BAB 2

Romance Completed 5823

“Weh! Keen semalam misi kau berjaya ke?” Syazmeera menguis tangan Keen yang sedang ralit dengan buku latihannya.

Keen tersengih sahaja. “Haruslah berjaya. Ini Keen lah. Kalau tak berjaya potong jari tau.” Keen membuat isyarat memotong jari.

“Ceh kau potong jari konon. Berlagak. Eh semalam cikgu kesayangan kau tu balik naik apa?” Ishida Tugah gadis bidayuh itu mengambil tempat di sebelah Keen.

“Eh kesayangan aku pulak! Bukan kau ke? Tak hinggin aku, dah tua lepas tu pendek pulak tu. Agak-agak arh.” Keen menumbuk perlahan bahu Ishida Tugah.

“ Eh semalam aku tengok Cikgu Husien tukar tayar kereta tu sorang-sorang. Kesian aku tengok.” Fazlina menyiku Keen pula. Dan apa bila empat sekawan ni dah jumpa, memang boleh bergegar kelas dengar gelak tawa empat gadis ini.

“Sayang jugak kau dengan Cikgu kesayangan Shida tu. Sudahlah! Don’t talk about him. Penatlah aku.” Keen meletakkan kepalanya di meja.

“Aku tak pernah tengok kau buat dajal sampai macam tu sekali Keen. Hantu apa sampuk kau buat dajal sampai pancitkan kereta cikgu tu?” Ishida menggaru kepalanya. Siapa tak pelik. Dia amat mengenali Qurratul Sakina sejak dari tingkatan 1 yang sememangnya nakal tetapi tidak pernah mendajal sampai begitu sekali.

“Kau tengoklah Cikgu denda aku macam mana semalam. Tak macam malu pulak aku kena denda macam tu. Yang paling malu gila bila Hairi nampak aku kena denda. Arrhh! Malu tau tak!” Keen menutup mukanya.

Siapa tak malu bila Hairi sempat melihat dia didenda. Hairi jejaka idaman sekolah. Lelaki yang sangat kacak. Hish… sudahlah kacak, baik + pandai pulak tu. Memang cukup package!

Keen meneguk air mineralnya. Kering tekak kalau berbual dengan 3 ekor mahkluk ni.

“Eh Keen, cuba kau bayangkan kalau tetiba kau jadi bini nombor 2 cikgu Husien?”

“Buuurr..!”

Tersembur air dari mulut Keen mendengar soalan maut dari Syazmeera. Dan yang menjadi mangsa adalah Fazlina.

“Oit Keen! Kurang pendidikan! Selekehlah kau ni!” Fazlina mengesat mukanya yang terkena semburan yang keluar dari mulut Keen.

“Bukan aku! Syazmeera ni. Tanya soalan tak berpendidikan! Sengallah kau ni. Ada ke patut jadi bini nombor 2 dia. Jadi nombor 1 pun aku tak teringin!” Keen mengesat mulutnya. Tak guna betullah ada kawan macam ni.

“Cukup-cukup sudah. Cukup sampai disini sahaja.” Ishida menghentikan perbalahan antara kawannya. Bukan boleh percaya budak 3 ekor dihadapannya ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience