Petang itu, aku sengaja masak makanan lebih untuk aku berikan kepada mama. Lama aku tak menyapa orang tua itu. Sejak aku berpindah balik duduk di rumah ini, belum pernah ada masa untuk berjumpa. Nak2 pula, anak2nya selalu membawa mama duduk dengan mereka.
Aku cedokkan kuah lemak pucuk ubi kedalam bekas tupperware penuh hati2. Nasi panas aku letakkan juga di bekas yang lain. Ikan kembung goreng aku letakkan bersama nasi. Setelah siap, aku mengangkat beg kertas lalu aku jinjit bersama. Pintu pagar aku buka. Dari jauh kelihatan rumah mama yang sudah tersedia buka.
Salam diberikan. Setelah mendengar sahutan mama, aku segera masuk.
"Ya Allah! Lama nya tak jumpa kamu ni. Mama rindu sangat!". Peluk mama sekuat hati. Dicium pipiku berkali2. Hampir sahaja aku menitiskan air mata. Sebak dilayan sebegitu.
"Mama sihat? Ni Ayka bawakkan lauk". Aku hulur beg kertas berisi lauk. Mama sambut lalu diletakkan diatas meja. Tangannya tak lepas menggenggam erat jemariku.
"Bukan mama yang kamu patut tanya. Kamu tu sihat tak? Kenapa cengkung je mama tengok?". Diusap pipiku perlahan2. Aku tersenyum kelat.
"Diet la!". Bohongku. Aku mengetap bibir.
"Jangan tipu mama. Kamu masih teringat Aqasha, kan?". Soalan mama membuatkan aku terdiam kaku.
"Mama risau kamu. Lama kamu tak kirim berita. Tanya Atika, dia lagi tak tahu. Mama ni takut apa2 jadi. Mama nak cari, tak tahu kat mana. Sudahnya, mama tunggu aje lah. Mujur mama dapat jumpa kamu ni". Luahnya seraya terbatuk2 kecil.
"Mama tak sihat ke?". Soalku risau.
"Biasalah, dah tua ni. Macam2 la penyakit nya. Tak payah risau la. Mama tau jaga diri". Bidas mama pula. Aku mengeluh berat.
"Kamu dah jenguk kubur Aqasha?". Soal mama lembut. Aku angguk perlahan.
"Baguslah. Selalu2 doakan buat arwah. Jangan dikenang lagi benda lepas. Ayka kena mulakan hidup baru. Lupakan Aqasha. Cari pengganti untuk hidup Ayka akan datang". Saranan mama membuatkan aku terkedu.
"Macamana mama boleh suruh Ayka lupakan abang sedangkan Ayka tak pernah berhenti lupakan dia". Ujarku sayu. Aku ketap gigi.
"Nak, redha tu kunci ketenangan. Mama tak salahkan Ayka kalau nak jumpa dia selalu kat kubur. Tapi, jangan terlalu asyik sampai tak menerima takdir Allah. Tuhan pinjamkan sekejap dia untuk kamu. Sekarang, dia tarik balik. Kamu patut mulakan hidup baru". Nasihat mama yang terasa kejam dicuping telinga.
"Ayka tak kuat, ma. Ayka rasa macam nak je putarkan balik masa ni, biar Ayka dapat bersama dengan dia lagi". Esakku kedengaran. Lama rasanya aku tak sedih seperti ini.
"Nak, tak salah pun kalau kamu mulakan hidup baru. Bukan bererti kamu lupakan dia. Dia tetap dalam hati kamu. Cuma, kehidupan perlu diteruskan".
Aku diam. Air mata aku seka. Aku belum boleh melupakan Aqasha. Tidak pernah aku memikirkan untuk mencari pengganti. Takkan sesekali.
"Mama suka perubahan kamu. Atika ada juga cerita semalam. Mama bersyukur kamu dah berubah. Cantik mama tengok kamu sekarang. Manis bertudung". Puji mama. Aku pula tergelak. Geli hati rasanya mendengar mama memuji sebegitu.
"Alhamdulillah. Berkat doa mak, mama dan arwah jugak. Ayka berubah kepada yang lebih baik". Ujarku ikhlas. Aku senyum manis memandang mama.
"Ceritalah dengan mama macamana belajar kat sana? Atika cerita kamu happy sangat".
Aku tergelak.
"Best sangat, ma! Mula2 tu, Ayka malu sangat. Mana tak nya, budak2 umur 8 tahun pun pandai mengaji. Ayka je yang tak tahu. Tapi, terpaksa tebal muka jugak nak belajar. Tapi, diorang takde pun nak pandang serong ke apa. Bagus semuanya. Ustazah pun terima baik kehadiran Ayka". Ceritaku riang. Ingatanku terus terbayang suasana pondok. Bila lah aku dapat peluang itu lagi?
"Alhamdulillah. Bagusnya. Gembira mama dengar! Nanti mama pun nak ke sana lah! Belajar agama. Agak2, diorang terima mama tak?". Soalnya separa berbisik.
"Erm, terima kot. Tapi, kena sign borang dulu kot. Mama kan lagi lanjut usia dari Ayka". Jawabku juga separa berbisik. Meledak ketawa kami berdua.
"Pandai jelah kamu ni! Eh, borak je kita ni. Meh, makan tengahari sama. Mama pun ada masak tadi. Tapi, masak simple je lah. Makan sini ye?". Pelawa mama.
"Er, takpelah, ma. Lain kali je. Ayka nak kena jumpa mak ni. InsyaAllah, ada masa lain, kita makan sama2 ye?". Tolakku lembut bimbang tersinggung.
"Yelah! Kirim salam mak kamu. Mama pun lama tak jumpa dia".
Aku mengangguk. Setelah bersalaman, aku pun bergerak balik ke rumah. Pintu aku buka. Belum sempat kakiku melangkah masuk, kereta Arif tepat berhenti dihadapan rumah.
"Assalamualaikum. Nazneen!". Sapa Arif setelah keluar dari perut kereta. Aku senyum.
"Ada apa ustaz datang ni?". Soalku canggung. Aku pandang sekeliling, bimbang ada mata yang memerhati.
"Saya nak jumpa Nazneen. Boleh kita bercakap sekejap? Kita keluar minum, saya belanja?".
Aku segera menolak. "Maaf ustaz, saya ada hal lain. Lain kali aje lah".
"Jangan la macamni. Saya nak jumpa sekejap je. Boleh kan?". Pujuk Arif lagi. Aku mengeluh. Kalau dibiarkan, mahu dia teroacak sampai malam ni.
"Yelah! Tunggu sekejap, saya siap". Aku memberi kata putus. Arif kelihatan tersenyum.
Aku masuk kedalam bilik. Baju blouse lengan panjang berwarna ungu aku capai lalu aku sarungkan ke badan. Kain kembang hitam menjadi pilihan aku. Selendang labuh aku lilitkan juga menyarung stoking. Setelah memakai bedak sedikit, aku capai henset yang terletak diatas katil lalu keluar.
Pintu rumah aku kunci siap. Aku masuk kedalam kereta. Bau perfume Arif semerbak mewangi di dalam kereta. Tapi, kali ini bukan perfume yang biasa dia gunakan. Lain. Tak sama dengan bau Aqasha. Puas aku menghidu.
Hidung aku ni dah tak function ke? Detik hatiku. Autonatik tanganku meraba2 batang hidung.
"Kenapa tu? Berkerut2 muka dari tadi?". Suara Arif membuat aku tersedar seketika kehadirannya.
"Er, tak. Takde apa2". Gagap pulak!
Arif tergelak kecil. Aku memandang luar tingkap. Malu sebentar.
"Kat kedai depan tu, boleh?". Soalnya tiba2. Aku memandang sebuah kedai yang tak berapa ramai pelanggan di hadapan selekoh itu.
"Boleh". Sepatah jawapanku.
Arif memakir kereta lalu kami beriringan keluar dan menuju ke kedai makan tersebut. Arif memilih sudut kedai bagi membolehkan kami berbual tanpa ada gangguan.
"Order dulu lah. Nazneen nak makan?". Soalnya sambil memandang menu dihadapannya. Aku tolak lembut. Kalau order makan, lagi lambat nak balik.
"Air je. Saya nak green tea". Ujarku ringkas pada pelayan lelaki itu. Sementara menunggu Arif membuat pesanan, aku sempat melilau memandang sekeliling kedai.
"Nazneen sihat?". Soalnya setelah membuat pesanan.
"Alhamdulillah". Sepatah jawabku. Aku kembali memandang sekeliling kedai.
"Taknak balik pondok?".
"Er, tak kot. Saya nak balik duduk sini jaga mak saya. Kesian pulak kalau saya tinggalkan lama2". Aku memberi alasan yang munasabah. Arif mengangguk.
Keadaan kembali diam. Masing2 seakan tak tahu nak berbual apa. Lama kami sebegitu sehingga air yang kami order sampai.
"Boleh saya tanya sikit?".
Aku mengangguk. "Tanya lah!".
"Arwah suami awak meninggal sebab apa?". Soalan Arif membuatkan aku terhenti seketika. Aku ketap bibir. Kenapa perlu ditanya soalan sebegini.
"Maaf kalau menyinggung perasaan awak. Tapi, saya sekadar nak bertanya".
"Saya rasa tak perlu jawab kot". Jawabku perlahan. Aku kacau air lama. Hanya memandang kedalam air dihadapanku.
"Saya just tertanya2. Er, takpelah! By the way, kenapa awak sampai nak menjauhkan diri dari saya?".
Tiba2 aku merasakan seperti guruh berdentum di langit. Soalan Arif membuatkan aku tersentak. Laju otakku mengingati setiap patah perkataan yang aku tulis di dalam diari.
Aku tak boleh nak lihat wajah dia. Aku tak mampu lalu pun sebelah dia. Dia sama seperti dia. Aku buntu.
Arif menyebut sepotong ayat yang aku tulis didalam diari. Aku mengetap bibir. Merah mukaku saat ini. Ingin sahaja aku berlari meninggalkan Arif sendiri.
"Saya sama macam dia?". Soalnya lagi. Kali ini, aku tunduk menggenggam erat jari jemari.
"Boleh tak kalau tak cakap benda ni?". Ujarku satu persatu. Aku cuba mengawal perasaan.
"Saya perlu tahu. Kalau saya cuba nak berkawan dengan awak, tapi awak jauhkan diri sebab ni, saya perlu tahu". Ujarnya serius. Aku tergelak kecil.
"Nampak macam ustaz dah faham dan tau. Tak perlu saya jelaskan". Jawabku ringkas. Aku sedut air perlahan. Sejuk terasa di kerongkong.
"Nazneen, jangan macamni. Awak tak boleh selamanya dihimpit bayangan arwah suami awak".
"Siapa ustaz nak tentukan apa yang saya buat? Itu suami saya. Saya berhak nak ingat dia! Sekalipun saya terseksa, saya terima". Aku cuba mempertahankan diri. Arif terdiam.
"Awak mendera diri sendiri".
"Saya yang nak macamni!". Potongku. Air mata, tolong jangan mengalir.
"Nazneen, saya cuma.."
"Takpe! Selama ini pun saya hidup berendam air mata. Jadi, saya terima".
"Awak perlu hidup baru. Awak layak mendapat kehidupan baru. Tak semestinya awak move on, bermaksud awak lupa pada arwah".
Aku tergelak kecil.
"Saya hormat pandangan ustaz. Tapi, saya selesa macamni. Memang betul, saya tak boleh jumpa ustaz. Ustaz mengingatkan saya pada arwah. Makan, pakai, cara jalan. Senang cerita, semua nya!".
"Saya tukar perfume saya harini".
Aku diam. Patutlah lain. Maknanya, hidung aku tak tipu.
"Kenapa perlu tukar? Saya tak suruh".
"Habis, awak nak saya pakai kemudian benda tu mengingatkan awak pada suami awak? Saya bukan tukar sebab kesian tapi saya tukar atas dasar toleransi". Ujarnya.
"Saya hairan lah! Kenapa ustaz nak concern sangat pasal saya ni? Apa yang jadi kat saya semua ustaz nak ambil berat?". Berkerut dahiku memandang Arif. Aku mengeluh.
"Sebab saya mula sayang awak". Sebaris ayat yang membuatkan segala pergerakan aku terhenti. Dunia seakan menghempap aku. Aku bungkam.
Aku membisu. Arif pandang wajah aku lama. Jantungku berdegup kencang. Tak mungkin aku salah dengar. Tak mungkin! Ya Allah, bukan ini yang aku dengar!
"Saya percaya perasaan saya datang dengan ikhlas. Bukan sebab kesian atau apa sahaja alasan. Kalau saya tahu sekalipun pasal masa silam awak, saya tetap dengan perasaan saya. Sekalipun saya tak tahu, bukan sebab kesian ataupun nak tunjuk baik. Saya sayang sejak saya tak tau apa2". Luah Arif jujur.
Aku diam lagi. Ayat2 Arif bagaikan air yang mengalir. Otakku bengap seketika.
"Sejak saya tau, saya rasa terkejut. Mungkin ini yang namanya takdir. Tapi saya cuba untuk jadi diri saya. Makin lama, saya rasa awak semakin pedih dekat dengan saya. Jadi, saya ambil keputusan untuk berubah. Bukan sebab kesian! Saya ulang ye, bukan sebab kesian. Sebab saya taknak tengok orang yang saya sayang terseksa sendiri".
Aku diam lagi. Puas aku ketap bibir menghilangkan rasa terkejut. Semua bagaikan mimpi. Apakah yang Tuhan ingin beri pada aku? Apa sebenarnya?
"Sungguhpun awak tak dapat terima saya sekarang, takpe, saya tak marah. Mungkin bayangan suami awak masih utuh dalam ingatan awak".
Aku menarik nafas berat.
"Cinta saya hanya untuk suami saya". Ujarku setelah lama mendiamkan diri.
"Saya faham. Saya berharap ada tempat saya nanti". Seraya tersenyum manis.
Aku sudah canggung. Terasa janggal berdepan dengan Arif saat ini.
"Boleh kita balik? Saya nak balik". Pintaku perlahan. Arif mengangguk.
Setelah membuat pembayaran, kami menuju ke kereta. Suasana diantara kami sangat sunyi. Aku tak mampu nak memandang wajah dia. Arif juga diam.
Ya Allah, kenapa kau hadirkan lelaki ini dalan hidup aku? Kenapa mesti dia yang muncul dalam hidup aku? Dugaan apa yang ingin kau bagi pada aku? Bantu aku, Ya Rabb!
Sampai sahaja di depan rumah, aku cepat2 keluar dari kereta. Sempat aku mengucapkan terima kasih atas minuman yang dibelanja.
"Boleh saya jumpa awak lain kali?". Tanya Arif sopan.
"Tak bosan ke? Ustaz tak kerja ke?". Soal aku kembali. Aku pandang wajah Arif yang tersengih.
"Kerja. Jadi, Nazneen nak suruh saya teruskan kerja dan jangan jumpa Nazneen ke?".
Aku diam. Menjawab pulak dia ni!
"Ikut ustaz la. Kalau rasa kerja tu lagi penting, teruskan kerja. Tapi, kalau rasa dah senang sangat tak berduit semua, buatlah suka hati". Ucapku seraya masuk kedalam rumah. Aku kunci pagar. Lambaian Arif aku abaikan. Jangan berubah wahai hati.
Sejurus kereta Arif pergi, Atika muncul pula. Haih, letih aku dibuatnya. Ramai pulak makhluk harini.
"Beb! Pergi mana?". Soal Atika sebaik turun dari kereta. Aku pandang pelik.
"Aih, kau tak nampak apa aku kat rumah ni?". Jawabku acuh tak acuh. Aku silangkan tangan ke dada.
"Amboi! Garangnya awek sorang ni. Tadi tu kereta Arif kan? Kau keluar dengan dia ke?".
Dah start dah busybody minah sorang ni!
"Ha kenapa? Sebok lah kau! Ni datang rumah aku apesal?". Rungutku. Aku pandang Atika yang hanya menyarungkan tshirt lusuh dan seluar tracksuit.
"Bosan lah! Syazwan tak balik lagi. Ada meeting lagi. Eh, kau taknak bagi aku masuk ke?". Soal Atika terkebil melihat aku hanya berdiri tegak.
"Taknak!". Ujarku lalu masuk terus ke dalam rumah.
Apa nak hairan. Atika ada kunci pendua. Nasib la kau kalau tak bawak!
"Bertuah punya budak!". Bebel Atika lalu membuka kunci pagar. Dia terus mengekori langkah ku ke dapur.
"Lama dah aku tak lepak sini. Rindu kot. Eh, cerita lah kau pergi mana!". Atika cuba mengorek rahsia aku. Aku tuang jus oren ke dalam gelas lalu ku hulurkan pada dia.
"Takde apa2 lah! Tak pergi mana pun". Jawabku malas. Aku duduk menopang dagu.
"Ei! Tak percaya lah! Mesti la dia bawak kau pergi mana2".
Aku menjuih bibir. Ada2 je nak korek hal orang.
"Dia tak bawak pergi mana2 pun. Kitorang pergi minum je. Lepastu, balik".
Atika mencebik. Ada cerita taknak kongsi, takpe2!
"Sombong lah kau ni! Mentang2 hensem, sorok2 pulak!". Usik Atika langsung aku menumbuk kuat bahu nya.
"Lain kali mulut tu insuran sikit! Jangan nak buat cerita. Aku dengan dia takde apa2. Kitorang keluar minum, that's it. Just borak2". Ceritaku perbetulkan keadaan.
"Taulah keluar minum, tapi borak apa? Dia ada cakap apa2 ke?".
Aku pandang pelik. Mesti ada benda yang Atika dah tau awal lagi dari aku.
"Kau patut cerita kat aku. Haritu kau suruh aku masuk tu, kau cakap apa berdua dengan dia? Lama benar!". Ujiku pula. Atika gelabah.
"Er, takde apa2. Hurm, borak biasa". Selindungnya. Aku senyum sinis. Air kuteguk perlahan.
"Beb, dia suka kau!".
Tersedak aku dibuatnya. Boleh jantung aku macamni.
"Beb, sorry! Kau ok tak ni?". Tanya Atika risau sambil menepuk2 belakangku. Aku terbatuk. Sakit dada ku seketika.
"Kau kalau nak bagi aku jalan dulu, elok la buat selalu macamni". Perli aku setelah reda. Aku capai tisu lalu aku lap mulut ku.
"Sorry. Aku tak sengaja. Tak tau pulak kau shocked sampai macamtu sekali!". Ujarnya tanpa bersalah.
Aku terdiam. Bermakna Atika memang sudah tahu pasal ni. Barangkali mereka borakkan perkara ini la agaknya tempoh hari. Jantungku berdegup kencang.
"Beb, kau dengar kan aku cakap tadi?". Soalnya lagi. Aku pura2 tak dengar.
Atika pandang lama wajah aku. Setelah merasakan aku tak memberi sebarang jawapan, dia capai tanganku lalu menggenggam erat.
"Beb, aku suka ada orang sayang kau. Aku nak tengok kebahagiaan kau. Bagi aku, selagi kau bahagia, aku pun akan bahagia. Aku nampak dia jujur dengan kau. Sama macamana dulu aku percaya Aqasha mampu jadi suami yang terbaik untuk kau. Kau kawan aku dari kecil lagi. Takkan aku tergamak tengok kawan aku terseksa sepanjang masa. Kau macamni, aku sedih tau! Lupakan masa lalu ye? Kau bina hidup baru. Tak bermakna kau akan lupa Aqasha terus. Dia akan ada sentiasa kat sini". Ujar Atika seraya meletakkan tanganku ke dada.
Air mata tumpah. Betapa mudah air mata aku mengalir.
"Aku terlalu rindu dia. Terlalu cinta dia. Aku tak mampu nak cari pengganti Aqasha. Bagi aku dia segalanya untuk aku. Jiwa aku untuk Aqasha sorang".
Atika mengangguk faham.
"Betul! Aku tak nafikan. Dia memang cinta kau sampai bila2. Tapi, kau tak mampu untuk hidup sorang2 macamni. Move on, beb. Aku sentiasa ada menyokong kau. Percayalah aku. He's the best man. Kau patut terima dia". Nasihat Atika lagi.
"Kalau aku terima dia, cinta aku dah takde untuk aku bagi pada dia".
"Beb, tak semestinya cinta yang kau perlu bagi. Kau masih ada sayang dan kasih. Tu yang perlu. Sayang selagi mana kau mampu. Bagi aku, perhubungan tak semestinya perlukan satu nama. Perhubungan tu ada banyak nama. Aku percaya selagi kau jaga perhubungan dengan Allah, maka Allah will return the same".
Aku diam. Perlukah aku mulakan hidup baru? Perlukah aku mencari kebagiaan aku yang selama ini hilang?
"Takpe, take your time. Aku takkan paksa. And aku percaya dia jugak takkan paksa kau. Think over it. You still have Allah. Ask Him". Akhiri Atika sebelum memeluk aku erat. Lama aku menangis di bahu nya. Tenang seketika.
"So, bila nak masak? Aku lapar!". Gurau Atika bagi meredakan suasana sedih. Serentak kami ketawa. Aku lap air mata yang bersisa.
"Aku memang nak masak sedap harini. Nak bagi mak aku sikit. Menu nya ketam cili api!". Teriakku disambut dengan tepukan oleh Atika. Riuh rumah aku dengan gelak ketawa Atika. Hilang kesedihan.
Aku mula mengupas bawang. Atika membantu aku mencuci beras. Mujur ketam sudah aku basuh malam tadi, jafi tak perlu banyak kerja. Dari satu kerja ke satu kerja. Kami leka berborak juga. Sempat cuit mencuit antara satu sama lain. Jam menunjukkan pukul 2.45 petang. Lepas asar boleh lah aku ke rumah mak. Rindu pula. Terasa nak memeluk mak erat2.
Tut! Tut!
Henset berbunyi. Aku segera basuh tangan yang kotor lalu berlari anak ke ruang tamu.
Hello! Assalamualaikum. Siapa ni?
Waalaikumussalam Ayka. Ni Makcik Faridah. Ayka, mak kamu dah meninggal.
Henset terlepas dari pegangan. Aku terjelopok duduk di lantai. Allahu! Dugaan apa ini? Sungguh berat ujianMu.
"Beb, kenapa ni?". Soal Atika cemas melihat aku yang sudah terdiam kaku. Henset yang terjatuh dicapai.
Hello!? Siapa ni?
Hello! Ha, Ayka? Kamu dengar tak?
Er, Makcik Faridah ye? Ni Atika. Ada apa makcik?
Atika, mak Ayka dah meninggal. Makcik jumpa dia dah terbaring kat lantai bilik air. Kamu balik cepat ye.
Atika terlopong. Dia pandang aku yang masih membisu. Segera talian dimatikan lalu memeluk aku erat.
"Ya Allah Ayka! Sabar tau. Allah lebih sayang mak kau. Sabar banyak2". Ujarnya. Aku sudah tak berdaya. Aku cuba mencerna ayat yang baru diucapkan. Mak? Kenapa tinggalkan Ayka?
~~~~~~~~~~~~~~
Kaki ku melangkah longlai menuju ke dalam rumah mak. Harini hujan turun lebat membasahi bumi. Seolah2 turut nerasakan kesedihan yang aku alami. Rata2 jiran kami sudah membanjiri halaman rumah. Ada yang duduk diluar dan juga yang sedang membacakan yassin di dalam. Suasana murung. Atika yang setia disebelahku tak putus2 memberikan kata semangat.
Tiba dipintu rumah, aku pandang satu persatu wajah tetamu yang hadir. Semua memberikan pandangan simpati. Aku pandang sekujur tubuh mak yang kaku. Perlahan2 aku mendekatinya. Aku duduk di sebelah jasad mak. Tangan yang yang sejuk aku pegang.
"Allah!". Bicaraku sendu. Menggigil tanganku saat ini.
Tuhan, berikan aku kekuatan.
"Beb, sabar. InsyaAllah, mak kau bersama orang yang beriman". Ujar Atika sayu.
Aku hanya memerhati raut wajah mak. Baru sahaja aku ingin makan bersama mak harini. Tapi, Allah lebih dahulu ambil mak. Aku capai yassin ditepi mak. Aku selak helaian pertama. Aku mulai membaca bacaan yassin perlahan.
Setelah habis ayat terakhir, aku mulai kembali membaca semula. Berulang kali sehinggalah aku tersedar panggilan Atika.
"Beb, kita mandikan mak kau. Lagi cepat lagi elok". Ujar Atika. Aku menutup kembali yassin. Wajah mak sempat aku pandang.
"Jom! Lagi elok anak perempuannya mandikan. Barang2 dah siap dah Cik Ju bawak". Ujar salah seorang jiranku yang menguruskan hal mandi jenazah. Aku menurut.
Beberapa orang jiran ku menolong mengangkat mak ke tempat mandi yang disediakan. Mak diletakkan di dalam tong mandi jenazah. Aku diam kaku di sebelah Cik Ju.
"Boleh la kita mulakan ya. Ayka, kamu kesini". Arah Cik Ju. Aku mendekatinya. Cik Ju yang sedang memegang hos air mengarahkan aku untuk membersihkan badan mak dan membilas bersih. Aku ikut arahan Cik Ju. Dari kepala hingga lah ke kaki. Aku sabunkan setiap inci tubuh mak. Perlahan dan lembut. Pesan Cik Ju, jangan buat dengan kasar, kesian mayat sakit nanti.
Rambut mak aku basuh setiap helaian. Aku cuci wajah mak. Wajah inilah yang sentiasa menemaniku saat aku kesedihan. Wajah yang tak pernah jemu menasihati aku saat aku jauh tersasar. Aku bilas pula tangan mak. Ya Allah, betapa besar jasa mak pada aku. Tangan yang tak pernah jemu menyuap makanan pada aku ketika kecil. Tangan inilah yang mencuci berak kencingku. Kini, aku pula yang membasuh mak. Itupun setelah mak tiada.
Aku bilas pula kaki mak. Kaki ini lah yang sentiasa membawa aku kemana sahaja untuk menggembirakan aku. Kini, tiada lagi. Tinggallah aku sendiri. Kenapa begitu cepat mak tinggalkan aku? Tak sempat untuk aku membalas semua jasa mak terhadapku.
"Okay, dah siap. Boleh lah kita bawak naik untuk kafankan". Ujar Cik Ju. Aku diam lagi.
Tubuh mak dibawa masuk. Kain kafan sudah tersedia dilantai. Mak diletakkan diatasnya. Aku mengekori langkah Cik Ju. Semerbak bau kapur barus memenuhi rongga hidungku. Aku duduk bersimpuh ditepi.
Teringat akan pesanan Ustazah Islah. Wanita dikafankan dengan tujuh helai kain kafan adalah untuk menunjukkan betapa besar aurat seorang wanita berbanding lelaki yang hanya mengenakan tiga kain kafan. Aku perhati satu persatu Cik Ju menutup badan mak. Helaian demi helaian hinggalah kain yang terakhir.
"Kalau ada yang nak tengok wajah arwah untuk kali terakhir, bolehlah".
Aku diam. Atika mendekati aku. Dia genggam erat tanganku. Aku pandang pakcik Borhan, adik mak sedang mengucup dahi mak. Atika mengikuti.
"Ayka, kau taknak cium mak kau ke?". Soal Atika setelah melihat aku tak bergerak dari tempat duduk. Cik Ju juga turut memanggil aku. Aku masih diam. Air mata mulai membasahi pipi. Perlahan2 aku mendekati mak. Aku pegang erat wajahnya, mengambil peluang untuk menatap buat kali terakhir.
"Ampunkan Ayka, mak. Kenapa pergi tinggalkan Ayka sorang2? Ayka takde kawan. Mak tunggu Ayka tau. Ayka nak ikut mak jugak". Teresak2 aku meluahkan perasaan. Hadirin yang hadir turut mengalirkan air mata. Arif juga. Entah macamana dan bila dia sampai aku pun tak tahu. Aku tak mampu membendung tangisanku lagi. Semakin lama semakin kuat esakanku. Aku terjerit seperti hilang akal lagaknya. Aku dipeluk Atika kuat.
"Sabar Ayka! Kau kena kuat! Jangan macamni". Aku cuba meleraikan pelukan tapi tak mampu. Aku menangis semahunya. Biarlah orang pandang, aku dah tak kisah.
"Ayka, jangan macamni. Menyeksa mayat je. Kamu kena kuat. Sudah2! Lap air mata tu. Cium mak buat kali terakhir". Arah Cik Ju yang turut terkesan dek tangisanku. Sedu sedan saat ini. Air mata aku lap laju. Tapi, sepertinya tak mahu berhenti mengalir. Aku tarik nafas panjang. Cuba beristighfar di dalam hati.
"Mak, Ayka sayang mak. Assalamualaikum!". Aku cium mak lama. Lama sehingga tak mahu berhenti. Air mata aku lap, tak mahu mengena diwajah mak yang sudah cantik.
"Ayka, dah la tu. Sabar ye". Ujar Cik Ju. Aku angkat kepala. Aku lap air mata. Habis bengkak mataku. Cik Ju meneruskan untuk menutup muka mak. Aku teriak menangis. Atika pegang lenganku kuat. Allah! Berat ujianMu. Semakin lama air mataku deras mengalir. Aku tersandar lesu di pelukan Atika. Allah! Kuatkan aku.
Mayat mak disolatkan. Aku lihat Arif imam nya. Aku tak mampu nak mencerna apa2 lagi. Pandangan ku kelam. Aku pengsan.
~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku tersedar ketika malam sudah larut. Perlahan2 aku cuba membuka mata. Telingaku menancap suara Atika dan Arif. Aku bangun dari katil lalu bersandar di kepala katil. Aku urut kepala yang berdenyut. Sakit sangat. Mataku pejam rapat cuba mengurangi denyutan di kepala. Suara Atika masih kedengaran. Aku cuba mengingati apa yang telah terjadi sebelum aku pengsan.
Mak! Mana mak!
Perlahan2 aku bangun lalu mencapai tudung yang tersangkut di belakang pintu. Aku sarungkan kemas ke kepala. Langkah aku atur menuju ke ruang tamu. Fikiranku hanya teringat mak.
Atika menoleh melihat aku yang terburu2 ingin keluar. Arif bangun serentak cuba menghalang.
"Beb! Kau kenapa ni? Kau kena rest!". Ujarnya. Selemah2 badanku saat ini, aku cuba melepaskan pegangan Atika di kedua2 lenganku.
"Mak aku! Aku nak jumpa mak aku. Mana mak?". Soalku kalut. Mata melilau memandang sekeliling rumah. Bayang mak tiada dipandanganku.
"Nazneen, sabar ye. Jangan macamni". Tegur Arif. Dia juga kelihatan serba salah.
"Mak mana?". Soalku. Kali ini sangat perlahan.
"Mak kau dah ditanam tadi. Kau pengsan. Tu yang kami uruskan je. Maafkan aku. Aku yang buat keputusan". Atika memohon maaf. Dia genggam jemariku erat.
Mak! Mak tak tunggu Ayka pun!
"Atika". Panggilku sayu.
"Ye Ayka. Kenapa?". Tanya Atika risau.
"Kenapa semua yang aku sayang tinggalkan aku? Ayah, mak, Aqasha". Ujarku sendu. Air mata kembali mengalir.
"Diorang tak sayang aku ke? Diorang benci aku ke sebab tu diorang tinggalkan aku?". Luah aku sedih. Atika menangis di sisiku.
"Ya Allah! Jangan cakap macamtu. Diorang sayang kau. Tapi, Allah lebih sayang diorang. Sebab tu diorang pergi dulu". Atika cuba menenangkan aku. Aku pejam mata rapat.
Belum sempat reda sedihku disebabkan pemergian ayah, Aqasha menyusul menemui Ilahi. Kini, belum sempat reda sedihku sebab pemergian Aqasha, mak pula pergi bersama mereka.
"Saya tahu awak kuat orangnya. Banyakkan berdoa pada Allah agar mereka ditempatkan bersama orang yang beriman". Ujar Arif setelah lama mendiamkan diri. Aku mengeluh. Kaki mula melangkah ke kerusi.
"Beb, kau jangan sedih2 tau! Aku ada. Syazwan kirim salam tak dapat datang. Kereta dia tersangkut kat jalan. Dia ucapkan takziah. Erm, majlis tahlil aku dah suruh pak imam buat. Nanti aku dengan Arif uruskan. Kau rest banyak2 ye". Pesan Atika. Aku hanya mampu mengangguk lesu.
"Ada apa2 yang saya boleh tolong? Er, apa kata saya masakkan bubur? Nazneen tak makan dari tadi kan? Tunggu kejap". Arif bingkas bangun menuju ke dapur. Aku biarkan saja. Atika terus memujuk aku.
"Beb, dalam dunia ni, Allah takkan pernah zalimi hambaNya. Cuma, Allah akan uji sikit nak tengok tahap keimanan kita. Allah akan bagi kebahagiaan kat kita semua. Hanya yang membezakan adalah cara setiap kebahagiaan tu diberikan".
Aku diam. Cuba mengambil nasihat Atika.
"Kau masih ada aku. Kau masih ada mama. Jangan pernah kata takde yang sayang kau". Ujarnya lagi seraya nengusap lembut bahuku. Terasa tenang seketika.
"Beb, sorry tau aku panggil Arif sekali. Actually, dia datang rumah kau tadi. Tu aku bagitau pasal ni".
Aku menggeleng. "Takpe, aku tak kisah pun pasal tu".
Aku kembali diam. Tersandar lesu dibahu kawan baik.
"Er, kejap lagi siap la. Tunggu sekejap ya". Ujar Arif tiba2. Dia mengambil tempat di kerusi.
"Er beb, aku nak call Syazwan kejap". Seraya menuju ke bilik. Tinggallah aku dengan Arif berdua.
"Takziah". Ucap Arif kekok. Aku mengangguk.
"Maaf, mesti awak dah anggap saya ni bukan2". Bicaraku lemah. Aku betulkan duduk.
"Tak pun. Biasalah. Kadang kita diluar kawalan. Tak sedar apa yang dah kita lakukan". Ujarnya ceria. Aku pula terasa malu. Malu bila tak mampu mengawal emosi sendiri.
"Terima kasih solatkan tadi". Aku memandangnya.
"Awak nampak?".
Aku mengangguk. "Terima kasih. Saya dah takde sesiapa. Saya bersyukur awak sudi nak imamkan".
"Awak ada saya".
Serentak aku pandang wajahnya. Mulutku terkunci. Bagaimana dia yang tak aku kenali sanggup berada di sisi aku? Sanggup terima aku walaupun aku banyak kekurangan?
"Saya akan sentiasa ada untuk awak. InsyaAllah". Ujarnya lagi. Aku diam. Pandanganku hala ke luar rumah.
"Maaf, saya tak boleh nak fikir apa2". Ujarku pula.
"Saya tak mintak awak fikir pun sekarang. Saya cuma nak bagitau apa yang saya rasa. Jangan pernah rasa awak sendiri, sebab awak ada saya". Dia ulang lagi ayat itu. Aku cuba mengabaikan kata2 nya. Tapi, kenapa aku masih teringat?
"Er, saya pergi tengok bubur kejap". Cepat2 dia bangun menuju ke dapur. Terasa kekok pula begini. Arif muncul semula dengan semangkuk bubur dan segelas air kosong. Dia meletakkan dulang dihadapanku. Sudu dihulurkan. Aku capai sopan.
"Makan dulu. Bagi tenaga. Nanti awak pengsan lagi. Nanti esok saya bawak awak ke kubur mak awak. Malam ni tidur elok2 bagi hilang penat. Kalau rasa tak tenang, solat. Pohon doa banyak2. Awak pun tahu kan?". Soalnya lembut.
Aku mengangguk setelah menyuap sesudu bubur ke dalam mulut. Hilang laparku. Terasa nak tenaga yang hilang kembali.
"Saya kena balik ni. Dah malam. Esok pagi saya datang. Rest ok? Assalamualaikum". Ucapnya sebelum beredar. Aku menghantar Arif pulang dengan pandangan. Tenang sedikit hatiku.
Terima Kasih Ya Allah!
"Dah balik ke?". Soal Atika. Dia duduk disebelahku.
"Dah! Esok dia datang. Nak bawak ke kubur mak".
Atika mengangguk faham. Aku menyambung suapan bubur sehingga setengah mangkuk.
"Sedap la tu ye? Lepas ni boleh la suruh dia masakkan lagi. Kau boleh tidur tak ni?". Usik Atika. Aku pandang geram.
"Dah kenapa pulak?".
"Yelah, mana tau dapat bubur angau. Tak boleh tidur pulak!". Seraya lari ke bilik dari mengena cubitan berbisa aku. Aku berdecit.
Aku bangun menuju ke dapur. Mangkuk aku basuh perlahan. Setelah selesai, aku menuju ke bilik untuk merehatkan badan. Mata terasa mengantuk sekali. Aku ingin mimpikan mak.
Ya Allah, jaga mak untuk aku.
~~~~~~~~~~~~~~~
Pagi ini aku bangun awal. Pukul 7 pagi lagi aku sudah membersihkan diri. Niat dihati ingin membuat sarapan. Teringat pula lauk semalam. Mujur sahaja belum mulai menumis. Aku segera ke dapur untuk melihat barang2 yang boleh aku buat. Gerobok mak aku buka. Ada sebuah bekas berisi tepung gandum. Aku keluarkan. Boleh buat lempeng. Aku buka pula peti sejuk. Ada pisang yang sudah masak. Aku keluarkan dari peti sejuk lalu aku letakkan diatas meja.
"Lempeng? Cekodok?". Fikirku seorang diri. Puas aku pandang tepung dan pisang didepanku.
"Hoi! Buat apa?". Soal Atika yang baru sudah mandi.
"Lempeng ke cekodok?". Soalku. Atika tergelak.
"Oh! Duk termenung tu terfikir nak masak apa lah? Ingat kan apa benda la tadi!". Ujarnya geli hati. Aku abaikan kata2 Atika. Tepung aku letakkan didalam mangkuk secukupnya.
"Beb, lempeng please! Sambal tumis kau sedap!". Puji Atika melangit. Aku mencebik.
Kalau nak makan, puji bukan main!
Aku menunjukkan tanda ok. Atika terus berlalu pergi. Aku cubit sedikit garam dan aku tuangkan air secukupnya. Tepung dikacau rata. Setelah siap, aku keluarkan cili giling. Bawang merah aku hiris halus.
Ingatanku menerjah pada kenangan bersama arwah mak. Mak memang pandai masak sambal tumis. Setiap kali hujung minggu, aku pasti akan menyuruh mak untuk menyediakannya.
Aku terpandang sardin. Buat sambal sardin lah!
Aku segera menumis bawang berah, belacan dan cili giling. Setelah naik minyak, aku masukkan sedikit air, air asam jawa dan sardin. Aku biarkan sebentar. Tepung yang dah dikacau rata aku terus jadikan lempeng. Selang sejan aku memasak, akhirnya hidangan siap. Aku hidangkan diatas meja.
"Beb, makan jom!". Ajak aku. Aku capai pinggan lalu aku letakkan lempeng dan sambal sardin.
"Wow! Sedap nya! Sambal sardin?".
"Hirm, menu harini semua menu kenangan. Sambal tumis ingatkan aku pada arwah mak, aku ternampak sardin aku letak sekali. Aqasha suka sambal sardin". Ujarku sayu.
"Beb, taknak sedih2. Dah jom makan. Aku request tapi aku pulak bersalah nak makan". Seloroh Atika. Kami sama2 menjamu selera. Sedap lempeng mengena anak tekak. Lama dah tak makan.
"Assalamualaikum!".
Suara salam dari luar rumah. Aku mengagak tuan empunya suara. Atika bangun untuk melihat manakala aku segera mencapai tudung.
"Arif! Awal datang. Er, masuklah! Kitorang tengah breakfast". Pelawa Atika. Arif menolak lembut.
"Saya tunggu sini je. Takpe, teruslah makan". Ujar Arif sopan.
Aku keluar bertemu mata dengan Arif. Awal benar. Segak berbaju kemeja.
"Awal nya? Saya tak ready lagi".
"Takpe. Nazneen habiskan makan dulu. Saya tunggu kat luar".
Aku mengangguk seraya meninggalkan Arif sendiri. Atika pula yang sibuk memarahi aku kerana meninggalkan Arif sendiri.
"Biar jelah! Takkan nak bagi masuk. Tak elok la". Bidasku lalu kembali meneruskan suapan.
"Kot ye pun, bagilah sepinggan lempeng ni ha. Tu pun intended ajar ke? Tetamu datang tu langkah kanan la". Ujar Atika beriya. Disebabkan aku malas nak mendengar mak jemah ni membebel di pagi hari, aku capai lempeng lalu aku letakkan dipunggan bersama sambal. Aku keluar untuk diberikan kepada Arif.
"Jemput makan. Simple je. Tak sedap jangan komplain". Ujarku mendatar. Pinggan aku letak. Tanpa menunggu balas, aku kembali ke dapur.
Setelah lima belas minit aku menghabiskan masa di meja makan, aku bergegas pula untuk bersiap. Sekadar memakai jubah hitam dan selendang labuh.
"Jom!". Ajakku tak sabar. Aku memakai sandal kesayangan.
"Er, saya belum basuh tangan lagi". Ujar Arif membuatkan aku tergelak kecil. Macamana aku boleh lupa pasal dia ni!
"Sorry, saya lupa. Awak masuklah. Belah kiri dapur". Ujarku lagi. Sekali lagi aku menepuk dahi. Dia tahu la Ayka!
Malu nya!
Setelah Arif keluar, aku hanya menunggu dengan diam. Jug air dan kelopak mawar aku jinjit rapi.
"Nak saya bawakkan?". Soalnya. Aku menolak. Aku terus menuju ke kereta Arif. Dia membuka pintu kereta untukku. Walaupun sedikit kekok, aku tetap menerima perlakuannya.
Didalam kereta, kami berdua diam sahaja. Hanya lagu yang berkumandang di radio menemani kami. Lagu Nomad bertajuk Tetap Menunggu menarik minatku untuk mendengar.
Aku disini kan selalu menunggu
Yang selalu ada disetiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu
Takkan pernah hilang rasa aku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
"Lagu ni untuk awak". Ujar Arif tiba2. Aku pandang wajahnya. Terasa panas tiba2.
Aku terus memandang ke luar tingkap. Canggung rasanya. Aku terus tak dapat menumpukan perhatian pada lagu tersebut. Perasaanku sedikit terganggu.
"Ok, dah sampai!". Aku terus turun dari kereta. Hatiku kembali sayu. Air mata sudah bergenang.
Aku mengekori Arif menuju ke perkuburan mak. Harini panas dan tidak ramai yang berkunjung ke tanah perkuburan. Setelah jumpa, aku pandang kayu yang terpacak dikubur mak.
"Assalamualaikum mak. Ayka datang". Ucapku sebelum duduk dan mula membaca yassin untuk mak.
Arif setia menunggu. Dari aku mula membaca yassin sehinggalah aku duduk menatap lama kubur mak. Aku jirus air dan bunga mawar. Pokok kertas yang masih kecil aku tanamkan di kubur mak. Ustazah Islah kata, elok tanam pokok di kuburan kerana pokok itu yang mendoakan ahli kubur. Semoga pokok ini akan mendoakan mak sentiasa.
"Mak, Ayka rindu mak. Maaf sebab semalam Ayka tak ikut mak ke sini. Mak, doakan Ayka kuat. Ayka dah takde siapa2. Mak dah tinggalkan Ayka. Mak, kalau Ayka rindu mak, boleh kan Ayka datang sini? Ayka kena kuat kan mak?". Luahku sendu. Air mata aku kesat berkali2.
Aku usap pusara mak. Terasa berat hati ingin meninggalkan mak disini.
"Jom! Esok2, kita datang lagi". Ujar Arif. Jug diambil. Aku bangun sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada mak.
"Assalamualaikum mak!".
Kaki melangkah berat meninggalkan kawasan perkuburan. Hati aku sayu. Aku perlu kuat untuk meneruskan hidup. Aku ingin tunjukkan pada mak bahawa aku mampu menghadapi sendiri.
"Er, awak ok?". Soal Arif berhati2. Dia memandangku. Enjin kereta dihidupkan.
"Ok. Cuma sedih nak tinggalkan mak. Saya rindu". Ujarku sayu. Arif diam.
"Setiap yang hidup pasti akan pergi. Tu ketetapan Allah. Belajar untuk redha. InsyaAllah, doakan yang baik2".
Aku meraup wajah. Memang aku kena belajar untuk redha.
"Saya bawak awak ke satu tempat ni". Arif terus memecut laju menuju ke tempat tersebut. Aku hanya mengikut. Pandangan aku hala ke luar tingkap. Semakin lama semakin layu mataku. Hinggalah aku tertidur.
Perjalanan masih diteruskan. Aku tersedar tatkala Arif memanggil namaku. Terpisat2 memandang Arif yang sedang tersenyum manis.
"Dah sampai". Ujarnya ringkas. Aku pandang sekeliling. Mataku tertancap pada laut yang luas terbentang. Aku teringat Aqasha. Aku pandang Arif lama.
"Kenapa bawak saya kesini?".
Arif diam. Dia hanya keluar kereta menuju ke kawasan yang berpasir.
"Dulu saya selalu ke pantai kalau ada masalah. Bagi saya, pantai tempat yang paling bagus untuk release tension. Saya boleh habiskan berjam2 kat sini. Tengok ombak, cukup buat saya tenang".
Aku tekun mendengar. Arif kelihatan leka dengan dunia nya.
"Hidup saya masa kecil sama macam orang lain. Tapi berubah masa saya remaja. Ayah kahwin lain. Ada mak tiri pun, tak macam mak".
"Kenapa? Mak kandung awak?". Soalku tanda tanya.
"Meninggal. Sama macam awak sekarang, rasa ditinggalkan. Rasa macam semua yang saya sayang pergi tinggalkan saya. Dunia kejam. Macam2 la yang saya fikir masa tu. Tapi, Allah tu Maha Penyayang. Dia hadirkan seorang kawan yang sangat memahami saya sampai sekarang". Jelasnya.
"Ustazah Islah?". Tebakku. Arif angguk setuju.
"Segala2nya dia tahu pasal life saya. Dia tahu mak tiri saya macamana. So, saya tak pernah rasa sunyi. Sebab saya ada kawab yang faham saya. Bagi saya, tu dah cukup. Nazneen, kadang2 Allah ambil sesuatu untuk bagi yang lebih baik. Ada hikmah semua yang berlaku". Ujarnya lagi. Tangannya ligat bermain pasir.
"Saya tak pernah rasa puas dengan kasih sayang umi saya. Dia tinggalkan saya masa saya kecil. Saya ingat bila ada pengganti, dia akan bagi saya kasih sayang sama macam umi. Tapi saya silap. Ayah abaikan saya. Semua saya tanggung sendiri. Awak beruntung masih ada yang sayang awak". Luahnya sayu. Aku terasa sedih mendengar cerita Arif. Satu sisi yang aku baru kenal.
"Er, saya simpati".
"No! Tak perlu simpati. Saya cerita bukan untuk simpati. Saya nak awak tahu, dalam hidup ni, semua yang kita sayang bukan kepunyaan kita. Saya sayang umi saya, tapi Allah ambil dia dulu. Sama macam awak. Semua yang awak sayang, Allah akan ambil sebab ni semua Dia punya. Tapi! Allah janji akan bagi yang lagi baik. Percayalah!". Ujarnya ikhlas. Dia pandang wajahku lama.
"Jadi, jangan sesekali kata Allah tak sayang awak. Sebab dia sayang dia buat macamni. Allah uji sikit. Tapi, jangan kita melatah sampai menjauhkan keimanan kita". Nasihat Arif lagi.
Aku terdiam. Lama. Cuba menghadam kata2 Arif. Betapa besar salah aku pada Allah. Aku tak redha pemergian mak. Aku bagaikan hilang akal. Astaghfirullah! Ampunkan aku, Rabbi.
"Saya tak yakin dengan janji Allah. Saya lupa Allah Maha Kuasa". Luahku pada Arif. Dia tersenyum mendengar.
"Baguslah awak sedar. Saya berharap awak redha segala2 nya. Betapa teruk sekali pun kehidupan lampau awak, jangan pernah awak rendahkan keimanan awak. Awak wanita solehah. Saya yakin awak mampu hadapi".
Aku tergelak kecil. Segalanya seakan mimpi bagiku.
"Kenapa gelak?".
"Erm, entah! Saya teringat ayat awak. 'Awak wanita solehah'. Dulu, Aqasha selalu sebut kat saya ayat tu". Ceritaku senang. Aku pandang ombak yang memukul pantai. Tenang.
"Oh ye? Kira saya salah cakap ke?". Soalbya kembali. Aku geleng.
"Takde yang salah. Saya cuma teringat. Tak kisah pun".
Arif mengangguk. Dia pandang wajahku.
"Kenapa?". Soalku gelisah. Aku larikan pandangan memandang langit.
"Awak terima saya?". Arif sengaja menguji emosiku.
"Sebagai kawan!". Pintasku laju.
"Masih belum ada ruang?". Soalnya dengan senyuman.
Aku diam. Menggigit bibir menghilangkan debar.
"Saya nak balik. Atika tunggu saya nanti".
"Saya dah mesej dia".
Aku terlopong. Berani benar Arif membuat keputusan seperti itu. Aku tersepit saat ini. Arif sudah siap siaga dengan rancangan rapi. Aku terperangkap.
"Kenapa?". Soalku pura2 marah.
"Saya nak lamar awak". Ujarnya tanpa segan silu. Aku yang terkedu. Menggeletar tanganku berada disituasi ini. Walaupun angin kuat, terasa peluh dahiku.
"Saya tak sedia".
"Sampai bila? Saya perlukan awak". Naif suaranya. Aku berdehem seketika.
"Saya masih belum perlukan awak". Dalihku. Aku bermain dengan kuku.
"Saya ni bukanlah orang yang madah pujangga. Saya tak reti nak ayat bunga2 ni. Saya just cakap straight the point. Saya nak awak jadi isteri saya. Saya nak bahagiakan awak. Saya nak bagi segala2nya pada awak. Izinkan saya?". Soalnya kali ini lebih serius. Aku pula yang gelabah.
Adakah ini hikmah nya?
"Saya perlu istikharah. Beri saya sedikit masa".
"Silakan!". Ringkas jawapannya. Aku jadi takut. Takut akan kehilangan lagi.
Tidak! Allah takkan kejam. Ayka, kau kena percaya ketentuan Allah. Mungkin dulu Allah beri kebahagiaan sementara untuk kau sedar dan berubah. Kali ini, mungkin kebahagiaan yang sejati hingga syurga. Allah ingin berikan kau peluang terakhir!
Ya Allah yang Maha Kuasa, andai dia jodohku hingga syurga, kau satukan hatiku dengan hatinya agar berkekalan cinta tang abadi antara kami. Kiranya ini jodoh yang kau beri, restui perhubungan kami ini, Tuhanku! Ameen..
~~~~~~~~~~~~~~~~
Share this novel