BAB 10

Romance Completed 8451

Makan malam mereka berlangsung dengan cerianya. Haq perasan yang Jimmy seolah-olah menggoda Feroz. Lelaki itu seringkali merenung wajah temannya namun Feroz kelihatan bersahaja dan selamba. Sakit juga hati Haq apabila Jimmy merenung dan cuba menggoda Feroz dengan bermacam cara. Dia akui Feroz memang seorang lelaki yang comel malah boleh dikatakan ‘jambu’ jika sekali memandangnya.

Haq juga akui yang dia sayang akan Feroz kerana lelaki itu sudah dianggap seperti adiknya sendiri merangkap kawan baiknya. Dia tidak mahu hidup Feroz musnah dengan lelaki seperti Jimmy.

“Okeylah, Jimmy kami balik dulu.”

Ucap Haq sewaktu mereka berada di tempat letak kereta.

“Okey, balik rumah terus tau jangan melencong pulak.”

Balas Jimmy dengan senyuman penuh makna.

Dahi Haq berkerut apatah lagi saat Jimmy dengan selamba menarik tangan Feroz supaya jauh daripada Haq. Daripada jauh, Haq hanya memerhatikan tingkah laku Feroz dan Jimmy. Kelihatan Jimmy memberikan sesuatu kepada Feroz. Bisnes card kut. Haq cuba menyedapkan hati. Namun, saat Jimmy tanpa segan silu mencium pipi Feroz, jantung Haq bagaikan dicabut. Nafasnya terasa sesak dengan tiba-tiba. Dia cemburu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience