Riuh rendah suara kanak2 di taman permainan petang itu. Aku yang sedang duduk di meja batu hanya memandang kosong keletah anak2 kecil bermain. Seminggu berlalu. Seminggu juga aku mengasingkan diri di dalam rumah. Panggilan dari Atika dan juga Aqasha, aku abaikan. Aku ingin lupakan segala yang berlaku.
"Hai!".
Lamunanku terhenti. Aku menoleh. Wajah Aqasha menghiasi pandanganku. Aku menjeling.
"Saya ganggu?". Soalnya lembut. Aku tak menjawab. Aqasha terus mengambil tempat dihadapanku. Aku masih memandang kanak2 yang sedang leka bermain.
"Kenapa saya call tak berjawab?". Soalan pertama Aqasha. Aku hanya memandang wajahnya sekilas sebelum memandang tempat lain.
"Nak jauhkan diri?". Soalnya lagi. Aku tetap diam.
Aqasha tergelak kecil memandang aku. Aku yang pelik.
"Ape hal gelak ni?". Soalku bengang. Aku jeling wajahnya.
"Eh, ada suara pulak? Ingat tadi dah bisu ke. Eh cik adik, tak elok masam2 ni, nanti kedut muka tu".
Aku mencebik!
"Ok2, saya pun tak boleh lama2 ni, saya cuma nak bagitau semalam ayah awak call saya. Dia setuju jadi wali masa kita kahwin nanti. Ayah suruh bagi tarikh cepat sikit. Dia pun ada kata buat majlis simple je. Tak perlu nak sanding2 ni". Ujar Aqasha ringkas. Terbuntang mataku tak percaya.
"Jangan buat lawak petang2 ni, boleh? Saya tak gelak pun!".
"Eh, saya memang la tak buat lawak. Saya cakap benda betul kot!". Aqasha membuat wajah serius. Aku memandang Aqasha dingin.
"Tak percaya? Saya boleh tunjuk call log semalam". Ujar Aqasha hampir2 nak membuka hensetnya.
"Tak payah! Er, saya taknak majlis apa2 cukup nikah kat masjid. Tu je. Lagi satu, saya ada syarat yang awak kena ikut".
Aqasha terdiam. Kenapa kena ada syarat bila dah sah?
"First, jangan kacau apa2 pun yang saya nak buat. Awak tak boleh nak halang saya buat itu ini. Second, awak cuma perlu tunjuk bahagia depan mak ayah and Atika. Tu je. Jangan nak lebih2".
Aqasha sengih.
"Tu je?".
Aku berkerut. Aik? Dah kenapa mamat ni?
"Tu je lah!". Marahku.
"Ingat syarat apa la tadi. Kacang je tu! Saya takde masalah! Ok je. Cuma, awak pun jangan halang saya untuk buat itu ini". Kening sengaja diangkat berkali2.
"Erm, ok. Deal!".
Aqasha mengangguk. Senyuman tak lekang dibibirnya. Aku cuak!
"Apesal pandang saya macamtu? Rimas la!". Aku cuba buat2 marah. Pandangan aku hala ke arah lain. Dalam hati, berdegup dah macam kena kejar anjing!
"Saja. Nak tengok muka bakal isteri ni. Cantik rupa nya awak ni!". Sakat Aqasha. Aku betul2 cuak!
"Jangan nak mengada2. Macam la tak boleh pandang lepas ni". Bidas ku. Aku mendecit.
"Memang la. Cuma takut je. After kahwin ni, manalah tau awak halau saya tidur bilik lain ke, kang tak merasa pulak nak tatap wajah awak yang cantik ni pagi2". Sakat Aqasha lagi. Lagi gelabah lah aku dibuatnya!
Aqasha tergelak besar. Menyampah aku melihatnya. Nak je aku tangan kan mamat ni.
"Dah la! Saya nak balik. Malas nak layan orang gila ni. Silap haribulan, saya pulak gila dibuatnya!". Aku bingkas bangun.
"Malas nak layan ke takut terjatuh hati?". Soalnya lagi. Kali ini lebih meriah lagi tawa nya.
Aku menjeling tajam. Geram diarasakan saat ini. Langkah aku cepatkan. Masih lagi terdengar suara gelak Aqasha. Aku ketap bibir kuat. Takpe, aku bagi chance! Tengok lah nanti siapa yang terseksa!
~~~~~~~~~~
Makcik Habsah kelihatan sibuk. Sekejap dia ke dapur, sekejap dia ke halaman rumah. Sibuk menguruskan persiapan majlis akad nikah yang akan berlangsung lusa. Aqasha juga sibuk membantu Makcik Habsah. Ayah Malayka bersetuju majlis akad nikah diadakan di rumah makcik Habsah. Ini semua atas permintaan mak angkat nya yang berharap majlis diadakan di rumahnya. Makcik Habsah kelihatan sangat gembira bila mendapat tau Malayka yang bakal menjadi isteri Aqasha sejaligus menantu nya.
Aku pula sudah canggung. Sudahlah aku tidak kenal sesiapa pun dalam rumah Makcik Habsah, ditinggal seorang diri pula tu. Nak ditolong, mana la aku reti nak masak2 ni!
"Ni ke bakal isteri Aqasha?". Soal seorang perempuan lingkungan 40an. Aku tersenyum mengangguk.
"Cantik! Patut lah Aqasha berkenan. Kerja apa?". Soalnya lagi.
Ah! Busybody la pulak!
"Saya tak kerja. Lama dah berhenti". Ringkas jawapan yang diberi.
"Oh, nak jadi suri rumah la ni ye? Bagus lah! Makcik ni, mak sedara Aqasha. Nama makcik, Zainab. Dulu, masa mak dia meninggal, makcik jaga dia sekejap. Manja budak tu dulu. Tapi sekarang dah pandai berdikari dah. Kesian dia, kecik2 dah hilang orang tua. Bagus budaknya, hormat orang tua". Puji Mak Saudara Aqasha. Aku hanya mendiamkan diri mendengar ulasan tersebut.
Aku pandang sekeliling mencari kelibat Aqasha. Entah mana la dia pergi. Aku dah naik rimas duduk lama2 kat sini. Nak kena layan sedara2 dia lagi! Hish!
"Kamu penat ke? Kalau penat, tak payah tolong pun takpe. Kami orang ada. Kejap je ni nanti siap la. Dah2 pergi rehat. Muka pun pucat je tu". Ujar makcik yang lain. Aku hanya mengangguk sebelum angkat kaki.
Di luar rumah, mata aku mencari susuk tubuh Aqasha. Dari jauh kelihatan dia sedang menyusun barang di sudut rumah. Aku bergerak mendekatinya.
"Awak! Saya nak balik". Ujarku perlahan. Aku pandang wajah Aqasha yang kepenatan. Peluh memercik di dahi segera dia lap.
"Penat ye? Takpelah, pergi la balik. Sorry, susahkan awak. Mama saya tu beriya sangat nak ajak awak datang". Ujarnya perlahan. Dia menyinsing seluar hingga ke lutut.
"Erm takpe. Kirim salam dengan makcik Habsah. Nanti apa2 bagitau". Aku tersenyum kelat memandang nya sebelum melangkah pulang. Badan sudah berlengas. Aku ingin pulang dan menyegarkan badan.
Lagi dua hari majlis nikah. Aku semakin berdebar. Entah betul ke tidak keputusan yang aku buat ini. Hati aku tak boleh menerima kehadiran seorang lelaki.
Pagar aku buka kuat. Aku campak henset ke sofa. Rambut yang aku ikat tinggi aku biarkan terlerai. Aku menuju ke peti sejuk untuk menghilangkan dahaga. Sempat aku termenung. Betul ke ni?
Henset tiba2 berbunyi menandakan ada mesej masuk. Aku segera capai henset lalu membuka peti simpanan mesej.
Beb, kau kat mana?
Aku tekan butang reply,
Rumah.
Beb, mak kau jatuh bilik air.
Aku terkedu membaca mesej Atika. Segera aku campak henset lalu menuju ke kereta. Aku hidupkan enjin dan terus memecut laju menuju rumah mak.
Sepanjang perjalanan aku risau. Tak henti2 menyalahkan diri sendiri kerana tak menjaga mak. Aku pecut laju. Mujur sahaja jalan raya lengang. Sampai sahaja di runah mak, kelihatan kereta Atika tersadai di bahu jalan.
Aku segera berlari masuk ke dalam rumah. Mak aku lihat sedang terbaring di sofa sambil mengaduh sakit.
"Tika, macamana mak boleh jatuh?". Soal aku kalut. Aku pegang kaki mak yang sudah bengkak.
"Aku pun tak tau. Aku datang nak bagi lauk. Tengok2 mak kau dah terlentang dalam bilik air". Jawabnya laju. Aku sudah gelabah melihat mak kesakitan. Aku pandang ayah yang hanya mendiamkan diri.
"Apa yang ayah buat kat rumah ni? Kenapa ayah biar mak jatuh?! Kenapa tak call ambulance?!". Tengking aku. Hilang sabar.
"Ayka! Ayah kau tak tau apa2. Dia pun tak boleh nak buat apa. Dah la, jom bawak mak kau pergi hospital!". Bidas Atika. Aku segera membantu Atika memapah mak menuju ke kereta Atika. Kereta aku biarkan di rumah mak.
Sepanjang perjalanan, aku setia di sebelah mak. Memegang tangan mak yang sejuk. Runtun hati aku. Pucat wajah mak tika ini.
"Tika, cepat!". Ujarku.
Atika segera memecut laju. Perjalanan yang mengambil masa hanya 30 minit terasa begitu lama.
Sampai sahaja di hospital berdekatan, aku berlari menuju ke kaunter. Segera mereka mendapatkan mak dengan membawa wheelchair.
"Tolong mak saya. Tolong cepat!". Ujarku hampir menangis. Aku mengikut langkah jururawat hingga ke bilik kecemasan. Atika memegang tanganku kuat, cuba memberi kekuatan pada aku.
"Aku salah sebab tak jaga mak aku!". Luah aku pada Atika. Atika hanya mendiamkan diri. Aku pandang dari jauh mak aku sedang dirawat.
"Siapa penjaga Puan Shamsiah?". Soal jururawat yang bertugas. Segera aku memperkenalkan diri.
"Tulang kaki Puan Shamsiah patah manakala tulang belakang nya retak. Kami kena masukkan besi pada kaki. Cik tolong tandatangan borang pembedahan di kaunter ye". Ujarnya kemudian berlalu pergi. Terduduk aku mendengar.
"Atika, mana aku nak dapat duit untuk pembedahan pulak? Aku mana ada duit nak bayar". Ujarku sedih. Aku pegang kepala yang semakin berdenyut.
"Ayka, kita tak payah fikir dulu yang tu. Kau tanda je dulu borang tu. Nanti baru kita fikir mana nak cari duit. Aku tolong kau nanti". Atika memberi nasihat. Aku sudah tak mampu fikir lagi. Lepas satu, satu masalah melanda aku.
"Ayka, jangan risau. Aku akan tolong kau cari duit nak bayar. Sekarang ni, kau sign borang tu dulu. Tolong mak kau dulu". Atika mengingatkan kembali. Aku hanya mengangguk lemah.
Borang aku tandatangan. Peluh aku kesat kuat. Otak ligat memikirkan dari mana aku patut cari duit. Aku buntu.
Aku kembali duduk di sebelah Atika. Kepala aku lentokkan di bahunya. Ada air mata yang mengalir. Kesian mak. Apa yang patut aku buat sekarang ni?
Aku biarkan mata terpejam seketika. Penat saat ini. Atika setia menanti bersama aku. Nasib aku ada dia ketika ini.
"Atika, macamana?".
Aku berkerut. Sepertinya aku sedang mendengar suara Aqasha. Disebabkan aku penat, mata aku tak mampu buka.
"Kena operate sebab kaki patah. Tapi, Ayka tak tau mana nak cari duit bayar pembedahan". Perlahan suara Atika.
"Malayka ok?". Soal suara itu lagi.
Kenapa aku macam dengar suara lelaki itu.
"Dia buntu. Dia risau mak dia kat dalam". Atika menjawab.
Aku ingin buka mata. Aku nak lihat siapa punya suara. Tapi, aku tak larat. Hingga akhirnya, aku lena.
Lama aku tertidur. Hingga lah aku terjaga dek suara batuk disebelahku. Mata aku buka perlahan. Bau perfume. Bukan Atika. Aku segera menoleh. Aqasha.
"Sorry, awak terjaga. Saya tak sengaja". Ujar Aqasha. Aku masih mamai.
"Mana Atika?".
"Oh, dia ke kantin belikan makanan untuk awak". Jawabnya ringkas.
"Mak saya macamana?". Aku bingkas bangun.
"Mak awak ok. Doktor pindahkan dia kat wad. Saya tak sampai hati nak kejut awak".
Aku menjeling. Waras kembali.
"Lain kali kejut saya. Tu mak saya bukan mak awak! Kalau jadi apa2, awak nak tanggung ke?! Tak payah nak kesian2 sangat dengan saya!". Aku terus berlari meninggalkan Aqasha terkulat2 keseorangan. Aku capai tangan Atika yang baru kembali dari kantin dengan seplastik beg makanan.
"Beb, kenapa ni?". Soal Atika hairan.
"Yang kau tinggalkan aku dengan mamat tu, kenapa? Aku tak suka lah!". Marah aku pada Atika ketika mencari bilik mak.
Atika hanya terdiam. Langkah aku berhenti bila Atika diam.
"Aku sorry. Bukan sengaja aku tinggalkan. Aku nak ke toilet. Aku kejut kau tak bangun2. Lagipun, dia yang offer nak ganti. Alang2 kau tak makan lagi, tu yang aku pergi belikan makanan sekali". Terang Atika bersalah.
"Mana kau tahu aku tak makan lagi?". Soalku hairan.
"Aqasha cakap dari pagi kau kat rumah dia, tak jamah apa2".
Aku terdiam. Hilang marah aku pada Atika. Aku terus menarik lengan nya.
Sampai sahaja di wad mak, aku terus meluru ke arah susuk tubuh itu. Masih tak sedarkan diri dek bius pembedahan. Aku duduk di sebelah mak. Aqasha muncul kemudian. Aku hiraukan kehadiran dia. Saat ini, mak yang paling penting buat aku.
"Doktor cakap mak perlukan rehat. Mungkin ambil masa berbulan untuk hilangkan sakit sebab besi tu". Aqasha bersuara. Aku hanya diam. Mata tak lepas memandang wajah mak. Tangan mak aku genggam kuat. Sesekali aku kucup tangan tua mak.
"Er, terima kasih ye Aqasha. Sorry susahkan awak juga". Ucap Atika perlahan. Risau aku dengar la tu!
"Er, takpe. Saya ok. Erm Malayka, saya balik dulu. Nanti esok pagi, saya datang lagi. Nanti apa2, mesej saya ye". Ujarnya lagi. Atika mengangguk sambil tersenyum. Aku masih pekakkan telinga.
"Erm, takpelah Aqasha. Awak balik la dulu. Kesian awak penat kan. Saya ada dengan Ayka". Atika cepat2 menjawab bagi pihak aku. Aqasha beransur pulang. Atika mencapai kerusi lalu melabuhkan punggung.
"Tak baik kau buat dia macamtu". Ujar Atika setelah tinggal aku dan dia sahaja.
"Kalau tak baik, kau la buat baik dengan dia. Aku taknak". Jawabku acuh tak acuh.
Atika diam. Penat dah nak nasihatkan.
Aku meraba2 poket baju ku. Mencari henset.
"Kau cari apa tu?". Soal Atika. Aku masih lagi meraba2 poket baju dan seluar. Rasa nya aku bawak henset. Takkan tercicir kot.
"Henset. Aku rasa aku bawak". Ringkas aku jawab sehinggalah Atika menunjukkan aku henset samsung kesayanganku.
"Nah! Aqasha bawak. Dia siap kunci rumah kau sekali. Lampu pun dia dah tutup. Kau keluar rumah macam nak bagi pencuri masuk aje!". Bebel Atika. Henset ditangan aku rampas kuat.
"Whatever lah! Aku tak suruh pun". Sempat aku menjawab. Aku membelek peti mesej. Tiada mesej masuk. Aku letak di laci tepi katil.
"Kau ni kan. Tak tau aku nak cakap apa dah".
"Tak payah cakap!". Potong aku.
Atika ketap bibir, geram.
"Ikut kau lah! Malas dah nak cakap". Akhiri Atika. Dia terus bersandar merehatkan badannya.
Tiba2, henset aku berbunyi. Ada mesej masuk.
Maaf sebab tak kejut. Saya ikhlas nak tolong. Esok saya datang. Awak rehat lah. Jangan paksa diri.
Aku mencebik! Menyampah! Tunjuk baik la tu. Sikit pun aku tak heran!
Aku letak balik henset atas laci meja. Terus melentokkan kepala di atas tangan sejuk mak. Aku melelapkan mata. Menunggu hingga mak bangun. Atika juga terlelap. Malam yang penat buat mereka berdua.
Dari malam hinggalah ke pagi. Aku terjaga setelah dikejutkan oleh Atika. Kelihatan jururawat masuk untuk memeriksa mak. Aku memberi laluan. Sempat lagi aku ke bilik air untuk mencuci muka.
"Saya kena tahan buat sementara sebab nak pastikan besi pada kaki puan Shamsiah tak menunjukkan apa2 tanda yang tak ok. Dalam seminggu ni kita tengok perkembangan lah". Ucap doktor muda itu. Aku mengangguk. Doktor muda itu keluar setelah memeriksa mak. Aku kembali duduk di sebelah mak.
"Beb, macamana nak bayar ni? Aku serabut lah!". Ujarku setelah lama menyepi. Atika memandang aku sepi.
"Assalamualaikum!". Kedengaran suara Aqasha dari muka pintu. Aku terus membuang pandang kerah wajah mak. Aqasha berdiri di sebelah aku. Bau perfume kuat menusuk rongga hidung. Aku menjarakkan diri.
"Mak dah sedar?". Soalnya. Suara garau nya menarik mata aku memandang raut wajahnya.
"Kalau tak datang, tak boleh ke? Serabut la".
Atika ternganga. Tak sangka aku akan berkata begitu.
"Saya risau keadaan mak awak". Jawabnya ringkas. Aqasha membuang pandang kearah Mak. Aku diam membisu.
"Doktor cakap apa?". Soalnya lagi.
"Doktor tahan untuk tengok kalau2 ada kesan yang tak ok ke. Aqasha dari rumah ke?" Soal Atika berbasa basi. Aqasha mengangguk laju.
"Mama kirim salam. Dia nak datang tapi banyak kerja nak disiapkan. Er, dah makan?". Soal Aqasha kembali.
"Er, belum. Kitorang baru je bangun". Seraya tersengih.
"Jom, saya belanja makan kat bawah. Sementara makcik belum sedar". Pelawa Aqasha. Atika setuju tapi aku hanya diam.
"Jom, Malayka".
Aku diam. Malas nak melayan Aqasha. Aku nak tunggu sampai mak bangun.
"Malayka?". Soal Aqasha lagi.
Tetap diam. Aku memekakkan telinga.
"Er, takpelah. Kita berdua ajelah. Ayka nak stay sampai makcik bangun".
Aqasha diam. Perlahan2 dia beredar setelah tiada jawapan dari mulut aku. Aku memegang tangan mak kejap.
Sepanjang perjalanan ke kantin hospital, Aqasha lebih banyak mendiamkan diri. Atika pula merasa kekok. Atika seakan memahami perasaan lelaki disebelahnya.
Atika memesan nasi goreng kampung begitu juga Aqasha. Suasana masih lagi sunyi. Atika kekok untuk berborak.
"Dah ready?". Atika memulakan perbualan. Aqasha memandang pelik.
"Ready apa?".
"Esok, nikah?".
Aqasha tersengih.
"Insya Allah". Sepatah Aqasha menjawab. Nasi goreng disuap ke mulut.
"Jaga kawan saya elok2 ye. Saya harap sangat dekat awak. Harap awak dapat ubah dia". Ujar Atika.
"Insya Allah, saya cuba".
"Sorry ye sebab dah susahkan awak".
"Takpe Atika. Saya tak kisah pun. Biasa lah tu, nanti lama2 dia ok la tu".
Atika mengangguk perlahan. Cuba menyetujui kata2 Aqasha. Nasi dihabiskan dengan segera. Aqasha membayar kemudian bergerak menuju ke wad.
Sampai di wad, makcik Shamsiah sudah sedar. Riang wajah Malayka di samping ibu tercinta.
"Makcik! Macamana?". Soal Atika seraya memeluk erat. Walaupun sakit, makcik Shamsiah tetap tak lekang dengan senyuman.
"Makcik ok. Ayka ni risau sangat dengan makcik". Usik Makcik Shamsiah. Aku sudah terlentok manja di lengan mak. Memang lah! Anak mak kan.
"Memang. Ayka kan manja dengan makcik. Ni, makcik kena stay dalam seminggu tau. Doktor nak buat pemeriksaan lanjut nanti".
"Taknak! Mak kena balik. Esok Ayka nikah lah!". Bidas aku. Wajah mak aku tatap lama.
"Mak kan sakit ni. Takpelah, mak kirim doa je". Jawab mak perlahan. Sesekali dia terbatuk kecil.
"Taknak! Mak kena ada. Kalau tak, Ayka taknak kahwin!". Gertak aku. Aku kuis2 selimut mak.
"Ayka, takkan la mak kau nak keluar pulak. Confirm doktor tak bagi. Kita biar lah dia rest kat sini, kau nikah lepastu kita terus jenguk mak kau". Pujukan Atika tak memberi kesan pada aku.
"Aku taknak! Mak kena ada. Aku tak kira apa jadi pun. Kalau tak, aku taknak kahwin". Aku tetap membuat degil. Atika menggeleng kepala begitu juga mak.
"Kita bagi la mak awak rehat. Sekejap je pun nikah nya". Aqasha tiba2 bersuara. Aku terus memandang tajam kearah nya.
"Awak ni tak faham ke? Saya cakap bahasa melayu kot". Perli aku.
"Eh Ayka. Apa cakap macamtu. Tak elok, nak". Aku tak hiraukan teguran mak. Wajah Aqasha aku pandang tajam.
"Er, takpe makcik. Nanti saya uruskan supaya mak awak dapat keluar. Maaf". Hanya itu yang mampu diucapkan. Sedikit terasa dengan perlakuan Malayka.
"Make sure dapat. Kalau tak, siap lah!". Aku keluar lalu melanggar kuat bahu Aqasha. Bengang dengan semua orang!
"Er, maafkan Ayka ya. Dia degil sikit. Aqasha jangan terasa tau!". Mak cuba menjernihkan suasana. Aqasha hanya senyum kelat.
"Takpe makcik, biar saya pergi tengok Atika". Atika mengundur diri. Tinggal Aqasha dan mak berdua di dalam bilik.
"Kamu tak kisah ke?".
Aqasha pandang wajah mak. Ada senyum yang terlakar di bibir.
"Saya dah terima dia, maksudnya saya tak kisah. Saya ikhlas. Insya Allah, saya jaga dia sampai mati".
Mak tersenyum.
"Makcik percaya Aqasha mampu ubah anak makcik. Dia bukan macamtu. Dulu, dia anak yang baik. Dia trauma. Makcik kesian dengan dia tapi makcik pun tak mampu nak buat apa2. Harap nya Aqasha faham la situasi dia ya". Terang mak panjang.
"Insya Allah makcik. Saya akan jaga Malayka sama macam nyawa saya sendiri". Janji Aqasha pada mak.
Aqasha dah lama berjanji pada diri. Aqasha akan jaga Malayka. Sampai mati.
~~~~~~~~~~
Harini adalah hari paling bersejarah buat Aqasha. Dia bakal memulakan hidup baru bersama Malayka. Hari dia bakal menukar gelaran hidup.
Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Aqasha masih lagi duduk termenung di dalam bilik. Sejak semalam dia sudah bermalam di rumah makcik Habsah. Bilik ini juga telah dihias indah oleh makcik Habsah, sesuai dengan gaya bilik pengantin baru. Dia masih terfikir tentang Malayka.
Semalam dia sempat berjumpa doktor untuk meminta kebenaran membawa mak Malayka pulang sebentar. Tapi keputusan yang diperolehi hampa. Aqasha bingung. Hampir beberapa kali dia memohon izin. Jawapan doktor tetap sama. Lebih merisaukan lagi akan ugutan Malayka padanya. Dia sendiri tak pasti samada Malayka akan mengotakan kata2 nya atau tidak.
"Aqasha! Apa yang termenung lagi tu? Kenapa tak siap lagi?". Bebel Makcik Habsah melihat Aqasha yang masih memakai kain pelikat dan baju t-shirt lusuh.
Aqasha menggaru kepala yang tak gatal. Dia bingkas bangun dari kerusi segera mencapai tuala untuk mandi.
"Tengok tu, baru nak mandi? Awak tu nikah pukul 11. Ni baru terhegeh2. Cepat sikit mandi tu!". Jerit makcik Habsah. Aqasha yang sudah di dalam bilik air hanya tersenyum. Dia risau kalau2 Malayka tak datang.
Hampir sejam lamanya dia mandi, akhirnya Aqasha siap. Baju melayu yang sudah siap digantung, dipandang sepi. Hatinya berdebar. Perlu ke dia menelefon Malayka? Dia mengeluh. Entah kenapa hatinya merasa tak sedap. Henset dipandang kejap. Separuh hatinya menyuruh call, separuh lagi menyuruh jangan. Sudahnya, Aqasha hanya memandang kosong henset samsung nya.
Tuala yang masih terlilit di pinggang dibetulkan sedikit. Baju melayu diambil lalu disarung ke badan. Sesuai. Hasil tangan makcik Habsah yang bertungkus-lumus menjahit sendiri. Aqasha sangat bersyukur. Makcik Habsah sangat menjaga keperluannya.
Selesai menyarung sepersalinan baju melayu, Aqasha kembali mencapai henset. Dia mendail nombor Malayka. Hatinya berdebar. Dia datang ke?
Hello! Nak apa call ni?
Aqasha kaget. Suara dingin dari corong telefon.
Awak dah siap ke?
Kenapa tanya? Takut saya lari?
Aqasha diam. Mahu kata apa lagi? Memang dia takut kalau2 Malayka tak datang.
Erm, awak datang kan?
Diam. Malayka tak menjawab.
Malayka Nazneen?
Masih sepi.
Malayka? Awak datang kan?
Malayka masih diam. Lama. Sehinggalah Aqasha hampir mengalah.
Tunggu je! Datang.
Talian dimatikan. Aqasha bingung. Tak tahu nak gembira ataupun tak. Henset dicampak ke atas katil. Dia meraup wajah nya. Tuhan, bantu aku! Hanya itu yang mampu Aqasha doa. Dia mencapai sampin dan akhirnya mula bersiap2 untuk majlis akad nikah.
~~~~~~~
"Aku nikahkan dikau dengan anakku Malayka Nazneen binti Rashid dengan mas kahwin 70 ringgit, tunai!".
Aqasha terdiam. Tangannya menggigil.
"Kita cuba sekali lagi ye? Pengantin jangan nervous sangat!". Seloroh pak imam yang berada di sebelah ayah Malayka. Aqasha tersenyum pahit.
"Aku nikahkan dikau dengan anakku Malayka Nazneen binti Rashid dengan maskahwin 70 ringgit, tunai!".
"Aku terima nikah Malayka Nazneen dengan mas kahwin 70 ringgit tunai!".
Sah!
Akhirnya, telah halal hubungan dua insan. Telah terikat janji dan setia terhadap pasangan. Dengan bacaan taklik, maka telah sempurna lah majlis akad nikah antara Malayka dan Aqasha. Hati berbunga riang. Aqasha senyum tak sudah. Begitu juga makcik Habsah.
Tiba waktu untuk membatalkan air sembahyang. Aqasha berdiri menghadap Malayka yang cantik berbaju kurung pesak berwarna putih. Dihiasi dengan tudung yang berwarna biru laut. Aqasha memberi salam kepada pasangan halalnya. Mata terlalu leka memandang wajah Malayka yang jauh lebih cantik bertudung.
"Haa, boleh la sarungkan cincin tu. Apa tunggu lagi?". Usik makcik Zainab. Aqasha tersipu malu. Dia lantas duduk bersebelahan dengan Malayka. Rapat. Bahu bersentuh bahu. Jiwanya tak tenteram. Aqasha menarik nafas tenang. Jemari isteri dibawa ke genggaman. Seperti satu aliran eletrik mengalir. Aqasha terkedu.
"Bismillah..".
Dengan lafaz basmallah, Aqasha menyarungkan cincin ke jari manis Malayka. Dia bahagia. Tiada siapa yang akan mengambil Malayka dari tangannya. Dengan kudrat yang dia ada, akan dia jaga isteri nya hingga syurga.
Aqasha tersenyum. Tiba giliran aku pula untuk menyarungkan cincin. Muka aku cukup penat untuk senyum. Aku cuba menghasilkan lakonan yang terbaik. Aku sempat bersalaman dan mengucup tangan Aqasha. Orang kata, biar nampak solehah nya. Aqasha diam. Tangan kembali menggeletar. Petanda cinta meresap ke urat nadi.
Aku menyarungkan cincin dengan cepat. Malas nak berlama memegang tangan Aqasha. Aku rimas! Lagi aku mengelak bersentuh bahu, lagi itulah Aqasha akan mencari. Aku rimas!
Selesai menyarungkan cincin, Makcik Habsah meminta Aqasha mengucup dahi. Ah, sudah! Aku tak nak! Serta merta aku terbayang malam aku hampir diperkosa. Aku takut. Tangan aku menggeletar, cukup kuat untuk Aqasha perasan. Pucat muka ku. Aku pandang wajah Aqasha seakan mahu menangis. Berharap dia memahami maksud aku. Tapi, sangkaan ku ternyata meleset. Aqasha segera mengucup dahi ku dengan lembut. Aku memejam mata rapat. Bayangan malam itu tetap datang menyinggah membuatkan aku tertolak dada Aqasha kuat. Dia kaget, begitu juga aku.
"Maaf, Ayka nak ke bilik kejap". Ujar ku seraya berlari anak menuju ke bilik. Aku membiarkan semua yang hadir tertanya2. Atika sempat memberi isyarat kepada Aqasha supaya melihat keadaanku.
Aku terduduk di bilik. Aku genggam baju nikah aku kuat. Wajah aku sudah tak keruan. Peluh menitik di balik tudung yang aku pakai. Puas aku melupakan bayangan itu. Tapi, aku tak mampu.
Pintu bilik terbuka. Wajah Aqasha muncul.
"Ayka ok?". Soalnya lembut. Aku seakan mahu jerit sekuat hati.
"Pergi!". Hanya itu yang mampu aku luahkan. Aku bersandar di dinding pula. Memeluk kaki kuat. Mata aku pejam rapat.
Aqasha merapati aku.
"Awak ok tak? Muka awak pucat tu". Soal Aqasha lagi. Walaupun dia seakan tahu sebabnya, Aqasha taknak tuduh melulu.
"Aku cakap pergi, pergilah! Kau tak faham ke?!". Aku tengking suami yang baru aku nikahi tadi. Aku pandang wajahnya bengis.
Aqasha berubah wajah. Isteri yang baru dinikahi sudah berubah panggilan. Aqasha akur.
"Saya keluar dulu. Kalau nak apa2, panggil saya". Aqasha terus meninggalkan aku sendiri. Pintu aku kunci dari dalam. Taknak sesiapa ganggu.
Di luar, Aqasha hanya mampu memberi alasan bahawa aku tak sihat. Mujur semua mempercayai kata2 Aqasha. Majlis tetap berlangsung, tanpa aku. Aqasha ramah melayan tetamu yang hadir. Setiap yang datang bertanyakan tentang aku, pasti Aqasha ada jawapannya.
"Ayka kat bilik ke?". Soal Atika ketika Aqasha sedang meneguk air sirap.
"Ha'ah. Dia tak sihat. Biar jelah dia rest sekejap. Penat kot jaga mak kat hospital". Aqasha memberi alasan. Dia kembali meneguk air.
"Tak payah nak tipu la. Saya tau sebab nya. Awak sabar ye. Dia masih tak biasa tu". Pesan Atika. Simpati pula pada Aqasha saat ini. Mana tak nya, orang lain kahwin bahagia sepanjang majlis tunjuk muka. Ni tak, sorang ke hulu sorang ke hilir.
"It's okay. Saya boleh terima. Eh, awak dah makan ke belum? Mana Shazwan?". Aqasha mengubah topik. Matanya tercari2 kelibat kawan baiknya.
"Ada, dia pergi toilet kejap. Saya tunggu dia la ni. Lambat sangat! Berak batu agaknya". Seloroh Atika. Tergelak Aqasha dibuatnya.
"Amboi! Suka nampak. Borak apa?". Shazwan mencelah. Laju saja datang kalau awek nya borak dengan orang lain.
"Dah siap dah? Takdelah, kitorang borak kosong je".
"Yelah tu! Muka tak nampak macam borak kosong je?". Tebak Shazwan. Dia memandang wajah kesayangannya.
"Dah2, tak payah nak jealous sangat! Kau ni boleh tahan gedik jugak!". Usik Aqasha. Kelakar dengan perangai kawan baik nya.
"Dia ni memang macamni! Makin lama makin gedik pulak. Tak larat nak melayannya!". Atika turut mengusik teman lelaki nya. Hasilnya, makin merajuk lah si Shazwan tu!
"Tengok tu! Mana tak I cakap you ngada2. Dah2, jom pergi makan". Ajak Atika. Dia menarik lengan Shazwan lalu beriringan ke meja hidangan.
Aqasha tersengih. Bahagia melihat kawannya turut bahagia. Aku? Entahlah!
Jam di pergelangan tangan dipandang. Pukul 3 petang. Tetamu sudah lama pulang. Aqasha menggeliat sebentar sebelum melangkah ke bilik tidur. Dia hampir terlupa dengan Malayka yang sejak dari tadi berkurung. Pintu bilik di ketuk. Tak bersahut. Aqasha cuba lagi, kali ini lebih kuat. Masih tiada respon. Tidur ke?
"Aqasha, nanti ajak Ayka makan. Dari tadi kan dia tak makan? Nanti masuk angin pulak perut tu". Pesan Makcik Habsah sebelum ke dapur. Aqasha mengangguk.
Pintu kembali diketuk. Senyap. Sudahnya, Aqasha bergegas mencapai kunci pendua dari dalam laci. Pintu terbuka. Kelihatan aku yang terbaring kepenatan di lantai. Perlahan2 Aqasha merapati. Bimbang aku terkejut.
Dia menggerakkan bahu aku perlahan. Senyap. Perlahan2 Aqasha mencempung badanku naik ke atas katil. Tudung yang tersarung mula dibuka satu persatu. Rambut yang aku ikat, dilepaskan. Aqasha memandang wajah aku. Dia mengeluh.
"Takpe, saya boleh tunggu". Perlahan suara Aqasha rapat ke telinga aku. Aku masih lena.
Aqasha segera bersiap untuk solat. Wudhu diambil kemudian mula menunaikan fardhu zohor. Doa dipanjat akhir sekali. Lama dia berdoa. Panjang sekali hajat hati nya. Dia berharap perkahwinan ini diberkati Ilahi.
Sejadah dibiar terbentang. Aqasha merapati aku yang masih lena di katil. Dia melabuhkan punggung di sebelahku. Aqasha menepuk2 bahu lembut. Aku berdecit.
"Malayka, bangun solat zohor. Nanti awak terlepas". Ujar Aqasha lembut. Aku tetap diam membisu.
"Awak, bangun! Dah pukul 3.15 ni. Nanti awak terlepas solat pulak". Aqasha cuba lagi. Kali ini lebih kuat suaranya.
Aku bangun. Terpisat2 memandang sekeliling. Mata aku terus tertancap pada wajah Aqasha yang hampir dengan wajah aku. Segera aku tolak kuat tubuh nya lalu bangun dari katil.
"Aku ingat kan kau, jangan sesekali dekat dengan aku!". Marah aku. Rambut yang serabai, aku ikat dengan getah.
"Bahasa tu, takde yang lagi sedap ke? Kenapa sebelum ni 'awak' tiba2 bertukar pulak?". Soal Aqasha hairan. Dia cuba rapat dengan aku. Aku melangkah ke belakang.
"Suka hati lah! Kalau dah tak faham bahasa sangat, elok la panggil macamtu!". Ujarku sombong. Aku terus berlari menuju ke bilik air. Pintu aku hempas kuat. Aqasha semakin mengasah kesabaran.
Keluar sahaja dari bilik air, aku lihat Aqasha sedang bersandar di katil. Sempat aku menjeling tajam sebelum mencapai telekung dan menunaikan solat. Pada sujud yang terakhir, aku sempat memanjatkan doa buat kebahagiaan aku dan kesejahteraan mak.
Telekung aku lipat. Baju nikah yang masih tersarung di badan agak merimaskan. Aku berkira2 untuk membersihkan badan lalu aku terus mencapai tuala dan menuju ke bilik air. Hampir lima belas minit aku mandi, barulah aku teringat beg baju aku masih tertinggal di rumah. Aku tepuk dahi kuat. Macamana boleh lupa ni!
Segera aku balut badan dengan tuala dan terus keluar dari bilik air.
"Kenapa?". Soal Aqasha setelah melihat keadaanku. Nasib tak terjatuh rahang dek terkejut melihat aku yang hanya bertuala.
"Nothing!".
Aqasha terdiam. Dia meneruskan bermain henset. Aku buntu. Nak keluar, aku dah berkemban. Nak mintak tolong Aqasha? Aku takkan minta tolong dia! Walaupun sekali. Habis tu, macamana?
"Need help?". Aqasha bersuara lagi. Kali ini dia sudah bangun dari katil. Aku melangkah setapak ke belakang.
"Takde apa2 lah!". Jawabku keras. Dalam hati sudah mahu menangis. Mak, tolong la Ayka!
"Sure?".
Aku diam. Apa patut aku buat ni? Haish! Kenapa la kau boleh tinggal beg dalam kereta ni?!
"Malayka?". Aqasha memanggil nama aku. Ni yang aku lemah ni. Ah, lantaklah!
"Saya takde baju nak pakai". Jawabku akhirnya. Wajah aku tunduk ke lantai, malu.
"Takde means tak bawak atau takde?". Soal Aqasha lagi. Hairan.
"Tertinggal kat rumah. Boleh tolong ambil kan tak?".
Aqasha pandang wajahku lama. Kemudian, dia tersenyum.
"Good! Tak payah la ambik. Kalau tak kempunan la saya nak tengok awak macamni". Usik Aqasha. Dia sengaja baring dan buat2 tidur.
"What?! Apa awak cakap? Hei, saya nak awak ambil baju saya, sekarang!". Aku membentak. Aqasha memandang aku dari atas ke bawah. Aku takut. Kain selimut cepat2 aku tarik lalu menutupi badan.
"Cakap elok2 dulu".
Aku ketap bibir. Stress!
"Cepat! Kalau tak, biar je tak berbaju macamtu". Ujar Aqasha lagi.
Aku gigit jari. Aku takkan jatuh dengan lelaki di depan aku. Tapi, aku perlukan baju.
"Taknak ambik sudah!". Aku terus menuju ke almari baju Aqasha. Aku capai baju t-shirt hitam nya lalu aku sarungkan ke badan. Perfect! Sempat aku jelir lidah. Geram betul! Aqasha hanya tergelak besar. Aku duduk jauh dari Aqasha.
"Sorry, saya pergi ambil ye". Seraya keluar dari bilik. Tak sampai beberapa minit, muncul Aqasha dari luar. Dia menghulurkan beg roda berwarna hitam kepada aku. Aku capai lalu segera mencari seluar untuk dipakai. Akhirnya, siap! Muka aku sapukan bedak dan aku semburkan sedikit pewangi.
"Baju tu?". Soal Aqasha sambil memuncungkan bibir kearah baju yang aku pakai.
"Kenapa?". Soalku tak faham.
"Baju saya, taknak tukar?".
Baru aku perasan yang aku langsung tak tukar baju yang dipakai. Aku menahan malu.
"Er, malas nak tukar". Jawabku acuh tak acuh. Mana nak letak muka ni!
"Takpe, nice! Cantik kat badan awak. Tapi, kalau ya pun, pakai la extra baju lain. Er, baju ni jarang". Sempat dia berbisik pada aku seraya bergerak keluar. Aku yang masih berdiri, menepuk pipi berkali2. Ah! Biadap! Pervert!
~~~~~~~
"Sedap ke lauk tu, Ayka?". Soal makcik Habsah ketika kami sedang makan malam. Aku hanya mengangguk.
Lauk ikan patin masak tempoyak. Sebenarnya bukan kegemaran aku. Malah, aku tak pernah merasa ikan patin. Tapi, demi makcik Habsah aku telan juga. Takut tersinggung pula hatinya.
"Er, mama. Lusa Aqasha dah start kerja. So, esok Aqasha balik rumah sewa la". Ujarnya perlahan. Air diteguk laju.
"Cepat nya? Baru seminggu kamu kahwin, dah masuk kerja?". Makcik Habsah sedikit ralat. Baru nak meraikan kehadiran menantu.
"Tak boleh mama. Bos bagi seminggu je. Nak tak nak kena la masuk kerja balik".
Aku hanya menjadi pemerhati. Nasi aku kuis2 di dalam pinggan.
"Tengok tu Ayka. Tak menyempat la suami kamu ni nak kerja. Cuba nasihat sikit lepas ni. Jangan kuat sangat kerja".
Aku tersengih. Aku pandang sekilas wajah Aqasha di sebelahku.
"Takpela mama. Nanti Aqasha selalu bawak menantu mama ni datang sini". Janji Aqasha. Aku menjeling. Apa2 jelah!
"Iyelah. Mama tak kisah. Kamu tu jangan kerja kuat sangat. Kesian nanti isteri kamu. Bawak2 keluar jalan2. Kamu tu baru kahwin, kena lah kenal2 lagi biar lebih rapat". Tambah makcik Habsah. Aku yang sedari tadi mendengar, naik meluat pulak.
"Yelah mama. Nanti Aqasha bawak Malayka keluar jalan2. Kan, sayang?".
Aku terkedu. Sayang? Gila ke apa?
"Er.. a'ah. Betul tu. Mama jangan risau la". Aku cuba menjawab dengan tenang. Aqasha pula kuat menggenggam tangan aku sambil tersenyum memandang wajah aku. Aku cuba tepis, namun kekuatan tangannya melebihi kekuatan aku.
Sudahnya, aku biarkan sahaja dia menggenggam erat jemari aku sehinggalah habis menjamu selera.
"Awak ni dah kenapa?!". Aku tarik tangan aku kuat.
"Kenapa apa?". Soalnya kembali. Buat2 tak tahu.
"Jangan nak lebih2 sangat! Saya tak suka!". Aku memberi amaran. Aku jeling tajam.
"Habis, awak nak mama tau ke?".
"Tak bermakna awak boleh sesuka hati nak pegang tangan saya!". Aku separa jerit. Bengang hati ni.
"Jangan jerit! Mama dengar nanti, awak jugak yang susah. Dah, saya nak makan ni. Jangan kacau". Dia menyambung kembali suapannya. Aku yang sedang marah bertambah2 bengang. Pinggan aku angkat lalu aku bawa ke sinki. Setelah siap, aku menuju ke meja makan.
"Pinggan basuh sendiri! Takde masa saya nak tunggu!". Terus aku tinggalkan Aqasha sendiri. Geram!
Nasib lah badan! Sabar jelah Aqasha oi!
~~~~~~~~
Share this novel