BAB 12

Romance Completed 8451

HAQ menghantuk lembut kepalanya ke dinding bilik. Dia menghembus nafas dengan kuat. Bayangan wajah itu mengganggunya setiap hari. Disebabkan wajah itu dia sudah tiga hari tidak masuk ke pejabat. Kalau boleh dia ingin mencari alasan untuk tidak berjumpa dengan lelaki itu. Lelaki? Ya lelaki itu telah menghadirkan perasaan yang pelik dalam diri Haq. Dia rasakan dia seperti orang gila kerana angaukan kaum sejenis dengannya.

“Kenapa dengan aku ni? Kenapa dia juga yang aku ingatkan saat ini?”

Rintih Haq. Dia meraup wajahnya yang kusut.

“Ya Allah hapuskan rasa ini Ya Allah. Aku tak mahu rasa yang keji ini membelenggu hati aku. Aku mahu menjadi hamba yang sentiasa berada di jalan-Mu. Aku tidak mahu menyimpang dari landasan Islam yang sebenar. Rasa ini menyeksaku Ya Allah.”

Ucap Haq lagi.

Dia merebahkan diri di atas tilam. Sudah tiga hari dia tidak keluar rumah. Setiap kali lelaki itu datang ke rumah pasti dia akan mengelak untuk berjumpa. Haq tak boleh melihat wajah itu walaupun dia tahu lelaki itu tidak bersalah tetapi perasaan ini yang meruntun jiwa lelakinya. Dia tidak mahu sebarang hubungan songsang yang boleh mengheret dia ke neraka jahanam.

“Feroz, kenapa kau buat aku rasa macam ni? Aku rasa macam aku dah jatuh cinta pada kau. Tapi rasa ini tak perlu wujud Feroz sebab rasa ini tak perlu hadir.”

Haq bercakap sendirian.

Ya, memang itulah dia rasakan saat dan ketika ini. Hari-hari berdua dengan Feroz, bekerja dengan Feroz, melayan kerenah Feroz yang manja, mendengar cerita Feroz, melepak dengan Feroz, mendengar nasihat serta celoteh Feroz membuatkan hati Haq rasa terikat dengan lelaki itu. Hari-harinya ceria dengan kehadiran Feroz malah kehadiran Feroz dalam hidupnya sedikit sebanyak membantu dirinya melupakan Damia yang sehingga sekarang tiada khabar berita.

Tetapi dia tahu rasa ini tak perlu ada kerana rasa cinta ini akan memusnahkan hidupnya. Namun, sehari dia tidak menatap wajah Feroz hatinya pantas di sapa angin rindu malah rasa rindu itu makin kuat mencengkam jiwanya yang kesepian.

Lamunan Haq terhenti apabila telefonnya berbunyi. Dia mengerutkan dahi apabila nombor yang tertera di skrin telefon bukan nombor yang berada di dalam simpanannya. Siapa agaknya? Lantas, Haq menekan punat hijau.

“Hello?” Ucapnya.

“Hello, Haq aku ni Feroz.”

Balas suara di hujung sana.

Gulp! Air liur di telan. Feroz? Kenapa suara dia kedengaran lembut? Macam suara perempuan. Atau aku yang salah dengar. Jantung aku ni pula, sudah-sudahlah berdengup tu. Tak tahan dah macam nak terlompat keluar. Monolog Haq dalam hatinya.

“Hah, kau. Ada apa?” Soal Haq.

“Aku saja je telefon kau guna public phone, kalau aku telefon guna nombor aku, kau tak pernah nak angkat. Kenapa Haq? Aku ada buat kau marah ke? Dahlah tiga hari kau tak datang resort. Banyak kerja yang tak settle lagi.”

Balas Feroz. Suaranya kedengaran lembut di peluput telingan Haq. Haq memejamkan mata. Telapak tangan diletakkan di dada.

Dup, dap, dup, dap…

“Aku tak sihat. Esok-esok aku pergilah kerja. Kau tak payah nak risau pasal aku. Kerja aku, aku tahulah apa yang aku buat.”

Ujar Haq dingin.

“Memanglah resort tu kau punya aku tak ada hak pun nak masuk campur Cuma sebagai P.A yang kau sendiri lantik, aku nak ingatkan kau je. Resort kau tengah dapat sambutan sekarang janganlah kau buat hal.”

Balas Feroz. Dia sedikit terasa hati dengan kata- kata Haq.

“Eh, kau jangan menyibuk boleh tak? Suka hati akulah nak buat apa pun. Kau siapa nak ingatkan aku? Kau tu kawan aku je! Sedarlah sikit!”

Tiba- tiba Haq menengking kuat.

Berombak dada Haq menahan rasa amarah. Sudahlah sekarang ini dia berserabut dengan perasaan mengarutnya terhadap Feroz. Aku memang dah gila agaknya!

“Sampai hati kau cakap aku macam tu Haq. Aku sedar aku siapa, tapi tak perlulah kau cakap macam ni. Aku sayangkan kau.”

Ucap Feroz dengan suara yang tersekat-sekat.

Haq terpana seketika. Feroz sayangkan aku? Sayang yang macam mana?

“Kau jangan nak mengarut Feroz. Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Aku tak sayangkan kau. Aku tak boleh ada perasaan sayang pada kau. Kau tu lelaki, aku pun lelaki! Rasa ini tak perlu ada. Kau boleh blah dari hidup aku!”

Tempik Haq lantas mematikan talian.

Dia mencampakkan iPhonenya ke atas lantai. Dia menekup muka dengan tangannya. Terbayang di matanya wajah Feroz yang pastinya kecewa dengan sikap kasarnya. Dia terpaksa melakukan seperti itu untuk membuang segala rasa yang mula merajai hati. I Phonenya yang pecah berderai tidak dipedulikan. Hatinya yang pecah berderai perlu diberi perhatian.

“Kenapa mesti kau!!!!”

Jerit Haq kuat. Suaranya bergema di segenap biliknya menyaksikan kesakitan dalam hati Haq untuk menghakis perasaan yang indah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience