BAB 5

Romance Completed 8451

“AKU tak puas hati betul dengan keputusan opah tarik balik kereta aku tu. Kalau macam ni, susahlah aku nak bergerak nanti.”

Haq merungut.

Sekarang tinggal dia berdua dengan Feroz. Mereka dalam perjalanan menuju ke Resort Seri Bayu yang terletak di Balok, Kuantan. Entah macam manalah rupanya resort yang telah bertahun-tahun ditinggalkan itu.

“Sebab itulah datuk arahkan aku jadi pemandu kau. Kalau kau nak ke mana-mana kau boleh bagitahu aku, aku boleh hantarkan. Tapi kau tak kisah ke kalau aku bahasakan ‘kau’ ni. Aku dah terbiasa pulak.”

Ujar Feroz sambil tergelak kecil. Dia memfokuskan pandangannya ke arah jalan raya.

Haq berpaling. Wajah Feroz di pandang kemudian senyuman kecil tersungging di bibirnya.

“Aku tak kisah pun. Lagipun aku dah anggap kau macam kawan aku. Kau tahu tak?”

Haq menghentikan percakapannya untuk menelan air liur.

“Tak tahu.”

Pintas Feroz pantas. Haq menepuk dahi.

“Memanglah kau tak tahu, aku belum cakap apa- apa lagi. Sebenarnya, kat sini aku tak ada kawan. Kawan-kawan aku semuanya dekat Perak dan US.”

Terang Haq. Dia mula selesa untuk bercerita dengan kawan barunya ini.

“Tapi kau dan opah kau, asal dari Kuantan, kan?” Soal Feroz.

“Memanglah kami orang Kuantan tapi lepas je aku tamat UPSR, opah terus hantar aku kat Perak. Sekolah berasrama penuh kat sana. Tamat SPM, aku terus terbang ke US sambung belajar. Awal tahun lepas baru aku balik ke Kuantan. Aku tak ada kawan lelaki yang boleh aku ajak lepak.”

Tambah Haq lagi.

“Aku boleh je jadi kawan kau itu pun kalau kau sudilah. Yelah, aku nikan kuli kau je. Kau tu majikan aku, mana nak sama kan?”

Feroz membalas.

Haq tersenyum. Memang semua orang melihat dia berkereta mewah, malah rumah yang di duduki di Bukit Istana itu pun mewah tapi sebenarnya itu harta opahnya bukan milik dia. Kalau dihitung, masuk bulan ini, genap setahun dia menjadi penganggur tajaan Datuk Hasnah.

“Aku cukup bersyukur kalau kau nak jadi kawan aku. Pasal kuli dengan majikan tu kau ketepikan saja. Aku tak kisah semua tu janji hidup aku tak bosan. Selama ini, aku sorang-sorang je merayap dekat bandar Kuantan ni. Tak ada partner.” Balas Haq.

“Eh, takkanlah kau tak ada buah hati?”

Soal Feroz pelik. Dahinya berkerut.

“Ada, memang ada tapi dah lari bawa diri ke Italy.”

“Tapi kenapa?”

Soal Feroz kembali. Dia memandang sekilas wajah Haq yang mencuka. Wajah itu mirip dengan Kim Ji Hoon hero dalam cerita Matchmaker Lover. Kacak dan bergaya walaupun hanya memakai t-shirt dan berseluar jeans.

“Dia nak kahwin dengan aku, tapi aku belum ada kerja. Itu yang merajuk pergi ke Italy.”

Terang Haq.

Arggh, Damia langsung tidak memahami keadaannya. Bukan dia tidak mahu mencari pekerjaan malah sudah banyak kali dia pergi interview tetapi ternyata, kerja yang dilakukan tidak sesuai dengan jiwanya. Dia cuba untuk memujuk Damia tetapi sayang, gadis itu memilih untuk pergi. Biarlah, orang dah tak sudi buat apa nak menanti.

“Oh, macam itu rupanya. Entahlah aku tak tahu nak cakap apa, aku bukan pandai sangat dengan masalah perempuan ni.”

Ucap Feroz.

“Lupakan pasal buah hati aku. Umur kau berapa sekarang? Aku tengok kau ni macam muda lagi.”

Haq mengalih topik.

“Umur aku? Baru 26 tahun, kau pulak?”

“Aku dah masuk 29 tahun.” Balas Haq.

Feroz tidak menjawab. Dia hanya menganggukkan kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience