BAB 3

Romance Completed 8451

DATUK Hasnah memandang wajah cucunya dengan tajam. Cucu kesayangannya ini suka sangat menaikkan darahnya. Banyak kali dia meminta Haq untuk bekerja di syarikat mereka tetapi Haq tetap berdegil nak bekerja sendiri. Kerja sendiri konon, sampai sekarang cucunya itu tak kerja-kerja. Tunggu duit jatuh daripada langit kut.

“Opah dah bagi banyak masa pada kau untuk cari kerja, beri peluang pada kau untuk bina kerjaya kau sendiri. Tapi kau sia-siakan macam tu. Sekarang bagi kunci kereta kau tu pada opah.”

Pinta Datuk Hasnah sambil menghulurkan tangannya.

Haq serba salah. Wajah opahnya yang garang dipandang. Sengaja dia menayang muka kesian. Mana tahu dengan cara itu, opahnya kesian padanya. Tapi opahnya tetap opahnya yang garang.

“Tak payah nak tayang muka pathetic kau tu kat opah. Opah dah masak dengan perangai kau tu. Bak sini kunci kereta!”

Tekan Datuk Hasnah lagi. Kali ini dia mencekak pinggang.

Ish, opah ni tak bagi chance langsung kat aku nak berlakon. Memang hebat betul Datuk Hasnah ni. Guman hati Haq.

“Alah opah, bagilah peluang pada Haq sekali lagi. Haq janji kali ni Haq akan buktikan pada opah yang Haq memang sungguh-sungguh nak berjaya.”

Pujuk Haq. Dia tersenyum pada Datuk Hasnah.

“Kau nak buat apa kali ni? Opah ajak kau kerja kat syarikat kita, kau tak nak. Nak berdikari kononnya, okey fine, opah bagi kau masa sebulan. Tapi sekarang kau tengok, dah lebih sebulan kau duduk melangut kat rumah. Kau ingat harta opah ni banyak, senanglah kau nak habiskan!”

Bebel Datuk Hasnah lagi. Dia terduduk di atas sofa.

Perit telinga Haq apabila Datuk Hasnah menyebut tentang harta. Macamlah aku ni nak sangat harta dia. Tapi selama ini pun memang akulah yang bertanggungjawab untuk menghabiskan harta dia. Alah, harta banyak bukan boleh bawa dalam kubur lainlah kalau harta yang dibelanjakan ke jalan Allah.

“Haq tahu Haq salah, opah. Tapi takkanlah opah tak nak bagi peluang kedua pada Haq? Haq nak buka perniagaan sendiri, Haq nak jadi berjaya macam opah.”

Tanpa penat Haq memujuk Datuk Hasnah.

Haq tahu lama kelamaan Datuk Hasnah akan termakan pujukannya. Alah, dia hidup dengan Datuk Hasnah sejak ibu bapanya meninggal, sikap Datuk Hasnah memang dapat diramalkan oleh Haq.

“Kau nak opah bagi peluang macam mana lagi?”

Soal Datuk Hasnah. Walaupun geram dengan perangai Haq tapi anak muda itu tetap cucu kesayangannya.

Haq tersenyum. Kan aku dah kata. Mesti opah tak sampai hati nak tengok aku terseksa. Yahooo! Sayang opah!

“Opah bagilah modal pada Haq untuk buka pernigaan Haq sendiri lepas tu opah tengoklah prestasi Haq dalam masa enam bulan.”

Balas Haq. Dia mula merangka strategi.

“Bisnes apa yang kau nak buka?”

Soal Datuk Hasnah lagi.

Haq terdiam sebentar. Sebenarnya dalam kepalanya sekarang, tiada satu pun perniagaan yang terlintas. Dia bercakap hanya untuk menyelamatkan dirinya sendiri. Dia tidak mahu Datuk Hasnah menarik kembali segala kemewahan yang diberikan selama ini.

“Errr…itu nanti Haq fikirkan, opah.” Balas Haq.

Datuk Hasnah tersenyum sinis. Dia tahu Haq hanya berdalih untuk menyelamatkan diri. Tapi tak mengapa, dia akan bagi Haq peluang terakhir. Namun, kali ini dia akan pastikan Haq takkan dapat lepaskan diri.

“Kalau kau tak tahu nak buka bisnes apa, biar opah yang tentukan.”

“Apa maksud opah?”

Tanya Haq pelik. Dahinya berkerut. Wajah opah yang penuh misteri direnung lama.

Datuk Hasnah bangun daripada duduknya. Dia melangkah ke meja yang terdapat di satu sudut rumahnya. Laci meja itu ditarik. Haq masih tertanya-tanya apa yang Datuk Hasnah ingin lakukan. Apabila opahnya berpaling, kelihatan opahnya memegang senaskah portfolio yang agak tebal. Apa bendanya tu? Soal hati Haq penuh debaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience