BAB 9

Romance Completed 8451

LAMBAIAN tangan Jimmy disambut oleh Haq yang sedang melilau-lilau mencari kelibat Jimmy. Dia tersenyum memandang Jimmya dari kejauhan. Tak sangka kawannya itu bertambah kacak dan kelihatan…kelihatan jambu macam kawannya yang sebelah ini.

Dengan kulitnya yang putih melepak, rambutnya yang dipotong ala-ala Korea menyerlahkan lagi wajahnya yang baby face. Sekali pandang wajah Jimmy kelihatan seperti budak perempuan yang berumur 20 tahun padahal umur lelaki itu sebaya dengannya.

“Hai Jimmy, dah lama kau tunggu aku?”

Soal Haq lantas melabuhkan punggung di hadapan Jimmy yang tersenyum manis. Feroz juga turut melabuhkan punggung di sebelah Haq.

Feroz perasan, Jimmy asyik merenung dirinya daripada bawah dan ke atas. Macamlah aku tak pakai baju. Mentang-mentang aku pakai t-shirt dan seluar jeans lusuh je, dia pandang aku semacam. Aku tahulah dia tu bergaya sama macam Haq tapi Haq tak pernah pandang rendah pada aku sebab itu aku sayang dia. Bisik hati Feroz.

Jimmy mengangkat kepala pada Haq tanda bertanya siapa di sebelahnya.

“Oh, aku kenalkan ni kawan baru aku. Namanya Feroz. Feroz ni aku kenalkan Jimmy. Kawan aku masa dekat US dulu.”

Haq memperkenalkan mereka berdua.

Jimmy tersenyum dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Feroz menyambut huluran tangan itu. Dia sedikit pelik saat Jimmy memegang kemas tangannya. Dia mengangkat pandangan dan matanya berlaga dengan anak mata coklat cair milik Jimmy. Jimmy tersenyum penuh makna sambil memainkan keningnya.

Haq mula mengesan sesuatu yang tidak kena daripada cara pandangan Jimmy terhadap Feroz. Dia tidak suka pandangan itu, dia tidak suka Jimmy mengenggam tangan Feroz dengan lama. Dia tidak suka, tapi kenapa? Dia cukup kenal dengan gaya hidup Jimmy yang terlampau bebas sampaikan tidak dapat membezakan yang mana halal dan haram. Gaya hidup Jimmy memang sudah terpengaruh dengan budaya Barat yang lebih memilih lelaki untuk dijadikan teman hidup. Nauzubillah.

“Ehem-ehem.” Haq berdeham.

Jimmy tersengih lantas melepaskan genggaman tangan Feroz. Dia membetulkan duduknya. Renungan tajam daripada Haq tidak dipedulikan. Adakah gaya hidup Haq sudah berubah menjadi sepertinya?

“Siapa Feroz ni dengan kau? ‘Kekasih’ kau ke?”

Soal Jimmy sambil berbisik. Dia mendekatkan wajahnya dekat dengan wajah Haq. Dia tidak mahu Feroz mendengar apa yang ingin dibicarakan dengan Haq.

“Kekasih? Apa kau ni Jim? Aku bukan macam kaulah. Dia ni kawan baik aku dan dia lelaki normal macam aku. Lagi satu mana kau nak letak kekasih kau tu?”

Soal Haq sedikit geram. Dia turut berbisik. Sekilas dia memandang wajah Feroz yang cuba mencuri-curi dengar apa yang cuba dibisikan dengan Jimmy.

“Tapi aku berkenanlah dengan kawan kau ni. Jadi anak ikan aku pun okey jugak.”

Ujar Jimmy sambil ketawa. Kedengaran agak jahat ketawa Jimmy.

“Jangan harap, dia milik aku!”

Balas Haq secara tiba-tiba. Dia terdiam cuba menafsir apa yang dikatakan sebentar tadi.

Dahi Jimmy berkerut mendengar kata-kata Haq.

“Apa maksud kau?” Soal Jimmy.

“Tak ada apa-apa. Kau abaikan apa yang aku cakapkan. ”

Balas Haq. Dia malas memanjangkan cerita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience