BAB 6

Romance Completed 8451

KEDENGARAN keluhan terbit daripada mulut Haq apabila melihat keadaan Resort Seri Bayu yang agak uzur dan berusang. Kebanyakkan bumbung-bumbung setiap bilik telah runtuh mungkin dilanda ribut. Bukan itu sahaja, lalang dan semak samun memenuhi pusat peranginan tersebut. Haq menggelengkan kepala.

“Aku rasa aku tak mampu untuk buat semua ini. Confirm gagal!”

Ucap Haq tiba-tiba.

Feroz berpaling pada Haq yang berada di sebelahnya. Dia melihat wajah itu tegang. Mungkin memikirkan cara untuk mengembalikan resort itu seperti sediakala.

“Kau belum buat apa-apa lagi, takkan kau dah nak mengalah dengan begitu mudah.”

Feroz memberi kata-kata semangat.

Terkebil-kebil Haq memandang wajah Feroz. Wajah lelaki itu yang putih di pandang lama.

“Maksud kau?”

“Dengar sini aku nak nasihat kau sikit. Kau patut bersyukur sebab datuk bagi kau peluang untuk uruskan perniagaan ini daripada bawah sebab ini adalah masa untuk kau mempelajari segalanya daripada susah kepada senang. Apa lagi yang kau nak risaukan, datuk bagi kau modal kan? Lebih senang untuk kau mulakan dengan duit yang datuk berikan. Kau beruntung Haq. Aku ni dah lama berangan nak buka perniagaan tapi sampai sekarang aku tak dapat kumpul duit untuk buka perniagaan aku.”

Ucap Feroz panjang lebar.

Dia mengalihkan pandangan ke dada laut yang membiru. Kedudukan Resort Seri Bayu agak strategik kerana ia betul-betul berhadapan dengan Pantai Balok dan mengadap pada matahari terbenam. Suasana ini amat sesuai bagi pelancong-pelancong yang ingin melihat keindahan alam yang sebenar.

“Tapi untuk mengubah suai resort ini memakan masa yang lama, Feroz.”

Haq membantah. Dia mengeluh.

Feroz memandang wajah Haq. Mata hitam lelaki itu ditatap tajam. Kedua tangannya memegang kedua belah bahu Haq. Kemas.

“Kau tak boleh cakap ‘tak boleh’ kalau kau masih belum berusaha. Usaha itu penting bagi kita sebagai manusia. Kejayaan takkan datang tanpa usaha. Aku yakin kau boleh lakukannya. Kau tak nak ke buat datuk dan buah hati kau bangga dengan kau? Ingat, mereka semua sayang pada kau dan nak lihat kau berjaya. Jangan hampakan hati mereka, Haq,”

Ucap Feroz lagi memberi kata-kata perangsang.

Haq terdiam. Apa yang dikatakan oleh Feroz ada benarnya juga. Dia tak boleh mengalah sebelum berusaha. Allah s.w.t tidak suka hamba-Nya yang suka mengeluh dan malas berusaha. Mana ada rezeki yang datang bergolek tanpa usaha yang gigih. Bisik hatinya. Seperti ada semangat yang baru, Haq tersenyum manis.

Lantas, dia meraih Feroz ke dalam pelukan. Dia gembira kerana ada kawan yang berada di sisinya saat dia keliru dalam menentukan jalan hidupnya. Walaupun Feroz baharu saja dikenalinya tetapi dia dapat rasakan seperti Feroz itu kawan lamanya.

Feroz terkejut dengan tindakan Haq. Dia terkaku sebentar sebelum membalas pelukan Haq. Dia menepuk-nepuk belakang badan Haq dengan lembut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience