BAB 8

Romance Completed 8451

Feroz menepuk dahi. Dia mengeluh berat. Takkanlah dia nak ikut aku sampai ke tandas? Matilah aku kali ini. Dengan perasaan yang bercampur baur, akhirnya Feroz melangkah keluar daripada kereta. Dia berdiri tegak di sisi kereta sambil membetulkan rambutnya yang masih terpacak tinggi ala-ala pemain bola sepak Adil Zafuan.

Selepas puas melihat rambutnya di dalam cermin sisi, Feroz mengangkat muka. Jantungnya bagaikan direntap apabila matanya berlaga dengan anak mata Haq. Rupa-rupanya sejak daripada tadi, Haq asyik memerhatikan tingkah lakunya.

“Kenapa kau pandang aku macam tu?”

Soal Feroz. Dadanya bergetar hebat. Ish, kenapa pula ni? Renungan mata Haq menusuk ke dalam hati. Jangan Feroz, dia tu lelaki. Ingat kau pun lelaki pada zahirnya.

“Aku tengok kau ni tak macam lelakilah.”

Ucap Haq tiba-tiba.

Feroz terpempan. Tajam dia membalas pandangan mata Haq. Dah kenapa dengan dia ni? Rungut hati Feroz.

“Apa yang kau mengarut ni Haq? Aku lelakilah, tak nampak ke muka aku ni macam lelaki.”

Ujar Feroz cuba menyakinkan.

“Erk? Meh sini aku nak tengok kau ni betul-betul lelaki ke tak.”

Ucap Haq.

Dia menghampiri Feroz yang masih tegak berdiri di sebelah kereta. Wajah cuak lelaki itu mencuit hati Haq. Hampir terhambur gelak tawanya tetapi dia masih bertahan.

Feroz mula cemas apabila Haq semakin dekat dengannya. Dia mengundur setapak. Wajah serius Haq ditentang dengan berani. Lelaki itu memegang wajahnya dan membelek-belek mukanya.

“Kalau tengok kulit muka kau, macam kulit perempuan. Licin je. Bibir kau pun tak sama macam bibir lelaki. Dahlah badan kau ni kecil, pendek. Tangan kau pun kecil juga. Lengan kau langsung tak berotot. Tapak tangan kau ni pun lembut semacam je aku rasa. Aku confius dengan kau, kau ni lelaki ke perempuan?”

Soalan cepu emas keluar daripada mulut Haq. Dia menundukkan wajahnya untuk memandang Feroz yang jauh lebih rendah daripadanya.

Feroz menelan air liur. Soalan Haq membuatkan Feroz tercekik. Entah apa-apalah cucu Datuk Hasnah ni. Lalu, Feroz menolak supaya jauh daripadanya.

“Kau ni dah mengarut dan melalut tahu tak. Aku ni lelaki. Selama kau kawan dengan aku, takkan kau tak kenal aku lagi. Kau masuk tandas, aku ikut. Kau suruh aku bermalam dalam bilik kau, aku ikut walaupun aku tidur atas sofa. Takkan itu kau tak percaya lagi yang aku ni lelaki?”

Tekan Feroz.

Haq menganggukkan kepala. Betul juga. Kalau Feroz perempuan, takkanlah seorang perempuan sanggup masuk tandas lelaki dan tidur sebilik dengannya. Akhirnya, Haq tersenyum. Dia percaya bulat-bulat apa yang dikatakan oleh Feroz.

“Tapi, kalau kau perempuan tentu aku tak teragak-agak masuk meminang kau.”

Ucap Haq berserta dengan senyuman yang manis.

Feroz terkesima. Dia mendongak memandang wajah Haq yang cukup bersahaja. Hatinya berdenyut lagi.

“Macam mana dengan kekasih kau yang dekat Italy tu?”

Soal Feroz menguji.

“Alah, dia tinggal kat Italy, bukannya dia tahu aku kahwin dengan perempuan lain. Anyway, kau ada adik perempuan tak?”

Soal Haq kembali.

“Kenapa kalau aku ada adik perempuan pun?”

Soalan dibalas soalan. Dia mengerutkan kening. Pelik dengan soalan Haq.

“Kau kenalkanlah pada aku mana tahu aku boleh jadi adik ipar kau ke. Memandangkan muka kau ni boleh tahan jambunya, aku rasa adik kau mesti cantik, kan?

Gurau Haq sambil ketawa.

Feroz mencebik.

“Nak jadi adik ipar aku konon, belum tentu lagi adik aku nak jadikan kau sebagai suami. Adik aku tu dahlah pelik sikit citarasanya, dia lebih suka lelaki yang berbadan tembam dan berkulit hitam manis. Kau tu tak ada langsung ciri-ciri lelaki idaman dia. So lebih baik kau lupakan niat kau untuk jadikan aku sebagai abang ipar kau.”

Balas Feroz tidak mahu mengalah.

Haq membulatkan matanya. Tidak lama kemudian dia ketawa. Feroz turut ketawa. Dia merenung wajah Haq yang tenang.

Dalam hatinya terdetik sesuatu.

“Dahlah, kita ni asyik berborak je. Solat pun belum lagi. Jomlah.”

Ajak Haq selepas tawanya reda. Feroz mula tak senang duduk. Dia gelisah dalam diam.

“Kau pergi dulu. Nanti aku pergi. Aku nak hisap rokok sekejap.”

Bohong Feroz.

Kelihatan dahi Haq berkerut. Sejak bila Feroz pandai merokok? Selama ini belum pernah dia melihat lelaki itu merokok. Dah buang tebiat ke?

“Bila kau start merokok ni?”

Soal Haq seperti tidak puasa hati.

“Baru semalam. Tension bro, sebab itu aku hisap rokok.”

Balas Feroz tanpa rasa bersalah.

Sebenarnya Feroz hanya menipu untuk melepaskan diri daripada di asak oleh Haq supaya mengikutnya pergi sembahyang. Bukan Feroz sengaja memberi alasan untuk bersolat tetapi dia ada sebabnya yang tersendiri mengapa dia tidak boleh bersolat bersama-sama dengan Haq.

Haq mendengus. Dia tidak suka dengan sikap Feroz yang suka mengelak. Tapi apakan daya, dia sudah berusaha untuk mengajak dan menegur yang lain dia berserah pada Allah untuk memberi hidayah pada sahabatnya itu.

Lalu, Haq melangkah meninggalkan Feroz yang masih bersandar di tepi kereta. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Punat hijau di tekan.

“Hah, Jimmy? Eh, kau dah balik Malaysia ke? Nak jumpa? Kat ECM? Okey-okey.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience