"Aku nikahkan engkau dengan Malayka Nazneen bt Rashid dengan mas kahwin lapan puluh ringgit, tunai!".
"Aku terima nikah Malayka Nazneen bt Rashid dengan mas kahwin lapan puluh ringgit, tunai!".
Sah!
Serentak aku terkaku. Betulkah apa yang berlaku? Atau aku cuma mimpi? Tangan yang semakin sejuk aku genggam kuat. Atika menepuk bahu ku menyuruh aku mengangkat tangan berdoa. Aku menurut. Arif yang segak berbaju melayu putih sedsng tekun mengaminkan doa. Syazwan duduk disebelahnya turut mengaminkan bacaan doa.
Betul kah aku milik orang?
"Boleh lah teruskan baca lafaz taklik". Ujar Pak Imam yang sudah menghulurkan sehelai kertas kepada Arif.
Maka, lafaz taklik pun dibacakan. Entah kenapa suara Arif membuatkan aku bertambah sedih. Arif terketar2 saat membacakan lafaz tersebut. Berkali2 dia tersasul. Aku hanya mampu memandang dari jauh.
"Dah boleh batal air sembahyang". Ujar mama. Aku segera tersedar dari lamunan. Arif perlahan2 mendekati aku yang sedang duduk bersimpuh disebelah Atika. Bau perfume menusuk rongga hidung. Aku takut!
Salam diucapkan penuh sopan. Aku membalas tanpa berani memandang wajah Arif. Tanganku genggan semakin kuat. Arif meletakkan tangannya di ubun2 lalu membaca sepotong doa agar dijauhkan dari godaan syaitan dan dipelihara hubungan. Aku turut mengaminkan. Berbunga hatiku. Umpama bunga yang layu kian berkembang dek dibajai oleh pria yang kini menawan relung hatiku.
"Beb, hulur tangan". Bisik Atika ke telingaku. Aku mengetap bibir. Perlahan2 tanganku hulur agar dapat Arif sarungkan cincin. Sejuk tanganku saat ini.
Arif capai perlahan. Dia memegang kemas jemariku. Aku tertunduk malu.
"Sejuknya". Sepatah ayat Arif membuatkan semua yang hadir tersenyum.
Dengan lafaz bismillah, Arif sarungkan cincin ke jari manis. Aku juga membalas yang sama. Setelah itu, dia mencium dahiku kejap. Syahdu ku rasakan saat ini. Teringat saat aku bernikah dengan Aqasha. Aku terlepas merasakan ketenangan seperti ini. Dia kemudian duduk di sebelahku. Lebih rapat sehingga aku dapat merasakan getaran jiwa nya.
"Senyum sikit pengantin!". Usik hadirin yang datang. Merah mukaku menahan malu. Arif menggenggam jemariku erat dan sempat berbisik agar aku sentiasa tersenyum manis.
"Haa, posing la sikit!". Kali ini Syazwan pula yang menyakat. Riuh suara mereka semua. Tergelak kami berdua.
Setelah lama melayan hadirin yang datang, barulah aku dan Arif dapat mengisi perut yang lapar. Kami bersama menuju ke khemah diluar rumah. Kelihatan mama sedang menjamu selera bersama anak2nya. Aku berbalas senyuman.
"Senyum kat siapa tu?". Soal Arif sambil mencedok nasi ke pinggan.
"Mama. Tu". Tunjukku pada Arif. Pinggan yang dihulur aku capai.
"Sayang nak lauk apa?".
Erk! Tersedak sekejap. Apa? Sa..yang??
"Er, tak payah la panggil macamtu. Segan la orang dengar". Aku garu kepala yang tak gatal.
"Sayang. Tak boleh ke? Saya sayang isteri saya. Biar lah. Awak tak suka, saya tak boleh tolong". Ujarnya lalu pergi meninggalkan aku. Aku lihat dia duduk di meja yang kosong.
Sudahnya, aku tercegat sendiri di sini. Mahu kebas telinga macamni hari2 dengar perkataan tu. Adush! Malu la mak!!
Aku tersedar setelah namaku dipanggil. Segera aku bergerak untuk bersama Arif. Aku labuhkan punggung di sebelahnya. Mujur harini cuaca tak panas terik. Takdelah aku terpaksa berlawan peluh pula. Lauk ikan tenggiri asam pedas aku kaut sedikit dengan nasi putih. Lega tak terkata bila dapat masuk ke dalam mulut. Sedap!
"Sayang nak tidur sini ke nak balik rumah sewa abang terus?". Soalnya tiba2. Aku yang masih tak biasa dengan panggilan tersebut terasa nak tergelak.
"Er, mana2 lah. Saya ikut je". Jawabku ringkas. Aku teruskan suapan makanan. Mataku meliar memandang hadirin yang sedang mengisi perut.
"Kalau macamtu, balik rumah abang la. Lagipun, kita dah habis majlis kan? Erm, sayang dah packing baju kan?".
Aku gigit bibir. Awal nya!
"Dah".
"Haa, ok la tu. Nanti kejap lagi abang bagitau mama. Kita balik lepas maghrib la". Cadang Arif. Aku pula yang terasa tak rela.
"Erm, cepat nya". Tiba2 aku bersuara. Pinggan yang kosong aku tolak tepi.
"Kenapa? Sayang still nak stay sini?". Arif berubah wajah. Dia pandang aku hairan.
"Erm, takpelah. Saya ikut je. Lagipun, tempat saya disisi awak".
Arif tak mampu melindungi senyumannya. Ternyata dia bahagia dengan kata2 aku. Wajahku dipandang lama.
"Thanks. Abang suka dengar sayang cakap macamtu". Dia kenyit mata nya. Aku gugup!
"Er, saya nak masuk dalam. Panas la. Lagipun, nak solat zohor". Aku cuba melarikan diri. Cepat2 aku bangun sebelum aku merasakan tangan Arif dilenganku.
"Jom! Saya imam". Ujarnya. Dia menarik tanganku mengekorinya. Aku menurut. Lupa pula yang sekarang ini dia merupakan suami aku.
Di dalam bilik, Arif segera merehatkan badan di katil. Penat sangat katanya kerana semalam tak dapat tidur yang mencukupi. Aku biarkan sahaja. Tudung yang melindungi kepala aku lurutkan. Membiarkan rambut yang panjang dilepaskan. Lega rasanya dapat membiarkan rambut bernafas. Aku sempat menyikat rapi rambut.
"Ehem! Cantik rambut!". Puji Arif yang sedang terbaring. Aku toleh memandangnya. Senyuman tak lekang di bibir Arif. Entah kenapalah suka sangat buat aku cair!
"Terima kasih". Rungkas jawapku. Sepit rambut aku capai lalu aku ikat rambut.
"Awak nak ambil wudhu dulu ke?". Soalku merapati Arif.
"Sayang, cuba panggil abang. Baru sedap dengar".
Aku mencebik. Sedap dengar konon!
"Kalau saya taknak?". Aku sengaja bermain tarik tali.
"Ala, kesian abang. Nanti kalau mati, terbuntang mata sebab tak dapat dengar. Sayang jugak nanti menyesal tak sudah". Gurauannya menjadi sensitif. Aku terasa. Wajahku bertukar serta merta. Dia perli aku ke?
"Er, abang tak sengaja! Maafkan abang!". Arif kalut. Dia bangun mendapatkan aku yang sedang berjalan menuju ke bilik air.
"Please! Abang tak sengaja. Niat nak gurau, tapi tak sangka abang tersalah cakap. Please, jangan macamni. Abang betul2 tak sengaja!". Pujuk Arif lagi. Aku pandang wajahnya lama.
"Memang la! Memang saya ni tak boleh nak jadi isteri yang baik! Saya kan tak pernah buat apa2 yang menyenangkan hati orang!". Tangisku sendu. Arif dakap tubuhku erat cuba menenangkan. Dia merasa bersalah.
"Maaf sayang. Abang salah. Abang janji takkan cakap lagi. Maaf sangat2. Abang dah buat sayang terasa. Please, maafkan abang". Arif memohon maaf. Aku nangis dipelukannya. Entah aku yang cepat terasa atau memang dia tak patut buat macamtu. Aku sendiri buntu.
"Tolong jangan cakap macamtu lagi. Saya sedang cuba nak buat yang terbaik. Bagi saya biasakan diri. Saya bukannya jahat sangat!". Rengekku dalam pelukannya. Arif mengangguk berkali2.
"Ye2, isteri abang tak jahat. Abang salah. Abang tak cakap dah". Janjinya. Dia mengucup dahiku kemas. Aku kembali memeluk Arif erat. Terasa bahagia. Lama aku memeluknya. Makin lama makin erat. Makin kuat.
"Er, memang nak ikat abang kuat2 ke?". Usiknya. Tanpa sedar, aku memukul kuat bahu Arif. Dia memuncung.
"Ish2, kuatnya! Pernah masuk wrestling ke dulu? Masaklah abang macamni!".
Aku tergelak. Ada2 sahaja. Tuala aku capai lalu aku hulurkan pada Arif.
"Pergilah bersihkan diri. Ambil wudhu sekali. Nazneen tunggu".
"Taknak masuk sekali ke?". Usiknya nakal. Aku acah2 ingin memukul bahunya tapi sempat Arif elak. Mengekek gelak dia.
"Abang ada peluang lain kan?". Sambungnya lagi. Kali ini aku cepat2 memukul bahu Arif. Serentak itu, aku hadiahkan cubitan paling berbisa. Riuh bilik itu dengan suara Arif. Aku puas!
"Ish! Bahaya la sayang ni. Silap haribulan, mahu tercabut kulit abang ni". Sengaja dia merajuk manja. Aku capai lengannya yang merah. Aku usap perlahan.
"Lain kali, jangan gatal sangat! Kan dah kena". Aku tiup lengannya. Arif membiarkan senang.
"Tiup jelah lagi. Lagi lama lagi syok!". Aku menjelir lidah geram. Arif terus menuju ke bilik air. Aku membentangkan sejadah untuk aku dan dia. Kain pelekat dan baju tshirt kepunyaan Aqasha aku capai. Boleh lah buat sementara.
Arif keluar setelah selesai. Aku hulurkan baju kepada suamiku.
"Aqasha punya?".
Aku angguk.
"Boleh ye? Takde baju lain la. Takkan Nazneen nak bagi baju Nazneen pulak". Tersengih aku seketika. Dia mengangguk faham.
Arif menyarungkan baju ke tubuh. Kain pelikat dilipat kemas di pinggang. Aku terpana. Seolah melihat bayangan Aqasha. Cepat2 aku tersedar. Tak mahu terus dibayangi wajah Aqasha. Kini, Arif suami aku yang sah. Aku perlu menghormati dia.
"Ok ke?". Soal Arif. Aku menunjukkan thumbs up.
"Handsome!".
Arif senyum. Aku pula mengambil wudhu. Kami pun mulai berjemaah. Diimamkan oleh suami sendiri bagiku merupakan anugerah terbesar dalam hidupku setelah bergelar seorang isteri. Kali ini, aku berazam untuk menjadi yang terbaik buat Arif Haikal. Segala yang aku terlepas lakukan bersama arwah suami aku dulu, aku ingin tunaikan sekarang. Bersama Arif.
Allah, permudahkan urusan kami suami isteri. Pelihara hubungan kami. Jauhkan dari bisikan syaitan. Berkati rumahtangga ini agar dapat menuju syurgaMu.. Ameen!
~~~~~~~~~~~~~~
Selang tiga minggu aku bernikah, aku mulai hidup sebagai seorang suri rumah. Walaupun agak kekok, tapi atas bantuan Arif, kami sama2 dapat menjalani kehidupan dengan bahagia. Aku menjalankan rutin harianku. Bangun pagi menyediakan sarapan suami, mengemas, basuh baju, memasak dan melayan suami. Bagi aku, semua yang aku lakukan semata2 mengharapkan redha Allah dan suami. Arif banyak memberi tunjuk ajar. Kami menghadiri kuliah agama bersama, makan bersama dan berbincang bersama.
Bak kata Atika, suami isteri perlu ada kasih sayang dan toleransi. Itu yang aku terapkan dalam perhubungan kami. Aku ingin menjadi Malayka Nazneen yang baru. Setiap hari adalah istimewa bagiku. Pasti akan ada kejutan buat Arif. Harini juga tak terlepas.
"Cantik2 ni nak ajak abang kemana pulak?". Seperti biasa itulah soalan Arif apabila melihat aku yang siap berdandan. Aku sengih.
"Tak ajak pergi mana pun. Saja je nak berhias untuk suami". Aku duduk disebelahnya. Surat khabar yang menjadi tatapan Arif aku lipat kemas. Tangannya ku bawa ke genggaman.
"Kenapa sayang abang ni? Lain macam je". Usiknya lagi. Rambutku dicium.
"Saja lah. Harini kan hujung minggu. Malas nak keluar, jadi Nazneen pakai la cantik2. Ustazah Islah pesan, kena sentiasa cantik dihadapan suami".
"Ustazah? Islah tu dah kira kawan sayang la. Panggil Islah je". Arif membetulkan.
"Ah! Ok2, Islah je". Aku mengulang. Arif cium lagi rambutku. Aku main jari Arif.
"Abang, dah tiga minggu kita kahwin.."
Arif mengangguk.
"Abang, bahagia ke?". Soalku lembut. Anak matanya aku tatap dalam2. Bahagia melihat wajah sang suami.
"Sangat! Kalau sayang tanya berpuluh2 kali pun, jawapan tetap sama. Sampai tua, abang bahagia. InsyaAllah". Luahnya jujur. Mukaku merona merah. Malu.
Aku sandarkan kepala ku di bidang Arif. Mendengar degupan jantungnya.
"Maaf kalau ada yang terkurang. Nazneen tau masih baru lagi usia perkahwinan kita ni. Tapi, Nazneen harapkan abang tegur Nazneen kalau salah. Nazneen nak jadi isteri idaman abang".
Arif tergelak. Dia menyelak helaian rambut yang berjurai di dahiku lantas mengusap lembut pipi.
"Isteri idaman abang, Nazneen lah. Takde yang lain. Erm, sebelum abang lupa. Kita kan tak honeymoon lagi. Sayang nak pergi mana? Abang bawakkan. Kita pergi sekarang la. Nanti abang dah start kerja, jangan harap la Islah nak bagi cuti!". Seloroh Arif. Aku turut tergelak.
"Ala, tak payah la nak honeymoon bagai. Simpan duit. Nanti, kita buat umrah sama2. Nazneen teringat nak jejah kaki ke Mekah. Boleh kan, bang?". Soalku lembut. Tanganku merayap pada jambang Arif yang semakin lebat. Sengaja aku biarkan ia tak bercukur.
"Boleh! Nanti kita ke sana sama2. Lagipun, abang memang niat nak bawak sayang. Tapi, lambat sikit takpe ke?".
Aku tersenyum. Sememangnya mengerti keadaan kewangan kami.
"Takpe, yang penting sekarang ni Nazneen ada dengan abang selalu. Jangan tinggal Nazneen tau! Nazneen takut ditinggalkan".
Arif mengeratkan lagi pelukan. Aku membetulkan letak kepalaku.
"InsyaAllah. Sentiasa dengan sayang abang". Janjinya.
"Erm, boleh Nazneen tanya abang sesuatu?". Aku pandang wajahnya.
"Apa dia?".
Pelukan aku leraikan. Aku menghadap wajah Arif.
"Kenapa masa nikah haritu, Nazneen tak jumpa pun mak abang. Dia tak datang ke?".
Aku lihat wajah Arif bertukar serius. Aku pegang tangannya.
"Dia tak mengaku abang anak dia. Sebab tu dia tak datang. Itupun, nasib baik ayah nak datang. Abang pun tak kisah dah. Janji hati abang tak sakit. Dia pun tak sakit. Kira settle lah!". Selamba ayat yang diucapkan. Aku merasa tak sedap.
"Tak baik abang cakap macamtu. Apa2 pun, dia tetap mak abang". Pujukku.
"Abang sentiasa anggap dia mak , tapi kalau dia sendiri buang abang, hasut ayah abang, apalagi yang boleh abang buat. Dah la, tak mahu la cakap pasal dia". Rajuknya. Aku turutkan. Arif kembali memelukku.
"Abang suka cium rambut sayang. Wangi. Pakai shampoo apa ha?". Usik Arif. Aku tersenyum. Perangai yang sama seperti Aqasha. Aku sendiri tak mampu nak menghalang.
"Sayang, abang nak ada baby cepat2. Abang tak sabar nak ada keluarga yang lengkap. Ada Nazneen, ada baby. Nanti, boleh abang jaga sayang dan anak kita. Abang akan didik anak kita dengan kasih sayang dan ajaran agama. Sayang nak berapa orang anak?".
Aku mengetap bibir. Malu pula bila disoal tentang anak.
"Er, berapa yang abang nak?". Soalku kembali. Inginkan kepastian.
"Berapa2 pun yang Allah nak rezekikan, abang terima. Kita akan jaga anak2 kita nanti, ok?".
Aku angguk perlahan. Fikiran dah terbayang suasana rumah yang dipenuhi dengan suara tangis budak. Bahagianya! Aku dah lama impikan mempunyai anak sendiri. Impianku bakal tercapai.
"Nazneen teringin baby boy". Ujarku tiba2.
"Kenapa?".
"Sebab, dia akan jadi ketua pada adik2 dia. Biar dia jaga dan lindung keluarga dia dari dengki khianat orang luar. Lagi satu, Nazneen nak terapkan sifat tanggungjawab pada dia biar dia jadi seorang lelaki yang bertanggungjawab dan soleh. Itu yang utama". Jelasku panjang. Arif yang tekun mendengar turut bersetuju.
"Bijak isteri abang ni. Abang percaya sayang mampu buat semua tu. Kita didik dan ajar diorang yang terbaik nanti. Abang pun tak sabar nak tengok isteri abang ni mengusung anak abang dalam ni. Mesti comel". Seraya memegang perutku yang leper. Aku tersenyum malu. Aku paut lengannya. Aku kucup tangannya. Suami soleh kepunyaanku. Aku bahagia sekali!
"Nazneen sayang abang". Ujarku perlahan. Arif membalas. Lebih bahagia.
Baru kini aku merasakan kebahagiaan yang sempurna. Sempurna buat aku yang bernama wanita dan isteri.
Ayah, maafkan Ayka atas kesilapan Ayka yang dulu. Ayka sedar Ayka tak matang waktu tu. Ayka terlalu ikut perasaan. Kasih sayang ayah melebihi segalanya. Ayah tetap hero Ayka sampai bila2. Ampunkan anak ayah ni. Ayka sayang Ayah!
Mak, maafkan Ayka. Ayka tak sepatutnya abaikan mak. Tak sempat Ayka nak merasa tanggungjawab sebagai anak membalas semua jasa mak. Sudilah kiranya mak ampunkan anak mak ni. Ayka rindu mak. Bahagialah mak di sana.
Aqasha, maafkan Ayka. Ayka rindu abang. Abang cinta hati Ayka sampai bila2. Ayka nak minta maaf sebab abaikan abang sejak hari pertama kita bernikah. Ampunkan Ayka kerana tak dapat menjadi isteri solehah buat abang. Abang dah membuka mata Ayka untuk melihat keagungan dan kekuasan Allah Taala. Abang juga dah mengajarkan Ayka erti kasih sayang, cinta dan pengorbanan. Terima kasih, abang. Maafkan Ayka.
Arif, suamiku. Terima kasih kerana menerima diri ini. Sesungguhnya kau lah suamiku hingga syurga. Kau setia menanti diri aku. Terima kasih suamiku. Maafkan aku andai terkurang dalam segala hal. Aku bersyukur dipertemukan dengan lelaki sebaik engkau. Ya Allah, jaga suamiku seperti mana aku menjaganya. Sayangi dia seperti mana aku sayang diriku sendiri. Aku perlukan dia sehingga akhirnya. Terima kasih Arif. Terima kasih Ya Allah!
~~~~~~~~~~~~~~~
TAMAT
Share this novel