuatnya tersentak. Dia terus memandang semula ke papan putih. Huish! Penuh papan putih itu dengan tulisan yang sukar untuk difahamai. Keen langsung tidak dapat menumpukan apa yang di ajar oleh Cikgu Biologinya itu. Sejak mula mata pelajaran itu sehingga namanya di sebut dia asyik memandang ke luar tingkap. Merenung entah ke mana.

“Ya.. Ya Cik..Cikgu.” Keen terus berdiri. Entah macam mana boleh gagap pulak. Selalu mengumpat tak adanya gagap langsung.

“Boleh jelaskan kepada kelas apa yang saya dah ajar.” Cikgu Husien berdiri dihadapan dengan wajah yang bengis. Membuatkan semua pelajar di dalam kelas menunduk.

“Sa..saa.. ahh..” Hilang kata-kata untuk berhadapan dengan gurunya itu.

“Apa yang awak nampak kat luar tingkap tu? Nampak masa depan?! Kalau tak suka mata pelajaran saya, cakap! Saya ada jalan penyelesaian yang mudah! Now! Out of my class!!” Pekikkan itu membuat semua mata di dalam kelas memandang Keen.

Keen terkaku. Langsung tak begerak sedikit pun.

“Apa awak tunggu lagi Qurratul?! Out! Don’t waste my time!” Cikgu Husien menala lurus tangannya keluar kelas.

Keen berjalan keluar ke kelas dengan perasaan yang membara. Ikutkan hatinya ingin sahaja dia menarik misai cikgunya itu!

“Siapa lagi yang nak join Qurratul dekat luar? Ishida? Awak nak juga teman Qurratul dekat luar?” Cikgu Husien menanyakan soalan yang tidak ada kena mengena dengan sylbus biologi.

Jawapan Ishida hanya menggeleng kepala. Entah kenapa kesian pula dengan Keen yang terpaksa berdiri diluar kelas. Dia juga terfikir kenapa sejak akhir-akhir ini Cikgu Biologinya itu asyik hangin satu badan. Tapi kesian pulak dengan kawannya yang terpaksa berdiri di luar.

Keen sempat memberi sedas jelingan kepada cikgu Husien yang satu-satunya memanggilnya Qurratul. Semua guru-guru memanggilnya Keen. Perasaan geram mula menjalar kemudian melepaskan kemarahannya dengan mencakar-cakar tembok yang ada dihadapannya itu.

Nasib kaulah tembok adi mangsa keadaan aku! Dia terhenti mencakar dan menafsirkan perbuatannya. Sebuah senyuman sinis tebit di hujung bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience