Bab Satu

Romance Completed 17994

Langit pagi ini cerah. Aku melangkah senang menuju ke pasaraya berhampiran rumah. Kebetulan harini cuti hujung minggu jadi aku ingin memenuhkan masa dengan membeli barang dapur. Maklum sahaja, tinggal seorang diri di rumah sewa tambahan pula bekerja sebagai guru kaunseling di sebuah sekolah menengah membuatkan hidup aku sedikit sibuk.

Aku anak tunggal dalam keluarga. Malayka Nazneen. Itulah namaku. Aku dibesarkan serba sederhana. Ayah aku seorang jurujual manakala mak aku suri rumah sepenuh masa. Aku membuat keputusan untuk tinggal jauh dari keluarga atas sebab2 tertentu. Masalah keluarga yang membelenggu hidup aku membuatkan aku tekad untuk hidup sendiri.

Dulu kami hidup bahagia. Keluarga kami sama macam keluarga orang lain kat luar sana tu. Makan sama2, gelak sama2. Tapi, sejak ayah aku kemalangan lapan tahun lepas menyebabkan kaki kirinya patah, hidup kami mula berubah. Ayah mula menjadi panas baran. Itu tak kena, ini tak kena. Ayah mula salahkan aku dan mak. Katanya, kami membawa sial pada dia. Hutang ayah bertambah. Selalunya, aku dan mak lah yang menjadi mangsa ayah. Kalau dah mengamuk, apa sahaja yang di depan mata pasti akan dijadikan alat melepaskan kemarahan. Mak pula semakin hari semakin tertekan.

Makan minum semua dah tak terjaga. Rumah tak payah cakap la, berselerak macam lembu berkubang. Bukan aku tak pernah kemas, tapi setiap kali aku kemas setiap kali tu jugak bersepah. Setiap hari aku menangis. Sedih melihat apa yang dah jadi kat keluarga aku. Orang kata, apa guna kerja jadi kaunselor tapi mak ayah sendiri tak boleh nak ubah. Cuba la kau orang kat tempat aku, mesti kau orang akan rasa yang sama.

Aku mula mengajar tiga tahun selepas ayah kemalangan. Nak cari duit nak bantu bayar ubat2 ayah. Tapi sekarang aku dah berhenti belikan ubat2 tu semua. Ayah halang keras aku bekalkan dia ubat. Katanya dia nak mati dah. Buat apa makan ubat lagi. Hih!

Hidup aku mula berubah sejak aku tinggal sendiri. Aku mula berdikari. Maklum ajelah, bila anak tunggal ni semua serba lengkap. Aku ada kawan baik sejak kecil. Nama dia Atika. Segala masalah aku ceritakan pada dia. Hanya dia yang faham keadaan aku dan keluarga. Pernah aku lari duduk rumah Atika masa mak dan ayah aku bergaduh besar. Memang sedih kehidupan aku. Aku dah tak kenal apa itu kasih sayang. Bagi aku, hubungan keluarga bukan berdasarkan kasih sayang dan bukan berdasarkan tanggungjawab dan cinta. Hanya berdasarkan sebuah nama sahaja. Cinta itu menipu sebab cinta takkan mampu bawa apa2 bahagia. Sama macam mak dan ayah aku.

"Malayka, cuti ke? Soal makcik Habsah, wanita berumur lingkungan 50an itu. Dia merupakan jiran aku selang dua rumah. Orangnya peramah dan baik hati. Selalu menolong aku dalam kesusahan. Rajin jugak masakkan untuk aku. Aku dah menganggap dia seperti mak aku sendiri.

"Haah, cuti. Makcik sorang je ke? Anak tak ikut?". Soal Malayka lembut. Dia mengambil roti gardenier dan diletakkan di dalam troli.

"Taklah. Makcik sorang. Dia ada kursus kat Terengganu. Ni, shopping ke? Banyak barang ni?". Sambil menunjuk kearah troli aku. Senyuman diberi penuh ikhlas.

"Cuti kan. Belanja lah sikit. Buat stok. Ni, makcik dah sudah ke? Kita jalan balik sekali lah. Tapi, makcik tunggu sekejap, Ayka nak sudahkan beli ni sikit".

Makcik Habsah mengangguk laju. Senang dia berada dekat dengan Malayka. Sopan sahaja tingkah laku nya.

"Nak masak apa ni? Banyak nya kamu beli. Ada udang siap ni ha".

"Ala, kita nak try resepi baru ni. Tengok kat internet. Saja2 la nak tunjuk kepakaran. Ha, apa kata makcik join Ayka malam ni? Tapi, tak tahulah sedap ke tak. Ayka tak pandai masak macam makcik". Aku seloroh. Memang tangan aku bukan lah pakar dalam bab masak ni, tapi sekadar cuba2 tu mungkin menjadi la kot.

"Eh, mestilah sedap! Alah, makcik pun main campak2 aje. Kalau sedap, baguslah. Kalau tak sedap, telan ajelah!". Serentak kami ketawa. Ada2 sahaja makcik Habsah ni. Aku memang senang berborak dengan dia. Ada sahaja yang nak digelakkan.

Makcik Habsah ada lima orang anak perempuan. Kesemuanya pandai memasak. Mungkin menurun air tangan emaknya kot. Aku sendiri cemburu dengan kepakaran anak2 nya. Mungkin aku tak menurun air tangan mak agaknya? Entahlah.

"Resepi apa kamu nak masak ni?". Makcik Habsah menebak.

"Haa, kalau nak tau, kenalah datang makan malam nanti!". Aku tergelak kecil.

Haih! Tiba2 teringat mak. Macam mana agaknya keadaan mak kat rumah. Baik kah? Teruk kah?

"Oi! Ngelamun apa tu? Ingat pakwe la tu!". Usik Makcik Habsah. Dicuit bahu aku lembut. Aku hanya sekadar tersenyum kelat.

"Er, mana ada lah! Ada2 aje lah makcik ni. Erm, jom lah bayar". Aku terus meluru ke kaunter bayaran. Dompet dikeluarkan dari poket baju. Kad keahlian dikeluarkan lalu aku hulur ke arah gadis kenit dihadapanku. Barang2 Makcik Habsah juga aku keluarkan sekali.

"Yang ni plastik asing, bayar sama". Ujarku menunjukkan barang yang baru aku letakkan. Makcik Habsah sudah mencuit lengan aku tanda tak setuju. Aku hanya tersenyum sahaja. Sekali sekala belanja orang tua tak salahkan.

"Rm220.80 kak". Ujar gadis itu. Aku segera mengeluarkan wang secukupnya. Barang2 aku ambil lalu kami bergerak keluar dari pasaraya.

"Panas betul harini, kan?". Makcik Habsah bersuara. Aku turut mengiyakan kata2 makcik Habsah. Sudah seminggu tiada hujan. Memang panas terik sekarang ni. Tengok sahaja lah makcik Habsah, habis berpeluh muka nya.

"Kamu ni, makcik tengok asyik kerja aje. Tak nak ke cuti rehat2 kan diri tu?". Dari suaranya aku tahu dia mengambil berat tentang aku.

"Takpe makcik. Saya masih kuat lagi. Nanti kalau dah sakit, barulah kita rehat puas2". Selorohku. Jawapan yang terbaik buat masa ini. Bukan aku taknak cuti. Aku sendiri penat bekerja. Tapi, hanya ini satu2 nya cara aku untuk melupakan masalah keluarga yang melanda diri.

"Ada pulak macamtu. Masa muda ni lah kena beringat. Asyik kerja sampai tak ingat nak rehat. Nanti dah sakit, susah tau!". Pesan Makcik Habsah. Geleng kepala dengan perangai aku.

Aku hanya mengangkat bahu. Diam.

Sesudah itu, mulut kami bagaikan terkunci. Aku hanya diam melayan perasaan. Selangkah, dua langkah terasa amat jauh ditambah dengan barang yang berat.

"Ok, dah sampai".

Makcik Habsah tersenyum.

"Terima kasih la. Ada jugak teman makcik harini".

"Alah makcik ni. Biasa ajelah. Nanti jangan lupa datang tau! Ajak la sekali kalau ada anak makcik ke". Aku mengingatkan. Makcik Habsah mengangguk perlahan.

"Ok, makcik balik dulu ye".

Dan kami pun masuk ke rumah. Pintu pagar aku buka perlahan. Pagi2 macamni kawasan taman memang sunyi. Selalunya, waktu petang barulah riuh dengan suara budak2 bermain di taman permainan. Tambahan pula rumah aku betul2 berhadapan dengan taman permainan.

Barang aku letak diatas meja makan. Aku campak dompet keatas sofa. Kipas aku kuatkan. Haish, kan best kau ada aircond! Takpe, sikit hari lagi aku pasti akan beli benda tu.

Televisyen aku buka. Dari satu siaran ke siaran yang lain. Bosan. Takde rancangan yang best pagi2 ni. Aku berhenti ke rancangan Nasi lemak kopi O. Mendengar celoteh serta tajuk yang diutarakan membuatkan aku bertambah bosan. Macamnilah hidup aku sehari2 kalau cuti. Bangun, pergi kedai, tengok tv, makan lepastu tidur. Sungguh membosankan. Pernah jugak aku ajak Atika datang lepak rumah aku. Tapi, kerjaya dia sebagai seorang pensyarah membataskan masa untuk kami berdua.

Aku melelapkan mata kejap. Serta merta otak aku menerewang kepada mak dan ayah. Apa khabar mereka? Tak ingat kah mereka pada aku? Lupakah mereka pada anak nya ini? Aku mengeluh keras. Berkali2 aku ingatkan bahawa hidup aku tak sama dengan orang lain.

Aku meraup muka kasar. Jari jemari aku terhenti di hujung dahi. Parut yang masih belum hilang. Parut luka akibat dibaling pinggan kaca oleh ayah. Takde siapa yang tolong aku waktu itu. Hanya disebabkan lambat buatkan makanan, aku dibaling dengan pinggan. Ayah aku hanya diam bila dahi aku berdarah teruk. Mak pula seperti tak mengenali aku. Aku sendirian merawat luka di dahi.

Aku kebal. Mungkin sebab dah selalu kena dengan ayah. Terlalu banyak. Aku pasrah.

Tut! Tut!

Henset samsung aku berdering. Aku segera mencapai di atas meja televisyen. Atika. Tanpa berlengah, aku segera menjawab riang.

Hello beb! Kau buat apa tu? Tak rindu aku ke?

Hai Ayka! Aku kat kedai makan ni. Tiba2 teringat kau! Kau sihat ke?

Aku sihat la. Kau tu yang sihat ke tak? Macam chipsmore, kejap ada kejap takde.

Ala beb! Marah ke tu? Sorry la. Aku busy lately ni. Eh, jom pergi shopping. Lama tak date dengan kau.

Shopping? Boleh jugak. Bila?

Harini la beb. Aku pick up kau eh? Kejap lagi aku muncul.

Er, lama ke? Sebab aku ada masak nak makan2 dengan jiran aku. Eh, kau la join aku harini. Esok baru kita shopping, amacam?

Erm, boleh jugak! Nasib bab makan. Aku terima. Jap lagi aku sampai, ok?

Yelah bucuk! Ok, aku nak lelap kejap, bye!

Talian dimatikan. Aku meletakkan kembali henset diatas meja. Televisyen aku tutup lantas bangun menuju ke bilik. Jam di dinding menunjukkan 11 pagi.

Ah! Awal lagi ni. Mengenangkan mata yang masih ada sisa ngantuk, aku terus merebahkan badan keatas tilam empuk. Mujurlah aku tak kahwin lagi. Kalau tidak, mau kena bebel dengan mak mentua! Ops!

Walaupun aku tidak mempunyai gaji yang tinggi, namun kehidupan aku di rumah sewa ini serba lengkap. Bilik aku cukup simple. Hanya ada katil bersaiz queen, meja solek, almari pakaian dan juga beberapa bingkai gambar yang diletakkan di dinding. Bilik yang berwarna biru gelap aku padankan dengan perabot berwarna putih. Simple tapi kemas! Mujur aku seorang yang pembersih dan simple. Tak perlu hiasan2 bagai. Serabut!

Mata semakin berat. Dinding yang berwarna gelap membuatkan mata ku bertambah layu dan akhirnya aku tertidur.

***

"Assalamualaikum! Ayka!".

Laung Atika dari pintu pagar. Sudah setengah jam lamanya dia menunggu di pintu pagar. Pintu berkunci. Telefon tak berjawab.

"Haish! Mana lah budak ni! Panas dah ni". Bebel Atika sendiri. Berkali2 dia mengelap peluh yang menitik di dahi. Rambut yang panjang segera diikat tinggi. Mujur dia hanya memakai blouse labuh beserta seluar palazo.

"Adik ni cari Malayka ke?". Jerit Makcik Habsah dari pintu rumahnya. Atika mengangguk laju.

"Dia keluar ke makcik? Saya kawan dia".

"Oh! Dia ada tu. Takde pulak keluar mana2. Kereta pun ada. Kamu dah try telefon dia?". Makcik Habsah bertanya. Hairan juga. Mesti tidur mati la tu!

"Dah makcik. Berpuluh2 kali dah. Tak berangkat pun". Bebel Atika. Memang dia pantang kalau sudah telefon berkali2 tapi tak berangkat. Elok campak je henset macamtu bagi harimau makan.

"Makcik cuba panggil ikut pintu belakang. Mana tau dia dengar. Kamu tunggu la dulu ye". Ujar Makcik Habsah lalu meninggalkan Atika sendiri.

Lima minit berlalu, muncul juga kelibat yang dinanti. Kelihatan Malayka terkocoh2 keluar dengan rambut yang mengurai.

"Sorry beb! Aku tak dengar. Henset aku pulak perlahan je. Sorry banyak2! Lama ke kau tunggu?". Tangan aku lincah membuka mangga kunci. Dari muka Atika aku tahu dia tengah marah.

"Lama la! Kau ingat aku ni patung ke? Panas tau tak! Eei, nasib la aku ni sabar je walau tengah panas terik ni". Atika memuncungkan bibir. Handbag diambil lalu segera melangkah masuk. Serta merta terus memeluk aku yang sedang menutup pintu.

"Rindu kau sangat2!". Jerit nya. Tersengih aku sebentar. Tak la marah mana pun minah ni.

"Apesal kau cengkung je ni? Tak makan ke? Ni ha, kurus je pinggang ni?". Soalnya sambil memegang pinggang kurus ku. Aku hanya menjongket bahu. Memang aku perasaan aku sedikit cengkung.

"Ala kau ni! Bebel la. Bukan nya kurus sangat kan? Dah la, jom masuk!". Pelawa aku. Atika aku biarkan terkocoh2 membuka kasut tumit tinggi nya.

"Wah! Makin cantik rumah kau. Last aku pergi kosong lagi kan? Ni deco2 ni, nak tunjuk skill seorang wanita ke?". Usik Atika.

"Dah aku bukan wanita ke kalau tak deco2? Mengarut je kau ni. Eh, kau nak minum tak?".

Atika menggeleng.

"Nanti kalau aku nak, aku ambil sendiri". Memang kebiasaannya begitu. Atika akan buat seperti rumah sendiri. Aku pun tak kisah.

"Meh la sini, cerita la kat aku new story". Atika mengajak sambil menepuk2 sofa disebelahnya.

Aku menurut. Aku melabuhkan punggung di sebelahnya. Bau perfume menusuk ke hidung.

"Cerita apa? Takde cerita la". Nafi aku. Aku memintal2 hujung baju Atika. Manja!

"Eleh! Gedik la kau! Macam aku tak tahu, kau kalau dah start gesel2 kat aku ni, ada la tu". Tebak Atika. Aku hanya mampu senyun kelat. Lama aku biarkan sepi. Sesekali aku menghela nafas berat. Sekejap aku pandang Atika, sekejap aku tunduk.

"Aku teringat mak aku. Kau ada jumpa dia?". Soalan pertama aku. Segera aku menundukkan kepala, malu. Atika tersenyum manis.

"Ada. Kelmarin. Aku kirim lauk. Aku tengok mak kau makin kurus. Aku pun tak tahu la dia makan ke tak yang aku bagi tu". Terang Atika jelas. Aku sekadar mengangguk memahami cerita Atika.

"Ayah?".

Wajah Atika aku tatap. Ada perubahan pada riak wajahnya.

"Ayah kau ada jugak semalam. Dia sakit. Dia kena strok. Terlantar jela kat katil. Mak kau ada tanya pasal kau. Er, kau taknak balik ke jenguk diorang?". Soalan Atika membuatkan air mata aku tak mampu bertahan. Setitis demi setitis jatuh menitik di pipi. Aku kesat dengan hujung lengan baju.

"Entah". Sepatah jawabku.

Aku sendiri tak tahu. Aku trauma kisah lalu. Aku takut berhadapan dengan ayah aku. Aku masih belum lupa. Parut di dahi aku pegang lama.

"Kau tak boleh macam ni. Tu kan mak ayah kau. Lagipun Ayka, diorang tu syurga kau. Kau masih lagi anak dia. Aku kesian tengok mak kau tu. Murung je. Sepatah aku tanya, sepatah dia jawab. Muka makin cengkung. Ayah kau pun sama. Barang dapur aku tengok kosong. Entah apa la yang diorang makan". Ujarnya. Aku mengetap bibir. Sakit bila mendengarnya.

"Aku takut".

Atika mengeluh.

"Kenapa? Kau masih tak boleh lupa pasal apa yang ayah kau buat ke?". Tebak Atika. Dia memang maklum tentang apa yang terjadi antara aku dan ayah.

"Ayah aku kejam!". Aku separa jerit. Air mata aku kesat kuat.

Apa lah nasib aku ni!

"Jangan macamni beb. Kau kena maafkan ayah kau". Pujuknya. Aku menggeleng kepala keras.

"Ayah apa kalau dia sendiri cuba jual anak dia? Ayah apa kalau dia sendiri tak cuba selamatkan anak dia dari jadi mangsa rogol?". Soalku keras. Aku menyandarkan badanku di sofa. Kenangan lepas yang memang aku cuba lupakan. Kenangan pahit dalam diri aku.

"Erm, dah2 aku taknak kau ingat lagi benda tu. Kau kan dah janji nak mulakan hidup baru. Aku sorry ya". Atika memujuk. Aku hanya mampu tersenyum kelat. Air mata seakan tak mahu berhenti.

"Janji dah jangan suruh aku balik sana. Kalau aku nak tengok diorang pun, mungkin dari jauh jela". Aku sekadar menjawab. Atika hanya mengangguk lemah. Entah bagaimana lah perjalanan hidup aku. Aku sendiri tak tahu.

"Eh, kau kata nak masak kan? Menu apa?". Atika mengubah topik. Sengaja menceriakan suasana kembali.

"Kau tolong aku ye? Aku nak masak untuk makcik Habsah. Sekali sekala nak belanja orang dengan air tangan aku". Jawab aku separuh bangga. Atika menjeling.

"Eleh! Aku ni taknak pulak kau belanja air tangan kau? Ni mesti special makcik tu. Baik kau cakap dengan aku, siapa dia?". Atika bertanya seolah2 polis pencen. Tergelak besar dibuatnya.

"Kau jangan merepek lah! Selalu apa aku masak untuk kau! Gedik eh? Dia tu selalu tolong aku. Jadi, aku nak la belanja air tangan aku yang tak seberapa ni". Jawabku senang. Rambut yang berjurai di dahi aku selak ke belakang.

"Hurm, yelah tu. Aku nak tengoklah apa istimewa nya makcik tu. Macam ada sesuatu ni". Atika sengaja menyakat aku. Malas nak melayan, aku terus menuju ke dapur. Ada2 je minah ni.

"Wei, cepat lah! Tolong aku kopek kulit udang ni". Jerit aku dari dapur.

Atika segera berlari anak. Kalau dah ada dia, cukup dah hari aku. Macam ada sepuluh orang gamaknya. Maklum ajelah, ada je yang nak di borakkan. Mulut dia nenek kebayan. Bab makan pun boleh tahan. Ala2 majlis perbandaran pun ada!

"Eh, kau tak beli buah ke? Dari semalam aku teringin anggur hijau. Uii, sedap wei!". Ujar Atika seraya menuju ke peti sejuk.

"Ada lah! Tapi dah tinggal sikit la aku makan. Untuk kau cukup la tu. Habiskan aje".

Nak buat macamana kan, kalau dah sama2 suka buah anggur hijau.

"Ni yang sayang kau ni!". Sebijik demi sebijik Atika menghadap sehingga habis buah anggur itu. Sambil itu mulutnya bising bercerita tentang anak2 pelajarnya. Paling kelakar bila ada yang mengorat pensyarah sendiri. Memang aku tak nafikan Atika lawa orangnya. Tinggi lampai, kurus, kulit putih merah2 memang sejuk mata memandang.

"Eh, kau tu aku rasa elok jugak kahwin dengan anak murid sendiri. Sampai bila nak bujang? Kau tu bukan muda lagi. Dah 28 pun!". Aku sengaja menyakat. Bawang merah aku kopek kulit lalu aku potong dadu.

"Apa la kau ni. Mana ada pensyarah kahwin dengan anak murid sendiri". Atika cuba mengelak. Padahal muka dah merah menahan malu. Gedik!

"Yelah Tika oii! Nyampah aku kau ni. Ni ha, cepat la kopek kulit udang ni. Aku nak solat jap. Kau solat tak?". Soalku sambil membasuh tangan di sinki.

Atika menggeleng.

"Abc la". Sengih Atika. Sempat aku menjelirkan lidah.

Sampai di bilik, aku mula mengambil wudhu lalu melaksanakan solat fardhu. Setiap satu rakaat penuh khusyuk dan tertib. Sampai di sujud yang terakhir, aku meluahkan segalanya pada Allah. Aku mengadu atas segala masalah yang melanda diriku. Air mata menitis lagi. Cengeng betul aku ni!

Aku juga memanjatkan doa pada Rabbul Izzati. Moga2 hidupku bertambah ketenangan. Aku juga mohon agar diberi kekuatan mental dan fizikal.

Usai solat, telekung kesayangan aku lipat kemas. Sempat aku menyikat rambut di meja solek. Lama aku membelek wajah di cermin. Wajah aku saling tak tumpah wajah ayah. Kening, hidung mancung dan bibir. Aku menghela nafas panjang. Kalau saja ayah tak berkelakuan seperti itu, sudah pasti aku akan pulang menjenguknya.

Aku benci yang namanya lelaki. Lelaki sepatutnya menjadi pelindung wanita. Tapi, ayah bukan lelaki itu. Aku mengharapkan dia menjadi teduhan buat aku dan mak. Aku terkilan! Sangat terkilan! Di saat dia dibelenggu hutang keliling pinggang, aku menjadi sasaran amarahnya. Kawan ayah juga kejam! Sepatutnya dia tahu kesempitan hidup kami. Tapi yang berlaku sebaliknya. Ayah meminjam wang dari pakcik Rahman beribu, aku mangsa untuk dia melunaskan hutangnya. Sesenang itukah membayar hutang? Ayah apa seperti itu?

"Hoit cik kak! Termenung apa tu?". Sergah Atika di balik pintu bilik. Aku yang terkejut segera bangun lalu tersenyum kelat.

"Sorry2. Aku tak sedar pulak. Er, jom la!". Lantas tangannya aku tarik laju. Pintu bilik aku tutup rapat.

"Kau ni suka sangat la termenung. Hei, orang ada pakwe je yang suka termenung macamni tau!". Sakat Atika. Dia mencuit lengan aku lembut.

"Apa2 jela Tika. Kau bukan tak tau aku bukan ada pakwe ke apa". Bidas aku lembut.

Atika menggeleng. Sejujurnya dia seakan tahu apa yang difikirkan aku. Cuma, sekadar menjaga hati aku jadi dia diamkan saja.

"Aku dengar kawan kita Amera tu nak kahwin dah. Cuba kau teka dengan siapa".

Aku mengerutkan dahi. Mula dah minah ni buat kuiz dengan aku.

"Siapa? Malas nak teka lah! Bagitau jela". Asak aku. Malas nak meneka petang2 macamni. Otak tengah tepu.

"Ish kau ni! Bosan ah! Dia nak kahwin dengan Zamani, ketua kelas kita masa form 5 dulu. Ingat tak?". Atika menyoal. Aku pula yang terpinga2. Puas jugak memikirkan siapa Zamani tu? Maklum la, lama tinggal sekolah.

Atika bengang.

"Aduh kau ni! Slow la. Zamani yang kurus tu lah. Selalu jadi kaki ampu cikgu! Ingat tak dia pernah belanja kita kaki ayam tu!". Atika menunggu penuh semangat. Aku je yang macam sotong sumbat. Tak dapat ingat la makcik oi!

"Entah, tak ingat!". Jawabku ringkas. Tumpuan kembali kepada bawang merah. Atika sudah menjerit geram. Mana tak nya, dia punya semangat, alih2 aku balas cincai. Haha

"Dah la kau ni, mulut membebel je. Ni udang ni, aku jugak yang kopek. Dah la, tepi sikit". Aku menolak bahu Atika dari sinki. Geram betul dengan anak dara sorang ni.

"Marah ke? Kedut muka tu baru tau!". Usik nya lagi. Aku menjelirkan lidah. Tak kisah la kedut pun. Bukan muka kau!

"Aku nak masak ni bukan nak tolong. Menyampah la kau ni. Pergi la tengok tv tu". Sengaja aku buat2 merajuk. Udang aku kopek bersih lalu aku basuh bersih.

Atika gelak kuat.

"Ok bos! Aku pergi tengok tv la ye. Nanti dah siap, panggil tau!". Atika terus berlari anak menuju ruang tamu. Sabar jela dengan minah sorang ni.

Aku memandang jam sekilas. 3.45 petang. Barang2 rencah sudah aku siapkan, tinggal masak sahaja. Periuk nasi aku ambil lalu aku sukat beras. 4 pot cukup agaknya. Aku, Atika dan makcik Habsah.

Dua jam lamanya bertarung memasak sambil ditemani encik google, akhirnya aku berjaya menyiapkan menu petang. Sambal tempe goreng, udang masak kari hijau, telur dadar, buah tembikai dan air pudina. Aku senyum sendiri melihat hidangan diatas meja. Perut pun mula berkeroncong. Jam menunjukan pukul 6. Aku segera solat asar sebelum membersihkan diri. Mungkin Makcik Habsah datang lepas magrib, jadi sempat lah aku untuk berehat sekejap.

Atika sudah lama lena diruang tamu. Penat agaknya dengan kelas. Aku tersenyum melihat Atika yang kepenatan. Berdengkur pulak tu! Ish!

"Tika.. Tika! Bangun la. Dah pukul 6 ni. Pergi la mandi ke, apa ke".

Terpisat2 Atika bangun. Habis berkedut baju nya.

"Kau dah habis masak ke? Sorry aku tak tolong". Jawabnya separa mamai.

Cet! Ayat tak boleh blah!

"Takpela tuan puteri. Dah siap pun. Dah la, pergi mandi! Segarkan badan tu". Aku menarik tangannya menyuruh bangun. Kalau dibiar, mau nya dia sambung tidur balik.

Aku ke bilik untuk menyudahkan solat dan mandi. Badan dah melekit dah. Mata pun seakan ngantuk tapi aku tahan. Tak sabar nak menunggu malam nanti. Nak merasa hidangan baru.

~~~~~~~~~~~~~~

"Ayka, sedap nya bau! Kau masak semua ni? Mesti sedap ni". Puji Atika. Matanya tak lepas memandang hidangan diatas meja. Buah tembikai aku keluarkan dari peti sejuk. Sempat lagi Atika mencapai tembikai yang aku potong masuk selamat ke mulutnya.

"Teruk betul anak dara ni. Malu je kalau mak mentua tengok!". Ujarku. Pinggan aku capai dari dalam almari. Begitu juga gelas dan sudu. Semua lengkap. Aku sendiri tak sabar nak menjamah hidangan ini.

"Mana pulak makcik Habsah ni?". Rungut Atika. Dari tadi dia membebel lapar. Aku mampu gelak ajelah.

"Assalamualaikum!". Suara Makcik Habsah dari luar pintu pagar. Aku segera berlari anak mencapai kunci pagar.

"Waalaikumussalam! Masuklah. Lambat nya makcik datang". Aku bersopan. Pagar aku buka cepat. Tangan makcik Habsah aku salam lembut.

"Maaflah. Makcik lambat sikit. Ni ha, anak angkat makcik datang tadi. Makcik bawak dia sekali, takpe kan? Kesian pulak takde siapa2 kat rumah tu". Ujar Makcik Habsah. Aku memandang sekilas susuk tubuh lelaki di belakang makcik Habsah. Kaget.

"Kamu ok ke? Kalau tak, makcik suruh dia balik aje". Dia bertanya lagi. Aku menarik nafas panjang.

"Er, takpe, masuklah". Akhirnya aku bersuara. Badan aku seakan menggigil. Lelaki itu senyum padaku. Aku hanya menjeling.

"Ni Aqasha. Dia ni anak angkat makcik. Kira anak susuan la. Dari kecik makcik jaga dia. Tadi datang baru balik dari kursus, tu yang makcik ajak sekali". Ujar Makcik Habsah ramah. Aku hanya mendengar sekilas. Atika yang duduk disebelahku tersenyum memandang.

"Makcik selalu ke jenguk kawan saya ni?". Atika mula beramah setelah melihat aku seakan tak mampu bernafas.

"Selalu la jugak. Rumah pun selang satu je. Bagus Malayka ni. Makcik suka dia. Peramah kan. Dia pun banyak tolong makcik kadang2 tu". Makcik Habsah membuka cerita. Aku hanya jadi pendengar begitu jugak lelaki itu.

"Malayka ok ke ni? Kenapa makcik tengok pucat aje?". Soalnya prihatin. Aku tersenyum kelat.

"Er, dia ok makcik. Penat kot bersilat kat dapur sorang2". Sampuk Atika bagi pihak aku.

Aku mengetap bibir kuat.

"Er, Ayka ok je. Jom, semua dah lapar kan? Nanti sejuk tak sedap pulak".

"Haa yelah. Jom la kita ye". Serentak kami berempat bangun menuju ke meja makan. Sempat Atika mencuit bahu aku.

"Kau ok kan? Aku tengok kau pucat". Atika separa berbisik. Tangannya aku genggam lalu mengangguk tanda ok. Aku takut lelaki, Atika!

"Rilex ok? Aku ada. Anggap dia tu perempuan". Seloroh Atika. Aku menjegilkan mata aku. Mana mungkin terang2 lelaki nak aku anggap perempuan. Mustahil la Tika oi!

Aku menarik nafas dalam2. Peluh di dahi aku lap cepat2.

"Jemputlah makan. Ni aje yang dapat buat. Kalau tak sedap tu, diam2 ajelah". Ujarku. Nasi aku tuang ke dalam pinggan Makcik Habsah dan Aqasha. Begitu juga air pudina yang aku dah sejukkan sejak petang tadi.

"Ish, mesti sedap ni. Tengok pun dah kecur air liur dah". Aqasha bersuara membuatkan pergerakan aku terhenti. Aku menggigil.

"Tulah! Biar makcik rasa sesuap". Sahut makcik Habsah. Aku memandang Atika. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan.

Sepanjang menjamu selera, Atika yang banyak berbual dengan Makcik Habsah. Aku hanya menjadi pendengar setia. Kekok bila ada lelaki. Trauma sebenarnya.

"Hujung minggu ni makcik ingat nak buat majlis kesyukuran dengan tahlil. Tapi itulah, ingat nak masak hantar surau je".

"Ok la tu makcik. Lagi senang. Lagipun, bagi orang surau makan kan senang kan". Atika bersuara. Nasi disuap laju kedalam mulut. Aqasha yang sejak tadi habis makan hanya diam.

"Memang tinggal rumah Makcik Habsah ke?". Soal Atika kepada Aqasha yang hanya menjadi pemerhati. Boleh tahan gak mamat ni!

"Tak jugak. Cuma selalu singgah sini. Duduk kat Shah Alam. Sewa sendiri. Mak ayah dah lama meninggal". Terangnya lancar. Atika mengangguk faham.

"Oh, jadi nya memang rapat la dengan keluarga makcik Habsah, ya? Kerja mana?".

"Saya kerja dekat Shah Alam jugak. Kerja biasa2 je". Jawab Aqasha malu2. Segan pula bila ditanya tentang kerja.

"Ala, biasa2 pun kerja jugak, ye tak?".

Seraya mereka bertiga gelak. Aku? Dalam dunia aku.

"Malayka ok ke? Dari tadi diam aje. Tak sihat ke?". Makcik Habsah bertanya untuk kesekian kali. Aku hanya mengangguk lesu.

Aqasha diam. Hairan mungkin melihat aku yang hanya diam. Ah! Lantaklah. Janji aku tak kacau hidup dia.

"Er, jom la balik. Dah lambat ni. Kesian pulak tuan rumah nak rehat". Cadang Aqasha setelah melihat aku seakan bosan.

"Er, yelah. Kesian kamu dah penat2 masak. Terima kasih makcik ucapkan susah2 ajak makan. Nanti, ada masa terluang makcik pulak masakkan ye?". Pelawa makcik Habsah senang. Atika menyambut gembira pelawaan makcik Habsah. Aku pun turut tersenyum.

Aku hantar mereka ke pintu pagar. Setelah bersalaman, aku segera masuk kedalam rumah lantas menghenyak tubuh keatas sofa. Mata kupejam rapat.

"Kau ok ke? Aku tak sedap hati betul tengok kau tadi?". Soal Atika setelah pintu ditutup rapat. Dia turut duduk disebelahku.

"Entahlah. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Aku cukup takut bila berhadapan dengan lelaki. Aku takut kalau diorang nak apa2 kan aku". Luahku pilu.

Atika menghela nafas berat.

"Ada pulak kau fikir macamtu. Tu kan anak makcik Habsah. Takkan la dia nak apa2 kan kau. Kenal pun tak. Aku tengok dia baik je". Bidas Atika. Dia bermain2 dengan anak rambutnya.

"Baik? Kau boleh jamin ke? Tu ayah aku tu, nampak baik jugak. Kenapa dia buat aku macamni? Pakcik Rahman tu! Mula2 baik, lepastu apa dia buat?!". Aku mula bengang dengan Atika. Kenapa dia masih tak faham jugak aku ni?!

"Dah la tu Ayka. Orang ni semua baik aje. Cuma pakcik Rahman tu je yang dah tersasar. Aku kan dah kata dengan kau, maafkan aje. Tak rugi kalau kita maafkan orang lain. Ayah kau tu pun baik orangnya. Mungkin ada sebab kenapa dia buat macamtu!". Marah Atika. Entah kenapa malam ni Atika seakan tak bersetuju dengan aku. Aku sedih!

"Kau kena move on la beb! Benda dah lepas. Aku tau yang kau masih tak boleh lupa tapi kenapa tak kau mulakan aje hidup baru. Bukak buku baru dalam life kau. Buang cerita lama. Aku percaya kau akan lebih tenang. Kau kawan aku dan aku sayang kau gila2. Aku taknak tengok hidup kau terus2 macamni".

Aku mendengus kasar. Pandangan aku alih kearah tv. Aku buntu.

"Kau lembut hati, tapi kenapa sekarang kau makin ego, makin keras? Aku taknak kau berubah. Kau tak sayang ke keluarga kau? Maaf. Aku terpaksa cakap ni semua sebab aku nak kau yang dulu. Selama ni, aku diamkan aje. Aku taknak kau menyesal dikemudian hari".

Atika merapati aku. Mataku pejam rapat. Ya, hati aku memang keras! Keras akibat perbuatan ayah dan Pakcik Rahman. Aku takkan berubah semudah itu.

"Kau fikir balik apa yang aku cakap ni. Fikir elok2. Aku nak kau jumpa keluarga kau balik. Jangan buat keputusan terburu2, Ayka. Kalau kau benci lelaki sekalipun, jangan benci ayah kau. Dia yang besarkan kau. Aku tak mampu nak hilangkan perasaan trauma kau tapi aku yakin kau mampu ubah sikit2". Ujarnya lagi.

Di satu sudut, aku mula menangis. Air mata laju berjuraian.

"Aku balik dulu. Assalamualaikum!".

Atika lantas pergi. Pintu rumah ditutup perlahan. Hanya tinggal aku bersama air mata.

~~~~~~~~~~~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience