Sudah lima bulan aku menetap di pondok untuk belajar ilmu agama. Saban hari aku akan didedahkan dengan ilmu baru. Belajar mengenai hukum alam, fiqh, aqidah dan tauhid. Mujur aku mendapat seorang guru yang sangat memahami keadaanku, Ustazah Islah. Mungkin kerana perbezaan umur yang tak begitu ketara membuatkan aku begitu senang belajar dari beliau. Orangnya sangat lembut. Tinggi ilmu agama. Aku sangat menghormati Usatzah Islah. Kehidupan baru ku ini sangat menyenangkan. Tambahan pula dihiasi dengan riuh budak2 yang bersama2 ingin mencari ilmu Allah.
Terkadang aku cemburu melihat betapa petah anak murid di sini menghafal ayat2 suci Al quran. Sedangkan aku masih lagi merangkak mengenal tajwid dan makhraj huruf. Masih lagi keliru membezakan sifat huruf hijaiyyah. Namun, aku bertekad untuk mempelajarinya walau dengan seribu kepayahan sekalipun.
Disini, aku diberikan sebuah rumah kecil cukup buat aku seorang yang tinggal. Walaupun bersederhana, aku tetap bersyukur. Jauh dari suasana yang suram membuatkan aku lupa kesedihanku. Setiap malam aku pasti akan menghadiri kuliah ta'lim yang disampaikan oleh ustaz2 yang bertugas. Selepas itu, aku akan mengisi malamku dengan tadarus bersama pelajar2 lain dan berusrah. Suasana yang sungguh berbeza. Walaupun hanya aku sahaja yang sudah berumur di kalangan pelajar, aku tetap tegar meneruskan. Tiada istilah malu dalam menuntut ilmu.
"Assalamualaikum Nazneen. Termenung apa tu?". Soal Ustazah Islah yang manis berbaju kurung hijau.
Aku tersenyum.
"Er, takde apa2 pun. Jemput la duduk, ustazah". Pelawa ku sopan. Aku mengalihkan bahan bacaan ku yang memenuhi ruang meja batu.
"Dah lama awak kat sini, selalu saya tengok awak mesti termenung sorang2. Kenapa? Ada masalah ke?". Soal Usatzah Islah. Dia pandang wajah aku lama.
"Entah la. Masalah tu sentiasa ada. Cuma cara nak handle je yang memeningkan kepala". Aku tergelak kecil. Begitu juga Ustazah Islah.
"Masalah tu memang akan sentiasa ada. Tak kira dari apa2 sudut pun. Yang penting, kena bijak menguruskan. Allah tu ada. Selalu mintak dipermudahkan. InsyaAllah, pasti Allah bantu". Terang nya lancar. Aku mengangguk laju.
Tak pernah sekalipun aku membangkang setiap kata2 Ustazah Islah. Setiap penerangannya bagaikan air yang mengalir di benakku.
"Betul. Mungkin saya ni tak jumpa cara yang paling bijak kot".
"Allah ada, Nazneen. Ingat tu je".
Aku menghela udara segar. Betul tu. Allah ada. Aku pandang wajah Ustazah Islah. Bersih raut wajah nya. Mungkin ini berkat wajah yang sentiasa mendamba redha Allah. Tapi, aku? Tergolongkah aku dalam kelompok itu?
"Tengok tu! Termenung lagi". Suara Ustazah Islah menghentikan lamunanku. Aku tergelak.
"Maaf, ustazah. Saya ni suka sangat termenung sejak dua menjak ni. Er, Ustazah takde kelas ke?". Soalku menukar topik.
Ustazah Islah menggeleng.
"Er, Nazneen. Awak tak perlu la nak formal dengan saya. Panggil nama pun cukup dah. Saya ok. Lagipun, sekarang kan bukan waktu kelas". Ujarnya lembut. Aku pula yang serba salah. Terlalu berat permintaannya.
"Saya tak boleh la. Ustazah ni orang berilmu. Terasa kerdil pulak kalau saya bahasakan nama je".
Kali ini dia pula yang tergelak riang.
"Ada pula macamtu! Saya ni biasa2 je. Sama macam awak, mencari ilmu. Kita panggil nama je la. Barulah rasa rapat macam teman".
Aku mengetap bibir. Malu sebenarnya.
"Er, yelah". Sedikit gagap jawab ku. Aku pandang kearah sekumpulan pelajar yang baru keluar dari kelas. Habis kelas barangkali. Sempat kami menyapa dan menyalami mereka.
"Kak Nazneen, bila nak ajar bahasa inggeris lagi? Kitorang suka la kak Nazneen ajar". Ujar salah seroang pelajar yang bernama Faliq.
"Er, nanti la ye. Sekarang tak boleh. Ada masa, akak ajarkan". Ujarku riang. Tersentuh hatiku melihat kepetahan Faliq yang baru berumur 9 tahun.
"Nazneen ajar budak2 ni bahasa inggeris? Wah, pandai la ni ya?". Tebak Ustazah Islah.
"Er, sikit2 je. Semalam tu dia tanyakan soalan latihan dia, alih2 saya ajar terus bab tu. Kebetulan ingat lagi masa sekolah punya". Terangku dengan nada bergurau. Aku betulkan lipatan tudung yang sedikit herot dek angin petang.
"Eleh! Macam tak percaya je. Mesti Nazneen ni pandai. Boleh la jadi cikgu, mengajar budak2 ni". Usul Ustazah Islah pula.
Ah! Jangan disuruh mengajar betul2, sudah lah!
"Betul! Percaya lah. Saya ni tak pandai pun. Biasa aja. Mana yang ingat je la. Dulu kat sekolah nakal. Cikgu ajar taknak dengar". Gurau ku ceria. Serentak kami berdua ketawa.
"Assalamualaikum! Islah!". Ucap satu suara mengganggu perbualan kami. Aku menoleh kearah empunya suara.
"Waalaikumussalam. Eh, bila kau sampai?!". Soal Ustazah riang. Dari suaranya, aku mengagak mereka sudah lama berkenalan.
"Baru je. Tu yang terus cari kau. Puas aku pusing satu pondok, rupa2 nya kat belakang ni".
"Ada lah! Aku duduk sini, sejuk sikit. Eh, lupa pulak. Ni aku kenalkan, ni Nazneen. Salah seorang pelajar kat sini jugak. Nazneen, ni ustaz baru pondok ni, Arif Haikal. Dia ni kawan masa saya kecil lagi. Dah macam adik beradik".
Aku lihat wajah Arif tersenyum dan berkerut.
"Pelajar?". Soalnya hairan. Mungkin melihat aku yang tak rupa seperti pelajar membuatkan dia pelik.
"Datang nak belajar. Biasalah umur dah tua ni, baru nak cari ilmu". Ujarku ringkas. Aku pandang Ustazah Islah yang sudah tersengih.
"Orang mana?". Soalnya lagi.
"Er, ustazah, saya ke kelas dulu la. Assalamualaikum". Cepat2 aku pergi meninggalkan susuk tubuh mereka. Tak senang dengan pertanyaan itu.
"Islah, dia tu siapa? Dia pelajar sini ke?". Soal Arif naif. Dia menggaru2 kepala yang tak gatal.
"Apa pasal kau sebok hal orang? Hish!". Bebel Ustazah Islah pula.
"Takdelah, first time tengok pelajar yang dah tua". Usik Arif lagi. Ustazah Islah tergelak kecil.
"Tak payah sebok hal dia. Dia pelajar aku. Ni, kau dah kemas barang ke?".
Arif menggeleng.
"Aku datang2 je cari kau, faham ke tak?". Ujar Arif mengingatkan. Dia lantas bergerak mengekori Ustazah Islah sambil tak lekang memandang sekeliling sekolah pondok.
"Cantik jugak tempat ni. Nasib la kau ambil aku kerja. Lari anak murid kau nanti!".
Ustazah Islah menoleh.
"Kau jangan nak garang sangat. Budak2 tu kecil lagi. Kesian diorang kalau kau terlalu garang. Boleh nak garang, tapi jangan terlalu garang sampai budak tak suka". Pesan Ustazah Islah seraya tersenyum kepada seorang pelajar disitu.
"Assalamualaikum ustazah!". Ucap pelajar perempuan yang manis bertudung. Ustazah menjawab salam dengan riang.
"Kau boleh la. Aku ni jiwa kental. Takdelah nak lembut2 ni". Sambung Arif lagi. Ustazah Islah sudah mencebik. Jiwa kental lah sangat!
"Yelah tu Ustaz Arif. Ni bilik kau. Apa2 kau boleh jumpa Ustaz Fuad. Bilik ni". Ujar Ustazah Islah sambil jarinya lurus tunjuk ke arah bilik sebelah Arif.
"Ok. Kira aku boleh mula bila?". Senang berurusan dengan boss yang merangkap kawan sendiri.
"Esok? Malam ni pun boleh. Ustaz Syed balik sebab isteri dia masuk hospital. Alang2 kau tolong la masuk kelas dia. Malam ni takde buat apa sangat. Kau cek bacaan budak. Mungkin ada yang nak hantar hafalan baru jugak. Kelasnya nanti kau tanya Ustaz Fuad".
Arif mengangguk faham.
"Ok lah! Aku kena gerak dulu ke kelas. Jumpa nanti ya!". Seraya berlalu pergi meninggalkan Arif.
Terkulat2 jugak dibuatnya. Mujur sahaja Arif sekadar membawa satu beg roda besar. Jadi, tidaklah susah sangat.
Setelah masuk ke dalam bilik, Arif segera mengemas katil dan membersihkan habuk di bilik. Menjadi kebiasaan bagi Arif mengemas dahulu sebelum melakukan pekerjaan lain. Arwah ibunya sentiasa menerapkan supaya rajin mengemas dan pembersih.
Setelah hampir dua jam mengemas, akhirnya segala kelengkapan yang dibawa siap disusun. Arif terduduk penat. Peluh yang menitik didahi segera di seka. Baju melayu yang dipakai nya sudah basah dek peluh. Dia ingin mandi menyegarkan badan sebelum berpusing2 melihat tempat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Bila nun mati atau tanwin, bertemu huruf enam ni, hukumnya izhar kholqi". Terang Ustazah Islah. Aku segera mencatit segala penerangannya di dalam buku kecilku. Seperti pelajar lain, aku juga membuat peta minda agar mudah untuk aku mengingatinya.
"Ok Nazneen, cuba awak cari dan tunjukkan pada saya contoh ayat yang mempunyai hukum yang baru kita belajar ni". Pinta Ustazah Islah. Aku segera menyelak helaian Al quran. Satu persatu ayat yang tertera aku cari.
"Oh, dah jumpa! Pada ayat 6 surah Al baqarah. Betul kan, Ustazah?" Aku kembali menyoal teruja. Ustazah Islah mengangguk tanda betul. Perlahan2 aku bulatkan perkataan tersebut.
"Alhamdulillah, awak cepat faham. Lepasni, kalau awak jumpa sahaja ayat yang mempunyai hukum izhar, rajin2 kan menyebut dan praktis cara bacaan".
Aku tersenyum. Al quran aku tutup rapi. Berkira2 untuk berkemas.
"Nazneen, dah makan? Jom, makan dengan saya sekali". Pelawa Ustazah Islah.
"Er, takpelah. Saya tak lapar lagi. Ustazah makan la dulu". Tolakku lembut.
"Hurm, saya nak belanja ni. Takkan nak tolak pulak?". Pujuknya lagi. Ditambah dengan wajah simpati. Cair pulak hatiku.
"Boleh la. Tapi, kali ni je. Saya taknak terhutang budi".
Ustazah Islah tersenyum. Ada pulak macamtu?
"Boleh. Kali ni je. Saya takde kawan nak makan".
Aku mengemas buku lalu bergerak seiring dengan Ustazah Islah. Beg yang aku galas di bahu terasa berat.
"Ada satu tempat ni, nasi campur dia sedap tau. Sejak Nazneen datang kan, saya tak pernah nampak awak keluar dari pondok ni. Selalu dalam bilik aja. Sebab tu la saya nak bawak awak keluar". Ujarnya riang. Aku pula yang serba salah.
"Saya tak kisah pun. Duduk dalam bilik je dah cukup". Ujarku perlahan.
Kami sampai ke kereta kepunyaan Ustazah Islah. Baru sahaja aku ingin membuka pintu kereta, susuk tubuh Arif muncul.
"Kau nak pergi mana tu?".
"Keluar makan. Nak join?". Soal Ustazah Islah.
Ah sudah! Dia ajak pulak!
"Boleh jugak. Aku pun lapar ni! Pekena sambal sotong pun sedap ni!". Segera Arif merapati kami berdua. Aku terkedu. Kenapa mesti dia mengingatkan aku pada Aqasha?
"Er ustazah, lain kali aje lah ye. Saya rasa tak sedap badan pulak. Erm, saya masuk bilik dulu la. Assalamualaikum!".
"Eh Nazneen! Kenapa? Er, nak saya belikan tak?". Soalannya aku biarkan tak berjawab. Langkah ku laju menuju ke dalam pondok. Aku tinggalkan Ustazah Nazneen sendiri. Pasti dia sebal dengan perangai aku.
Sampai sahaja di bilik. Aku mengunci pintu. Tudung aku buka lalu aku campak diatas katil. Aku raup wajah kasar. Sebolehnya aku ingin melupakan Aqasha, tapi kenapa ada sahaja insan2 yang mengingatkan aku kembali.
Arif Haikal. Lelaki itu yang membuatkan aku cukup tak selesa. Bau perfume yang dipakai sama seperti Aqasha. Siapa aku untuk menyuruh dia memilih jenama perfume lain. Sebab itu lah aku sebolehnya mengelak dari bertembung dengan lelaki itu. Kesukaan nya juga sama seperti Aqasha. Gaya berjalan juga saling tak tumpah seperti arwah.
"Ya Allah! Kenapa aku diuji lagi?". Rintih ku. Aku duduk memeluk kaki. Aku ingin melupakan kenangan lalu.
Perlahan2 aku berzikir. Mataku pejam rapat. Aku cuba tsabat kan hatiku. Mulutku terkumat kamit melafazkan zikrullah. Air mata kembali mengalir.
"Allah menguji hamba yang mampu bersabar. Aku wajib menerima dan bersabar". Ujarku pada diri sendiri. Aku pegang dadaku yang kuat berombak.
"Malayka, kau kena kuat!". Ujarku lagi. Aku pukul kuat dada ku. Terasa sakit.
Aku kembali berzikir. Terlalu asyik hingga aku terlena di bucu katil bersama deraian air mata.
~~~~~~~~~~~~~~~
"Dia tu kenapa? Tengok aku macam nak makan je!". Soal Arif tidak puas hati. Berkerut wajahnya mengingatkan kejadian tadi.
"Sure ke dia tengok kau macam nak makan?". Soal Ustazah Islah mengusik. Stereng dipusing ke kanan memasuki lorong kecil.
"Ish kau ni! Tak tengok ke muka dia tadi? Asal aku ada je, dia mesti lari! Ingat aku ni zombie ke?". Rungut Arif. Rambut yang terjurai di dahi segera di selak ke belakang. Sempat dia melihat kemasan rambutnya di cermin.
"Zombie la kot!". Ringkas jawapan Ustazah Islah.
"Kau ni dah kenapa?".
Ustazah Islah berdecit.
"Jangan kacau aku time drive! Hish!". Marah Ustazah Islah. Satu pantang nya apabila orang bercakap ketika dia memandu. Hilang tumpuannya nanti.
Tak sampai lima belas minit, mereka pun sampai di restoren. Arif mendahului langkah Ustazah Islah. Lapar sangat la tu! Setelah mengambil tempat duduk, mereka berdua segera memesan makanan.
"Tak habis2 sambal sotong dia!". Ujar Ustazah Islah mengusik. Bukan dia tak kenal perangai Arif. Sejak kecil, itulah makanan kesukaan nya. Kalau tak dimasakkan, boleh mogok satu hari!
"Kau apa tau! Nikmat wei!". Ujarnya dengan wajah yang sengaja dibuat2.
"Iyelah! Taksub dengan sotong!". Usik Ustazah Islah lalu menyuap nasi kedalam mulut.
"Tak kisah lah kau nak cakap apa! Janji perut aku dipenuhi dengan sambal sotong". Ujarnya seraya menyuap nasi kedalam mulut. Nikmat yang tak terkata. Arif begitu gembira dapat menjamu makanan kesukaannya.
"Eh, budak2 cuti bila eh?".
Ustazah Islah berkerut.
"Belum apa2 dah tanya cuti?". Air diteguk perlahan.
"Bukan apa lah. Aku dah janji dengan adik aku, nak lawat dia kat sekolah".
Ustazah Islah mengangguk. Segera memahami ayat Arif. Adik tiri nya yang baru tingkatan 2 kini sedang bersekolah di asrama penuh.
"Mak tiri kau macamana? Kau ada jumpa dia ke?". Soal Ustazah Islah berhati2. Dipandang wajah Arif yang bersih.
"Entah lah! Malas nak ingat. Biar aje lah dia. Buat apa nak fikir orang yang macamtu". Perlahan nada suaranya.
"Kau berdendam lagi dengan dia?".
Arif terdiam. Dipandang nasi di pinggan. Ingatannya menerjah kembali zaman remaja nya.
*
"Kau nak pergi mana tu?". Soal Mak Timah kasar. Dijeling wajah Arif yang sudah siap berpakaian kemas.
"Saya ada study group dengan kawan petang ni". Ujar Arif perlahan. Takut melihat muka mak tiri nya seperti singa nak membaham.
"Study group konon! Ke nak pergi rosakkan betina kat kampung ni?!". Tengking Mak Timah lagi. Hampir terloping Arif mendengarnya.
"Ya Allah! Saya tak pernah buat benda kotor macam tu. Apa mak ni?". Marah Arif. Berombak dada nya menahan marah.
"Kau kalau tak menyusahkan aku memang tak sah! Puas orang kampung mengata pasal kau! Ingat aku ni bodoh ke?!".
"Apa yang orang kampung cakap tu, mak percaya ke? Kenapa mak tak tanya Arif dulu?". Soal Arif kembali.
"Buat apa nak tanya kau! Kau bukan anak aku pun. Aku jaga pun sebab terpaksa! Bapak kau tu bodoh! Ingat aku hingin sangat ke ada kau? Elok nya kau pergi mati dengan mak kau tu!".
Arif terkedu. Tangannya dikepal menjadi penumbuk. Sakit hatinya saat ini tatkala disebut tentang arwah mak.
"Kalau nak marah saya, sebut nama saya je. Takde kena mengena dengan arwah mak! Kalau dah benci sangat dengan saya, kenapa tak mak je yang berambus dari sini?!". Arif membalas. Api dibalas api.
"Kurang ajar betul! Dasar anak tak kenang jasa! Aku jaga kau, ni balasan kau! Dasar anak sial! Kau dengan bapak kau sama je!". Maki Mak Timah sekuat hati. Habis segala barang perhiasan di rumah dibaling.
"Saya pun hairan macamana ayah boleh terima mak sebagai isteri dia". Balas Arif berani. Langsung tak menghiraukan amukan mak tirinya.
Mak Timah yang sedang naik angin terus merembat tali pinggang di atas meja seraya melibas Arif sekuat hati. Namun, kudrat lelaki yang masih kuat segera cuba ditahan. Ditolak Mak Timah terjelopok ke lantai.
"Budak sial!".
Lantas dia bangun mendapatkan Arif yang cuba berlari keluar. Tak sempat Arif menuruni anak tangga dek kerana tersadong di anak tangga kedua. Mak Timah tak melepaskan peluang. Dilibas Arif sekuat hati. Biar puas hatinya. Puas Arif meronta, tapi tetap tak dihiraukan. Sudahnya, dia hanya mampu menahan kesakitan yang maha hebat. Kulitnya terasa bagai disiat2. Begitu kejam mak tiri nya. Langsung tiada perikemanusiaan.
"Elok aku bunuh kau dari awal aja!". Sempat Mak Timah menyudahkan ayat sebelum menendang Arif yang lemah jatuh ke tanah.
Mengerekot tubuhnya menahan pedih libasan. Entah kudrat apa yang bersarang ditubuh Mak Timah hinggakan badannya luka meninggalkan kesan. Tak guna dia menyumpah seranah, kerana Mak Timah isteri ayahnya yang sah. Perlahan2 Arif cuba bangun dari tanah. Beg yang berisi buku entah dimana campaknya. Langkah kakinya lemah. Air mata jantan mengalir di pipi. Kalau ini yang namanya mak tiri, Arif bersumpah takkan pernah memanggil dia dengan panggilan 'mak'. Panggilan itu hanya terlalu agung untuk seorang wanita yang layak menjadi seorang ibu.
*
"Kau termenung apa tu? Ingat kisah lama?". Soal Ustazah Islah. Lamunan Arif terhenti.
"Er, takde apa2. Makanlah!". Jawabnya kalut.
Ustazah Islah terdiam. Dia cukup memahami kisah yang terjadi dalam hidup Arif. Katalah apa sahaja, semua dia pernah merasa.
"Sorry kalau aku salah tanya tadi. Kau marah ke?".
Arif menggeleng.
"Jom la, balik pondok. Lama sangat kita kat luar. Apa lah jadi budak2 tu". Ujar Arif. Dia meneguk baki air yang dipesan. Selesai membuat pembayaran, mereka kembali ke pondok. Dua2 sunyi sepi didalam kereta.
~~~~~~~~~~~~~
Sudah setahun lamanya aku tinggal di sini jauh dari keluarga. Entah apa khabar mak di sana. Atika pasti risaukan aku. Sudah setahun aku tak balik menjenguk mak ataupun menelefon mereka. Nombor telefon aku tukar. Alamat pondok pun tak pernah aku bagi. Keinginan untuk balik meronta2 dalam diri aku, tapi aku terpaksa lupakan dek kerana ingin membina hidup baru. Mungkin setelah hati aku betul2 kuat dan bersedia, barulah aku pulang.
"Kak Nazneen, ni apa maksudnya?". Soal Darwish manja.
"Oh, lamp maksudnya lampu". Ajarku senang. Darwish segera menulis maksud diruang kosong yang disediakan. Aku senyum memandang Darwish.
"Er, Nazneen. Maaf ganggu. Nampak Islah?". Soal Arif yang muncul entah dari mana. Aku kaget.
"Tak". Sepatah jawapanku.
Arif memandang aku lama. Rimas dibuatnya.
"Kenapa?". Soalku kembali. Aku pandang wajahnya sekilas.
"Er, takde apa2. Erm, boleh saya duduk?". Soal Arif ramah. Dia menanti jawapanku. Aku terasa lemas.
Lama dia menunggu sehinggalah Arif duduk tanpa mendapat keizinan. Aku bungkam.
"Saya pelik dengan awak ni. Kenapa macam nampak hantu je?". Soal Arif seraya tergelak kecil. Dia bermain2 dengan henset ditangan.
Aku geleng laju. Pandangan aku hala di air terjun mini.
"Saya takde buat salah kan? Kita takde pernah jumpa sebelum ni kan?". Soalnya lagi. Aku menjongket bahu.
Arif mengeluh. Susah jugak bercakap dengan perempuan ni.
"Dari tadi asyik diam je, tak penat ke?". Usik Arif pula. Sememangnya Arif jenis yang peramah. Ada sahaja yang ingin dibualkan.
"Jangan kacau saya, boleh?". Soalku agak serius. Aku pandang wajah Arif lama. Bau perfume menusuk rongga hidungku membuatkan aku sedikit teganggu.
"Wow! Garang nya! Memang jenis macamni ke dengan orang?".
Aku pandang tajam. Arif masih tersenyum sinis. Aku biarkan Arif tak dilayan.
"Jangan sombong sangat. Nanti makan diri. Saya bukan nak buat apa2 pun. Tak salah rasanya saya kenal dengan awak. Lagipun, saya percaya yang umur kita pun lebih kurang aja. So, why not kita berkawan. Macam saya dengan Islah". Pelawa Arif berani. Aku mengetap bibir geram.
Tolong la pergi dari hidup aku!
"Nak berkawan memang tak salah, tapi cara tak kena". Serentak aku bangun meninggalkan Arif di meja batu. Tak sedikit pun aku menoleh ke belakang. Fikiranku terganggu dek kerana satu lagi perangai yang sama seperti arwah. Oh Tuhan!
"Eh Nazneen! Nak kemana tu?". Soal Ustazah Islah semasa kami terserempak di tangga.
"Saya nak naik bilik. Tak sedap badan la. Maaf saya tak dapat nak ke kelas". Ujarku perlahan.
"Awak ni sakit ke? Saya tengok selalu sangat awak tak sedap badan. Pucat je pulak muka tu". Ustazah Islah cuba berinteraksi.
Aku tetap menggeleng.
"InsyaAllah, saya takde apa2. Saya naik dulu ye". Tanpa berlengah, aku terus mendaki anak tangga. Kepalaku berdenyut lagi. Kali ini lebih kuat. Aku picit kepala yang terasa sakit. Sampai sahaja di bilik, aku segera mencapai ubat tahan sakit lalu aku telan dua biji. Perlahan2 denyutan di kepala berkurangan. Aku rebahkan badanku ke katil.
Pandanganku terhala kearah siling. Wajah orang2 yang aku sayang datang sikih berganti. Sehinggalah aku terpandang wajah Aqasha yang seakan tersenyum padaku.
"Jangan paksa diri. Rehat la Malayka. Awak perlukan rehat".
Seolah2 Aqasha sedang bercakap dengan aku. Aku hanya memgangguk sambil terseyum manis. Kalau lah Aqasha masih disini, pasti aku akan baik2 sahaja. Aku lap peluh yang menitik. Jantungku tak berhenti berdegup kencang. Sejak dua menjak ini, badanku sekaan tak berdaya. Cepat penat dan kerap pula pening kepala. Aku cuba melelapkan mata tapi tak mampu. Puas aku pusing ke kiri dan kanan, tetap segar. Sudahnya, aku bangun untuk melakukan solat sunat. Biar jiwa terisi dengan makanan rohani.
"Ya Allah, aku panjatkan doa kepadaMu. Kau jadikan lah hati aku setenang air mengalir. Kau jangan lah penuh kan hati aku dengan segala perkara2 buruk Ya Allah. Jangan kau bolak balikkan hati aku stelah kau memeluknya. Ya Rahman, sesungguhnya aku hamba yang sentiasa lemah. Tiada daya kekuatan melainkan Engkau, Tuahnku. Tunjukkan aku jalan yang benar. Peluk lah aku dalam redhaMu. Tuntun lah aku menuju syurhmgaMu. Aku dambakan cintaMu. Aku kosong, Ya Rabb. Penuhkan hatiku dengan cinta hanya kepadaMu. Jangan jadikan aku lalai dalam kehidupan duniawi. Aku lemah. Bantu aku bangkit dalam landasan syariahMu. Ampunkan segala dosaku, dosa ibu bapaku, dosa sahabat2ku dan juga dosa arwah suamiku. Sesungguhnya tiada yang kekal di bumi ini melainkan Kau. Aku terlalu rindu pada dia. Buangkan perasaan yang melebih ini dari dalam hati aku. Aku tak kuat. Sesungguhnya aku terlalu mencintai arwah suami ku. Kalau perkara ini membuatkan aku lalai dari mengingatiMu, buangkan terus dari hatiku. Bersihkan jiwaku seperti mana Engkau membersihkan jiwa Nabi Muhammad saw. Rabbana Aatina fiddunyaa hasanah, wa fil Aakhirati hasanah, waqinaa Azabannar!".
Aku raup wajahku. Kain telekung aku lurutkan lalu aku lipat kemas. Aku letak kembali di dalam laci pakaian. Al quran aku capai lalu aku mula membuka helaian juz amma. Tekadku ingin menghafal surah2 lazim. Aku mula duduk menghadap Al quran. Satu persatu surah aku cuba hafal. Bersungguh2 dan penuh tawadhu'. Jarum jam berdetik tidak aku hiraukan. Aku teruskan penghafazan.
Knok! Knok!
Aku terhenti. Jam didinding aku pandang sekilas. 1.45 tengahari.
Aku lantas bangun untuk membuka pintu. Mungkin Ustazah Islah.
"Nazneen, awak ok ke?". Soal Fatimah, penolong kanan pondok. Aku hanya tersenyum pahit.
"Muka pucat tu. Jom, saya bawa ke klinik. Takut pula kalau melarat". Pelawa Fatimah. Namun, aku tolak lembut.
"Saya baru je makan ubat doktor. Kejap lagi baiklah. Terima kasih perihatin kat saya". Ujarku tenang. Aku pandang wajah Fatimah dihadapanku.
"Ustazah Islah yang minta saya tengokkan awak. Dia risau. Katanya awak tak sihat".
"Takde apa2. Saya pening je". Bidasku.
Fatimah kelihatan beralah. Dia sempat berpesan agar aku berehat saja dua tiga hari ini. Aku memberi janji.
Aku tutup pintu kembali. Tudung yang menutupi rambutku aku buka. Rambutku yang panjang aku sikat rapi. Haruman syampoo kesukaan ku menusuk rongga hidung.
Abang suka peluk awak dari belakang, sebab rambut awak wangi.
Teringat kata2 Aqasha. Aku menghela nafas berat.
Siren sekolah berbunyi tanda akan ada pengumuman masuk.
Semua pelajar diminta memenuhkan dewan sekolah kerana program pada petang ini akan bermula tak lama lagi.
Serentak mindaku teringat program yang diadakan untuk memenuhkan masa senggang mereka. Aku lantas bersiap mengenakan jubah hitam dan tudung bawal. Stoking aku capai lalu aku sarungkan ke kaki. Aku kemaskan lipatan tudung. Setelah berpuas hati dengan penampilan di cermin, aku lantas keluar untuk mengikuti program yang diadakan.
Langkah demi langkah aku atur menuju ke dewan. Sungguhpun kepalaku masih sakit, tapi aku gagahkan juga untuk ke sana. Tak nak terlalu memanjakan badan, nanti bertambah melarat. Dalam perjalanan, aku terlihat Arif yang sedang mengarahkan pelajar2 di tempat letak basikal untuk segera ke dewan. Aku menghala ke arah lelaki tersebut.
"Ustaz?". Ujarku perlahan. Jelas riak terkejut di wajahnya.
"Yup?". Soalnya hairan. Berkerut dahi nya memandang aku.
"Boleh saya cakap sekejap?". Tanyaku lembut. Arif mengangguk perlahan.
Aku tunggu hingga pelajar sudah tiada membolehkan aku bercakap dengan selesa.
"Saya.. erm.. saya..".
Arif menanti.
"Er.. saya.."
"Saya apa ?". Potongnya. Aku mengetap bibir.
"Saya nak minta maaf. Saya agak kasar dengan ustaz tempoh hari ". Ujarku penuh ikhlas. Aku genggam jemari ku yang terasa kebas.
"Oh! Takde apa2 la. Saya tak kisah pun. Biasa lah tu. First time jumpa. Apa yang nak dirisaukan sangat". Terang Arif bersahaja. Dia menyilangkan tangan di dada.
"Betul ni? Saya tak hormat ustaz. Saya kan pelajar kat sini. Sepatutnya saya lebih hormat ustaz sebagai guru kat sini". Aku merendah diri. Aku tertunduk memandang tanah.
"Apa nak kisah. Saya tak masuk ke hati pun. Saya faham. Lagipun, awak dah datang minta maaf pun".
Aku berjeda. Baik sungguh hati ustaz Arif, sama seperti Ustazah Islah.
"Terima kasih ustaz". Ujarku sebelum berlalu pergi.
"Er, Nazneen!". Panggil Arif. Langkah ku terhenti.
"Arif. Panggil Arif saja". Ujarnya beserta senyuman yang tak lekang di bibir. Aku hanya memandang kosong sebelum meninggalkan Arif sendiri.
Patut ke aku memanggil dengan nama sahaja?
"Eh, Nazneen. Sihat dah ke? Fatimah kata awak taknak ke klinik".
Aku terserempak dengan Ustazah Islah.
"Saya ok je ustazah. Lagipun, dah makan ubat. Nanti baiklah pening ni". Ujarku lembut.
"Siapa sakit? Nazneen ke?". Sergah Arif dari belakang.
"A'ah! Aku dah suruh ke klinik, dia taknak. Pucat je muka tu".
Arif memandang aku lama.
"Patutla tengok lemah je. Bibir tu kering. Awak tak makan ke?". Soal Arif pula.
Sudah! Kena soal dengan polis pencen pulak!
"Mana nak makan. Setiap kali aku ajak, ada je alasan. Tak tahu la dia makan apa!". Jawab Ustazah Islah bagi pihak aku. Aku hanya diam membisu.
"Laa, mana boleh macamtu. Kena la makan. Nanti kalau dah sakit, sendiri susah tau!". Pesan Arif. Dah macam nenek je lagaknya.
"Takpe, saya ok". Jawabku lemah. Kepala kembali berdenyut dek kerana bebelan manusia dihadapanku.
"Jom! Saya bawak awak pergi klinik!". Ajak Arif ikhlas. Cepat2 aku geleng.
"Takpe! Saya nak dengar ceramah". Bidasku laju. Jangan lah disuruh lagi.
"Elok la kau bawak dia. Risau aku tengok. Takpe Nazneen, ceramah ni bila2 boleh dengar. Kalau nak sangat, saya boleh tolong rekodkan. Sekarang, awak pergi klinik". Arah Ustazah Islah tegas. Dia sudah membuat muka serius.
Matilah aku macamni!
"Takpe Ustazah, saya ok. Dah makan ubat pun". Bohong ku. Walhal, denyutan di kepala semakin kuat terasa. Aku cuba gagahkan juga berdiri. Peluh menitik disebalik tudung bawalku.
"Tak boleh la. Jangan degil, Nazneen!". Ustazah Islah membidas. Dicapai lenganku agar mengikutnya ke kereta Arif. Aku tolak pegangan tangannya. Sekejap2 aku pegang dahi.
Makin berdenyut. Ustazah menjadi dua, tiga dan akhirnya aku pengsan!
"Ya Allah! Nazneen!". Jerit mereka berdua. Ustazah Islah memapah kepalaku di riba nya.
"Arif, angkat lah dia cepat!". Arah Ustazah Islah kalut.
"Kau gila?! Takkan aku nak pegang dia! Kejap aku panggil ustazah kat dalam tu!".
"Mana ada ustazah kat dalam tu! Semua tak datang lagi! Cepat la! Darurat ni". Jerit Ustazah Islah.
Arif serba salah. Dia garu kepala yang tak gatal.
"Aku pergi panggil kejap!". Lantas Arif berlari menuju ke bilik guru. Kelam kabut dibuatnya.
Dengan bantuan beberapa orang guru wanita, aku segera dibawa menuju ke kereta. Dengan tangkas dia memecut laju menuju ke klinik berhampiran. Sampai sahaja di klinik, Arif segera memanggil beberapa orang jururawat untuk menguruskan aku.
Kini, aku tidak sedarkan diri di wad. Mujur sahaja doktor mengesahkan tiada apa2 yang teruk, cuma kurang rehat, stress dan tak makan.
Aku buka mata perlahan. Keadaan sekeliling terasa kabur dan berpinar. Seolah2 bumi sedang bergoncang.
"Nazneen? Awak dah sedar". Satu suara bergema di cuping telingaku. Aku pejam mata kembali. Ingin sahaja aku terus tidur.
"Nurse! Tolong tengokkan kawan saya!".
Suara itu kembali bergema. Aku membuka kelopak mata. Keadaan sama. Masih berpusing2 dan bergema. Aku pegang dahi ku yang berdenyut.
"Nazneen!". Entah suara siapa memanggil namaku. Aku cuba melihat. Bayangan manusia yang kelihatan ramai sekali dihadapanku.
"Nurse, macamana?".
"Jangan risau, Encik. Patient ok cuma keadaannya agak lemah. Dalam setengah jam lagi, dia pasti ok". Ujar jururawat berbangsa India. Arif hanya mengangguk.
Arif duduk bersebelahan aku. Aku dapat membau wangian itu. Wangian yang persis arwah suamiku. Aku cuba untuk bangun.
"Eh, jangan bangun! Awak kena rehat". Ujar Arif risau. Aku kembali baring. Makin lama aku makin nampak bayangan dihadapanku.
"Ustaz?". Tegur ku. Tekak terasa kering.
"Ya! Saya kat sini. Kenapa?". Soalnya cemas.
"Air".
Arif capai gelas yang berisi air kosong lalu menghulurkan kepadaku. Aku ambil lalu meneguk perlahan air. Aku pandang sekeliling. Bilik berwarna putih bersama tanganku yang ditebuk. Aku kat mana?
"Jangan fikir banyak. Awak kena rest. Tadi awak pengsan kat pondok".
"Apa? Pengsan?". Soalku sedikit kuat. Aku memegang dahi ku yang berpinar.
"Iye, pengsan. Mujur doktor kata takde apa2 yang teruk. Ni disebabkan awak kurang rehat, tak makan lepas tu stres. Doktor pesan kat saya suruh awak rehat je balik nanti. ". Terang Arif satu persatu. Aku hanya mampu memandang kosong. Kenapa mesti terhutang budi dengan lelaki ini.
"Er, saya nak tidur". Ujarku lemah. Aku cuba melelapkan mata.
"Saya ada kat luar. Apa2 panggil saya". Sempat Arif berpesan sebelum pintu bilik ditutup.
Nafasku hela berat. Aku segera teringat Aqasha.
~~~~~~~~~~~
"Assalamualaikum! Nazneen!". Tegur Ustazah Islah yang baru muncul di pintu bilik wad. Aku menjawab salam di dalam hati.
"Kamu macamana? Ok?". Soalnya risau. Dipandang wajahku lama.
"Alhamdulillah, nurse kata kejap lagi boleh keluar. Lagipun, kena masuk air je. Takde apa2 yang teruk". Terangku serentak meneguk air mineral.
"Mujurlah. Risau saya tau bila awak pengsan tadi. Jangan la jadi lagi". Ujar Ustazah Islah. Dia melabuhkan punggung di sebelahku.
"Terima kasih ya. Saya terhutang budi dengan ustazah".
"Eh, apa cakap macamtu. Awak kan dah duduk sekali dekat pondok tu, dah jadi sebahagian dari kami. Saya patut ambil tahu pasal awak, Nazneen". Ujarnya penuh prihatin. Aku hanya tersenyum malu.
"Oh ya, tadi saya cuba nak hubungi keluarga awak, tapi dalam borang kemasukan haritu, awak tak letak nombor telefon waris, jadinya saya tak dapat la nak maklumkan kat keluarga awak".
Aku terdiam seketika. Gelas aku letak di meja. Serentak muncul kelibat Arif yang baru sampai.
"Baru sampai?". Soalnya pada Ustazah Islah lalu disambut dengan anggukan kecil.
"Nazneen dah ok? Ada rasa kurang?". Soal Arif risau.
Kepala aku angguk tanda ok.
"Baguslah! Saya datang ni pun nak bawa awak balik la". Ujar nya. Aku segera menggeleng laju.
"Takpe! Ustazah ada. Saya balik dengan dia". Ujarku mengelak. Arif yang kelihatan terkejut segera tersenyum.
Ustazah Islah bertukar pandangan dengan Arif. Aku hanya diam.
"Jom la. Balik cepat boleh Nazneen rehat kat bilik". Usul Ustazah Islah. Aku mengangguk laju.
Setelah nurse memastikan keadaanku, dengan segera aku bergerak bangun. Tak betah rasanya berlama di sini. Aku mengikut langkah Ustazah Islah. Arif pula sudah jauh di depan. Aku pandang susuk tubuh lelaki itu. Saling tak tumpah seperti Aqasha. Semakin aku menjauh, semakin Engkau dekatkan aku pada kenangan itu.
"Er, bawak kereta elok2. Jumpa kat pondok ye". Pesan Arif sebelum memasuki perut kereta. Sempat dia memandang aku sekilas. Aku hanya diam tanpa membalas.
"Nazneen ok ke ni? Senyap je". Tegur Ustazah ketika di dalam perjalanan.
"Erm, saya ok je".
Suasana kembali sunyi. Aku lebih suka melayan perasaan sendiri. Puas melihat pemandangan dari tingkap kereta.
"Nazneen taknak maklumkan pada keluarga ke?". Soal nya tiba2 membuatkan aku terdiam.
"Nanti saya bagitau sendiri". Perlahan suaraku. Ingatanku menerawang memikirkan keadaan mak. Ayka rindu mak!
"Takpelah, jangan tak bagitau pulak. Nanti takut disalahkan kami pulak". Ustazah Islah bercanda. Aku hanya mampu tersenyum pahit.
"Boleh saya tanya Nazneen sikit?".
"Tanya lah. Apa dia?". Aku menoleh memandang Ustazah Islah.
"Nazneen ni sebenarnya ada masalah ke? Bukan apa, bila doktor kata awak stres, tak cukup rehat, tak makan semua, saya jadi tertanya2. Kenapa dengan awak? Ceritalah, mana tau saya boleh tolong".
Aku pandang susuk di sebelahku sayu.
"Saya ok". Hanya itu yang mampu aku ucapkan.
"Tak mungkin la. Saya boleh nampak kat wajah awak tu. Awak selalu pucat, mata sembab. Tak makan dah satu hal, tak cukup rehat pulak".
"Saya rindu keluarga, kot". Ulah ku. Aku ketap gigi kuat. Hati meronta untuk bercerita.
"Nazneen, selama mana awak tinggal kat pondok, selagi tu lah awak sebahagian dari kami. Saya cuma nak awak cerita kalau2 ada masalah yang melanda awak". Pujuk Ustazah Islah lagi. Kali ini, kereta diberhentikan di kawasan rehat air terjun.
"Saya teringat kat suami saya". Aku mula membuka cerita. Mendatar suaraku.
"Oh, kalau macamtu, kenapa tak call atau jumpa je suami awak?". Soal Ustazah Islah pula.
"Dia dah meninggal". Sebaris ayat yang membuat Ustazah Islah terduduk kaku. Penuh simpati.
"Maafkan saya. Saya tak tahu".
Aku senyum lagi.
"Saya datang sini sebab nak betulkan balik diri saya. Selama saya jadi isteri dia, saya tak pernah jadi isteri yang baik. Saya abaikan segala kata2 dia. Saya lawan dia. Saya tak pernah sekelumit pun terima dia. Sampailah perasaan sayang tu muncul, dia dah takde. Pergi tinggalkan saya. Betapa menyesalnya saya waktu tu. Saya hukum diri sendiri atas sifat bodoh saya. Semua yang jadi salah saya". Ceritaku satu persatu bersama linangan air mata.
Suasana kembali sunyi. Aku menghela nafas.
"Saya cuba move on, lupakan dia. Tapi tak boleh. Setiap saat ink asyik teringat arwah. Perasaan bersalah yang semakin menebal dalam jiwa ni". Seraya menumbuk kuat dadaku. Sakitnya hanya aku yang tahu.
"Kemudian, saya bawak diri ke sini. Konon nak lupakan dia bila kat tempat baru. And most importantly , sebab nak belajar balik ilmu Allah. Tapi, Tuhan tu Maha Hebat. Dia takdirkan saya berjumpa dengan lelaki yang saling tak tumpah perangai macam arwah". Aku terhenti berbicara. Ustazah Islah memandang wajahku penuh tanda tanya.
"Arif?". Tebaknya. Aku mampu mengangguk lemah.
"SubahanAllah! Begitu hebat takdir Allah". Hanya itu yang diungkapkan. Ustazah Islah tersenyum manis.
"Sebab tu saya seboleh nak elakkan dari berjumpa ustaz Arif. Er, saya harap ustazah rahsiakan status saya ya. Saya taknak simpati orang". Pintaku lagi.
"InsyaAllah!".
Aku menarik nafas lega. Terasa separuh bebanku hilang apabila meluahkan segalanya.
"Lega?". Soalnya lembut. Aku mengangguk laju seraya tersenyum. Tak pernah merasakan sebegitu tenang.
Terima kasih Allah, kerana mempertemukan aku dengan insan mulia ini.
"Saya sokong perubahan Nazneen. InstaAllah, moga Allah kuatkan hati awak disini. Wanita perlu kuat". Nasihat Ustazah aku sematkan di dada.
Kami bergerak pulang. Hari semakin lewat petang. Untuk pertama kali aku merasakan jiwa ku bebas dari bebanan perasaan. Perasaan memendam segala kerinduan.
~~~~~~~~~~~~~~~
Share this novel