BAB 1

Romance Completed 5823

‘’Ya rabbi panas! Menggelegak otak aku ni rasa!’’ Itulah kata-kata yang dapat di ungkapkan oleh Keen. Mana tidaknya apabila matahari rasa seperti betul-betul di atas kepalanya. Tapi misinya harus dijalankan. Dia memandang kiri dan kanan memastikan tidak ada mata yang memerhatikannya. Ya misi ini perlu 100% success!

Selepas beberapa minit peluh mula merecik. Daaannn… Yes! Misinya berjalan lancar. Misi utamanya adalah untuk memancitkan kereta Cikgu Husien!

Perasaan gembira mula membara apabila selesai misinya. Nasiblah cikgu siapa suruh cari hal dengan Qurratul Sakina binti Salehuddin. Keen menepuk-nepuk tangannya menghilangkan debu di tangan. Kemudian menyimpan alat yang membantu melaksanakan misinya.

Kenapa pancitkan kereta cikgu? Halnya kecil aje, kerana dia terlambat masuk kelas biologi dan terpaksa berdiri di luar kelas. Tapi tak boleh dikelaskan sebagai berdiri tetapi mencangkung. Dan lebih sadis lagi Cikgu Husien menyuruhnya mengangkat kerusi kayu yang berat di atas kepala. Kerusi kayu tau!!

Sakit betul hatinya! Bukan dia yang nak masuk ke kelas lambat tetapi Cikgu Suriani yang menyuruhnya menghantar buku itu aje. Apabila dijelaskan kepada Cikgu Husien. Dia menyatakan Keen poteng kelas.

Yang lebih sedih apabila beberapa orang lalu lalang memandangnya dengan pandangan sinis. Sedih!! Memang sedih. Lenguh tangannya apabila mengangkat kerusi kayu. Tapi semuanya seperti terbalas apabila melihat kereta cikgunya itu.

“Baik aku blah cepat. Free aje kena tangkap.” Keen terus berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience