BAB 13

Romance Completed 5823

Keen berjalan menyelusuri kelas-kelas. Entah macam mana tersenyum sendiri. Hailaa… kalau orang angau memang macam ni ke? Okey tak apa yang penting hari ini, akan berakhirnya Detention Class aku yang selama seminggu aku terperap dalam makmal biologi tu.

Keen masuk ke bilik guru dan menghantar buku laporan yang di minta oleh Cikgu Fyra. Hmmm… kalau ambil barang aje memang muka aku ajelah cikgu suruh. Setelah keluar dari bilik guru Keen berjalan semula untuk ke kelas. Tapi terhenti apabila tali kasutnya terbuka.

“Hailaa… time ni jugaklah kau nak terbukak.” Keen mencangkung untuk membetulkan tali kasutnya.

Tiba-tiba dia terpandang susuk tubuh yang keluar dari perpustakaan. Dia melihat ustaz keluar dengan selamba kemudian ke rak kasut. Keen yang mengikat tali kasutnya dengan pantas. Ish.. kenapa pulaklah kasut aku buat hal time ni pulak!

Keen bangun dan ingin berlalu dari situ. Aura ustaz tu entah kenapa buat aku malu nak tengok muka dia yang kacak membunuh!

“Arrh!!” Bunyi jeritan itu membuat Keen terhenti. Keen menapak satu tapak ke belakang. Terkejut dia apabila melihat pak ustaz itu melompat-lompat cuba membuka kasutnya.

Keen berlari ke arah ustaz yang sudah terduduk bersandar pada dinding.

“Ustaz kenapa ni?” Keen yang menerpa ke arah lelaki itu yang sudah berkerut mukanya.

“Auu…” Izzat menunjukkan kaki kanannya yang sudah bertutup dengan kasut.

Keen pantas membuka kasut ustaz. Kemudian stokin ustaz dibuka. Terkejut Keen apabila melihat kesan lecuran di tapak kaki ustaz. Sepantas kilat Keen mengambil semula kasut ustaz. Seperti yang dijangka ni mesti kerja si K-roll lagi!!

“Duduk sini diam-diam.” Keen pantas berlari meninggalkan ustaz yang duduk bersandar pada dinding itu. Tempat hala tujuan utamanya adalah bilik kesihatan.

Sampai ke tempat yang dituju Keen mengambil first-aid dan berlari semula ke arah ustaz. Keen mengeluarkan antisptik dan segala yang patut kemudian dia duduk dihadapan ustaz, perlahan-lahan Keen mengubati tapak kaki ustaz yang melecur.

“Sakit…” Izzat mengerang ke sakitan. Izzat memandang gadis yang tak habis-habis memanggilnya ustaz. Dia meneliti raut wajah Keen yang bertudung manis. Hidungnya ada ke macam minah arab. Bibir dia comel sangat dan matanya bundar. Astaghfirullah.

“Sabar sikit okey.” Keen menghadiahkan senyuman untuk ustaz. Hmmm mesti cair punya dengan senyuman aku. Keen menyudahkan kerjanya dengan membalut kaki ustaz.

“Feeling better?” Keen memandang muka ustaz. Tangannya bergerak menyimpan barang yang digunakan.

Jawapan Keen dijawap dengan angukkan. “Thanks” Ustaz a.k.a Izzat Amir memberi senyuman manis buat Keen.

Hailaaaa…. Don’t do that to me.

“Tunggu sini kejap tau. Kejap aje.” Keen mengangkat First-aid dan berlari ke bilik kesihatan untuk meletakkan semula first-aid.

Kemudian Keen berlari ke surau. Buat apa ke suaru? Bukan nak buat solat hajat, cuma nak ambil selipar yang sengaja aku tinggalkan. Yelah sekarangkan aku kena detention class so senang sikit kalau ada selipar. Nak ambil wudhuk pun senang.

Keen berlari semula ke hadapan perpustakaan. Fuhh… gila penat main lari-lari. Nak putus urat aku. Keen melihat ustaz seperti mahu bangun meninggalkan tempat yang dimana ustaz duduk tadi. Tapi terduduk semula menahan sakit ditapak kakinya.

“Ish awak ni… kan dah cakap duduk dulu. Nah pakai ni.” Keen menghulurkan seliparnya kepada Ustaz.

Berkerut dahi ustaz melihat selipar yang dihulurkan oleh Keen. Ada butterfly suruh aku pakai?

Keen dapat menafsirkan apa yangberada di fikiran ustaz. Pantas Keen menarik butterfly yang menjadi aksesori pada selipar itu. Hah… nasib baik selipar aku ni colour biru kalau warna pink, mesti comel.

Ustaz terpegun melihat Keen yang berusaha membantunya. Ustaz menyarung selipar biru itu. “Terima kasih”

“Kasut awak saya letak kat rak kasut ni nanti jangan lupa pulak amik.” Keen meletakkan kasut ustaz di rak kasut berhadapan dengan perpustakaan.

Setelah dia berpusing, Keen melihat ustaz itu meninggalkannya dengan jalan berjengkit-jengkit. Keen tersenyum sendiri. Hish… susahlah macam ni.

Keen bergegas meninggalkan perpustakaan. Tapi.. satu yang menganggu fikirannya. Kenapa K-roll menganggu Ustaz? Ya aku pasti ni mesti kerja Liyana yang sengaja cari pasal. Tak apa nanti aku uruskan si senget tu.

Keen melepasi beberapa buah kelas untuk ke 4Sains2. Kelas kedua terbaik di sekolah untuk tingkatan4. Tapi tapak kakinya terhenti di depan kelas apabila melihat Cikgu Husien sudah berdiri di hadapan kelas. Mukanya bengis dan tegas. Alamak macam mana aku boleh lupa yang lepas ni biologi…!!!

Keen mengetuk pintu kelas tapi tak segera masuk ke kelas. Kakinya terkaku di hadapan kelas. Cikgu Husien langsung tak menoleh ke arahnya. Keen sudah gelisah. Tapi Keen tetap mengetuk pintu lebih kuat.

Tukkk…tukk..tukk!

Akhirnya Cikgu Husien menoleh ke arahnya dengan pandangan bengis. Cikgu Husien mengambil buku latihan di atas meja dan buku itu di lempar tempat ke muka Keen.

“Kerja tak siap! Ponteng kelas! Apa nak jadi dengan awak ni hah! Saya ingat dah buat denda awak dah berubah tapi makin melampau!” Tengkingan dari Cikgu Husien membuat Keen menunduk memandang buku sekolah yang di lempar oleh Cikgu Husien tadi.

Keen tidak berani melawan atau menjawab. Bibir dan kakinya terkunci untuk menjawab apa-apa. Hanya menunduk sahaja. Seumur hidupnya tak pernah di tengking sebegitu teruk!

Cikgu Husien terus mengambil kerusi kayu lalu di tolak kasar mengena dinding di tempat Keen berdiri. Semua di dalam kelas termasuk Keen tergamam melihat Cikgu Husien mengamuk sebegitu rupa!

“Awak amik kerusi ni, Pergi berdiri dekat tengah dataran! SEKARANG!!!” Tengkingan Cikgu Husien itu membuat Keen menikus dan menarik kerusi itu turun tangga dan berdiri di tengah dataran. “Pak Kasim!”

Keen memandang Cikgu Husien yang berada di tingkat 2. Keen seperti dapat agak aje apa yang akan Cikgu Husien menyuruhnya buat.

“Letak kerusi tu atas kepala awak!” Suara Cikgu Husien yang bergema membuat beberapa orang pelajar kelas lain keluar melihat keharuan itu.

“Berdiri atas sebelah kaki!!”

Keen menurut sahaja kehendak gurunya itu. Tangannya menahan beban kerusi di atas kepala. Kakinya mengigil sedikit. Tiba-tiba dia terpandang Pak Kasim yang merupakan tukang kebun di sekolah.

“Pak Kasim buat apa kat sini?” Tanya Keen yang melihat Pak Kasim tergedek-gedek membawa baldi yang kelihatan seperti berat.

“Pak Kasim sebenarnya tak sampai hati nak buat macam ni. Cikgu suruh letak baldi ni atas kerusi yang anak pegang tu.” Muka tua Pak Kasim jelas menunjukkan raut yang tidak sanggup melihat anak muda di hadapannya.

“Tak apalah Pak Kasim. Memang salah saya.” Keen tersenyum hambar.

“Tunggu apa lagi!!!” Suara Cikgu Husien memecahkan kesunyian di sekolah.

Keen terdiam mendengar suara Cikgu Husien. Matanya meliar melihat sekeliling sekolah. Semua pelajar sudah berdiri di korido. Mana taknya dengar suara Cikgu Husien yang bergema di seluruh sekolah. Ada yang memandangnya sinis, mengtertawakan dirinya dan ada yang berbisik sesama sendiri. Tangan Keen mengigil apabila baldi di tangan Pak Kasim sudah berada di atas kerusi yang berada di atas kepalanya.

Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan!

“Woooo!!! Woooo!!!” Terdengar jeritan nakal memperlekehkan Qurrutul Sakina yang berdiri di tengah-tengah dataran.

Keen hanya menunduk sahaja tak sanggup melihat mata-mata yang memandangnya sinis. Tetapi kepalanya seperti di paksa untuk mengangkat kepala melihat tingkat 3 blok akedemik itu. Daaannn….

BASSSS!!!

Keen menutup matanya apabila dia jatuh terduduk kerana sebelah kakinya tidak mampu menampung berat kerusi kayu dan baldi. Lebih memalukan apabila baldi yang penuh dengan air itu melimpah ke tudung dan baju sekolahnya.

Seluruh pelajar mengtertawakannya. Keen melihat seluruh bangunan di hadapannya, dia ternampak seluruh pelajar kelas 4sains2 memandang sedih kepadanya. Pandang Shida, Fazlina dan Syazmeera cukup mengatakan ‘Keen sabar ya.’ Tak sangka sampai semua pelajar termasuk guru keluar dari kelas semata-mata melihat aku di denda.

Keen terhenti kepada susuk tubuh yang berada di tingkat 3 tadi. Wajah susuk tubuh itu hanya sekilas sahaja dapat dilihat kemudian susuk tubuh itu berlalu pergi.

Keen tertunduk. Tanpa sedar air matanya menitis.

Ustaz…

*****

Detention class sunyi sepi tanpa ada sembarang bunyi. Hanya bunyi titisan hujan membasahi bumi sahaja. Keen cuba menahan air matanya dari jatuh. Dia tidak sanggup melihat wajah Cikgu Husien yang memalukannya di seluruh sekolah. Hatinya pedih!

Ustaz langsung tak masuk makmal biologi ni. Arhhh! Pedulikan lelaki itu. Tak ada yang penting langsung! Setitis air matanya jatuh tanpa esakkan.

Dan fikirannya cuba positif. Ya… Ya… Lagi tiga minit detention class ini akan berakhir dari menganggu hidupnya.

TikTokTikTok… And the time is end!

Keen bangun dan mengemas segala barangnya tanpa banyak bunyi. Kemudian dia menuju ke meja utama makmal. Dan Keen meletakkan kertas soalaan di atas meja itu dan terus keluar tanpa selamat atau terima kasih.

Kurang ajar kan? Tapi peduli apa. Buat sakit ulu hati aje!

Keen berjalan sepi memikirkan apa pandangan masyarakat terhadap dirinya. Ahh! Sudah jangan peduli dengan kata-kata manusia. Tapi maruahnya bagai di pijak pijak. Keen terhenti apabila setitis air jatuh ke mukanya lalu mendongak ke langit.

Hmmm… hujan! Meraikan kesedihan aku ke? Hmmm… tapi kalau nak tunggu Pak Jais, Pemandu peribadi keluarga memang lambatlah. Tapi kalau tunggu sure aku terserempak dengan Cikgu Husien. Option yang terbaik adalah aku redah hujan!

Keen berjalan perlahan-lahan meredah hujan. Kasut dah basah. Baju dah basah. Semua dah basah.

“Apa salah aku? Apa salah aku sampai Cikgu nak malukan aku depan seluruh budak sekolah? Aku cuma tolong Ustaz aje! Berdosa ke sampai kena hukum macam tu!” Keen menangis semahunya. Ya kalau dia nangis tak ada yang perasan sebab air hujan dah menutup air matanya.

Keen menyepak lopak air di tepi jalan. Sakit! Sakit sangat!

ZAAAPPPP!!

Sebuah kereta laju hingga memercik air ke arah Keen.

“Woi tak nampak orang ke apa!” Keen menjerit ke arah kereta yang berlalu itu. Sebenarnya dia ingin menjerit lebih lagi melepaskan geramnya.

Kereta di hadapan itu berhenti dan mengundur sedikit. Baru Keen perasan yang kereta itu adalah kereta Honda hitam yang pastinya milik Cikgu Husien!

Keen bagai terpaku. Nak lari. Ya dia patut lari! Tapi… ke mana nak lari? Keen melihat sekeliling kawasan yang boleh dia lari.

“Qurratul!” Suara itu memanggil. Korang rasa siapa yang panggil aku? Anak Cikgu Husien? Itu yang aku harapkan tapi… Cikgu Husien yang keluar dengan payung dari kereta.

“Eh kenapa kamu redah hujan ke? Jom saya hantar awak balik!” Cikgu Husien sudah menolak aku masuk ke dalam kereta. Entah macam mana pulak lah kaki ni boleh menurut!!!

“Rumah kamu dekat kawasan Perumahan Banglo Elit tukan?” Cikgu Husien sudah duduk di tempat pemandu.

Keen mengangguk. Dia hanya melihat sekilas wajah Ustaz yang duduk di tempat sebelah pemandu. Dia langsung tak melihat aku. Ahh.. Sudah Keen!

“Aaceeeww!!!” Keen menutup mulut dan hidungnya. Sheesshhh… Sejuknya! Keen memeluk tubuhnya. Bajunya basah. Keen menutup bahagian dadanya. Walaupun dah di tutup dengan tudung dia tahu bila baju kurung sekolahnya yang putih itu basah pasti akan kelihat, jarang. Or kata lain Sexy!

“Izzat slow kan air-cond tu kesian Qurratul.” Cikgu Husien yang sedang memandu memberi arahan kepada anaknya.

Keen masih memeluk tubuhnya. Sejuknya!

“Qurratul, Cikgu minta maaf sebab…”

“Cikgu berhenti dekat sini je.” Keen menyatakan dengan rendah sambil melihat keluar tingkap hujan turun dengan lebat.

“Tapi belum sampai lagikan?” Cikgu Husien memandang pelik Qurratul SSakinah yang menyuruhnya berhenti di tepi jalan.

“Berhenti dekat sini!” Nada Keen sedikit keras. Tapi tak menengking. Dia masih ada rasa hormat untuk Cikgunya itu.

Dengan terpaksa Cikgu Husien memberhentikan keretanya di tepi. Pantas sahaja Keen meluru keluar. Dia peduli apa kalau lagi beberapa meter sampai ke rumahnya.

“Degilnya budak ni” Cikgu Husien melihat anak muridnya itu dari dalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience