"So, sini la tempat tu?!".
Aku pandang wajah Aqasha minta pengertian. Rumah mak.
"Lama dah kita tak jenguk ayah. Sejak kita kahwin, kan? Nanti diorang ingat saya ni menantu lupa daratan pulak. Dah ambik anak dara diorang lepastu menghilang". Aqasha berseloroh.
"Aqasha, tak kelakar!". Serius suara aku menampar gegendang telinga dia.
Dia diam.
"Ok, saya minta maaf. Tapi Ayka, kalau saya tak buat macamni, awak takkan jumpa ayah awak sampai bila2". Lembut suara Aqasha menasihati.
"Ini hidup aku! Biar aku urus hidup aku sendiri!". Kasar bunyi nya. Tapi, aku langsung tak kisah!
"Memang hidup awak. Tapi awak lupa ke, awak isteri saya. Hidup awak bermakna hidup saya jugak. Mak ayah awak bermakna mak ayah saya jugak. Ayka, turunkan ego. Maafkan kesalahan ayah". Aqasha cuba berdiplomasi.
Aku geleng kepala laju. Dia ayah ataupun tidak, dia tetap salah dimata aku.
"Saya akan tetap dan sentiasa nasihat isteri saya sampai bila2. Walaupun awak menyampah nak dengar".
"Memang! Aku menyampah dengar. Sebab nya aku tak pernah anggap kau tu suami aku pun! Jadi, tak payah nak sibuk uruskan hal hidup aku! Jangan jadi bodoh boleh? Kau buta ke selama ni aku layan buruk dekat kau! Itu pun kau masih nak nasihat aku?".
Aqasha tersengih.
"Saya tau. Tapi tak salah saya nasihatkan awak. Awak tetap isteri saya selagi saya tak lepaskan awak ke tangan orang lain".
Aku mendengus kasar. Aku hala pandangan keluar tingkap. Walaupun aircond berfungsi dengan baik, hati aku rasa membahang.
Aku diam begitu juga dia. Masing2 diam membisu. Malas aku nak melayan mamat gila macamni! Kenapalah hidup aku kena terseksa macamni?
"Sekali ni je saya mintak awak masuk. Lepasni saya takkan mintak lagi awak jumpa ayah. Please".
Aku diam. Makin lama makin sakit hati ni. Aku terus keluar dari kereta menuju ke pintu pagar.
"Yes!". Aqasha tersenyum. Berjaya juga aku pujuk. Fasa pertama done!
Aqasha mengikuti langkah aku ke dalam rumah. Bukan aku tak tau dia tengah tersenyum2. Takpe, aku bagi peluang kat kau! Ingat aku akan tunduk dekat kau? Ni Malayka la!
"Assalamualaikum! Mak! Ayah!".
Sunyi. Ruang tamu kosong. Mana pulak perginya diorang ni.
"Cuba awak tengok dekat bilik". Arah Aqasha. Aku menjeling tajam.
"Siapa yang beriya2 nak datang? Pergi la tengok sendiri". Jawabku acuh tak acuh. Aku terus duduk di sofa sambil bersilang tangan.
Aqasha bergerak ke bilik tidur mak. Beberapa minit kemudian, dia keluar semula.
"Mak dengan ayah takde lah. Mana diorang pergi eh". Aqasha garu kepala yang tak gatal. Aku malas nak melayan.
"Malayka, cuba call Atika tanya. Kot2 dia tau".
Aku mencebik. Menyusahkan orang betullah!
Aku dail nombor Atika. Tak berangkat.
"Tak angkat". Aku menunjukkan skrin telefon aku kepada dia.
"Dah lah! Ada la tu pergi mana2 tu. Jom la balik!". Baru saja aku ingin melangkah, kelihatan Atika sedang menolak kerusi roda ayah masuk ke dalam rumah.
"Ayah, dari mana?". Soal Aqasha lalu bersalaman mesra.
"Dari klinik. Atika bawak".
"Ayah sakit ke?". Soalnya risau.
"Takdelah. Pakcik ambil bekalan ubat je". Jelas Atika.
Aku terkedu. Bekalan ubat? Selama ni bila aku bekalkan ubat, tak bagi. Macam2 alasan. Sekarang ni, boleh pulak!
"Lama kamu sampai?". Soal Ayah. Aqasha menggeleng laju.
"Kami saja singgah sini. Lama tak jumpa ayah. Mak mana ayah?".
"Mak kamu ke rumah Mak Senah belakang tu la agaknya. Mesyuarat tingkap". Atika memimpin ayah duduk di katil. Aqasha pun turut ringan tulang membantu.
"Bini kamu tu dah bisu ke? Nak pulak jejak kaki kat rumah ni?". Perli ayah. Aku mendengus.
"Er, saya yang ajak. Malayka, tak salam ayah ke?".
Aku menjeling Aqasha. Dah tahu buat2 tak tahu pulak mamat ni! Aqasha membalas pandang. Dia memberi isyarat supaya aku bersalaman dengan ayah. Aku geleng. Tanpa berputus asa, dia segera menarik lengan aku berdiri dekat dengan ayah.
"Salam la". Arah Aqasha lagi. Aku memuncungkan bibir. Segera aku salam tangan ayah laju. Atika tergelak suka.
"Macamtu lah isteri saya". Aku jeling Aqasha. Siap la kau balik nanti!
"Baik nya bini awak ni. Ambil mana?". Sakat Atika pula. Aku ketap gigi kuat. Memang nak kena semua orang dalam rumah ni!
"Baitul muslim!". Serentak mereka berdua ketawa kegirangan. Tinggal aku sorang terkulat2 macam orang bodoh. Terasa seperti dimalukan! Aku capai handbag lalu melangkah keluar rumah.
"Malayka! Tunggu lah!". Jerit Aqasha. Aku langsung tak hiraukan suara nya. Langkah dicepatkan menuju ke kereta.
"Tunggu lah! Saya sorry ok!". Ucapnya dengan tawa yang masih bersisa.
"Bagi orang macam kau, mungkin kelakar. Tapi, aku tak rasa kelakar pun. Kalau kau rasa suka sangat nak malu kan aku, kau rasa aku ni macam semut yang boleh kau pijak2, sila buat lagi. Suka la dapat kenakan aku tadi? Hebat betul kau ni Encik Nazrul Aqasha! Macamni cara kau konon baik sangat tu? Unbelievable!".
Aku melangkah pergi. Aqasha segera menarik lengan aku kuat.
"Saya sorry. Seriously!".
Aku rentap tangan aku kasar.
"Kau dengan lelaki lain, bagi aku sama aje! Takde beza. Sama2 menyusahkan hidup aku! Aku rasa la elok kau berambus je dari hidup aku. Sebab apa tau? Aku rasa terseksa hidup dengan kau! Aku cuba la nak ubah persepsi aku pada kau tapi tak berjaya. Kau tetap lelaki tak guna pada pandangan aku!".
Aqasha terdiam kaku. Dia pandang wajah aku dalam2.
"Kenapa? Terkejut? Atau masih tak cukup makian aku?". Aku silang tangan di dada. Panas terik matahari, lagi panas hati aku sekarang ni.
"Tak. Dah cukup". Seraya menarik tangan aku kasar menuju ke kereta. Aku meronta2 minta dilepaskan. Aqasha menolak tubuh ku rapat ke tempat duduk. Tali pinggang keledar di pasang kasar.
"Kau dah kenapa?!". Tengking aku. Wajahnya aku pandang tajam. Dia hanya tenang di sebelah aku memandu kereta.
"Kau nak bawak aku pergi mana?!".
Aqasha diam. Dia masih fokus pada pemanduan. Kereta membelah jalan raya menuju ke tempat yang aku sendiri tak pasti. Puas aku bertanya, Aqasha tetap membisu. Sudahnya, aku diam melayan perasaan.
Kereta berhenti disatu tempat sunyi. Aku mula cuak. Kiri kanan tiada kereta yang lalu lalang.
"Kat mana aku ni?".
Aqasha terus keluar dari kereta. Dia bersandar lesu di pintu. Aku mengikutinya. Aku pandang Aqasha dari jauh.
"Saya tau saya bukan suami yang dimaksudkan. Saya pun sedar yang saya ni awak tak pandang pun. Paling tidak, tolong hormat saya sebagai suami selagi kita masih ada ikatan". Ujarnya lemah. Dia tertunduk sayu memandang rumput.
"Kenapa? Dah tak tahan?". Soalku bongkak. Aku silang tangan di dada.
Aqasha tergelak. Dia pandang wajah aku lama.
"Tak. Saya masih boleh tahan dan akan tetap tahan".
Aku mendengus kuat.
"Malayka Nazneen". Sebaris nama aku dipanggil lembut.
Aku terkaku. Hati aku berdegup laju.
"Malayka Nazneen".
Dia panggil lagi nama aku. Kenapa aku seakan rapuh.
"Malayka Nazneen".
"Nak apa?!". Cepat2 aku memotong. Bimbang lain yang menjengah hati.
"Awak langsung tak terima saya sebagai suami? Awak tak pernah sekalipun pandang saya sebagai suami? Tak pernah terdetik langsung kat hati awak tu rasa kasih pada saya sebagai suami? Selama hampir sebulan dah kita kahwin ni, awak langsung tak anggap saya apa2?".
Aku gelak kuat. Kuat sehingga tak tertahan perut aku menahan.
"Wah! Cerita apa sekarang ni? Buat drama hindustan ke? Awak sihat ke tak ni?". Perli aku. Rambut yang serabai aku ikat siput.
"Awak anggap saya buat drama ke? Malayka, cuba rendahkan ego tu. Tak semua lelaki kat dunia ni sama macam apa yang awak anggap. Ayah awak still ayah awak. Apa2 pun yang berlaku pada masa silam awak, takde langsung kaitan dengan mana2 lelaki yang muncul dalam hidup awak selepas tu".
"Aku hampir diorogol! Kau faham tak?! Aku hampir dirogol! Maruah aku hampir2 direntap oleh manusia tak berhati perut tu! Hidup aku hancur sebabkan ayah aku! Kalau dia tak sama macam lelaki2 yang lain tu, kenapa dia sanggup tengok anak dia ni dirobek oleh kawan dia sendiri!?". Jeritan aku cukup membuatkan seluruh alam terhenti.
"Aku terseksa. Ayah aku sendiri biarkan aku kat situ. Aku mangsa siapa sebenarnya? Mana pergi nya kasih seorang lelaki yang bernama ayah? Mana pergi perlindungan buat aku? Mana? Aku hidup terkontang kanting lepas apa yang berlaku. Trauma! Ayah aku terus buang aku dari hidup dia. Salah aku jugak ke? Aku jadi macamni sebab ayah aku. Tolong la faham. Aku pun tak ingin hidup macamni. Aku ada hati, Aqasha! Aku ni anak dia. Aku nak kasih sayang ayah. Tapi, ayah hancurkan sekelip mata aje. Kalau kau jadi aku, apa yang kau akan buat? Kau akan bertindak sama macam aku lah! Aku cuba untuk buang segala prasangka dalam diri aku, tapi aku tak boleh. Aku kenal pakcik Rahman. Dia baik dengan aku, tapi akhirnya dia sendiri yang buat aku macamni. Macamana kau nak aku expect kau lelaki baik and bukan macam lelaki bangsat tu?!". Aku menangis teresak2. Lencun pipi ku dengan air mata.
Aqasha menghembus nafas kuat. Dia meraup wajah kasar. Rasa bersalah kerana membuat iserinya menangis.
"Saya mintak maaf. Saya betul2 minta maaf". Hanya luahan itu yang mampu diungkapkan. Aqasha cuba mendekati aku. Aku menangis lagi. Lebih teruk dari sebelumnya.
"Tolong jangan menangis. Saya betul2 minta maaf. Betul cakap awak, saya yang salah". Ujar Aqasha sayu. Dia memegang lenganku lembut. Aku tepis.
"Aku cuba terima kau, tapi aku tak boleh. Aku perempuan. Nak disayangi. Aku nak perlindungan untuk aku berpaut bila aku susah. Kau ingat aku saja ke buat macamni? Aku nak ayah mintak maaf kat aku atas apa yang dia dah buat. Aku terluka. Hidup aku hancur. Kau takkan pernah faham, Aqasha. Aku perempuan yang tak guna. Kenapa kau masih nak jadikan aku isteri?".
"Sebab saya sayang awak. Saya taknak lepaskan awak pada sesiapa. Saya dah berjanji yang saya akan ubah awak. Memang betul pada mulanya saya terima sekadar idea Atika. Tapi, hati saya dah tak boleh nak bohong. Awak isteri saya sampai akhirat. Walau apapun yang jadi, saya akan cuba yang terbaik untuk awak. Saya taknak awak menyesal di kemudian hari".
Aku terdiam. Dia juga begitu. Mengapa masih ada manusia yang bodoh macam Aqasha ni? Kenapa dia mesti menyayangi aku? Kenapa bukan orang lain?
"Saya letakkan awak paling tinggi dalam hati saya. Saya sayang awak begitu jugak keluarga awak. Mak dan ayah kita tak boleh nak cari kalau dah takde. Mesti ada sebab kenapa ayah buat macam tu. Maafkan dia, Malayka. Saya percaya ada sebab yang Allah tak nak kita tau lagi".
Aku pandang wajah Aqasha dengan mata yang berkaca. Satu persatu aku amati wajah nya. Apa yang dia cuba rasuk aku ni? Ilmu apa yang dia guna untuk ubah aku?
"Saya tak boleh maafkan ayah. Saya tak boleh. Maaf Aqasha, saya tak boleh". Ujarku dengan sendu. Aqasha memandang aku penuh pengharapan. Dia usap kedua belah pipi ku lembut.
"Ayah dan ibu tu tetap syurga kita walaupun kita dah mati. Percaya cakap saya, ayah pasti ada sebab". Aku geleng laju. Tangannya aku lepaskan dari wajahku. Aku berundur ke belakang. Sakit dada aku saat ini.
"Saya tak boleh. Tolong la. Saya berharap awak faham saya saat ini. Saya tak mintak banyak, cukup ni saja". Aku menadah tangan merayu. Aqasha segera memeluk aku erat. Dia usap rambutku lembut. Aku nangis semahu2nya di bahu lelaki itu. Petang ini menjadi hari yang sangat memenatkan. Aku keletihan sehingga dah tiada lagi air mata yang menitik.
"Nangislah. Kalau itu mampu buat awak lega". Ayat terakhir dari Aqasha. Aku hanya membiarkan badanku mengawal minda. Aku sudah penat menangis. Penat yang teramat sehingga aku tak berdaya nak menampung diri sendiri.
~~~~~~~~
Sudah dua bulan berlalu. Semakin cepat masa yang berputar. Kehidupan aku masih sama seperti dulu. Hidup kami tak seperti pasangan bercinta yang lain. Aku masih belum boleh menerima kehadiran dia. Begitu juga dengan ayahku. Dendam masih tersisa dalam lubuk jiwa ini.
Aqasha seakan masak dengan perangai keras kepala dan ego isterinya ini. Aku ikut kepala angin sendiri. Ada masa aku baik, aku akan berlembut. Ada masa yang tak kena, Aqasha lah tempat melempiaskan amarah ku. Sejak kami tinggal di sini, Aqasha langsung tak bawa aku pulang ke rumah mama. Sejak kejadian petang itu juga, dia sudah tak bercakap tentang ayah atau mak. Sekarang ini pun dia selalu pulang lewat dari kerja. Tinggallah aku terkontang kanting sendiri di rumah.
Mujur ada Atika yang sering menjenguk aku ketika masa senggangnya. Kadangkala, aku menyesal dengan kehidupan berumahtangga.
Seperti biasa, Aqasha akan memasak sarapan untuk aku sebelum ke tempat kerja. Sepanjang berkahwin, aku memang tak pernah menyediakan segala keperluan suami. Aku biarkan dia lakukan sendiri. Aku juga tak pernah nak ambil tahu perihal hidup dia. Perkahwinan aku hanyalah sekadar atas nama. Tak lebih dari itu. Selagi aku tak dapat kata maaf dari ayah, selagi itulah aku akan menyeksa hati Aqasha.
Henset berbunyi tanda ada mesej masuk. Aku capai lalu aku buka peti simpanan mesej.
Terima kasih untuk hari ini.
Saban hari, itulah kata2 yang akan dihantar untuk aku tanpa jemu. Kadang naik meluat aku dengan perangai Aqasha. Entah apa yang merasuk dia, aku pun tak tahu. Hampir 3 bulan lamanya perlahwinan kami, dia sedikit pun tak merasa putus asa dengan aku. Malah dia masih lagi memberikan kata2 nasihat buat aku sebelum tidur.
Aqasha tak pernah meradang. Bila aku membentak, dia tetap senyum. Aku yang naik gila dibuatnya. Henset berbunyi lagi. Aku segera buka.
Malam ni saya balik lewat. Jangan rindu saya, nanti menyesal.
Aku mencebik! Takde masa lah nak rindu!
Henset aku letak diatas meja. Kerepek kentang yang baru aku beli, menjadi pilihan kudapan aku petang ini. Drama korea kesukaan aku sudah lama bermula. Petang aku sekali lagi terisi dengan mamat korea pujaan hati!
~~~~~~~
Aku menguap untuk kali yang ke berapa entah. Jam di dinding menunjukkan pukul 11 malam. Aqasha masih belum pulang. Banyak sangat ke kerja di office?
Aku bangun ke dapur untuk menghilangkan dahaga. Cawan aku ambil dari dalam laci. Aku tuang jus oren ke dalam cawan lalu meneguk perlahan. Aku perhati henset yang diam sejak tadi. Tiada langsung panggilan dari Aqasha. Malas nak menunggu, aku segera ke bilik air untuk membersihkan diri.
Keluar sahaja dari bilik air, bunyi loceng rumah berbunyi. Aku lekas berlari anak menuju ke pintu tanpa sempat mengganti bath robe. Pintu aku buka laju. Bukan Aqasha yang pulang.
"P..pakcik..! Apa pakcik buat kat sini?". Soalku dengan penuh ketakutan. Aku pegang kuat tombol pintu. Wajah pakcik Rahman menghiasi anak mata aku.
"Terkejut ke? Kau ingat aku lagi?". Soalnya dengan nada cukup menjengkelkan.
"Nak apa? Aku takde urusan dengan kau!". Panggilan aku ubah. Aku benci melihat mukanya.
"Wah! Pandai kurang ajar dah sekarang. Penat aku cari kau. Susah betul ayah kau tu nak bagitau dekat mana kau sekarang". Pakcik Rahman masuk tanpa izin. Dia terus melabuhkan punggung di sofa empuk. Tangannya memegang sampul berwarna coklat.
"Keluar! Aku taknak tengok muka kau. Baik kau berambus sebelum aku panggil polis!". Ujarku dengan suara terketar.
"Rilex la. Cepat sangat kau halau aku. Aku pun taknak lama2 kat sini sebenarnya. Nah!". Seraya mencampakkan sampul coklat ke muka ku.
Aku capai sampul tersebut lalu aku baca isi kandungannya.
"Geran tanah? Macamana boleh ada dengan kau?".
Pakcik Rahman gelak besar.
"Lain kali jadi anak jangan bodoh! Bapak kau tu dah jual tanah dia kat aku. Jadi, secara rasmi nya rumah tu milik aku!".
Aku pandang hairan. Macamana boleh jadi macamni.
"Tanah tu ayah punya. Atas nama ayah. Kenapa kau pula senang2 nak ambil?".
"Hei perempuan! Bapak kau hutang dengan aku sebab dia dah bankrup! Takde duit! Jadi nya, sebagai ganti aku minta tanah yang dia duduk sekarang sebagai bayaran. Dia setuju. Aku pun bagi lah syarat. Kalau saja dia tak dapat nak bayar atau bagi tanah tu pada aku, automatik kau jadi milik aku! Sebab tu lah ayah kau diamkan saja bila aku sentuh anak dara dia yang ranum ni!".
Berdekah2 ketawa Pakcik Rahman. Jijik aku mendengar setiap patah perkataan nya.
"Kau memang binatang! Aku tak tau lah kenapa kau ni masih bernyawa lagi kat dunia ni. Elok nya kau mampos dengan cara paling kejam sekali!". Jerit aku sekuat hati. Makin sakit hati aku bila mendengar cerita dari mulut jantan tak guna ni.
"Aku tak kisah la kau nak cakap apa. Walaupun aku tak dapat rasa kau dulu, paling tidak, aku dah sentuh kau malam tu". Ujarnya sambil memejamkan mata membayangkan kejadian lampau.
Aku tutup telinga rapat. Sungguh aku jijik dengan lelaki ini. Ya Allah, bantu aku.
"Kau memang binatang. Aku takkan maafkan kau dunia akhirat!". Jerit aku lagi. Pakcik Rahman serta-merta bangun lalu mendekati aku. Aku yang terkejut melihat tak dapat nak mengimbangi badan menyebabkan aku terjatuh ke lantai. Tangan aku menggigil.
Pakcik Rahman mendekati aku. Pintu dihempas kuat. Aku memejam mata rapat. Dia kemudiannya memegang pipi aku kuat.
"Jangan biadap! Aku datang jauh macamni, takkan kau tak rindu aku? Aku teringin nak rasa leher kau yang putih tu". Dia ketawa kuat. Air mata aku jatuh menitis. Aqasha, tolong!
"Tuhan tu Maha Adil. Dia akan bantu hamba yang dalam kesusahan". Sempat aku menjawab walaupun dalam ketakutan. Otakku segera teringat malam pahit itu. Aku geleng kepala laju. Cuba membuang ingatan buruk tersebut.
"Kenapa? Takut ke? Sabar la. Kali ni aku buat baik punya. Kau mesti suka!".
Pakcik Rahman segera menghentak kepala aku ke lantai. Aku mengaduh kesakitan. Dalam hati hanya mampu berharap ini semua mimpi. Dia mula membuka baju nya dengan ganas. Aku menjerit kuat. Aku takut!
"Sabar sayang. Jangan jerit2 nanti orang dengar!". Dia terus menerkam aku. Leher aku menjadi sasaran bibir nya. Aku tolak sekuat hati wajah Pakcik Rahman. Aku gunakan sekuat habis daya aku sebagai wanita. Pakcik Rahman tak berputus asa. Dia terus merentap bath robe aku menyebabkan terbuka sedikit di bahagian dada. Matanya penuh dengan kejelikan! Aku jerit lagi. Tapi, tiada siapa yang tolong.
"Malam ni kau milik aku!". Seraya menyembamkan wajahnya ke dada. Aku meronta kuat. Tangan aku cuba mencapai pasu bunga di sebelah kiri aku namun ianya terlalu jauh. Begini kah pengakhiran hidup aku? Tolong aku, Ya Tuhan!
"Bangsat! Lelaki binatang!". Jerit Aqasha seraya melayangkan penumbuknya tepat ke wajah Pakcik Rahman. Aku bingkas bangun dan menyorok di balik sofa. Air mata aku seka kuat. Kepala yang sakit tak aku hiraukan. Aku dengar suara Aqasha memaki hamun Pakcik Rahman. Aku lega kerana Aqasha pulang jugak. Berkali2 aku mendengar Aqasha menumbuk dan membelasah Pakcik Rahman hingga pengsan.
Aku tak kisah tentang lelaki tak guna tu. Lebih baik dia mati dari terus2 mengganggu hidup aku. Aqasha menghampiri aku dengan wajah yang risau.
"Maafkan saya!". Lantas memeluk aku erat. Aku balas pelukan Aqasha. Aku nangis semahunya di pelukan lelaki itu. Dia mengusap lembut rambut dan belakang aku menyebabkan timbul ketenangan bersamanya.
"Maaf sebab balik lewat. Malayka tak apa2?". Soalnya sambil menutupi sebahagian dada ku yang terbuka dengan sweater nya. Aku tak mampu nak memberi jawapan. Air mata tak henti mengalir. Lengan bajunya aku genggam kuat. Aku menggigil.
"Maaf sangat2. Saya janji saya akan lebih menjaga keselamatan awak lepas ni. Saya salah sebab cuai tinggalkan awak sendiri. Maafkan saya, Malayka". Ujarnya sambil mengusap lembut pipi ku. Air mata aku disapu dengan jarinya. Aku peluk dia lagi lebih kuat. Lama.
"Malayka, saya bawak awak ke katil ya". Aqasha mencempung tubuhku menuju ke katil. Aku hanya diam. Trauma untuk kali kedua. Aku seakan bukan aku.
Dia meletakkan aku penuh berhati2. Aqasha ke almari pakaian, mengambil baju tidurku. Dia segera menyarungkan ke tubuhku. Bath robe ditanggalkan. Aku tak membantah. Mungkin kerana terlalu lemah untuk melawan.
Dia kemudian menuju ke bilik air dengan membawa segayung air. Wajah ku dicuci lembut.
"Lupakan segala yang dah berlaku". Ujarnya.
Dia membaringkan aku lalu selimut ditarik hingga ke pinggang. Dia elus rambut ku perlahan.
"Tidur dulu. Saya nak uruskan lelaki tu". Aku sempat memegang lengan Aqasha sebelum sempat dia berlalu.
"Tolong.. balik cepat". Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Aqasha tersenyum memandang. Dia berlalu pergi meninggalkan aku. Aku lantas baring kembali. Selimut aku tarik hingga ke dada. Cuba memejam mata tapi tak boleh. Setiap saat peristiwa yang berlaku, berlegar2 dalam minda.
Hampir sejam lamanya aku menunggu kepulangan Aqasha. Akhirnya dia pulang. Wajahnya terpacul di muka pintu. Segera dia berlari mendapatkan aku yang sedang duduk memeluk kaki di hujung bilik tidur.
"Kenapa ni? Kenapa awak duduk sini?". Soalnya lembut. Aku pegang lengan bajunya kuat.
"J..jang..an tinggal saya". Ujarku tergagap. Dia mengangguk lalu memapah ku ke katil. Selimut kembali ditarik hingga ke pinggang. Aqasha kemudiannya baring di sebelah aku. Memeluk erat aku yang ketakutan. Aku letakkan kepala ku dilengannya. Bau perfume Aqasha menyengat ke rongga hidung.
"Tidur. Jangan fikir apa2. Saya ada dengan awak". Ujarnya cuba menenangkan aku. Sebelah tangannya memeluk erat pinggangku manakala sebelahnya pula mengelus lembut rambutku.
"Saya takut".
"Shuh! Takde apa yang nak ditakutkan. Saya kan ada. Saya dah janji kan nak jaga awak".
Aku pejam mata rapat. Sesungguhnya aku telah mendapat perlindungan aku.
"Tidur Malayka. Jangan ingat apa2. Saya akan jaga awak sampai awak lena. Tidur ya". Suara nya cukup perlahan. Hanya cukup untuk telinga aku mendengarnya.
Dan akhirnya, aku terlena. Lena didalam pelukan pelindung aku. Lena bersama lengan yang mengalas kepalaku. Aku tenang.
~~~~~~~~
Pagi ini Aqasha awal2 sudah bangun menyiapkan sarapan. Dia menyiapkan roti bakar dan air susu sebelum aku bangun. Jam menunjukkan pukul 9. Masih awal lagi untuk mengejutkan aku.
Roti bakar yang siap, diletakkan kemas di pinggan. Air susu diletakkan di tepi pinggan bersama2 potongan buah epal. Dulang ditatang penuh berhati2. Aku masih lagi lena dibuai mimpi. Jelas riak wajah aku yang kepenatan.
Aqasha duduk di sebelahku. Hanya menjadi pemerhati. Impiannya tercapai untuk melihat wajah aku di pagi hari. Rambut yang menutupi wajah segera diselak ke tepi. Aqasha senyum. Dia mengelus pipi ku perlahan2. Lama dia memerhatikan aku tidur sehinggalah aku terjaga.
"Hai awak!". Ucapnya seraya tersenyum. Aku pandang wajahnya berkerut. Kepala aku terasa sedikit pening disebabkan hentakan kuat semalam.
"Ok ke?". Soal nya risau melihat aku yang menahan kesakitan.
"Erm, takpe. Sikit je ni. Takde apa2 lah". Aku cuba menafikan. Rambut yang serabai segera aku ikat kemas.
"Macamana? Ada tenang pagi ni?". Soalnya lembut. Aku mendengus.
"Thanks awak". Ucapku sepatah. Kepala aku sandarkan ke birai katil.
"Dah la. Tak payah nak terima kasih ni. Saya memang patut pun lindungi awak. Haa, apa2 pun, kita makan dulu ye. Ni saya buatkan awak roti bakar ni. Sedap tau!". Aqasha menghulur pinggan berisi roti bakar ke riba aku. Aku senyum.
Aku capai sekeping lalu aku sua ke dalam mulut. Sesekali aku berkerut menahan sakit di kepala.
"Kita pergi klinik la. Cek kepala awak tu takut ada bengkak ke apa. Nanti kalau teruk lagi susah". Arah Aqasha. Aku hanya menurut. Tak larat untuk aku menolak.
"Nanti lepas zohor kita pergi. Awak rehat dulu. Kalau nak apa2, panggil je saya. Oh ya, kejap lagi saya datang untuk mandikan awak. Dengan keadaan awak macamni, saya tak yakin awak boleh berdiri lama".
"Tapi,,".
"Erm, no tapi2. Saya kan suami awak. Apa yang nak ditakutkan. Dah, rehat la. Habiskan roti tu".
Aqasha berlalu pergi. Aku pandang susuk tubuhnya sehingga hilang dari pandangan. Aku mengeluh. Roti aku letak ke pinggan.
Aku bodoh! Selama ni dia lah yang bertungkus lumus menjaga aku. Tapi, ego aku menutup segala kebaikan yang dia lakukan. Aku segera teringat kata2 pakcik Rahman semalam. Aku perlu berjumpa ayah. Aku ingin tahu kebenarannya.
Aku perlahan2 bangun dari katil. Kepala yang sakit menyebabkan aku terhuyung-hayang ketika berjalan. Mujur Aqasha sempat memegangku.
"Kan saya dah cakap, rehat je. Ni nak pergi mana pulak ni?". Marahnya. Aku tepis tangannya ke tepi.
"Saya nak jumpa ayah. Ada perkara yang saya nak tanya". Aku meronta dilepaskan.
"Ok2! Tapi, awak kena la rehat dulu. Kita pergi klinik then baru jumpa ayah. Jangan la macamni Malayka". Aqasha cuba menenangkan aku. Dia pegang tangan aku kuat.
"Please Malayka. Dengar cakap saya sekali je. Saya janji akan bawak awak jumpa ayah. Tapi awak rest dulu, ok?". Dia segera membawa aku ke katil. Aku tahan hati.
"Dah2, jangan fikir apa2. Rest dulu. Saya janji saya bawak awak pergi jumpa ayah". Janji nya sekali lagi. Aku hanya mampu mengangguk setuju.
Waktu zohor terasa lama sekali. Aku sudah merasa canggung. Tak sabar untuk berjumpa ayah. Kalau sahaja aku tinggal sendiri, sudah pasti aku sudah memandu saat ini.
"Jom! Malayka dah solat?".
Aku angguk laju. Dia lantas memaut lenganku lalu bergerak menuju ke kereta. Sepanjang perjalanan, aku hanya diam membisu. Begitu juga Aqasha. Sedikit pun dia tak bertanya tentang keinginan ku untuk berjumpa ayah. Dari perjalanan ke klinik hingga ke rumah ayah.
Kereta berhenti di perkarangan rumah. Aku segera turun ke kereta lalu berjalan masuk. Panggilan Aqasha aku abaikan.
Aku lihat ayah sedang terbaring lemah. Sesekali kedengaran batuknya. Aku menghampiri ayah.
"Ayka nak ayah cerita yang sebenarnya. Macamana geran tanah kita boleh ada kat Pakcik Rahman?". Soalku tak sabar. Panggilan mak juga aku endahkan.
Ayah pandang aku dengan wajah terkejut. Jelas riak wajahnya cuba menyembunyikan sesuatu.
"Ayah tak boleh nak tipu Ayka lagi! Ayka dah tau everything!". Aku mengeluh melihat ayah yang masih diam. Aqasha yang baru sampai berdiri di belakang ku tak berkutik.
"Apa yang kau dah tau? Apa yang patut aku bagitau pada kau?". Ayah berdolak-dalik.
"Ayah tak payah nak rahsia la. Kenapa ayah rahsiakan benda ni dari Ayka? Ayka ni tak penting ke dalam hidup ayah?". Marah ku. Sebal hati ni tak tertanggung.
"Ayka, kenapa ni nak?". Soal mak setelah lama memerhati.
"Mak tanya lah ayah ni. Apa yang dia dah buat".
Ayah tertunduk diam. Matanya mengelak dari bertembung pandang dengan aku.
"Kenapa, bang? Apa yang Ayka cakap tu?". Kerah mak pula. Aku semakin tak sabar.
"Kenapa ayah hutang dengan Pakcik Rahman? Kenapa ayah jadikan tanah ni ganti nya? Dan kenapa Ayka yang jadi mangsa nafsu Pakcik Rahman?". Terketar2 aku bertanya soalan yang terakhir. Aqasha memegang lengan tanganku.
"Abang jual tanah ni? Rumah kita?". Mak pula yang bertanya. Aku menggeleng kepala tak percaya.
"Kenapa ayah tak jawab? Jawab lah ayah! Cakap! Ayka berhak tau! Ini melibatkan hidup Ayka. Maruah Ayka. Kenapa tergamak ayah buat Ayka macamni? Ayah yang berhutang, tapi Ayka jadi galang ganti nya? Permainan apa yang ayah main sekarang ni?". Soalku sedikit meninggi. Aku tatap wajah ayah dalam2. Aqasha menenangkan aku.
"Macam tu sekali murah nya Ayka ni sebagai anak ayah. Huh! Kenapa ayah tak bunuh je Ayka ni terus? Senang, takdelah Ayka sakit menanggung sorang2".
"Kau takkan faham". Perlahan suara Ayah.
"Memang! Memang Ayka tak faham. Ayka tak faham kenapa seorang ayah sanggup buat hidup anaknya musnah! Ayka tak faham kenapa ayah sanggup jadikan Ayka ni macam barang!". Aku mula teresak2. Turun naik nafasku.
"Malayka, taknak cakap macamtu. Tu ayah awak". Aqasha menasihati. Tergelak aku dibuatnya.
"Ayah? Cara macamana lagi awak nak saya cakap? Ini ke nama nya ayah? Macam ni? Saya lebih rela takde ayah dari ada ayah yang sanggup jual maruah anak!".
"Malayka! Jangan biadap! Ingat sikit kau sedang bercakap dengan aku, bapak kau!". Tengking ayah kuat. Aku terduduk kaku.
"Kalau ayah ni ayah Ayka, ayah takkan buat macamtu. Ayah.. takkan.. buat.. macamtu!". Tersekat2 nafas ku. Air mata laju mengalir di pipi. Apalah malang nasib aku. Bertimpa2 ujian yang datang. Aqasha memeluk aku dari belakang. Cuba meminta aku bersabar.
"Ayka tak pernah harap ni semua jadi. Tapi, ayah sendiri yang cipta memori pahit tu. Ayka tak sanggup lagi nak hidup, ayah tau tak?! Untuk kali yang lain berapa ni maruah Ayka ni patut dipijak2 oleh lelaki tak guna tu?! Berapa kali lagi mesti Ayka jadi mangsa untuk dia melunaskan nafsu binatang dia? Berapa kali ayah?". Soalku lemah. Aku tak punya kekuatan lagi. Aku pegang kuat katil ayah.
"Apa maksud kau?". Soal Ayah terkejut.
Aku diam. Dah tak mampu lagi untuk aku bicara. Sedu sedan tangis ku mengenang nasib yang menimpa diri.
"Aqasha, kenapa? Apa yang dah jadi?". Soalnya tak sabar. Aqasha serba salah. Patut ke dia membuka cerita. Setelah berkali2 dipaksa oleh ayah, akhirnya Aqasha menceritakan apa yang telah terjadi semalam. Aku bertambah menangis. Terasa jijik dengan diri sendiri.
"Allahu!". Raung mak kuat. Dia segera memeluk tubuhku erat. Entah berapa kali perkataan maaf keluar dari bibir mak. Ayah tersandar di katil. Kelu lidah untuk berkata. Aku tak mampu nak menghadapi semua ini. Aku tak kuat.
"Kenapa boleh jadi macamni, bang?! Ya allah, anak aku! Maafkan mak sayang. Maafkan mak!". Raung mak sekuat hati. Aqasha turut mengalirkan air mata. Sedih melihat adegan dihadapannya.
"Ayah tak tau sampai macamni sekali akan jadi. Ayah tak tahu". Perlahan suara ayah tapi tetap aku dengar. Entah patut aku gelak besar atau sedih. Aku sendiri buntu.
"Takpelah ayah. Benda dah jadi. Terima kasih atas segalanya. Ayka takkan lupakan apa yang ayah dah buat pada Ayka. Terima kasih, ayah!". Aku segera bangun lalu berlari keluar rumah. Dengan segala kudrat yang ada , aku gagahkan diri untuk meredah panas terik matahari.
Aqasha jerit memanggil nama aku. Akutak hiraukan. Aku mempercepatkan langkah ku. Air mata aku seka dengan hujung lengan baju.
"Malayka wait! Beri peluang kat ayah, Malayka. Jangan terburu2 menghukum".
Aku pandang wajah Aqasha dalam2.
"Lama dah saya bagi peluang. Lama dah". Ujarku sendu. Aqasha membawa aku ke peluakan nya. Aku tewas. Aku balas pelukan Aqasha lebih erat. Aku terasing oleh keluarga sendiri. Aku jijik!
"Menangislah. Saya ada dengan awak". Hanya ungkapan itu yang terus2 bermain di bibir Aqasha. Aku melepaskan segala2 nya sehinggalah suara mak menjerit memanggil aku.
~~~~~~~~~
Share this novel