Bab Sepuluh

Romance Completed 17994

Tiga tahun berlalu.

Aku sudahi bacaan yassin dengan sepotong doa buat arwah suamiku yang kini tenang di alam sana. Air mawar ku siramkan atas pusara nya. Batu nisan yang termetrai nama Aqasha aku pandang penuh hiba.

"Assalamualaikum, abang. Harini Ayka datang jenguk abang lagi". Aku buka bicara yang saban hari menampar gegendang telingaku sendiri.

"Abang dengar kan? Ayka dah pandai mengaji tau! Ayka belajar dengan mama. Maaf selama ni Ayka hanya datang tanpa membawa sebarang titipan yassin buat abang. Ayka tak pernah lupa untuk mendoakan abang. Abang dengar kan? Ayka rindu abang. Ayka mintak maaf sebab tak mampu nak jadi isteri yang terbaik buat abang".

Aku tertunduk hiba. Menggeletar tubuhku menahan air mata. Aku sudah berjanji untuk tidak mengalirkan air mata dipusara Aqasha. Peganganku pada batu nisan semakin kuat. Duhai hati, tabahlah!

"Ayka teringin nak dengar suara abang lagi. Ayka nak sangat abang imamkan solat Ayka. Tapi, harapan je semua tu, kan? Huh! Tulah, Ayka yang bodoh sebab tak pernah nak hargai abang dulu". Aku terdiam seketika. Nafas ku hela berat.

"Erm, Atika nak kahwin dah. Bahagia sangat tengok diorang berdua tu. Kadang2 Ayka terfikir, kalau abang masih ada, kita akan jadi macamtu jugak ke? Hurm, angan2 je Ayka ni kan?". Aku tergelak kecil. Pusara Aqasha aku tatap lama. Aku termenung.

Sudah lima tahun berlalu sejak Aqasha pergi meninggalkan aku. Aku seakan tiada arah tuju. Setiap pagi aku akan ke pusara Aqasha hingga tengahari. Bercakap2 seolah2 dia dihadapanku. Balik rumah pula sekadar menghilangkan penat ataupun untuk aku menunaikan solat. Sekiranya aku terlalu rindu, aku akan menuju ke tempat2 yang menyimpan kenangan antara kami. Begitulah rutin harianku. Aku langsung tak hiraukan orang sekeliling. Apa yang jadi pada manusia lain. Apa yang jadi pada bumi ni, aku tak pernah tahu. Hidup aku hanya tertumpu pada rinduku yang menebal. Langkahku hanya tertumpu pada pusara arwah suamiku.

Sesekali mama, Atika ataupun mak akan datang menjenguk aku. Kadang dibawakan makanan untuk aku mengalas perut. Aku sedar betapa risaunya mereka pada aku. Tapi, apakan daya. Aku tak mampu nak mengubah keadaan diriku buat sementara waktu. Kehilangan Aqasha seperti baru semalam berlaku. Aku sendiri kadang terkejut dengan ujian yang melanda hidupku. Bukan aku tak cuba mengusir kenangan itu, tapi aku tak mampu.

"Beb, kat sini rupanya kau". Tegur Atika dari belakang. Aku menoleh seraya tersenyum kelat.

"Kenapa? Kan ni tempat biasa aku". Jawabku lemah. Yassin aku letakkan di dalam beg tangan. Jug yang berisi air mawar aku jinjit di tangan.

"Er, jom lah. Aku bawakkan makanan. Kau mesti tak makan lagi, kan? Aku nak teman kau makan sekali".

Itulah alasan Atika setiap kali membawakan aku makanan. Aku pandang wajahnya.

Sampai bila kau nak tolong aku, Tika?

"Jom! Kau dah sudah kan? Meh aku bawakkan jug tu". Pelawa Atika lalu mengambil jug ditanganku.

Langkah dihayun menuju ke perkarangan kawasan perkuburan. Dari jauh terlihat kereta Atika yang diparkir di bawah rimbunan pokok.

"Kau bawak kereta? Mengada nya! Bukan jauh mana pun". Perli aku.

Jarak antara kawasan perkuburan dan rumah aku tak sampai 15 minit berjalan kaki. Sedangkan aku pun berjalan kaki ke sini.

"Er, saja je! Aku nak suruh kau naik kereta. Kan panas ni". Atika memberi alasan. Aku mencebik. Ada2 je!

Aku masuk ke dalam kereta berhati2. Pintu kereta di tutup.

"Dari pukul berapa kau kat kubur?". Soal Atika serius.

"Kenapa?".

Atika terdiam. Aku menghela nafas panjang. Kiranya aku seakan tahu apa yang ingin disampaikan.

"Beb, kau mendera diri sendiri". Ujarnya lagi. Aku pandang wajah Atika tajam.

"Aku taknak dengar! Sekali lagi kau cakap macamni, aku takkan jumpa kau lagi!". Ugutku kasar. Pandanganku hala ke luar tingkap. Fikiran kusut seketika.

Kenapa kau tak faham aku, Atika?

Kereta bergerak perlahan. Suasana di dalam kereta juga dingin. Aku selesa mendiamkan diri. Sampai sahaja di rumah, aku terus keluar dari perut kata tanpa sepatah kata. Atika mengekori dari belakang. Aku biarkan saja. Masuk rumah, aku terus ke peti sejuk. Mengambil segelas air bagi menghilangkan dahaga. Rumah aku tak berkemas. Pun begitu, tiada apa yang bersepah. Sejak arwah pergi, aku tak pernah lagi menyentuh segala barang2 kepunyaan Aqasha. Aku ingin memori itu sentiasa bersama aku.

"Beb, aku hidangkan kejap. Kau jangan tidur pulak". Pesan Atika sebelum aku masuk ke bilik. Aku hanya mengangguk.

Atika hanya memerhatikan aku. Aku malas nak memikirkan kata2 dia sebentar tadi. Kalau dia kawan aku, pasti dia akan sokong aku, bukan membantah!

Aku rebahkan badan ke katil. Mataku pejam rapat. Aku menarik nafas dalam2. Bau Aqasha masih segar di rongga hidungku. Bau nya masih lagi hidup didalam bilik kami. Aku capai bantal kepunyaan Aqasha beserta baju yang sentiasa menjadi teman aku di malam hari. Aku cium baju Aqasha sepuasnya. Rindu! Aku terlalu rindu.

"Apa benda yang awak baca tu? Dari tadi tengok terkumat kamit aje mulut tu!".

"Oh, curi2 tengok ke? Hurm, saya baca surah Taha untuk awak!".

"Surah Taha? Kenapa? Apa pasal nak bacakan untuk saya?!".

"Surah Taha ni banyak fadhilat. Antara nya, untuk lembutkan hati. Saya baca la mana tau awak lembut hati lepastu boleh terima saya ni sebagai suami awak".

Lamunan ku terhenti.

Allahu! Berat rasanya ujian yang kau berikan pada aku. Kau ambil dia sebelum aku sempat membalas segala jasanya. Kau ambil dia sebelum sempat aku jalankan tanggungjawab aku sebagai isterinya. Betapa mulianya hati Aqasha saat menjadi suami aku. Hanya aku saja yang buta. Buta dari menilai cinta suci suamiku.

Knok! Knok!

"Ayka! Keluar la. Jom makan!". Suara Atika memanggil di balik pintu. Aku segera bangun dari katil menuju ke pintu.

"Banyaknya kau bawak?". Soalku setelah melihat aneka hidangan diatas meja. Aku labuhkan punggung di kerusi.

"Takpelah! Biar kau makan puas2. Lagipun, kau tu bukannya makan mana pun sejak arwah takde. Aku masak ni. Jangan kata taknak pulak! Kesian aku tau!". Ugut Atika. Dia mengambil pinggan aku lalu mengisi lauk ayam dan telur.

"Kau tak kerja?".

Atika menggeleng, "Cuti".

"Oh!".

Aku hirup air sirap limau. Manis. Sepertinya lidahku sudah lama tak bertindak balas terhadap rasa yang sedap2.

"Shazwan ajak pergi beli barang. Tu yang dapat jumpa kau ni".

"Bila kau jumpa dia?".

"Pagi tadi". Sepatah jawapan Atika.

Aku menyuap nasi ke dalam mulut. Wajah Atika aku pandang.

"Lepas ni tak payah tolong hantar lauk lagi. Aku boleh masak sendiri". Ujarku seakan memberi arahan.

"Ceh! Tak payah nak tunjuk lagak ye. Kalau dah kerja kau tiap2 hari ke kubur, bila nak masak cik kak?". Perli Atika. Dia kembali menyuap nasi.

"Aku susahkan kau. Aku tahu tu". Lemah suaraku. Hilang kembali selera makan.

"Apa kau merepek ni? Kita dah kawan lama kot. Takde yang menyusahkan pun. Aku tolong kau ikhlas. Kau jangan nak merapu yang bukan2!". Marah Atika. Jari telunjuknya lurus menghala ke wajahku.

"Betul cakap kau. Aku menyesal sebab tak pernah nak bagi hati aku peluang untuk terima Aqasha".

Atika terhenti. Pandangan kami bertaut.

"Aku bodoh, kan? Baru sekarang aku rasa sakitnya. Baru aku rasa apa tu sayang, rindu, cinta". Ujarku lagi. Nasi aku kuis2, tiada tanda ingin meneruskan suapan.

"Beb, dah la tu. Kau tak bodoh la. Ada hikmah semua ni jadi". Sayu suara Atika. Dia memandang aku dengan pandangan sepi. Pinggan nasi ditolak ke tepi.

"Kenapa lah aku tak pernah bukak hati aku ni awal2. Aku layan dia buruk. Patutnya, aku buka hati aku awal2, terima dia. Yang paling kelakar nya, aku langsung tak dapat nak panggil dia 'abang'". Ujarku sedikit menyesal. Aku tergelak kecil.

"Beb, jangan macamni. Allah dah aturkan yang terbaik buat kau. Contohnya macam sekarang, kau dah pandai mengaji, dah tutup aurat. Kadang, Allah hadirkan seseorang tu asbab untuk kita berubah". Ujar Atika sambil tersenyum manis.

Aku duduk termangu. Betul kata2 Atika. Lihat saja diri aku sekarang. Berubah disebabkan Aqasha yang tak henti2 mendoakan dan menasihati aku dulu. Aku sudah pandai mengaji. Rambutku juga dilitupi tudung dari pandangan ajnabi. Aku sudah mula menerima semua yang jadi pada aku bukanlah salah ayah. Pakcik Rahman pula lesap entah kemana. Aku tak pernah nak tahu. Sekalipun dia minta maaf, belum tentu aku dapat memaafkan.

"Beb! Termenung pulak! Aku tengah cakap dengan kau ni. Huish!". Rungut Atika. Air sirap diteguk laju.

"Ah er, apa dia? Aku tak dengar la".

Atika mencebik. Selalu macamtu!

"Dah la. Kau makan ajelah. Kejap lagi aku nak balik. Ha, apa kata kau tidur rumah aku je. Kat sini pun kau sorang2, takde kawan. At least, ada la teman aku kat rumah nanti". Cadang Atika.

"Takpelah beb, aku stay sini je. Lagipun, aku tak selesa la nak stay rumah kau". Tolak aku lembut. Aku senyum memandang Atika yang sedikit kecewa.

Bukan aku taknak, tapi aku tak boleh nak berjauhan dengan 'bau' Aqasha di rumah ini.

"Ikut kau la. Nanti kalau tiba2 nak tukar plan, call je aku. Nanti aku ambil kau. Ok lah, aku nak kena gerak dulu ni. Apa2 hal, inform aku tau". Ujar Atika seraya memeluk aku erat. Sempat dititipkan pesanan agar aku jaga diri. Aku hanya mengangguk laju.

Setelah bersalaman dan berpelukan, aku menghantar Atika hingga ke kereta. Dari riak wajahnya aku tahu dia merisaukan keadaanku.

"Bye beb!".

Aku melambai. Senyuman tak lekang dari bibir. Aku pandang hingga hilang bayangan kereta dari anak mata. Langkah ku atur menuju ke dalam rumah semula. Aku kembali sunyi. Aku melabuhkan punggung di sofa cuba merenung kembali kehidupan aku selama tiga tahun lepas. Jiwa aku terasa sunyi dan kelam.

Aku tak sepatutnya terus menerus bersikap begini. Aku perlu mencari ketenangan.

Oh ya, mungkin aku patut mencari ketenangan di tempat lain. Jiwaku perlu tenang dan jauh dari segala yang berkaitan dengan arwah suami. Tapi, di mana harus aku pergi?

                           ~~~~~~~~~

"Ayka! Jom makan!".

Pelawa mak di satu petang. Aku yang sedang membaca majalah tersentak dek laungan mak. Majalah Rapi aku tutup lalu aku letak diatas meja. Kaki melangkah ringan menuju ke meja makan.

Sudah seminggu aku di sini. Di rumah mak. Kiranya ini sahaja tempat yang mampu menenangkan hati aku yang walang. Aku menghabiskan masa bersama mak, menebus segala masa terluang kami dahulu.

"Mak masak apa?". Soalku sekadar perlu.

"Sambal sotong kesukaan Ayka".

Aku terdiam. Ini juga makanan kesukaan Aqasha.

"Jom!". Pelawa mak lagi.

Nasi diceduk lalu dibubuh kedalam pinggan ku. Aku sambut huluran pinggan dari tangan mak. Ralit aku memandang sambal sotong di hadapanku.

"Sedap tak saya masak?".

"Sedap lah! Isteri saya masak mesti semua sedap. Lagipun, ni kan favorite saya!".

Tanpa sengaja aku tersenyum. Kenangan itu muncul lagi kedalam kotak fikiranku. Segera ku usir dari ruang minda.

"Petang ni mak nak ke rumah Mak Lijah. Anak nya nak tunang esok. Kamu ikut ye?".

"Taknak la. Nak buat apa kat situ. Lagipun, mak nak tolong diorang kan. Nanti Ayka blur sorang2 takde kawan". Tolakku lembut.

"La, takkan mak nak biar kamu sorang2 pulak kat rumah ni? Paling kurang, ada la riuh nya nanti. Lama kamu tak keluar, tengok suasana luar tu. Tak elok berendam air mata selalu". Pesan mak perlahan. Secara automatik, tanganku terhenti suap.

"Biarlah mak. Badan Ayka, diri Ayka. Pandai2 lah Ayka jaga diri. Mak tak usah risau". Jawabku, kali ni agak tegas.

Aku dengar mak mengeluh. Mungkin terasa penat dengan segala nasihatnya yang aku abaikan.

"Mak ni cakap sebagai mak kamu. Mana ada mak yang sanggup tengok anak dia terseksa macam ni. Aqasha dah pergi lama, nak. Takkan kamu tetap nak berkurung lagi? Sudah2 la tu Ayka. Hidup perlu diteruskan. Mak percaya, dia pun mesti tak suka tengok kamu jadi macamni".

Nafasku hela berat. Lagi dan lagi nasihat yang masuk ke dalam cuping telinga ku.

"Habis, mak nak Ayka buat apa? Seronok? Gembira? Mak suka ke suami mak tinggalkan mak?". Soalku berani. Aku kuis2 nasi dipinggan.

"Allahu Akbar! Istighfar, nak! Kamu ingat mak tak sedih ke ayah kamu pergi? Tapi, tak semestinya sedih tu kena berpanjangan. Adakalanya kita kena sedih, tapi kena kuat jugak. Sedekah fatihah, doa.. itu yang terbaik buat arwah. Mak tau kamu sayang dia, tapi jangan macamni". Ujar mak sedih. Aku juga turut merasa hiba.

"Ayka tak sedih. Tapi bersalah". Perlahan suaraku hampir tak kedengaran. Lantas aku bangun dari kerusi dan terus ke sinki. Selera untuk makan hilang. Aku melangkah ke dalam bilik.

Pintu ku tutup rapat. Anak mataku tertancap pada gambar perkahwinan yang ku letakkan di meja solek. Perlahan2 aku bawa bingkai gambar ke pelukan. Rindu!

"Maafkan Ayka. Maafkan Ayka, bang". Sendu. Air mata kembali mengalir. Aku peluk kuat bingkai gambar tersebut. Seolah2 memeluk suamiku sendiri. Mataku pejam rapat.

"Malayka, abang maafkan. Abang redha segalanya. Malayka isteri abang sampai syurga".

Mataku kembali terbuka. Aku pandang sekeliling. Seolah terdengar suara Aqasha berbicara. Aku letak kembali bingkai gambar. Jantungku berdegup laju. Kenapa aku dengar suara dia?

"Abang! Mana abang? Kenapa Ayka dengar suara abang? Abang?". Soalku sambil anak mataku ligat mencari sekeliling bilik. Mungkinkah aku tersalah dengar? Atau aku ni berhalusinasi sahaja.

Lama aku terdiam. Suara itu tetap tak kembali. Aku tersandar lesu di bucu katil. Aku tekup wajah yang basah. Adakah aku hamba yang tak bersyukur? Kenapa aku seperti tak bertuhan?

Allah, pimpin aku ke jalan Mu!

Dari jauh terdengar sayup2 suara azan berkumandang. Aku tersentak. Panggilan Tuhan yang secara tiba2 membuatkan aku tenang. Aku hayati setiap bait2 azan.

Hayya 'ala solaah!

Marilah menunaikan solat. Aku? Masih tercegat disini. Selama ini tak pernah merasakan tanggungjawab atas panggilan cinta Tuhan.

Hayya 'alal falaah!

Marilah menuju kejayaan. Dan aku? Masih disini mengenang benda yang sudah tiada. Sebagai hamba, aku sudah kalah. Kalah dengan ujian Tuhan untuk memantapkan iman. Ajakan Tuhan supaya melakukan kejayaan pada diri sendiri telah aku abaikan. Aku masih aku yang dulu. Tiada apa yang berubah. Bertudung, tapi masih tak ikhlas. Solat tapi masih tak khusyuk. Semua yang aku lakukan bersebab. Tiada apa yang aku lakukan untuk memajukan diri sendiri. Aku kalah sebagai hamba Tuhan!

Laa ilaaha illallaah!

Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah!

Aku perlu sematkan kalimah ini dalam hati aku. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang layak aku sembah dan aku hambakan diriku ini. Aku telah hilang kebergantungan pada Allah. Selama ini aku hanya menyandarkan diri aku yang lemah hanya pada manusia. Sandaran manusia yang sentias fana. Aku lupa Tuhan yang menciptakan aku dan dia. Aku juga lupa Tuhan lah yang mengambil dia. Sepatutnya aku bergantung pada Pencipta. Tapi, aku hanya meminta ehsan pada manusia yang juga sudah tiada.

Bodohnya aku!

Aku perlu bangkit. Bangkit dari kegagalan masa lalu. Aku perlu bangkit memajukan diri menjadi hamba yang berguna pada agama. Tolong aku Ya Rabb!

                  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Kau nak duduk pondok? Kenapa?!".

Terkejut aku dek terjahan Atika petang itu. Semestinya aku sudah dapat mengagak reaksi sahabat baikku itu.

"Saja". Itu sahaja ungkap balasku.

"Kau kalau nak belajar agama sekalipun, tak perlu la nak duduk pondok. Kat sini kan ramai je ustazah boleh ajar kau, bimbing kau. Pulak tu, kat Kedah pulak? Kau dah fikir masak2 ke?". Soal Atika lagi. Risau sungguh hatinya.

"InsyaAllah, dah. Aku dah istikharah. Aku rasa, ni jawapannya. Aku tak boleh dah nak duduk sini. Semua ni ingatkan aku pada dia. Aku nak pergi jauh, belajar agama. Aku nak dia bahagia bila tengok aku dah berubah nanti. Betul2 berubah".

Atika mengeluh.

"Beb, aku tak kata aku bangkang, cuma aku kurang setuju. Bagus kau nak belajar agama, aku pun suka. Tapi beb, too far la dear. Aku tak boleh nak lepaskan kau jauh2 macamtu. Entah kau ok ke, aku tak tahu semua tu. Macamana kalau kau sakit semua tu?".

"Beb, tak usah risau lah! Doakan yang baik2 aja. Aku nak pergi belajar, bukan buat apa2  pun!". Aku cuba meyakinkan Atika.

Walaupun mak dan juga Atika menghalang, aku tetap dengan keputusan aku. Aku ingin pergi. Cuba membetulkan diri yang dah lama jauh dari Tuhan. Aku nak cari balik diri aku, menjadi wanita yang solehah.

"Beb, aku risau kau". Sayu suara Atika. Tergelak kecil dibuatnya.

"Hish kau ni! Macam la aku ni budak umur 8 tahun! Aku dah besar la. Dah 25 and above tau! Tak payah la nak gedik sangat risau kat aku. Aku boleh jaga diri. InsyaAllah, aku baik2 aja. Kau doakan la aku berbakul2 kalau dah risau sangat". Selorohku manja serentak mendaoat satu cubitan kecil di lengan.

"Main2 eh?! Aku betul2 ni. Kau jangan tak makan pulak kat sana. Pastikan makan ikut waktu. Kat sini pun susah nak makan nasi, macam jumpa musuh. Inikan pulak kat sana nanti. Hurm!". Bebel Atika. Dia genggam jari jemari ku erat. Aku tersenyum manis.

"Yes boss! Aku makan la. Free kan?". Serentak kami tergelak. Aku peluk erat Atika bagaikan ini perjumpaan terakhir kami. Mengalir air mata aku dan dia. Sempat aku titipkan ucapan terima kasih buat sahabatku. Atika hanya menggumam.

"Jangan lupa call aku selalu. Jangan diam aja. Ada masa, aku datang jenguk kau".

Aku meleraikan pelukan.

"Boleh tak kalau kau tak payah datang jenguk aku langsung?". Permintaan ku yang tak masuk akal.

"Tengok tu! Belum apa2 dah mintak yang bukan2!". Marah Atika seraya mencekak pinggang kurusnya.

"Bukan apa, aku taknak ada gangguan. Aku nak fokus pada belajar je. Please!". Lantas membuat muka sedih. Aku pegang hujung baju Atika meminta simpati.

Aku tahu permintaan aku ini tak masuk akal. Tapi, apa yang boleh ku buat lagi? Aku tak mahu berjumpa sesiapa yang aku kenal di sana. Aku ingin ketenangan.

"Please!". Suaraku sengaja dileret2 kan. Aku pintal2 hujung blouse merah nya.

"Hish kau ni! Suka buat aku macamni! Apa2 jelah!". Marah Atika lalu menarik muka masam.

"Thanks eh? Sayang kau! Nanti, aku sendiri akan jumpa kau. Tolong tengok2 kan mak aku tau. Jangan risau la. Aku ok punya".

"Janji?". Seraya menghulurkan jari kelingking nya meminta janji.

"Yup!". Aku berjanji. Bibirku tak henti mengukir senyuman. Aku pandang lama wajah Atika. Aku pasti merindukan kau dan mak.

                      ~~~~~~~~~~~~~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience