BAB 2

Romance Completed 8451

Selepas beberapa minit, akhirnya keretanya siap dibaiki. Entah apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut, Haq tak ambil peduli janji keretanya siap. Dia melangkah masuk ke dalam kereta dan memulas kunci. Yahoooo!! Hidup juga akhirnya. Hati Haq menjerit. Dia tersenyum gembira.

Haq mengalih pandangan pada lelaki yang masih tercegat berdiri di hadapannya. Dia keluar daripada kereta. Wajah lelaki tersebut yang dipandang. Dahi Haq berkerut, wajah lelaki itu nampak lembut, apa tidaknya wajahnya putih kemerahan, matanya bundar, hidungnya sedikit mancung dipadankan dengan bibirnya yang merah. Lelaki ke dia ni? Hatinya tertanya.

Mata Haq beralih pada dada lelaki tersebut. Nampak rata, sah lelaki! Benak hatinya berkata. Tapi kenapa lelaki ni nampak comel je. Budak-budak lagi kot. Sempat lagi hati Haq menilai penampilan lelaki yang masih setia menunggu di hadapannya.

“Hey bro, kenapa pandang aku macam tu? Seramlah kau ni.”

Lelaki tersebut bersuara.

Haq tersedar dan dia tergelak kecil. Dia menggelengkan kepala.

“Tak ada apalah, anyway terima kasih sebab dah tolong saya. Ambillah ni.”

Ucap Haq lalu menghulurkan dua keping not lima puluh.

Lelaki tersebut tersenyum dan menolak pemberian Haq. Haq terpaku seketika.

“Tak apalah bro. Aku tolong ni ikhlas. Aku tak harapkan apa-apa balasan,”ucapnya.

“Kalau awak dah cakap macam tu, takkanlah saya nak paksa. Terima kasih banyak-banyak. Nama saya Haq Firdaus, ni kad saya.”

Ujar Haq lantas menghulurkan sekeping business card pada lelaki tersebut.

Lelaki itu menyambut huluran Haq. Terkumat kamit dia membaca nama Haq yang tertera di atas kad tersebut.

“Okey, nama aku panjang tapi orang panggil Feroz je.”

Balas Feroz. Dia tersengih.Haq hanya mengangguk. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam. Kelihatan Feroz teragak-agak untuk bersalam, kemudian dia mengangkat tangan kanannya dan ditunjukkan pada Haq.

“Maaflah kotor.Tapi tak mengapa, selamat berkenalan.”

Ucap Feroz.Feroz tersenyum ramah. Suka pula dia melihat senyuman lelaki yang baru dikenalinya ini. Nampak baik walaupun orang kaya. Apa tak kayanya, kereta yang dipakai bukan murah tau, Mitsubishi Lancer Evolution. Kereta impiannya tu. Agak-agaknya, Haq ni kerja apa ya? Hati Detik hati Feroz.

“Aku blah dululah Haq, dah lambat ni aku nak masuk kerja,”ujar Feroz lagi.

Haq mengangguk.

“Baiklah.”

Dia hanya melihat Feroz berlalu ke motor EX5 yang diparkir tidak jauh dari tempat keretanya tersadai. Haq memandang Feroz daripada belakang.

“Kecil betul badan dia. Sudahlah kecil, pendek pula tu. Tak macam lelaki pun aku tengok tapi rambut dia pendek, cara jalan pun macam jantan.”

Bebel Haq sendirian. Dia memandang kelibat Feroz yang menghilang. Akhirnya bahunya di angkat. Lantaklah, bukan ada kena mengena dengan aku pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience