BAB 11

Romance Completed 8451

“AKU tak sangka kau pun macam Jimmy jugak.”

Haq memulakan bicara selepas agak lama mendiamkan diri. Dia masih belum dapat melupakan apa yang dilihat sebentar tadi. Sakit hati dengan perlakuan Feroz dan Jimmy masih belum hilang.

“Apa maksud kau ni? Aku tak faham.”

Feroz mengerling sekilas pada Haq yang sedang memandu.

“Tak faham? Atau sengaja buat tak faham. Aku tengok selamba je kau biarkan Jimmy cium pipi kau. Kau tak geli ke?”

Soal Haq dengan suara yang melengking kuat.

Feroz terpinga-pinga melihat perubahan Haq yang tiba-tiba.

“Jimmy tu lelaki aku pun lelaki apa yang nak digelikan.”

Balas Feroz selamba.

“Huh! Kau sedar tak yang Jim tu gay?! Atau kau ni memang jenis lelaki macam dia? Gay!”

Tempik Haq.

Telinga Feroz berdesing. Dia tidak suka Haq meninggikan suara seperti itu padanya. Selama ini jika Haq ingin menegur apa yang dia lakukan, lelaki itu sentiasa menggunakan nada suara yang lembut tapi sekarang lelaki itu berubah dalam sekelip mata.

“Kau jangan nak samakan aku dengan Jim! Aku bukan lelaki yang macam tu! Aku ada maruah!”

“Maruah konon, berpeluk, bercium tu kau kata ada maruah? Sudahlah Feroz kau memang lelaki tak guna!”

Marah Haq lagi. Dia memegang stereng kereta dengan kemas.

Haq sendiri tidak tahu kenapa dia begitu marah dengan perbuatan Jimmy pada Feroz. Dia tak suka Feroz dengan lelaki lain sedangkan dia juga lelaki. Hatinya mendidih bila Jimmy cuba mendekati Feroz. Dia benci perasaan ini!

Dada Feroz berombak ganas. Kecil saja Haq di matanya kini. Rasa ingin ditumbuk muka Haq tapi dia masih waras. Jika dia berkasar, lelaki itu akan bertindak ganas.

“Stop the car!”

Ucap Feroz. Suaranya hampir tidak terkeluar.

“Apa?”

“I said, stop the car!!”

Jerit Feroz dengan kuat.

Spontan Haq menghentikan kereta di bahu jalan. Feroz menolak pintu kereta dan keluar daripada kereta Haq.

“Feroz, kau nak ke mana tu?”

Jerit Haq apabila melihat Feroz sudah melangkah menjauhinya.

“Bukan urusan kau! Aku ni lelaki yang tak guna, lelaki yang tak bermaruah. Kau pergilah cari lelaki lain yang boleh jadi kawan kau!”

Jerit Feroz kuat. Nadanya seperti orang yang berjauh hati.

Haq mengetap bibir. Alah, merajuk pula. Tak padan lelaki! Bebel hati Haq. Lalu, dia menutup pintu kereta dengan kuat dan mengejar Feroz yang sudah beberapa meter meninggalkannya.

Dia menyentap lengan Feroz daripada belakang dan memalingkan tubuh kecil itu supaya menghadapnya. Kedua belah tangan Feroz digenggam kemas seolah-olah yang berada di hadapannya ini bukannya Feroz tetapi seorang perempuan yang merajuk dan minta di pujuk.

“Hey, aku tahu aku dah berkasar dengan kau tapi kau kena tahu aku tak suka kau rapat dengan Jimmy. Aku tak nak kau jadi mangsa dan jadi gay macam dia. Kau kawan aku, aku tak nak kau hanyut dengan nafsu yang akan membinasakan kau sendiri. Jalan yang Jimmy pilih itu bukan jalan Islam yang sebenar. Aku tak nak kau tersasar dan berpaling daripada menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w.”

Ucap Haq penuh dengan kata-kata nasihat.

Dia memegang wajah Feroz. Dia melihat lelaki itu menangis. Menangis? Takkan begitu sensitif sahabatnya ini? Hati

Haq terdetik sesuatu.

“Aku bukan seperti yang kau sangkakan. Aku bukan macam Jimmy. Memang dia ada mintak aku jadi kekasih dia tapi aku tak nak, aku masih ada agama dan aku masih waras. Aku pun tak sangka yang dia akan cium pipi aku tadi. Aku tak sempat nak elak. Kalau kau tahu aku memang tak suka dengan lelaki yang macam itu.”

Luah Feroz dengan wajah yang masih ditundukkan. Sentuhan tangan kasar milik Haq yang menyapa di wajahnya membuatkan jantung Feroz bagaikan bergendang.

Haq tersenyum. Dia lega mendengar pengakuan Feroz. Sekurang- kurangnya dia tahu yang Feroz takkan berpaling daripadanya dan pergi pada Jimmy. Akhirnya, Haq menarik Feroz ke dalam pelukannya. Tubuh kecil itu didakap erat sehingga menjemput rasa debar di dada. Rasa ini bukan rasa seperti kebiasaannya tetapi rasa ini cukup indah dan membuai kalbu.

Feroz terpana dengan perbuatan Haq. Dia berdebar-debar saat berada dalam pelukan Haq. Belum pernah dia merasa bahagia seperti ini. Terasa seperti hati dan jiwanya hanya untuk Haq. Lantas, dia membalas pelukan Haq dengan erat. Adakah aku dah jatuh cinta dengan lelaki ini? Tapi tak mungkin! Tak mungkin!

Setelah agak lama mereka berpelukan, Haq membuka mata. Dia tersedar akan sesuatu. Orang yang berada di pelukannya ini adalah lelaki tetapi dia rasakan seperti ada rasa lain yang menjengah ke dalam hatinya saat tubuh kecil itu berada di dalam pelukan. Rasa itu membuatkan dadanya bergetar hebat. Lalu, Haq menolak sedikit tubuh Feroz dan menjarakkan tubuhnya. Buat seketika dia bagaikan kehilangan kata. Apa yang aku dah lakukan? Kenapa perasaan ini wujud untuk kaum sejenis? Hatinya resah.

“Aku mintak maaf.”

Ucap Haq sambil pandangannya dibiarkan bertebaran ke tempat lain. Dia tidak dapat bertentang mata dengan Feroz saat ini. Hatinya berdenyut tidak tentu arah.

Feroz tidak membalas sebaliknya dia melangkah menuju ke kereta. Dia turut merasakan apa yang dirasakan oleh Haq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience