Bab Sembilan

Romance Completed 17994

Aku buka mata, Aqasha sudah tiada di sebelah. Aku bangun dari katil dan mengikat rambut yang serabai. Mata aku tercari2 kelibat suamiku. Aku ke dapur, kosong. Begitu juga dengan ruang tamu. Tiada tanda2 kelibat Aqasha.

"Mana pulak dia ni!". Bebel aku sendiri. Aku ke dapur. Air botol mineral aku capai lalu aku teguk perlahan. Henset yang aku cas di meja tv aku ambil. Tiada sebarang mesej ataupun panggilan dari Aqasha.

Aku mula mendail nombor nya. Tak dapat. Aku campak henset ke sofa. Dalam hati dah merungut yang bukan2. Hilang pahala aku pagi2 ni!

Aku buka pintu rumah. Kereta dia juga masih ada terletak di halaman rumah. Pelik dan musykil. Mana suami aku? Disebabkan malas nak memeningkan otak, aku bergegas ke bilik air untuk mandi. Teringat janji Aqasha semalam ingin membawa aku ke satu tempat.

Selesai mandi, aku melangkah ke almari pakaian. Dress labuh bertali halus aku capai. Nice!

Takkan saya nak biarkan hak saya dikongsi oleh orang lain?

Tanganku terhenti. Aku pandang baju ditanganku. Setelah lama berfikir, aku meletakkan kembali dan mengambil baju blouse labuh lengan panjang dan jeans. Aku sarung kemas di badan. Aku ke meja solek. Seperti biasa, aku capai pelembab bibir. Aku oleskan juga compact powder dan maskara. Siap!

Aku terdengar bunyi pintu terbuka. Segera aku berlari anak ke ruang tamu. Aku lihat Aqasha sedang bersandar di sofa dengan muka yang keletihan. Peluh membasahi baju nya.

"Awak pergi mana? Tau2 je dah hilang!". Marahku. Aku duduk di sebelahnya.

"Joging!". Jawabnya sepatah. Peluh di dahi aku lap.

"Tak kejut saya pun". Rajukku. Tanganku bermain dihujung baju t-shirtnya.

"Saya nak mandi". Dia bingkas bangun meninggalkan aku. Aku terdiam. Kenapa dengan dia?

Dari sebelum mandi hingga sekarang dah masuk ke dalam kereta, Aqasha tetap diam membisu. Serba salah dibuatnya. Aku seperti tak wujud.

"Saya ada buat salah ke?". Aku pandang wajahnya. Dia menggeleng.

"Habis, kalau takde kenapa awak diam aje? Langsung tak cakap apa2".

Masih diam. Aku berdehem.

"Saya cakap dengan awak ni". Aku mula bingung. Seingatnya, aku takde sakitkan hati Aqasha.

"Ya". Hanya itu yang keluar dari mulut Aqasah. Aku cuba bersabar.

Sepanjang perjalanan, aku melayan perasaan sendiri. Jangan kata nak borak, nak pandang muka aku pun dia macam taknak. Sedih hati ni. Entah kenapa, aku sedikit terasa. Aqasha berubah. Bila aku tanya, dia diam membisu. Sudahnya, aku ambil keputusan untuk ikut rentak nya. Kereta menyelusuri jalan raya hinggalah tiba di sebuah rumah kampung.

"Dah sampai".

Aqasha keluar. Aku mengekori dari belakang. Dia terus masuk kedalam rumah kayu yang kosong itu. Tak pula aku bertanya lanjut. Manakan mungkin dia nak menjawabnya.

Setelah aku jejakkan kaki ke dalam rumah, aku seakan terpukau dengan hiasan dalaman rumah tersebut. Sungguh cantik. Walaupun dari luar nampak seperti rumah kampung, tapi dalamnya sangat mengkagumkan.

"Ni rumah arwah mak dan ayah". Aqasha mula bersuara.

"Saya jaga rumah ni sejak saya tau ni rumah pusaka. Sebelum ni, rumah ni dijaga oleh makcik Zainab. Inilah satu2 nya harta saya. Harta yang tak mungkin saya tukar ganti. Walaupun saya tak dapat nak merasa kasih sayang seorang ibu dan ayah, tapi dengan rumah ni saya rasa cukup lengkap. Sebab tu, kalau dulu saya bosan atau rasa nak tenangkan hati, sinilah tempatnya".

Aku berjalan ke sekeliling ruang tamu. Keadaan perabot masih lagi tersusun dan kemas. Tiada satu pun habuk yang melekat. Aku bergerak ke almari gambar. Aku capai satu bingkai gambar yang dah menarik minatku. Gambar keluarga Aqasha. Sama seperti yang terdapat di rumahnya. Aku tunjukkan pada dia.

"Mak dan ayah?".

Aqasha mengangguk.

"Kat sinilah saya dibesarkan, walaupun sekejap". Ujarnya sendu.

"Saya rindu ayah dan ibu. Tapi kelakar kan, saya tak pernah merasa macamana kasih sayang diorang tapi still saya rindu diorang".

Aqasha mendekati aku. Bingkai gambar yang aku pegang bertukar tangan.

"Ibu, ayah. Ni Aqasha bawak menantu balik rumah kita. Nama dia Malayka Nazneen. Menantu ibu. Dia cantik kan? Aqasha cintakan dia, bu. Aqasha taknak hilang dia. Ibu nampak kan?". Aqasha bercakap seolah2 ibunya berada di depan mata. Aku seka air mata yang menitis.

Aqasha letak kembali bingkai gambar ke dalam almari. Dia menggenggam tangan ku erat.

"Saya rindu ibu. Saya rindu ayah. Saya nak sangat jumpa diorang. Nak tengok muka diorang depan2. Bila agaknya saya dapat berjumpa, eh?". Soal Aqasha. Walaupun dia seakan bergurau, aku tetap tak selesa dengan permintaannya.

"Awak nak tinggalkan saya?". Aku bertanya serius. Wajahnya aku pandang lama.

"Awak ingat saya nak tinggalkan awak ke? Jangan risau, saya takkan tinggalkan awak. Saya cuma rindu je". Ujarnya ceria. Aku cuba mententeramkan hati sendiri.

Tanganku dibawa menuju ke bilik tidur ayah dan ibu. Masih lengkap dengan katil bertiang, almari, meja solek dan beberapa hiasan dinding.

"Ni bilik diorang. Bilik pengantin. Sebab apa saya panggil bilik pengantin? Sebab katil tu nampak romantik pada saya, macam sesuai untuk married couple". Aku senyum. Merah pipi ku saat ini.

Aqasha pandang wajahku lama.

"Kenapa pandang saya macamtu?". Soalku malu. Aku tolak wajahnya menghadap lain.

"Tak boleh ke? Nak saya pandang mana?". Soalnya pelik.

"Pandanglah dinding tu ke".

Aqasha tergelak besar.

"Dinding tak secantik awak. Hurm, Malayka, boleh saya mintak satu permintaan?".

Aku angguk.

"Boleh panggil saya dengan panggilan 'abang'?".

Aku terdiam. Panggilan yang sangat dinantikan oleh setiap pasangan berkahwin. Tak ketinggalan juga Aqasha. Dia merasa tak puas dengan panggilan yang aku gunakan sekarang.

"Abang lagi sedap dengar kot".

Aku ketap gigi.

"Bagi saya masa, boleh? Saya segan la". Ujarku malu2.

"Tapi, biar abang yang mulakan, takpe kan?".  Aqasha tak henti2 merenung wajah aku. Panas pula rasanya saat ini. Sudah lah kami berdua sahaja di dalam bilik ini. Bertambah la segan aku.

"Kenapa awak cantik sangat?".

Aku memandang wajahnya. Satu kucupan hinggap ke bibirku. Aku kaku.

"Itu sebab awak cantik sangat. Dan itu caranya untuk bercinta". Ujarnya penuh romantik. Aku terasa bagai diawangan.

Aku malu lagi. Kenapa lelaki ini tak nak berhenti menggoda aku?

"Saya nak keluar la". Aku mencari alasan. Belum sempat aku melangkah, Aqasha terlebih dahulu bertindak. Dia memegang kedua belah pipiku lalu mencium bibirku lembut. Aku terkejut. Lama kami seperti itu. Aku tak membalas. Hangat sentuhan bibir Aqasha. Aku terbuai seketika. Entah apa yang tak kena, bayangan pahit tiba2 menerjah ruang minda. Wajah pakcik Rahman menghiasi fikiranku. Aku tolak kuat dada Aqasha hingga terdorong dia ke dinding.

"Kenapa?". Soalnya dek kerana terkejut. Aku yang ketakutan hanya mampu memandang kosong. Tanganku menggigil. Aku menjauh dari Aqasha.

"Abang buat silap ke?". Perlahan2 dia cuba mendekati aku. Aku berundur.

"Salah ke apa yang kita buat tadi?". Soalnya lagi. Aku geleng kepala. Berkali2 aku memejam mata rapat, cuba mengusir wajah lelaki bangsat itu.

"Malayka?".

"Stop it!". Jerit aku sekuat hati. Aku terduduk. Kenapa dengan aku ni? Ya Allah! Suami aku tak salah.

"Sorry, saya rasa tak selesa. Maafkan saya. Boleh tak kalau saya nak rehat?". Belum sempat Aqasha menjawab, aku terlebih dahulu meninggalkannya.

Aku masuk ke sebuah bilik kosong yang tiada perabot. Aku cuba menenangkan diri. Entah kenapa aku masih tak boleh nak menerima sentuhan seorang lelaki.

"Malayka".

Aqasha muncul di muka pintu. Aku memandang dengan perasaan bersalah.

"Maafkan Ayka. Entahlah! Ayka tak tahu. Takut. Ayka just tak boleh lupa". Ujarku gelabah. Aku bersandar di dinding. Aqasha mendekatiku.

"Salah abang jugak. Abang terburu2. Sorry". Ujarnya perlahan. Aku terdiam. Berdosa kah aku kerana tak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri?

"Awak marah?".

Aqasha menggeleng.

"Saya dah hancurkan harapan awak, kan?".

Aqasha tersenyum. Dia masih menggeleng.

"Bukan salah Malayka. Abang yang salah sebab nya tak fikir dulu sebelum buat macamtu. Abang lupa perasaan awak". Bahu ku dipegang kemas.

"Boleh bagi saya masa?".

Aqasha tersengih.

"Abang risau takde masa je". Seloroh Aqasha. Aku pandang pelik. Suka benar dia cakap yang bukan2.

"Jom balik! Nanti abang bertambah rindu je kat ibu dan ayah. Oh ye! Abang ada satu lagi tempat istimewa". Suasana bertukar ceria.

"Nak ke mana?". Aqasha mengenyit mata. Tanganku ditarik membontoti dia. Tak sabar aku nak menunggu kejutan seterusnya. Masa untuk bercinta lagi.

Setelah hampir sejam perjalanan, kami akhirnya sampai ke sebuah pantai yang cantik pemandangan. Akulah orang yang paling happy sekali. Turun sahaja dari kereta, terus aku berlari meredahi pasir pantai. Aqasha mengekori ku.

"Mana awak tau saya suka pantai?". Soalku teruja. Aku hirup udara segar pantai. Indahnya!

"Ni salah satu cara nak bercinta. Hiburkan hati isteri. Abang terbaca dalam buku yang Malayka beli tu, cuma abang tukar dari hiburkan suami menjadi hiburkan isteri".

Aku tergelak kecil. Macam budak2 pun ada kami ni. Bercinta seolah2 masih remaja.

"Beli mana buku tu?".

"Kedai buku la. Patutnya awak tak payah pakai buku tu. Bukan dah hebat ke?". Usik aku pula. Aku bermain2 dengan pasir pantai yang putih.

"Oh yeke? Malayka rasa abang ni hebat ye? Kalau hebat, takdelah abang bertungkus lumus nak pikat awak".

Aku malu. Aku pandang pantai yang terbentang luas. Ya Allah, aku bahagia dengan suami ku. Janganlah kau tarik kebahagiaan ku lagi.

Lama kami berdua di pantai. Dari jalan di persisiran pantai, buat istana pasir, makan aiskrim berdua dan berkejaran seperti budak2. Harini aku belajar banyak benda dari Aqasha. Dia banyak mengajar aku tentang hidup dan kebahagiaan. Aku juga belajar bagaimana untuk bercinta. Ternyata Aqasha sangat memahami aku. Dia lah suami yang terbaik dalam hidupku. Aku bahagia.

"Abang suka peluk awak dari belakang. Sebab rambut Malayka wangi sangat". Ujarnya ketika memelukku hangat.

"Erm, baguslah kalau awak suka. Saya sudi menghulurkan belakang saya ni untuk awak peluk sampai bila2". Aku bercanda. Dia mengemaskan pelukan. Tangannya erat di pinggangku.

"Janji dengan abang awak akan bahagia selalu".

"Saya janji. Asalkan awak ada, hidup saya dah lengkap".

Aqasha senyum. Dagu ditopang ke bahu aku. Berkali2 dia mencium lembut bahu ku.

"Abang suka segala2nya tentang awak. Malayka, abang cintakan awak sampai mati". Bisiknya romantik.

Aku pejam mata rapat. Cuba merasai kehangatan pelukan dari sang suami. Angin yang bertiup kuat menambahkan lagi kehangatan antara kami berdua.

"Jangan tinggal Ayka, ya". Aqasha mengangguk. Aku bawa tangannya ke dada ku.

"Awak sentiasa di sini. Dalam hati Ayka". Lantas aku cium tangannya.

Betul kata Atika. Tak semua lelaki tercipta untuk mengasari wanita. Tapi, masih ada sebahagian lelaki tercipta untuk menyayangi dan melindungi wanita. Aku tergolong dalam golongan wanita itu. Begitu juga Aqasha, tergolong dalam golongan lelaki itu. Aku bangga.

Kami pulang ke rumah ketika malam sudah semakin lewat. Pagar aku buka perlahan, bimbang mengganggu jiran tetangga. Kasut aku susun elok. Aqasha sudah keletihan memandu dari pagi. Berkali2 dia menguap.

Aqasha terus bergerak ke katil. Tak menyempat nak tukar baju. Ngantuk sangat la tu. Aku letak handbag di atas meja solek. Aku ganti baju dengan gaun tidur. Setelah mencuci muka dan memakai toner, aku bergerak mendekati Aqasha. Dia sudah berdengkur.

Tergelak aku melihatnya. Aqasha tidur seperti bayi kecil. Selama ini, hanya Aqasha yang selalu menemani aku tidur. Selalu memerhati wajah aku bila tidur dan bangun. Hari ini, aku pula yang mengganti tugas itu. Aku duduk di sebelah suamiku. Aku amati raut wajah nya lama2. Makin hari, makin aku jatuh cinta pada dia. Ilmu apa yang dah kau bagi pada aku ni? Sampai aku tak boleh nak lupakan wajah kau!

Tangan aku merayap di kening tebalnya. Jealous dengan kening Aqasha jika nak dibandingkan dengan aku. Aku usap matanya pula. Mata Aqasha sepet macam anak cina. Bulu mata tebal kalah aku jugak. Hidung Aqasha mancung. Telinga capang. Orang kata kalau telinga capang ni, budak bijak. Mungkin betul kot! Aku usap jambang nya yang tak berapa tebal. Ini yang membuatkan aku terpaut hati dengan rupa parasnya. Mata aku tertancap pada bibir merah itu. Serta merta ingatan ku terbayang saat aku dan dia di bilik ibu dan ayah. Kejam kah aku? Suami aku dahagakan cinta dari aku. Malah, aku masih menolak.

Aku kembali tersedar. Cepat2 aku membuang ingatan tadi. Aku buka baju Aqasha dan menggantikan dengan baju tidur. Setelah selesai, aku baring di sebelah suamiku. Memandang wajahnya hinggalah aku tertidur.

                      ~~~~~~~~~~

"Sayang! Sini kejap!".

Laung Aqasha memanggil aku yang sedang membasuh pinggan di dapur. Aku cepat2 datang.

"Kenapa?". Soalku tertanya2. Dia mencapai tanganku lalu mengarahkan aku duduk di sebelahnya. Aku menurut.

"Nah! Hadiah untuk awak". Aqasha menghulurkan sebuah kotak berukuran empat segi. Aku ambil.

"Apa ni?".

"Bukaklah! Baru la tau apa kat dalam tu sayang oi!". Ujarnya riang. Aku buka reben dengan berhati2. Mana lah tau kalau2 ada katak ke dalam ni. Tak ke naya nanti!

"Cepatlah!". Dia pula yang tak sabar.

Aku campak reben ke tepi. Kotak aku buka perlahan. Sehelai tudung berwarna biru terlipat kemas. Aku pandang wajah Aqasha.

"For you. Ingat tak apa yang abang pernah cakap sebelum ni?". Dia bertanya lembut. Aku masih ingat lagi nasihat Aqasha dulu. Takkan lupa.

"Sayang pakai la tudung ni. Abang saja belikan buat hadiah. Biar tudung ni jadi penguat ikatan kita. Dengan tudung ni jugaklah permulaan hidup isteri abang sebagai isteri solehah. Abang teringin sangat tengok Malayka berhijab. Mesti lagi cantik, kan?".

Aku keluarkan tudung dari dalam kotak. Tudung bawal bercorak bunga. Memang cantik. Aqasha mengambil tudung yang dipeganganku lalu disarungkan ke kepala.

"Subhanallah! Cantiknya isteri abang". Puji nya. Tak lepas dia memandang aku sehinggakan malu dibuatnya.

"Ada2 je awak ni". Aku lurutkan tudung di kepala ku lalu aku simpan kembali ke dalam kotak.

"Sayang tak suka ke?". Soal Aqasha terkejut melihat tindakanku. Aku senyum.

"Dah, takkan saya nak pakai sekarang kot? Nak pergi mana pulak". Seloroh ku. Aqasha menepuk dahi. Aku bangun dan kembali ke dapur. Pinggan yang bersisa aku sudahkan segera.

Mungkin dah sampai masanya aku bertudung. Aku pandang sekilas suamiku yang sedang tekun menonton televisyen. Aku tak mahu menghampakan hati nya. Dalam masa yang sama aku masih berkeras untuk tidak memakai tudung. Pilihan apa yang patut aku buat?

Saya nak bawak awak masuk syurga.

Aku teringat kata2 Aqasha. Nafas ku hela berat. Aku mesti bersedia walau apapun yang jadi.

                         ~~~~~

Pagi ini seperti biasa Aqasha pasti hilang apabila aku bangun dari tidur. Aku ikat rambut yang serabai lalu menuju ke ruang tamu. Entah kenapa selalu sangat Aqasha keluar tanpa memgejutkan aku. Aku buka pintu luas. Membiarkan cahaya pagi masuk kedalam rumah. Langkah ku menuju ke dapur. Harini aku nak masak untuk Aqasha. Memandangkan hari ni cuti dan Aqasha tiada rancangan untuk kemana2.

Peti ais aku buka cuba mencari bahan2 yang tinggal. Hanya ada kangkung, kentang, sotong dan ikan kembung. Telur juga habis.

"Nak masak apa eh?". Rungut aku sendiri.

Setelah lama bertapa menghadap peti ais, akhirnya aku mengambil keputusan untuk memasak lauk sambal sotong dan kentang cheese bakar. Aku keluarkan segala barang2 yang diperlukan. Mula lagi 'silat' aku hari ini.

Aku pandang jam yang tergantung di dinding. Pukul 9 pagi. Biar lah mula awal. Perut pun dah berkoroncong.

Aku mula mengambil bawang, kupas kulit dan potong dadu. Cili giling aku letakkan di dalam blender dan belacan. Kentang aku basuh dan aku rebus dahulu. Aku jerang air untuk buat air kopi, kesukaan Aqasha.

Lepas satu, satu aku siapkan. Setelah siap lauk sambal, aku tunggu pulak kentang aku siap direbus. Jam baru pukul 10.30. Aqasha masih belum pulang. Mana pulak dia ni? Aku tinggalkan sebentar kentang dan aku capai henset. Aku mendail nombor Aqasha. Tapi, bunyi hensetnya kuat menandakan hensetnya ada ditinggalkan.

"Adoi! Mana laki aku ni!". Aku pandang henset nya yang tersadai di atas sofa. Risau pulak hati ni.

Aku letak hensetnya kembali. Aku menuju ke dapur, kentang aku angkat dan aku taburkan cheese. Aku letakkan pula ke dalam ketuhar.

Mata aku tercari2 kelibat suami aku. Mundar mandir di ruang tamu. Sudahlah henset ditinggalkan. Mana aku nak cari pula ni? Aku keluar ke pagar, mana tau aku nampak dia di sekitar taman. Tapi, hampa. Susuk tubuhnya langsung tak kelihatan.

Aku masuk semula. Henset aku capai. Aku dail nombor Atika.

Hello beb! Pagi2 call aku kenapa?

Beb, aku risau. Aqasha keluar dari pagi tak balik2.

Dia tak cakap ke pergi mana? Entah2, dia keluar la tu joging ke apa.

Beb! Lama sangat dah ni. Sebelum ni pun joging jugak, tapi time2 ni dah balik. Beb, aku risau lah!

Dari pukul berapa dia keluar beb?

Aku tak tahu . Tapi yang pasti dia keluar awal la. Aku bangun pukul 9 tadi dia memang takde kat rumah. Ni dah nak tengahari. Please beb, aku susah hati.

"Ok2, kau rilex dulu. Nanti aku cakap dengan Shazwan.

Talian aku matikan. Jam pukul 12.30. Mana dia ni! Suka buat aku susah hati macamni. Aku cuba duduk untuk bertenang. Risau bukan main. Ya Allah, lindungi suami aku.

Setengah jam berlalu, wajah Aqasha tetap tak muncul. Aku mula menangis. Mana awak pergi ni? Kelihatan Atika dan Shazwan sampai. Segera aku capai tudung yang dihadiahkan oleh Aqasha lalu aku sarungkan ke kepala.

"Beb! Macamana? Dah balik?". Soal Atika risau. Aku geleng laju. Air mata aku seka.

"Sabar ye. Aku sure dia tak pergi jauh2 lah!". Atika mengusap bahu ku.

"Dah try call dia?". Shazwan bersuara. Aku angguk.

"Dia tinggal henset. Please, saya risau sangat ni. Tolong la carikan dia. Dah pukul berapa ni. Saya tak sedap hati".

"Ok2, saya cari. Just, kalau dia dah balik make sure call saya. Sayang, I pergi dulu ya".

"Hati2, you". Atika menghantar Shazwan ke pintu. Aku duduk menunggu Aqasha gelisah. Ya Allah, mana dia pergi ni. Lindungi dia, Ya Tuhanku.

"Beb, kau rilex eh. Selawat banyak2. Insyaallah dia tak kemana la tu. Kot dia sesat jalan agaknya".

"Kau ni pun takkanlah kat kawasan rumah dia sendiri boleh sesat!". Sedikit tinggi suara aku. Aku gigit jari kuat.

"Ok2, sorry ye. Macamni, apa kata kita cuba cari dia dekat2 kawasan ini, ok?".

Tanpa berlengah, aku terus setuju. Aku capai henset Aqasha dan hensetku. Tudung aku betulkan. Dari satu lorong ke satu lorong kami lalu, tapi tetap tak jumpa kelibat suamiku. Air mata aku kembali mengalir. Jangan lah jadi apa2 dengan dia.

"Beb, dah semua laluan kita lalu. Takde langsung nampak kelibat dia. Dia takde call?". Soal Atika sambil menyekat peluh di dahi.

"Takde". Lemah suaraku. Bagaikan hilang separuh dari nyawaku.

"Sekarang dah pukul 3. Kau rasa dia pergi joging lama macamni ke?". Aku mula hilang sabar. Mata aku meliar memandang kawasan sekeliling. Aqasha, mana awak?

Atika mengeluh. Risau pula melihat kawannya sebegini.

"Ok macamni, kita balik dulu. Mana tau Shazwan ada jumpa dia". Ajak Atika. Aku lap peluh di dahi seraya mengangguk. Langkah aku percepatkan ke rumah. Aku lihat Shazwan berdiri di pintu pagar.

"Macamana? Ada jumpa?". Kalut aku bertanya. Shazwan menggeleng kepala.

"Ya Allah! Mana dia ni?! Aqasha, mana awak!?". Jerit aku kuat. Dahi aku picit kuat.

"Beb, sabar!". Atika memaut lenganku. Aku dah tak boleh sabar lagi. Aku kena cari suami aku!

"Beb, kau nak pergi mana?!". Jerit Atika. Aku hiraukan panggilan dia. Aku terus melangkah menuju ke setiap lorong, jalan dan rumah. Aku pasti akan jumpa suami aku!

"Beb, tunggulah dulu!".

Aku berlari anak menuju ke jalan raya. Aku jerit nama Aqasha berulang kali. Berharap dia menyahut panggilan aku.

"Beb! Sabar la! Kau tak boleh macamni. Kita tunggu dulu kat rumah". Ajak Atika.

"Tunggu kat rumah? Itu suami aku, Tika! Takkan aku nak biar dia entah kat mana2!". Tengking aku. Atika mengeluh.

"Malayka, saya rasa baik kita tunggu dulu. Kalau dalam masa dua jam dia still tak balik, kita report polis. Haa, awak ada call makcik Habsah? Mana la tau Naz ada kat situ". Cadang Shazwan. Aku terdiam. Hampir aku lupa nak bertanya pada mama.

Aku dail nombor mama. Seelah beberapa minit, talian berangkat. Aku tanya keberadaan Aqasha, tapi jawapan yang aku dapat hampa. Aqasha dah lama tak ke sana. Suara mama kedengaran risau. Aku ceritakan apa yang telah terjadi. Terkejut bukan kepalang mama mendengarnya. Mama segera memutuskan talian.

"Takde. Aku takut, beb! Macamana kalau jadi apa2 kat dia? Aku nak suami aku". Rintih aku sayu. Atika memeluk aku erat sambil cuba menenangkan.

"Malayka, kita balik dulu ya? Kita tunggu dalam masa dua jam ni". Pujuk Shazwan lagi. Berat hati aku nak mengikut kata2 Shazwan, tapi aku harus berfikiran rasional.

Kami pulang ke rumah. Aku duduk di sofa dengan hati yang risau. Segala lauk yang aku masak aku biar sahaja. Kusut kepala aku saat ini. Mata aku tak henti2 memandang henset takut2 kalau ada panggilan dari Aqasha.

Seminit.

Setengah jam.

Satu jam.

Dua jam.

"Shazwan! Apa yang kita nak tunggu lagi ni? Dah pukul berapa ni? Dah nak malam! Jom la kita cari dia!". Rayu aku. Aku sudah tak betah duduk. Hati aku meronta2 nak keluar.

"Ok macamni. Saya cari area taman sebelah. Awak dan Atika cari area sini. Tika, you drive ea. Nanti apa2 call I". Pesan Shazwan. Atika mengangguk seraya mengambil kunci kereta. Kami keluar berasingan.

Di dalam kereta, mulut aku tak henti berzikir. Aku tak mahu memikirkan yang bukan2. Sekejap2 aku toleh ke kiri dan kanan. Mencari susuk tubuh Aqasha. Setiap jalan sudah kami lalui tetap tak jumpa.

"Beb, aku tak rasa husband kau ada kat area2 sini". Ujar Atika sambil menumpukan perhatian kepada pemanduan.

"Kau jangan cakap yang bukan2, boleh tak? Ada! Dia mesti ada. Aku tau dia ada!". Ujarku sendu. Aku seka air mata yang mengalir.

"Beb, berhenti sekejap. Kita pergi kat area sana tu". Ajak aku. Kawasan taman tinggal yang sedikit gelap.

"Beb, gelap la. Takkan la Aqasha kat situ pulak".

"Kau taknak sudah!". Ujarku seraya turun dari kereta. Aku tekad. Walau apapun yang berlaku, aku akan cari sampai jumpa.

Aku redah jalan yang sudah usang. Kawasan gelap, tiada lampu jalan yang menerangi tempat ini. Aku pusing mengeliling kawasan taman. Tak ketemu.

"Beb, jom la balik. Kita cari kat tempat lain, ye?". Pujuk Atika lagi. Aku geleng kepala.

"Aku taknak! Tu, hujung sana tu tak pergi lagi!"  Marah aku.

"Beb! Cuba dengar cakap aku! Jangan nak ikut kepala degil kau, boleh tak?!". Marah Atika. Aku terkedu dimarahi. Aku pandang wajah Atika.

"Dia ada dengan aku semalam. Dia ada dengan aku semalam". Rintihku sayu. Atika peluk aku erat.

"Sabar beb. Aku akan carikan. Tapi, sekarang ni dia takde. Kita balik, ya?".

Aku menangis lagi. Mana aku nak cari dia ni?

"Balik, ya? Taknak la nangis macamni. Doa banyak2". Pujuk Atika. Air mata aku diseka.
Aku ikut langkah Atika ke kereta.

Belum sempat Atika menghidupkan enjin, henset Atika berbunyi. Shazwan.

Macamana yang? Dah jumpa?

Aku menanti penuh debar. Aku pandang wajah Atika yang diam. Lengannya aku pegang kuat.

Ok you! I balik sekarang.

Henset dimatikan. Aku pandang Atika.

"Macamana, beb? Dia dah jumpa laki aku?". Soalku tak sabar. Atika diam. Hanya pandang orang lama.

"Aku tanya ni! Kenapa kau pandang aku macamtu! Dia dah jumpa laki aku ke?". Soalku lagi. Lengannya aku tarik berkali2.

"Dah. Jom, kita balik". Mendatar suara Atika.

Aku mengucap syukur. Akhirnya Aqasha ditemui. Mana awak pergi? Awak merajuk ke? Saya ada buat silap ke? Sampai hati awak buat saya macamni! Aku tak boleh berhenymti senyum. Aku rindu suami aku. Aku nak jumpa dia sekarang.

"Cepat la, Tika! Lambat la kau ni!". Marahku. Atika hanya diam. Dia langsung tak memberi respon.

Aku tunggu dengan sabar. Sampai sahaja kereta di rumah, aku lihat Shazwan sedang menunggu di pintu pagar. Ada mama jugak. Ada apa ni? Aku turun berlari masuk.

"Mana Aqasha? Dia mana?". Soalku bertubi2 setelah dihalang oleh Shazwan. Aku tarik tanganku dari pegangannya.

"Malayka, saya nak awak sabar, ya?".

"Apa benda? Sabar apa?! Dah la, saya nak masuk!". Terus aku meluru masuk langsung tak hiraukan mama yang memandang.

Sampai sahaja di muka pintu, aku jerit nama Aqasha. Tapi, dia tak menyahut. Aku lihat dia sedang baring baring sofa.

"Awak! Mana awak pergi?! Kenapa tak cakap nak keluar?!". Marahku. Aku pukul2 lengannya.

Aqasha tak jawab.

"Awak! Takkan la ngantuk sangat? Buka lah mata tu! Awak pergi mana?". Soalku lagi. Aqasha tetap diam kaku.

Aku pandang Shazwan yang sedang menangis. Aku lihat mama juga sedang menyeka air mata.

"Shazwan! Kenapa dengan dia? Kenapa dia tak bercakap dengan saya? Mana awak jumpa dia?". Soalku perlahan. Aku mula rasa takut.

"Malayka, awak sabar ye. Aqasha dah takde. Saya jumpa dia terbaring kat lorong sunyi. Saya sampai je, nadi dia dah lama berhenti". Sayu suara Shazwan. Tertunduk menangis.

Aku pandang tajam.

"Kau cakap apa ni?! Kau cakap apa ni?!". Tengking aku kuat. Atika segera mendapatkan aku. Dia peluk aku erat sambil menangis.

"Beb, sabar! Jangan la macamni. Tak elok la".

Aku tolak Atika kuat. Aku pandang wajah Atika juga. Tajam.

"Kau memang kejam kan? Saja nak pisahkan aku dengan suami aku!".

"Ya Allah! Mengucap Ayka. Jangan macamni".

Aku diam. Turun naik nafas aku. Jantung aku berdegup laju. Aku pandang wajah mama. Kemudian, muncul mak di muka pintu.

"Apa semua ni? Game apa yang korang main ni?". Terketar2 suara aku.

"Malayka, Aqasha dah takde, nak". Ujar mama sayu.

Terasa bagai bumi menghempap tubuhku. Aku pusing menghadap Aqasha yang terbujur kaku. Apa semua ni?

Aku goncang tubuh Aqasha. Berkali2. Aku panggil nama dia berulang kali. Aqasha masih diam. Bibirnya pucat. Aku pegang wajah nya dengan kedua belah tanganku. Sejuk sekali.

"Awak! Bangun la! Saya panggil ni". Panggil aku teresak2. Aku seka air mata yang berjuraian.

"Aqasha. Bangun lah!". Aku panggil lagi. Kali ini , aku goncang kuat badannya.

Masih tiada respon. Ya Allah, apa yang kau ingin uji aku lagi?

"Awak! Please bangun. Jangan buat saya macamni. Saya dah masakkan untuk awak tau. Lauk special! Awak kan suka saya masak. Bangunlah!". Ujarku lagi. Suara tangis disekeliling, langsung tak ku hiraukan. Aku genggam tangan kaku Aqasha lalu aku kucup lembut.

"Awak! Please la bangun! Jangan la buat macamni! Tak kelakar la!". Sedikit tinggi suara aku. Aku pandang wajahnya. Aku tepuk2 pipi Aqasha.

"Nak, jangan macamni. Kesian jenazah tu". Ujar mak.

"Ni bukan jenazah! Ni Aqasha, suami Ayka! Tolong la kejut dia!". Rengek aku kepada Shazwan.

"Tolong la Shazwan. Awak kan kawan dia! Mesti dia dengar cakap awak!". Pujukku. Aku pegang tangan Aqasha kuat.

"Beb, dia dah takde. Kau kena terima hakikat".

"Hakikat apa?! Apa korang cakap ni!? Jangan nak pandai2 pisahkan aku dengan suami aku!". Jerit aku kuat. Semakin galak Atika menangis. Mama juga begitu. Aku datang dekat pada mama.

"Kenapa mama nangis? Mama kejut la Aqasha bangun. Kenapa dia taknak bangun tu?".

Mama pandang wajah aku dengan penuh sendu. Aku pegang tangan mak. Ya Allah, apa yang ingin kau tunjukkan padaku?

"Sayang, dengar mama cakap ni. Aqasha dah tak ada. Ayka kena tabah. Jangan macamni, nak". Pujuk mama.

Aku terdiam. Tangan mama aku lepaskan. Aku berundur setapak ke belakang.

"Mama tipu kan? Mama tipu Ayka kan?". Soalku dengan air mata yang laju mengalir. Menggigil tanganku saat ini. Jantung aku berdebar laju.

Mama geleng lambat2. Aku tergelak.

"Tell me yang semua ni tipu". Perlahan suaraku. Aku pandang satu persatu wajah2 dihadapanku. Mereka semua menggeleng. Aku merapati suamiku.

"Awak pergi tinggal saya? Berani awak pergi tanpa saya? Mana janji awak? Kenapa biar saya sorang2? Sampai hati awak! Awak dah janji nak jaga saya. Saya tak sempat nak balas jasa awak. Kenapa awak pergi tanpa bagitau dulu?". Aku pejam mata rapat. Air mata tak berhenti mengalir. Hujan juga turun membasahi bumi seolah2 menangisi bersamaku.

"Ayka, jangan macamni, beb". Atika memelukku. Aku terdiam. Mata ku tak lepas memandang Aqasha.

"Baru semalam saya tatap wajah awak puas2. Harini awak tinggalkan saya". Lemah kaki ku. Aku terjelopok ke lantai. Mindaku tak dapat nak mencerna apa yang dah jadi. Sekelip mata berubah.

Tuhan uji aku lagi.

Tuhan uji aku lagi.

Semua yang datang menangis. Aku? Tak mampu nak menangis lagi. Aku pukul kuat dada ku. Sakit sangat. Kenapa mesti dia tinggalkan aku? Kenapa? Apa salah aku? Apa dosa aku? Aku tak sempat nak memanggil dia 'abang'. Aku tak sempat nak membalas jasa suamiku.

"Awak! Bangun lah. Tengok la isteri awak ni. Saya pakai tudung yang awak hadiahkan. Awak kan nak tengok saya pakai tudung ni". Ujarku lemah. Aku pandang tubuh Aqasha yang terkulai layu.

Lama aku terduduk di situ.

Perlahan2 aku bangun sambil berpaut pada Atika. Aku pandang wajah Shazwan.

"Panggilkan orang, uruskan jenazah". Aku terus bergerak ke bilik.

"Beb, kau nak pergi mana tu?".

Aku diam. Aku kunci pintu bilik. Dada aku terasa sakit sangat. Aku tak mampu nak menangis. Aku tak mampu nak meraung lagi. Aku pandang sekeliling bilik. Kosong.

"Ab..". Aku sendu.

Aku nak sebut panggilan tu, tapi suara aku tersekat di kerongkong.

"Ab...".

Aku jerit sekuat hati. Aku tak boleh nak sebut panggilan keramat itu. Aku tak boleh nak keluarkan suara.

"Ya Allah!". Rintih aku. Berkali2 aku pukul dada yang teramat sakit. Aku cuba bernafas dengan lancar, tapi seakan tak sampai. Kenapa dengan aku ni!?

Aku bergerak menuju ke katil. Bantal yang sering digunakan Aqasha aku capai lalu aku peluk dengan kuat. Bau perfume masih melekat lagi. Aku rindukan bau ini setiap hari.

Knok! Knok!

Aku tersedar dari lamunan. Bantal aku letak kembali ke tempatnya. Mata masih tertancap pada katil. Seakan terbayang susuk tubuh Aqasha di situ. Ya Allah! Susahnya melupakan.

Pintu berbunyi lagi. Aku menarik nafas sebelum bergerak ke pintu. Perlahan2 aku buka pintu bilik dengan hati yang sangat sedih. Wajah mak terpacul di muka pintu. Telingaku menangkap bunyi suara2 yang sedang membaca yassin.

"Ayka tak nak keluar ke, nak?".

Aku diam. Tiada lah daya ku untuk mengharungi ujian ini.

"Jom, tak elok duduk terperuk dalam ni. Ayka kena kuat. Berdepan dengan segala yang dah jadi". Ujar mak lagi. Kali ini, aku pandang wajah mak yang sayu.

"Kalau Ayka keluar, dia boleh bangun balik ke?".

Mak tercengang mendengar soalanku.

"Mengucap, nak! Jangan macamni. Aqasha milik Allah, jadi dia perlu pulang menghadap Allah, sama jugak dengan kita nanti". Nasihat mak sendu.

Ya Allah! Kenapa dengan aku ni!

"Mak, Ayka tak kuat. Ayka takut kalau Ayka tak boleh nak hadapi semua ni. Mula2 ayah, lepastu Aqasha". Ujarku sedih.

Mak tertunduk.

"Ini nama nya Allah sayang kamu. Kamu kena kuat. Jangan lemah. Berdoa banyak2 kat Allah, ya?".

Aku mengela nafas. Aku kena kuat demi diri sendiri.

Mak genggam tangan aku seraya membawa aku ke luar. Aku pandang orang sekeliling yang datang. Rata2 nya memandang aku sedih seolah2 aku ini perempuan malang. Aku pandang tubuh kaku Aqasha. Tenang sungguh wajah itu. Begitu bersedia untuk meninggalkan dunia ini dan.. aku.

Aku duduk bersimpuh di sebelah mak. Buku yassin diberikan kepada aku. Aku hanya mampu pegang erat.

Nanti saya ajar awak mengaji. Biar awak boleh bacakan yassin kalau saya dah takde nanti.

Kata2 Aqasha masih berlegar di minda. Semakin erat aku pegang buku Yassin. Adakah itu petanda buat aku?

Saya tak suka tengok awak menangis, jadi jangan menangis. Hati saya risau.

Aku pejam mata rapat. Kenapa aku tak mampu usir sedikit pun kenangan bersama suami aku? Mungkin aku dah gila agaknya?

"Awak, kenapa pergi tinggalkan saya?". Rintihku di dalam hati.

"Ayka, pak imam cakap jenazah ni elok dipercepat kebuminya. Dalam pukul 10 bolehlah. Awak ok ye?". Soal Shazwan yang duduk dihadapanku.

Aku tak mampu nak membuat keputusan. Cepat nya Aqasha akan pergi tinggalkan aku. Aku pandang wajah Shazwan sekilas.

"Ikut la. Mana yang terbaik". Lemah suaraku. Aku tertunduk menghadap yassin. Aku tak mampu nak buat semua untuk Aqasha waima membacakan yassin untuknya. Isteri apa aku ni, Allah?

"Er, saya dah mintak orang surau untuk solatkan dan buat tahlil. Erm, kalau ada apa2, bagitau lah saya". Ujarnya sebelum pergi.

Aku dah tak mampu nak mencerna segala ayat2 Shazwan. Aku dekatkan diri aku pada tubuh Aqasha. Aku letakkan tanganku diatas tangan kaku Aqasha yang sudah di balut kain kafan. Wajahnya yang tenang seakan mendamaikan hati.

"Awak nak pergi dah? Taknak tunggu lagi?".

"Awak pergi nanti, siapa yang akan teman saya?".

"Awak, taknak bangun ke tengok saya untuk kali terakhir?".

Soalan yang terbiar sepi di dalam relung hati. Aku akan rindukan wajahnya. Aku akan rindukan perlindungannya. Sekonyong2 perasaan ku saat ini terpaksa aku gagahkan juga. Mak memeluk erat lenganku. Mama tak henti memberikan kata penguat.

Lama aku duduk diam disitu. Air mata yang berjuraian aku kesat untuk kali yang entah ke berapa. Nafas ku hela perlahan. Untuk kali yang terakhir, dahi Aqasha aku kucup lembut tanda perpisahan yang sementara di dunia.

Ya Allah, temukan kami di syurgaMu.

"Mak, boleh la kebumikan. Tak elok biar lama2". Jawapan aku mengundang reaksi terkejut mak.

"Er, kamu tak apa2 kan?". Soal mak kembali. Kepala ku lantas mengangguk perlahan. Entah aku sendiri tak pasti apa benar kekuatan ku ini untuk saat ini cuma atau selamanya.

"Er, yelah! Mak panggilkan ustaz".

Mak bangun mencari kelibat pak imam yang akan menguruskan urusan pengebumian. Tinggal aku sorang diri disudut dinding bersama kenangan yang aku genggam bersama. Alunan zikir dan kata2 nasihat oleh Atika hanya dibiarkan singgah sebentar di cuping telinga.

Aku lihat satu persatu urusan pengebumian sehingga apabila jenazah sudah siap diletakkan didalam keranda dan diangkat. Aku tetap tak mampu menangis. Anak mataku berbalam2 melihat segalanya di depan mata. Adakah ini realiti yang terpaksa aku telan? Aku buntu.

Langkah pertama.

Jenazah Aqasha pergi.

Langkah kedua.

Semakin jauh dari aku.

Dan akhirnya pergi meninggalkan aku sendiri di rumah. Aku sembamkan wajahku ke pelukan Atika. Sungguh, aku tak kuat lagi. Dunia aku kini suram tanpa cahaya dari sang suami. Jangan kan nak mengikut ke tapak perkuburan, melihat dari sini sahaja cukup membuatkan selurih anggota badan lemah selemahnya.

Atika setia di sisi aku. Diusap lembut bahu agar aku bisa tenang dalam menghadapi ujian dari Tuhan.

"Kau nak aku teman malam ni?". Soal Atika lembut. Lama soalannya aku biar tak berjawab.

"Ayka?". Soalnya kembali. Kali ini dileraikan pelukan antara kami.

"Takpe, aku nak sendiri. Kau balik lah. Kesian kau mesti penat. Aku boleh jaga diri sendiri". Jawabku dengan suara yang lemah.

Aku hanya mendiamkan diri di sisi Atika. Ucapan takziah silih berganti dari kunjungan yang hadir. Aku hanya mampu tersenyum pahit. Tak ku hiraukan langsung siapa atau betapa simpatinya mereka pada aku. Fikiranku hanya kepada Aqasha.

Setelai selesai urusan pengebumian, saudara mara dan jiran tetangga mula beransur pulang. Aku juga semakin letih dek kerana seharian menangis dan juga berlapar. Tinggallah Atika, Shazwan, mak dan juga mama menemani aku. Tanganku masih erat memegang yassin.

"Ayka, jom la makan. Dari tadi kau tak makan. Nanti perut masuk angin". Pelawa Atika yang sedang menatang dulang berisi nasi dan lauk. Aku pandang sepi.

Kepala aku lemah menggeleng.

"Terima kasih, tapi aku tak lapar".

Atika mendengus. Dia lantas meletakkan dulang makanan di hadapan aku. Pinggan berisi nasi diisi dengan lauk sup cendawan lantas menghulurkan sudu untuk aku guna.

"Jangan degil! Kau kena makan. Kalau kau terus macamni, kau sakit nanti. Kau suka ke badan lemah lepastu tak kuat macam dulu? Kau ingat Aqasha suka tengok kau macamni? Jawab lah aku! Ingat Ayka, yang pergi tetap pergi. Kita yang tinggal wajib teruskan perjalanan hidup ni!".

Atika melepaskan geram. Dia duduk bersila didepanku.

"Aku tak lapar". Ayat yang sama aku ulang.

"Kau ni kan! Aku tak tahu nak cakap apa lagi! Suruh makan pun susah. Aku taknak kau sakit, beb". Sendu suara nya. Aku hanya mampu memandang sudu di tangan.

"Kenapa ni?". Soal Shazwan pula. Dia melabuhkan punggung dia sebelah Atika.

"You tengok la Ayka ni. I suruh makan je, itu pun susah sangat. I taknak dia sakit sebab ingat kat Aqasha tu. You cakap la dengan dia ni. I dah tak tau nak cakap apa!". Rungut Atika seraya berlalu pergi dengan hati yang sedih.

Shazwan memandang aku. Aku hanya tersenyum pahit.

"Saya tau awak rindu dia. Tapi, kesihatan kena jaga". Shazwan memulakan bicara.

Aku menghela nafas berat.

"Awak tak faham".

Shazwan mengerutkan dahi.

"Apa yang saya tak faham?". Soalnya kembali.

Nasi dipinggan aku kuis dengan sudu. Butiran nasi di pinggan langsung tak menarik minat.

"Saya dah hilang orang yang begitu memahami saya". Aku meluahkan rasa. Pandanganku kembali kabur dengan air mata.

"Istighfar. Saya percaya dia tentu taknak awak jadi macamni".

"Saya tahu". Sepatah jawapanku.

"Ayka, kita hidup ni hanya sementara je. Allah Taala pinjamkan Aqasha dalam hidup awak pun sementara je. Jadi, kita sebagai hamba kena sentiasa redha". Ikhlas ucapan yang diungkapkan.

"Tapi, awak tak faham apa yang saya lalui". Mendatar suaraku.

Nasi aku pandang sayu. Diriku ini hanya bertemankan linangan air mata yang tak berkesudahan. Malamku ini sepi. Sepi seorang perindu.

                           ~~~~~~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience