Bab Lapan

Romance Completed 17994

"Ayka! Tolong!".

Suara mak menjerit memanggil nama aku. Aku meleraikan pelukan. Aku pandang wajah mak di muka pintu.

"Ayka! Ayah kau kena serangan jantung!".

Bagaikan guruh menyambar. Aku berdiri kaku mendengar berita yang disampaikan oleh mak. Mujur sahaja Aqasha menarik tanganku untuk masuk semula. Aku terpempang!

Aku lihat ayah pengsan dan terjelopok di lantai. Segera Aqasha memaut kepala ayah di riba nya.

"Ayka! Cepat call ambulance!". Arahnya. Aku seakan tak mampu bergerak. Kaku melihat keadaan ayah yang pengsan. Aku pandang wajah Aqasha.

"Ya Allah! Awak, tolong saya angkat ni!". Arahnya lagi. Dengan tangan yang terketar2, aku mendekati Aqasha lalu memimpin ayah yang sudah tak bermaya menuju ke kereta.

"Kita pergi hospital yang terdekat. Cepat mak!". Jerit Aqasha. Dia cepat2 ke tempat duduk pemandu. Enjin dihidupkan dan terus memecut laju menuju ke rumah sakit. Aku yang duduk di sebelah Aqasha masih terkejut dengan apa yang aku lihat.

Tangan yang terketar2 aku genggam sekuat2nya. Aqasha menoleh sekilas kearah aku. Aku masih membisu. Tak sampai lima belas minit perjalanan, kereta berhenti di wad kecemasan. Aku turut keluar apabila melihat sekumpulan jururawat sedang meletakkan ayah di stretcher.

Mak berlari ikut jururawat. Aku masih berdiri memandang. Aku takut. Jangan lah ayah pergi!

"Malayka, awak ok tak ni?". Soal Aqasha lembut. Tanganku digenggan kemas. Aku pucat. Dia mengusap rambut ku lembut.

"Jom, masuk. Saya ada kan". Ayat yang sering dituturkan buat aku. Dia genggam jemari ku lalu masuk ke dalam hospital. Aku menurut tanpa banyak soal.

Sampai sahaja di depan bilik kecemasan, aku lihat mak sudah tersandar lesu. Aku merapati mak kemudian memeluk lengannya.

"Apa lah jadi dengan ayah kau kat dalam tu. Risau betul mak!". Luah mak sayu. Aku mengemaskan pelukan aku. Aku juga takut! Ayah nak tinggalkan aku ke?

Tak lama selepas itu, muncul seorang doktor lelaki dan jururawat.

"Macamana suami saya, doktor?". Soal Mak penuh berhati2. Aku lihat wajah doktor suram. Jantung aku berdebar.

"Disebabkan suami puan agak lambat sampai ke hospital, dia mengalami komplikasi jantung dan strok satu badan. Jantungnya teramat lemah disebabkan serangan yang dihadapi kali ni lebih kuat berbanding sebelumnya. Encik Rashid masih mengambil preskripsi ubat yang dibekalkan?". Soal Doktor silih berganti memandang mak dan aku.

"Saya tak pasti pulak doktor. Memang dia ada makan, tapi saya pun tak tahu ubat apa, bila dia ambil semua tu". Ujar mak sedikit terkilan. Aku pandang wajah mak.

"Cik ni anak dia ke?".

Aku mengangguk.

"Saya tempatkan dulu Encik Rashid di wad untuk pemerhatian. Harapnya jangan pressure dia lah. Mungkin boleh menyebabkan dia terkena serangan jantung yang lebih teruk dan mungkin tak dapat diselamatkan". Ujar doktor lalu pergi. Mak terduduk sayu. Aku pula seakan tak percaya dengan apa yang diberitahu doktor.

"Ni semua salah aku". Gumam aku sendiri.

"Malayka?".

"Ni semua salah aku". Gumam aku lagi. Aku pejam mata rapat. Berharap ini hanya mimpi.

"Hei, Malayka. Dah2, taknak fikir macam tu. Awak takde salah apa pun". Bisiknya sambil memegang kedua2 lengan ku kejap.

Aku geleng kepala. Air mata menitis jatuh ke pipi.

"Shuh. Saya taknak awak menangis. Be strong! Saya ada kan". Ujarnya seraya mengusap pipiku. Air mata yang mengalir disapu.

Aku ikut Aqasha dan mak ke wad ayah. Aku lihat wayar berselirat di seluruh badan ayah. Ayah masih tak sedarkan diri. Aku mengambil tempat di sebelah mak. Aqasha memberi ruang aku untuk duduk.

"Mak rasa bersalah sebab tak jaga ayah kau betul2". Ujar mak sendu.

Aku terkedu. Aku pulak? Aku sebagai anak lagi teruk! Aku langsung buang ayah aku. Aku anak derhaka.

"Takpelah, biar mak jaga Ayah. Ayka balik la dulu, rehat".

"Takpelah mak. Kami tunggu sekali. Lagipun, Malayka pun mesti nak tunggu ayah, kan?". Dia pegang bahu aku. Mata aku tak lepas memandang tubuh ayah.

Lama kami menunggu sehingga malam menjelma. Mak tertidur sambil memegang erat tangan ayah. Aku masih bersandar di kerusi manakala Aqasha keluar ke kantin untuk membelikan makanan. Keluar masuk jururawat berkali2, ayah tetap belum sedar.

Aku pandang jam dipergelangan tangan. Pukul 7.45 malam. Aku bingkas bangun untuk ke surau. Aku capai handbag dan berlalu keluar meninggalkan mak. Kelibat Aqasha masih belum nampak. Aku terus ke surau.

Aku mengambil wudhu dan mula menunaikan solat. Lama aku panjatkan doa pada sujud yang terakhir. Aku memohon agar Ayah diberi kesihatan yang panjang. Masih banyak yang ingin aku katakan pada ayah.

Telekung aku lipat semula. Aku letak di penyangkut telekung. Sempat aku duduk termenung bersandar di dinding. Air mata aku kembali deras mengalir. Aku pukul kuat dada ku. Sakit rasanya menghadapi semua ini. Tiada esakan yang keluar. Hanya air mata yang mengalir laju. Aku pukul kuat dada. Kenapa ni semua jadi pada aku? Satu persatu kebahagiaan milik aku hilang begitu saja. Aku terseksa.

Aku lap air mata yang mengalir. Cuba mencari kekuatan di sebalik air mata. Aku percaya ayah pasti kuat. Dia kuat! Aku menghela nafas panjang. Handbag aku capai lalu bangun untuk ke wad semula. Longlai kaki ku melangkah. Pedih mataku kerana sakit menangis.

Tangga hospital aku langkah lemah. Kelihatan jururawat berlari2 keluar masuk dari bilik ayah. Aku terkedu. Kenapa dengan ayah? Langkah aku cepatkan. Aku lihat mak dan Aqasha sedang menunggu di luar bilik.

"K..kenapa?". Hampir hilang suaraku bertanya. Aqasha hanya memeluk bahu ku. Manakala mak sudah teresak2 di bahu ku. Tangan ku menggeletar. Apa yang jadi pada ayah. Jantung berdegup laju.

"Puan Shamsiah!".

Mak mendekati doktor begitu juga Aqasha. Aku cuba melangkah, tapi kaki seakan tersekat di lantai. Kenapa?

"Keadaan jantung suami puan semakin lemah. Kami khuatir keadaannya akan turun secara mendadak. Saya minta maaf, tapi saya harap puan dan keluarga dapat bersiap sedia".

Aku terduduk. Berat rasanya dugaan yang aku hadapi. Aku pandang pintu bilik ayah. Aqasha cuba mendapatkan aku yang sudah longlai. Aku pandang wajah Aqasha dengan air mata yang tak henti2 mengalir.

"S..say..a saya tak..ut, awak!". Ucapku seraya menangis teresak. Kuat tangisan aku hingga Aqasha membawa aku ke pelukannya. Sakit dada aku saat ini. Aku pukul2 dada ku. Pedih!

Aqasha pimpin aku menuju bilik ayah. Aku ikut dengan langkah yang lemah. Aku lihat dada ayah yang semakin tak sekata ombaknya. Aku mendekati. Aku letakkan tanganku diatas dada ayah. Lemah degupan jantung ayah. Aku menangis lagi. Entah untuk ke berapa kali. Ya Allah, berat nya dugaan Mu!

Ayah tersedar. Aku seka air mata kasar. Ayah pandang aku senyum. Ayah senyum! Badanku terasa lemah. Mujur sahaja aku berpaut pada Aqasha. Aku tertunduk menghadap lantai. Deras air mata mengalir. Kenapa ini yang terjadi?

"Anak ayah". Perlahan dan lemah suara ayah.

Allah! Ayah panggil aku!

"Ayka, anak ayah". Kali ini lebih kuat sedikit. Aku gagahkan pandang ayah yang sedang lemah. Aku lihat wajahnya sayu. Aqasha mengusap lenganku berkali2.

"Ma..af..kan a..yah, sa..yang". Bagai nak gugur jantung aku mendengar ayat maaf dari ayah. Aku rasa seperti dunia menghukum aku saat ini. Aku teresak2.

"Ay..ah salah. Ayah ab..aikan Ayka. Ay..ah tak..mampu. di..a ugut na..k bu..nuh ka..mu dan ..mak". Ujar ayah terketar2. Aku terpaku mendengar.

"Di..a t..ipu ayah. Di..a ugut de..ngan geran tu. A..yah nak ..bayar hu.tang dia..mal..am tu. Tapi, dia le..bih dulu bert..indak.. lepas kamu pergi ma..lam tu, dia hampir n..ak bun..uh mak kamu ka..lau ayah report polis".

Aku tekup mulut tak percaya. Umpama bumi dah menghempap aku tika ini. Selama ni aku yang salah. Aku yang salah menuduh ayah! Bodohnya aku!

Ya Allah! Ampunkan aku! Aku derhaka pada ayah!

Aku nak sangat cakap yang ayah tak salah. Tapi, suaraku tak keluar. Aku pukul lagi dada ku kuat. Air mata yang makin deras mengalir. Aku meraung dalam tangisan.

"Ya Allah! Malayka, jangan macamni. Tak elok". Pujuk Aqasha . Kuat tangannya memegang aku yang meronta.

"Ay.. amp..". Aku tak mampu mengeluarkan ayat maaf. Aku tertunduk meraung. Mak sudah terduduk lemah di kerusi.

"Ya Allah!". Hanya itu yang dapat aku ucapkan. Betapa besarnya dosa aku pada ayah.

"Maaf..kan ayah ye. Ayah tak la..yak jadi ayah kamu". Uajrnya lagi. Kali ini aku lebih kuat meronta. Aku peluk tangan ayah. Aku menangis sepuas2 nya di tangan suci itu.

"Ay..ay..argh! Ampun..". Tersedu sedan. Aqasha memeluk aku kuat dari belakang cuba mententeramkan keadaan aku yang sudah tak terkawal. Berkali2 aku tepis tangannya. Tolong aku, Ya Allah!

Ayah tiba2 sukar bernafas. Aku goncang tubuh ayah kuat. Aqasha segera berlari memanggil doktor.

"Ya Allah! Ayah! Jangan tinggal Ayka! Ayah!". Aku jerit semahunya. Aku pegang wajah ayah yang semakin lemah.

Doktor yang datang segera memeriksa ayah. Aku dipegang erat oleh Aqasha di luar pintu bilik. Aqasha sempat berzikir lembut di telinga aku. Tolong selamatkan ayah, Ya Allah!

"Maaf puan. Jantungnya lemah mendadak. Kami dah cuba sedaya upaya. Tapi, Allah lebih menyayangi dia".

Aku terjelopok ke lantai. Dunia aku berputar. Aku pandang wajah Aqasha disebelahku. Makin lama, makin hilang. Aku pengsan!

~~~~~~~~
Ruang tamu mula dibanjiri dengan jiran tetangga dan sanak saudara yang ingin melihat ayah buat kali terakhir. Sejak pagi, Aqasha lah yang banyak menguruskan jenazah ayah. Aku duduk di sudut rumah. Termenung memandang sekujur tubuh ayah yang dah tak bernyawa. Tiada lagi air mata yang mengalir. Aku penat.

Ribuan ucapan takziah aku terima, satu pun aku tak ambil peduli. Aku masih kaku di tempat duduk. Mata aku tak beralih. Sejak ayah dibawa balik, aku setia di sini, memerhati ayah dari jauh. Usahkan tidur, makan juga aku abaikan. Puas sudah Aqasha memujuk, aku pekakkan sahaja telinga.

"Awak, kejap lagi lepas solat, jenazah ayah nak diangkat dah. Awak nak tengok untuk kali terakhir tak?". Soal Aqasha sedih. Wajah aku dipandang lama. Dia membetulkan selendang yang terlorot di bahu.

"Awak.."

Aqasha menyahut.

"Bodoh kan saya ni".

Aqasha menafikan sekerasnya.

"Awak tak bodoh. Setiap manusia melakukan kesilapan. Awak, saya, semua orang. Cuma kesilapan tu kita akan betulkan setelah timbul pengajaran. Awak tak terkecuali. Allah sayang awak sebab tu dia uji awak". Aku tekup wajahku, menangis.

"Sudah jangan menangis lagi. Tak elok. Kesian jenazah nanti". Pujuknya lagi. Aku hiraukan kata2 nya. Aku nak ayah! Aku tak sempat nak mintak maaf kat ayah. Aku anak derhaka.

Aqasha tinggalkan aku sendiri. Aku angkat wajahku. Terlihat beberapa orang lelaki sedang memenuhkan saf untuk solat jenazah. Atika datang rapat pada aku.

"Ayka, kau sabar eh. Jangan macamni. Sedih aku tengok kau".

Aku lentokkan kepala ke bahu Atika. Aku pejam mata rapat.

"Aku berdosa pada ayah, Tika. Aku anak derhaka". Menggigil suara aku hampir tak kedengaran. Atika usap bahu lembut.

"Ayka, aku percaya ayah kau mesti dah maafkan kau. Ayah kau mesti tak marahkan kau". Ujar Atika lembut. Aku tergelak.

"Anak kurang ajar macam aku layak ke nak dimaafkan? Tempat aku layaknya kat neraka".

"Ish! Apa kau cakap ni, Ayka. Dah la beb, aku taknak dengar lagi kau merepek macamni. Dah la tu. Pucat aku tengok muka kau. Kau kena kuat. Ayka kan kuat. Aku nak balik kejap tengok mak aku. Nanti aku datang lagi. Kau makan eh? Aqasha cakap sejak semalam kau tak telan apa2". Aku diam. Wajah Atika aku pandang. Dia sempat memelukku sekejap sebelum pulang.

Aku lihat mereka dah bersedia untuk mengangkat jenazah. Aku jerit panggil ayah, tapi suara aku tersekat. Aku seakan2 nampak ayah melambai pada aku. Aku balas lambaian ayah. Dia tersenyum pada aku.

Allah! Kuatkan aku, Ya Tuhan.

Sekali langkah.

Dua kali langkah.

Akhirnya jenazah ayah di bawa pergi. Hilang dari pandangan mata aku. Aku pejam mata rapat mengusir segala kegusaran. Aku perlu kuat. Air mata mengalir lagi. Bantu aku, Tuhan.

Entah berapa lama aku terlena, aku sendiri tak perasan. Sedar2 sahaja, aku lihat Aqasha duduk di sebelahku, menunggu aku hingga bangun. Manis wajahnya dengan senyuman.

"Ayah dah selamat dikebumikan. Mak kata Malayka pengsan lagi. Nasib ada ramai orang. Risau saya macamni. Awak jangan lah fikir apa2 lagi ya. Jom, makan. Dari semalam awak tak makan apa2". Ajak Aqasha. Aku geleng laju.

"Taknak. Tak lapar". Terus aku menarik selimut hingga ke pinggang. Aku kembali meletakkan kepala di bantal. Kepala aku berdenyut.

"Hurm, degil ya. Taknak dengar cakap saya pulak. Jom, saya suapkan. Sikit pun jadilah. Nanti, perut masuk angin, siapa yang susah? Awak jugak. Ke, awak suka saya jaga awak ni?". Seloroh Aqasha. Aku mencebik lemah.

"Sempat lagi tu. Nanti saya cium bibir tu baru tau!". Usik Aqasha lagi. Aku menarik selimut menutupi wajah.

"Jom lah. Saya suap ye". Dia menarik selimut. Memapah aku untuk bersandar di katil. Bau sup ayam menyengat hingga ke hidung. Satu suapan nasi masuk ke tekak. Berkerut wajah aku mengunyah.

"Perlahan2".

Dia suap nasi yang kedua. Aku kunyah lagi. Sesekali aku berhenti, penat.

"Lagi?".

Aku tolak. Kenyang. Aqasha menurut sahaja. Pinggan nasi diletak ke tepi. Aku pandang wajahnya.

"Kenapa pandang saya macamtu?". Aqasha tergelak kecil. Merah telinga nya menahan malu.

"Kenapa awak layan saya baik?". soalku perlahan. Aku kuis2 hujung selimut.

"Saya suami awak, Malayka. Macamana pun saya akan jaga awak baik2".

Aku terdiam. Aku amati wajahnya dalam2. Ada sinar kebahagiaan terpancar di wajahnya.

"Awak tak serik selalu di maki oleh saya?".

Aqasha tersenyum. Dia selak anak rambut yang berjuntai di dahi.

"Tak pernah serik".

"Awak bahagia hidup dengan saya?". Kali ini aku tunduk memandang katil.

"Selamanya hidup dengan isteri saya, itulah yang membahagiakan saya".

Air mata aku jatuh mengalir di pipi. Nikmat kebahagiaan yang mana telah Engkau limpahkan pada aku?

"Sikit pun awak tak menyesal?". Soalku dengan suara yang terketar2.

Aqasha menggeleng laju. Tangan aku dibawa ke bibirnya, lalu dicium lembut. Hangat kucupan yang diberikan. Aku pandang wajah lelaki yang banyak bersabar dengan aku.

"Sampai mati, awak isteri saya yang solehah. Awak penyejuk hati saya. Tak pernah rasa menyesal kahwin dengan awak. Malah, saya merasa bangga dapat memiliki awak".

Aku pejam mata rapat. Bahagia sekali mendengar ayat baru diungkapkan. Selama ni, aku banyak buat salah pada dua insan ini. Ayah dan Aqasha. Aku balas genggaman tangannya.

"Macamana kalau saya masih tak dapat nak
mencintai awak?".

Aqasha menghembus nafas lama.

"Cinta tak semestinya perlu balasan. Saya cintakan awak, tu dah cukup buat saya. Kalau awak kembali menyintai saya, itu anugerah terindah buat saya. Saya tak perlukan yang lain. Cukup awak ada depan mata saya".

"Ajarkan saya bercinta. Saya tak tahu apa itu cinta". Ungkapku penuh keikhlasan. Tangannya aku bawa ke pelukan. Aku terima dia, Ya Allah. Aku terima suamiku.

Aqasha menangis gembira. Dia pandang wajah aku lama. Air mata menitis di pipi nya, aku seka lembut. Aku ego. Aku biarkan suami aku dahaga tanpa cinta dari seorang isteri. Kejamnya aku!

"Terima kasih, sayang. Awak cinta saya sampai mati". Lantas dia memelukku erat. Rambutku dielus lembut. Aku bahagia. Inikah yang namanya cinta? Aku tak tahu.

Lama kami berpelukan. Seakan tak mahu melepaskannya.

"Sayang sangat kat saya ke sampai taknak lepas?". Usik Aqasha. Aku segera tolak badannya kuat. Terkekek dia ketawa.

"Marah ke? Alahai, makin comel la isteri saya ni. Jangan macamni sayang, hati abang tak kuat". Ujarnya separa berbisik sambil membawa tanganku ke dada nya. Aku tolak lagi.

"Gatal!". Aku jelir lidah. Menyampah pula. Muka aku sudah merah menahan malu. Begitu juga Aqasha, merah telinga nya.

Aku nak bercinta dengan suami aku. Aku nak belajar menyintai dia. Walaupun dah terlambat, aku nak menyintai dia banyak2. Terima kasih Ya Allah. Aku menempuhi dugaan dan ujianMu untuk aku mengutip kuntuman nikmat yang Engkau taburkan buat aku.

"Dah, tidur la. Rehat banyak2. Kesian awak. Saya nak pergi tengokkan mak sekejap. Nanti, saya datang balik". Ujarnya lalu bangun sambil menatang dulang pingganku. Aku memandang susuk tubuh lelaki itu sehingga hilang dari pandangan.

Aku melelapkan mata. Penat seharian. Aku ingin mimpi yang indah. Mimpikan ayah. Biar hilang rindu dan bersalah aku padanya.

~~~~~~~~~~

"Ayka, anak ayah!".

Aku pandang wajah ayah. Aku senyum begitu juga ayah. Aku bersuara, tapi tiada bunyi yang keluar.

"Ayah maafkan segala dosa Ayka pada ayah. Ampunkan ayah jugak ye".

Aku angguk. Wajah ayah aku pandang lama. Dia senyum lebar padaku. Aku panggil ayah, tapi dia pergi.

Ayah!

Ayah!

"Ayah!".

Aku mimpi! Peluh memercik di dahi. Turun naik nafas aku.

"Malayka, kenapa ni?". Soal Aqasha yang turut terjaga.

"Saya mimpi ayah. Tapi, dia senyum kat saya. Ayah dah maafkan saya". Ujarku riang. Aqasha turut tersenyum mendengarnya.

"Alhamdulillah. Sekarang, lega kan?".

Aku angguk. Masih segar diingatan wajah ayah yang penuh dengan senyuman. Aku pasti merindukan wajah itu.

"Er, tapi macamana kalau mimpi tu tipu? Mainan syaitan?". Soalku tiba2.

"Awak, berdoa kat Allah moga2 mimpi awak tu bukan mainan syaitan. Saya percaya ayah awak nak awak tahu melalui mimpi ni. Jangan fikir bukan2. Kita positif je, ok?".

Dia usap bahu aku. Aku sekadar mengangguk. Selimut aku tarik untuk meneruskan tidur.

"Awak tidur bawah ke?".

Aqasha berhenti. Dia menoleh pandang aku yang sedang berbaring.

"Nak saya naik katil ke?".

Perlahan2 aku mengangguk. Aqasha senyum. Bantal dia letakkan kembali di sebelah aku. Selimut juga ditarik hingga paras pinggang. Aku pusing membelakangi Aqasha. Tiba2, aku merasa takut bila berada dekat dengan dia, seperti sekarang.

"Dah panggil saya naik, tapi membelakangkan saya pulak. Tak sudi nak tengok muka saya ke?".

Aku ketap bibir. Sejujurnya aku masih gementar. Aku pusing menghadap Aqasha yang sedang tersenyum. Cepat2 aku pejamkan mata. Dia mendekatkan dirinya dengan aku.

"Lengan saya available malam ni".

Aku buka mata. Cuba memahami maksud disebalik ayat lelaki ini. Melihat aku seakan tak memahami, dia segera meletakkan kepala ku diatas lengannya. Bantal aku ditolak ke bawah katil.

"This is what I mean". Seraya mengenyitkan mata. Aku toleh kearah lain.

"Ini cara nak bercinta". Sebaris ayat yang terus membuatkan aku malu dan menyembamkan wajahku ke dada nya. Bau perfume. Seperti selalu.

"Malam esok, saya pinjam lengan lagi, boleh?". Soalku kekok. Sembunyi di balik dada nya.

"Tiap2 malam pun boleh. Lengan ni sentiasa available untuk isteri solehah saya".

Aku senyum dalam diam. Dia begitu menyayangi aku. Ya Allah, sayangi insan ni sepertimana dia menyayangi aku. Akhirnya, aku lena bersama suami disisi.

~~~~~~~~

Hello beb! Aku tengah masak ni. Ada apa call?

Wah! Ceria nya suara. Macam ada apa2 je ni!

Banyak la kau! Aku nak makan la sebab tu aku masak.

Eleh! Bukan boleh percaya kau tu. Dah la. Aku taknak kacau orang tengah seronok bercinta tu. Bye beb!

Talian dimatikan.

Tergelak dibuatnya. Ada2 saja Atika ni. Aku pandang ikan siakap yang sedang digoreng. Aku senyum. Harini aku nak buat hidangan untuk Aqasha.

Kebetulan dia balik awal, jadinya aku nak bagi sedikit kejutan untuk dia. Menu simple. Nasi putih, ikan siakap tiga rasa dan juga telur dadar. Teringat buku yang aku beli pagi tadi, '30 Cara Memikat Suami'. Tergelak bila mengingatkan. Disebabkan aku dah berjanji akan belajar untuk mencintai dia sepenuh hati.

Ikan aku angkat dari kuali. Kemudian aku tumis pula bahan2 untuk sos. Setelah siap, aku salutkan diatas ikan. Telur yang sudah aku kacau aku tuang kedalam periuk kecil. Aku tunggu sekejap sebelum aku pusingkan ke bahagian satu lagi.

Jam menunjukkan pukul 4 petang. Hidangan aku pun dah siap terhidang. Lagi setengah jam Aqasha akan pulang dari kerja. Aku bergegas ke bilik untuk membersihkan diri dan bersiap. Baju dress paras lutut aku sarung kemas di badan. Aku oleskan pelembab bibir dan perfume.

Setelah berpuas hati, aku menyikat rambut panjang ku dan membiarkan lepas. Cekak berbunga ros aku letak di kepala. Salah satu cara untuk memikat suami yang aku baca kat dalam buku tu, mestilah berwangian dan bergaya bila suami ada. Jadi, sempurna penampilan aku harini untuk memikat hati Aqasha.

Aku capai henset. Peti simpanan mesej aku buka dan aku hantar mesej kepada Aqasha. Selang beberapa minit, Aqasha menjawab.

Otw, sayang.

Aku senyum. Aku letak henset semula. Radio aku kuatkan sambil bernyanyi riang. Kebetulan lagu berkumandang. Aku menyanyi riang.

Sedang aku galak menyanyi dan syok sendiri, aku dengar bunyi enjin kereta Aqasha. Segera aku tutup radio dan bergerak ke pintu. Aku sambut kepulangan Aqasha dengan penuh senyuman.

"Wow! You look beautiful!". Puji Aqasha lalu mencium dahi aku. Aku senyum. Beg kerja aku ambil dan aku bawa masuk. Aqasha mengekori aku. Dia duduk di sofa sambil membuka tali leher. Aku melutut lalu membuka stoking.

"Eh, tak payah la! Saya boleh buat la". Aqasha menolak. Kakinya dialihkan ke tepi.

Aku senyum. Aku tetap membuka stoking di kaki nya. Mungkin aku dah terlambat nak bercinta, tapi aku tak terlambat untuk tunjukkan tanggungjawab aku.

"Awak kan nak saya jadi isteri solehah. Tak boleh ke nak tolong bukakkan?". Soalku naif. Wajah nya aku pandang manja.

"Bukan tak boleh. Tapi, saya boleh buat sendiri. Saya tak mintak awak sampai macamni".

"Saya sedang belajar nak menyayangi awak. Saya sedang belajar untuk bertanggungjawab pada suami saya. Boleh kan?".

Aqasha senyum. Dia tarik tangan aku duduk mendekatinya.

"Saya kan kata nanti saya ajarkan. Ikut cakap saya je". Ujarnya.

"Erm, harini saya masakkan untuk awak. First time masak untuk suami". Aku malu. Merah pipi ku saat ini.

"Iye? Mesti sedap kan? Patut la cantik. Minta upah ke ni?". Usiknya. Aku menampar kuat lengan Aqasha. Suka usik aku.

"Ok2, saya tak kacau. Erm, menu apa harini?".

Aku tak jawab. Tangannya aku tarik menuju ke meja makan. Aku mempersilakan Aqasha duduk sebelum aku cedokkan nasi ke pinggan.

"Ini je. Simple. Saya tak pandai masak". Aku merendah diri. Aku tarik kerusi lalu duduk di sebelahnya.

Aku letakkan lauk ikan dan telur. Aqasha sempat mengucapkan terima kasih sebelum merasa. Aku tunggu penuh berdebar.

"Macamana?".

"Erm, sedap! Pandai awak masak. Macam kat kedai". Puji nya. Aku tersenyum. Jus tembikai aku tuang ke dalam cawan.

"Kenapa tak makan sekali?".

"Saja. Kenyang tengok awak makan".

Aqasha tergelak. Dia mendekatkan kerusi denganku seraya menyuapkan aku nasi dari pinggan yang sama.

"Ni cara bercinta". Ungkap nya. Aku tergelak. Nasi nya aku sua ke dalam mulut.

"Nabi ajar makan kongsi dengan isteri, baru ada nikmat rumahtangga".

Aku diam. Wajahnya aku pandang malu.

"Sorry, saya tak tahu".

"Takpe. Saya ajarkan la". Ujarnya lalu menyuap lagi nasi ke mulut ku. Memang indah! Menjamu selera bersama pelindungku.

"Esok, saya nak bawak awak ke satu tempat ni. Awak tak dibenarkan tanya pun. Hadiah untuk awak sebab sudi menjadi isteri dan pendamping saya".

Aku tertunduk malu. Layakkah aku mendapat pengiktirafan seperti itu?

"Saya bukan isteri yang baik".

Aqasha mendecit.

"Apa pulak cakap macamtu? Saya tak pernah anggap awak macamtu tau! Awak kan dah janji nak fikir yang positif dan mulakan hidup baru, kan?".

"Er, lupakan jelah. Erm, esok nak pergi jauh ke? Perlu bawak baju ke?".

Aqasha menggeleng, "Tak payah. Sekejap je pun".

Aku diam. Aqasha menyudahkan suapan terakhir ke dalam mulut. Aku bergerak ke sinki membawa pinggan kotor. Aqasha pula membantu aku mengelap meja. Tak boleh nak halang, nanti ada sahaja alasannya.

"Cantik baju. Bila beli?". Soal Aqasha ketika kami sedang merehatkan diri di sofa.

"Cantik kan? Saya beli dah lama dah. Ingat nak pakai masa keluar jalan2, tapi tersimpan dalam kotak. Lupa sampai la pagi tadi mengemas. Tu yang pakai harini". Semangat aku bercerita.

"Memang cantik, lagi2 awak yang pakai. Tapi, pakai untuk saya je lah".

"Yelah, pakai untuk awak lah! Eh, kita nak keluar esok kan? Ala, tak dapat la nak pakai baju baru. Kenapa awak cakap lambat sangat!". Marahku sambil memukul lembut tangan Aqasha.

"Alhamdulillah. Bagus la macamtu".

Aku berkerut. Maksudnya?

"Kenapa? Awak tak suka ke saya pakai macamni?". Soalku lagi ingin kepastian.

"Bukan macam tu. Saya suka sangat awak pakai macamni, nak2 yang seksi macamni. Tapi, hanya untuk pandangan saya jelah. Tak perlu la sampai pakai kat luar".

Air muka aku berubah. Dia nak cakap apa sekarang ni? Nak kata aku tayang body kat orang ke?

"Apa maksud awak? Saya tak faham".

Aku cuba bersabar. Menunggu penjelasan Aqasha.

"Macamni, saya suka awak pakai macamni. Saya sangat suka. Cantik. Tapi, pakai untuk tatapan saya. Kalau keluar, pakai yang sopan. Menutup aurat. Awak kan isteri saya, so awak kena la jaga maruah saya sebagai suami".

Aku bangun. Wajahnya aku pandang tajam.

"Awak nak cakap saya tak jaga maruah awak la sekarang ni? Selama ni saya pakai macamni, takdelah pulak nak cakap apa2. Kenapa sekarang ni baru nak suruh tukar?". Aku mula marah. Aku silang tangan ke dada.

"Ya Allah. Awak dah salah faham ni. Saya tak maksud pun macamtu. Saya cakap yang awak kena jaga maruah saya sama macam saya jaga maruah awak. Awak kan isteri saya". Aqasha mula bersalah. Aku senyum sinis.

"So, nak kata awak jaga maruah saya sedangkan saya langsung tak jaga maruah awak? Saya pakai macamni pun sebab nak pikat hati awak! Tu pun salah ke? Saya fikir awak suka dengan penampilan saya macamni. Selama ni pun awak tak cakap apa2. Saya tak boleh terima lah!". Ujarku lalu melarikan diri ke dalam bilik.

Entah kenapa malam yang indah ini musnah disebabkan baju! Salah aku ke? Aku pakai untuk dia!

Aku buka pintu almari kuat. Aku capai baju tidur satin berwarna merah. Aku campak ke atas katil. Dengan kasar aku buka dress yang aku pakai dan aku sarung baju tidur aku. Air mata mengalir. Kenapa mudah sangat aku menangis untuk lelaki?!

Dress tadi aku campak ke dalam tong sampah. Sakit hati ini. Aku basuh muka yang terpalit solekan lantas bergerak ke katil.

Selimut aku tarik hingga menutupi muka. Selang beberapa minit, aku dengar Aqasha masuk ke dalam bilik. Aku kecil hati dengan lelaki ini. Aku tak pasti apa yang dia sedang lakukan hinggalah aku perasan kehadiran dia di belakang aku. Tangannya berlingkar di pinggang. Selimut ditarik hingga menampakkan wajah aku yang sedang marah.

"Jangan marah saya. Bukan tu maksud saya. Awak dah salah faham". Perlahan suaranya berbisik.

"Awak isteri saya, tanggungjawab saya. Wanita kena menutup aurat. Sebab tu saya suruh awak menutup aurat sebab saya nak tarik awak sama2 ke syurga. Takkan saya nak biarkan awak tak tutup aurat, lepastu kongsi apa yang jadi hak saya dengan orang lain. Saya cintakan awak. Saya tak sanggup nak biarkan awak terus2 menambah dosa pada saya. Awak hak saya dan takde sesiapa pun boleh tengok aurat awak walaupun sikit".

Henbusan nafasnya dapat aku rasa di pipi. Dia membetulkan pelukan. Rambutku dielus lembut.

"Rambut awak sangat cantik. Tapi, ni aurat. Saya nak aurat ni dijaga dan hanya saya yang dapat memegang, merasa, membelai dan menciumnya". Seraya mengucup lembut rambutku. Aku buka mata perlahan.

"Lengan awak putih, mulus. Saya suka pegang. Tapi, takkan saya nak kongsi apa yang saya tengok tiap2 hari dengan orang? Katakanlah awak nak pilih baju, yang koyak atau yang cantik awak pilih?".

Aku diam. Cuba menghadam kata2 Aqasha. Dia menghela nafas panjang. Bahu ku dikucup lembut.

"Awak wanita terindah buat saya. Saya tak sanggup nak tengok mata2 liar pandang awak dengan pandangan yang entah apa2. Awak faham kan?". Soalnya lagi.

Aku pusing menghadap Aqasha. Dia memandang aku lalu tersenyum. Pipiku diusap lembut. Lama kami diam dan hanya berpandangan antara satu sama lain. Wajahanya aku amati satu persatu. Dari kening, mata, hidung, telinga dan bibir.

"Saya nak tidur". Hanya itu jawapan yang aku berikan. Aqasha nampak kecewa. Aku terus melelapkan mata di dalam pelukannya. Aqasha sempat mengucup dahi ku sebelum dia turut melelapkan mata.

~~~~~~~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience