Sudah sebulan aku terperap didalam rumah. Bosan jugak sorang2 macamni. Sejak kes di kedai makan tu, aku dah jarang mesej Atika. Malu sebenarnya. Aku sedar salah aku. Tapi, apa boleh buat ego lebih tinggi dari perasaan bersalah. Atika pun takde nak mesej atau call aku. Rutin aku kembali membosankan. Bangun, tengok tv, makan, tidur. Kalau nak keluar pun, pergi taman mainan depan rumah. Tengok kanak2 bermain sedikit sebanyak menghilangkan kebosanan. Kebetulan sekarang ni pun makcik Habsah tiada di rumah. Sudah dua minggu ikut anak sulung nya duduk di Kuala Lumpur.
Harini aku masak ikan pari asam pedas. Fikiran aku terus teringat mak. Lauk kegemaran mak. Aku kuis2 lauk di dalam mangkuk.
"Maafkan Ayka, mak". Ucapku perlahan. Air mata aku seka. Kalau bukan sebab ayah, pasti aku dah balik ke rumah. Tapi, selagi ayah tak minta maaf, aku takkan jejakkan kaki aku lagi kesana.
Loceng rumah berbunyi, aku segera berlari anak ke pintu melihat gerangan yang datang.
"Atika?". Perlahan suaraku. Kelihatan Atika sedang berdiri menunggu dengan dress labuhnya. Aku tersenyum. Tak boleh marah lama2 kan.
"Hai beb!". Sapa aku riang. Atika hanya tersenyum pahit.
Aik, takkan marah lagi?
"Kenapa beb? Ada hal apa? Rindu aku ke?". Soalku lagi.
"Aku datang nak bagi ni je. Takde masa nak rindu kau". Ujarnya seraya menghulurkan sekeping kad berwarna putih.
Aku mengambil. Terpinga2 nelihat nama dan nombor telefon yang tertera di atas kad.
"Untuk apa, beb?". Soalku hairan. Wajahnya aku pandang lama.
"Lupa ke? Ni lelaki yang aku nak kenalkan kat kau tu. Kau kan terima sangat cabaran aku. So, kenal2 la dengan mamat ni. Nice guy. Mana tau elok perangai kau tu". Perli Atika habis-habisan. Tangannya mengelap peluh yang menitik di dahi.
"Pandai buat lawak kau ni! Nah, ambil balik. Aku taknak. I mean, aku tarik balik apa yang aku cakap tu". Ujarku seraya menghulurkan kembali kad itu kepadanya.
"Eh, jangan nak mengada2. Untuk kebaikan kau. Tolong kali ni je dengar cakap aku. Kau ambil kad ni, contact dia. Dia memang dah tau pasal ni. Jangan tanya aku mana aku cari mamat ni. Just anggap je pertolongan aku untuk kau. Aku nak kau berubah. Ni je cara yang sesuai pada aku. Ok la. Aku nak balik ni. Kejap lagi nak jumpa student. Jaga diri. Bye beb!" Ujar Atika terus meninggalkan aku sendirian.
Aku mencebik.
"Ingat aku takut ke? Esok pun boleh kahwin tunjuk kau!". Terus aku melangkah masuk dengan persaan sebal.
Kad aku campak atas meja. Remote aku capai menukar siaran yang best. Sekejap2 aku memerhati kad putih itu.
"Macam best jugak! Biar aku balas dendam kat laki tu. Paling kurang, lega jugak hati ni. Dah kau nak sangat kan. Kau ingat aku macam perempuan lain? Sorry to say lah!". Aku mula tersenyum sinis. Agenda seterusnya sudah tersemat didalam kepala. Nasib kau la!
~~~~~~~~~~~~
"Naz, kau dah contact belum perempuan tu?". Soal Shazwan ketika mereka keluar makan tengahari di sebuah kedai makan. Aqasha menggelengkan kepala.
"Adus! Awat belum? Masak lah aku si Atika tu bebel lagi. Dia siap warning lagi suruh ingatkan kau. Cepat2 la wei". Ujarnya geram. Air teh dihirup perlahan.
"Jap, aku macam tak boleh la. Kau cari orang lain la". Bidas Aqasha. Hatinya memang tak senang bila memikirkan idea gila ini.
"Dah pulak! Kau jangan la. Haritu kau yang suruh bagi nombor telefon siap. Ni, nak cancel pulak". Marah Shazwan. Dipandang wajah Aqasha yang kusut.
"Aku macam tak sedap hati la. Takpe, biar aku jumpa awek kau. Aku terangkan everything ".
Belum sempat Shazwan bercakap, Atika yang ternampak mereka berdua segera menyampuk.
"Hy guys! Eh, macam kenal la awak ni. Er..".
"Ni lah Nazrul, kawan I. You buat apa kat sini?". Soal Shazwan terkejut. Dia mempelawa Atika duduk di sebelahnya.
"Nazrul? Macam bukan je. Kita pernah jumpa la rasanya. You ni bukan Aqasha ke?". Soal Atika hairan. Berkerut2 muka cuba mengingat wajah di depannya.
"Yup! Aqasha. Nazrul Aqasha. Awak ni Atika kan? Kawan Malayka? Oh, ni la awek kau!". Usik Aqasha. Tersengih2 dia memandang Shazwan yang tersenyum manis.
"Yelah! Ni la kawan perempuan tu! Awek aku punya bestfriend! Malayka Nazneen!".
"Jap2, Malayka Nazneen? Siapa?". Aku pula yang seakan tak faham. Siapa Malayka Nazneen? Kawan Atika yang mana?
"Nazneen tu, Malayka la. Nama dia Malayka Nazneen. Awak cuma kenal dia as Malayka sahaja. Saya la yang minta tolong awak tu". Wajahnya penuh pengertian.
"So, perempuan yang Shazwan cerita tu, Malayka, kawan awak tu? Yang saya jumpa haritu?". Soal Aqasha terkejut. Tak sangka kecil dunia ni. Rupa2 nya dia kenal wanita yang disebut2kan.
"La, kau dah kenal la ni? Sia2 jelah aku jadi orang tengah! You apasal tak cakap dengan I awal2?". Seloroh Shazwan. Sempat Atika mencubit manja lengan teman lelakinya.
"Dah2! Tak payah kau orang nak sweet2 sangat depan aku!". Sakat Aqasha. Air teh kembali di teguk. Senyuman perlahan2 terukir di bibir.
"Tu dah kenapa senyum sorang2 tu? Haa, aku syak kau suka minah tu kan?". Tebak Shazwan. Kali ini berubah air muka Aqasha. Terkedu seketika.
"Er, mana ada! Suka hati je! Aku baru je jumpa dia sekali. Tu pun bukan nya kenal pun.". Tergagap Aqasha menjawab. Gelabah pula tiba2.
"You ni! Jangan la usik2 dia. Sian kawan you ni. Er, jadi nya boleh la awak terima idea saya tu? Saya harap sangat awak dapat tolong saya". Ujar Atika perlahan. Dia memandang Aqasha sayu. Mengharapkan Aqasha menerima idea nya.
"Er, dia bermasalah?". Soal Aqasha kembali. Ingin kepastian.
Atika angguk.
"Nasihat saya langsung dia tak hiraukan. Dia makin ego. Ayah dia pun dia buang macamtu je. Saya risau dia jauh tersasar". Ada nada sedih dalam suaranya. Aqasha mengangguk faham.
"So, macam mana bro? Aku dah kata kau je boleh tolong". Shazwan menyampuk. Atika turut mengangguk.
"Walaupun saya hanya dengar cerita pasal awak dari Shazwan, tapi hati saya kuat kata awak boleh ubah Ayka. Tolong tunjuk kat dia yang selama ni dia salah". Ujar Atika bersungguh. Shazwan memandang Aqasha yang hanya diam sejak tadi. Sekejap2 dia mengeluh berat.
"Saya tak boleh nak janji saya mampu ubah dia. Tapi, saya cuba. Er, dia setuju ke terima saya?".
Shazwan gelak besar.
"Kau ingat ni rancangan realiti ke main terima tak terima? Jumpa dia dulu, bro. Bincang la apa patut. Adoi!". Seraya menepuk dahi. Tergelak Atika melihat gelagat teman lelaki nya dan Aqasha.
Dia pandang wajah Aqasha. Tenang raut wajah itu. Dia berdoa moga2 inilah suami yang terbaik untuk Malayka.
"Nanti lah aku jumpa dia. Hurm, ni sekarang giliran kau pulak! Sejak bila kau date dengan Atika ni? Apesal aku boleh tak tahu apa2? Baik kau cerita cepat!". Desak Aqasha. Dia acah2 melayangkan penumbuknya.
"Bro, rilex la. Nak buat macamana, cinta datang tanpa diundang! Ceh!". Tergelak besar Shazwan dan Aqasha. Atika pula sudah menahan malu. Berkali2 dia menepuk lengan Shazwan.
"Pergh ayat kau! Bersemut tuh! Takpe2, saya izinkan awak ambil kawan saya ni. Jaga dia elok2. Dia ni bukan boleh percaya!". Seloroh Aqasha. Atika hanya mengangguk seraya tersenyum manis.
"Kau pun, malu la aku! Nanti dia ingat aku ni apa pulak".
"Kenapa? You ada apa2 yang pelik ke?".
Shazwan ternganga. Lain macam soalan.
"Hai yang, lain benar soalan tu. Ingat I ni apa? Dah2, you jangan dengar Naz ni merepek. Sampai ke sudah tak habis. You nak makan apa ni? I order". Ujarnya lembut. Menu dihulur kepada Atika.
"You belanja? I nak spaghetti la. Teringin pulak. I tak boleh lama2 ni, ada meeting. You tak join ke meeting tu?". Soal Atika pula. Menu diletakkan ditepi. Shazwan hanya menggeleng sebelum membuat pesanan.
"Dengan pensyarah dari Indonesia tu? I ada dengar, tapi takde nama I pulak".
Aqasha hanya mendengar celoteh dua orang rakan dihadapannya. Dia sudah dapat mengagak pekerjaan Atika.
"Bila kenal bro?". Soal Aqasha tiba2. Shazwan meleret senyum.
"Lama tak lama la. Aku usha lama dah cuma dia la baru terima aku". Ujarnya segan. Malu2 kucing la katakan!
"Congrats la. Aku doa sampai ke jinjang pelamin. Jangan lama2 usung anak dara orang. Tak elok, Li". Pesan Aqasha serius. Dia memang kurang gemar melihat pasangan yang bercinta lama2, sudahnya putus ditengah jalan. Kalau dah suka, terus je kahwin. Habis cerita.
"Yes boss! Nanti aku pertimbangkan". Shazwan bercanda.
Pesanan makanan Atika akhirnya sampai. Mereka meneruskan menjamu selera sambil bergelak tawa. Akhirnya terbongkar rahsia percintaan Shazwan dan Atika. Sebagai kawan, dia turut merasa bahagia.
~~~~~~~~~~~
Jam menunjukkan pukul 9 malam. Aqasha hanya melepak di rumah sewa sahaja. Nak keluar, Shazwan pula ada banyak kerja nak disiapkan. Nak tak nak, duduk terperap saja lah di rumah. Dia yang baru sudah solat terus mengambil tempat di hujung kaki katil. Quran dicapai lalu dibuka ke helaian yang terakhir dibaca.
Hampir sejam dia khusyuk membaca Al quran. Mujur lah ketika kecil arwah ibu dan bapanya sudah mengajar membaca Al quran sehingga pandai. Sedikit sebanyak dia fasih tentang tajwid dan bacaan. Quran ditutup. Diletakkan kembali ke atas rak. Henset dicapai membelek2 mesej yang masuk. Tangannya menekan pula kepada simpanan nombor telefon. Matanya tertumpu kepada nombor telefon Malayka Nazneen. Dia terhenti seketika. Otak mula berfikir patut ke dia call wanita itu.
Lama dia memandang skrin henset sehinggalah dia membuat keputusan untuk menelefon Malayka. Untuk permulaan, Aqasha sekadar ingin berjumpa dan mengenali diri Malayka.
Butang call ditekan. Beberapa saat menunggu akhirnya panggilan Aqasha berjawab. Kedengaran suara malas Malayka di hujung talian.
Malayka ke? Er, saya Nazrul. Nazrul Aqasha.
Yup! Siapa? Nazrul mana?
Dingin sahaja suara Malayka. Aqasha cuba berfikir positif. Mungkin penat.
Er, kawan awak Atika ada suruh saya jumpa dengan awak.
Malayka menepuk dahi kuat. Aduh! Macamana boleh lupa ni?
Er yup! Sorry, lupa pulak. So, kenapa call malam2 ni?
Sorry kalau ganggu awak. Just, nak ajak minum petang, esok? Kalau awak tak keberatan la.
Suara dihujung talian sepi. Lama Aqasha menunggu. Dia tak sudi ke?
Hurm, boleh la. Nanti send kat mana. Ok lah, saya nak tidur. Penat
Talian dimatikan. Aqasha tergamam. Dingin betul perempuan ni! Nampaknya susah lah hidup aku lepas ni. Aqasha mengeluh keras. Henset dicampak ke atas katil. Badannya yang lenguh cepat2 dihenyakkan atas katil empuk. Lega!
"Esok, aku nak pakai apa eh? Masalah ni. Hirm, Malayka! Sedap nama tu. Tapi, boleh tahan kerek jugak suara minah tu tadi!". Gumam Aqasha sendiri. Mata dipejam rapat serta merta terbayang wajah Malayka semasa makan malam di rumah nya tak lama dulu.
"Cantik! Memang cantik! Kalau perangai ok, lama dah aku sapu! Huh! Apa2 pun, kita tunggu jelah esok, Aqasha!".
Lampu tidur dipadam. Malam ni dia merehatkan badan lebih awal. Perlu menyediakan mental dan fizikal yang kuat untuk esok.
~~~~~~~~~~~~
Hari ini Aqasha bangun awal. Terlebih semangat pulak. Maklum saja, harini pertemuan dia dengan Malayka. Baju kemeja putih dan seluar slack hitam siap digosok. Kena lah formal sikit.
Aqasha menuju ke cermin. Sempat lagi membelek wajah nya yang semakin berjambang. Dia mencapai pencukur lalu memulakan misi mencantikkan wajah. Nampak beriya2 sangat. Entah kenapa, hati dia merasa gembira walaupun ada perasaan takut yang bersarang di dada.
Selesai dengan wajah, dia beralih pula kepada rambut. Dibelek2 rambut hitam nya. Mujur sahaja dia baru potong rambut minggu lepas, jadi rambutnya masih dalam keadaan kemas.
Aqasha memandang jam sekilas. 11 pagi. Harini dia ingin berjumpa Mama dulu sebelum berjumpa Malayka. Aqasha ingin menceritakan tentang perjumpaannya bersama wanita itu. Biar nanti tak terkejut di kemudian hari.
Dia mencapai tuala lalu menuju ke bilik air membersihkan badan. Hampir sejam lamanya, Aqasha keluar lalu bersiap. Baju yang telah digosok, disarung kemas ke badannya yang kurus itu. Aqasha tak seperti lelaki2 badan sado yang mempunyai otot dan six pack di perut. Hanya kurus, tinggi dan mempunyai raut wajah yang berjambang dan berkulit sawo matang. Tapi itu tak bermakna dia perlu mengabaikan kecantikan yang diberikan Tuhan kepadanya.
Selesai bersiap, sentuhan terakhir adalah perfume. Di sembur selagi boleh. Habis satu bilik bau perfume nya. Itu pun dirasakan masih belum cukup wangi. Lengan baju dilipat hingga ke siku. Henset dicapai lalu bergerak menuju ke ruang tamu. Kunci kereta yang tersangkut diambil lalu bergerak ke kereta. Setelah menghidupkan enjin, dia bergerak membelah jalan raya menuju ke rumah Makcik Habsah.
Hatinya riang. Sempat lagi bersiul mengikut rentak lagu yang bersiaran di radio. Cuaca harini juga cerah. Aqasha memandang jam di dashboard, 2 petang. Sempat lagi untuk menunggu. Dia berjanji ingin berjumpa dengan Malayka pada jam 5 petang. Masih ada banyak masa lagi.
Kereta berhenti betul2 dihadapan rumah Makcik Habsah. Keluar sahaja dari kereta, sempat dikerling kearah rumah Malayka. Pintu tertutup. Kereta juga tiada. Keluar mungkin. Aqasha membuka pintu pagar lalu memberi salam. Terpacul wajah Makcik Habsah dari muka pintu.
"Mama sihat?". Soalnya lembut. Dia segera melangkah masuk lalu duduk di sofa.
"Sihat, alhamdulillah. Kamu sihat ke? Bukan main berseri lagi mama tengok harini. Ada apa2 ke?". Soal Makcik Habsah kehairanan. Mana tidaknya, senyum tak lekang di bibir. Muncul pulak penuh bergaya.
"Ish, mama ni. Mana ada apa2 la. Biasa je". Selindung Aqasha. Walhal, dia sendiri sudah tidak sabar untuk bercerita.
"Iye ke? Jangan nak tipu la. Ni siap wangi2 lagi ni? Ada something special ke?". Ujarnya dengan mimik muka yang melucukan.
"Amboi mama! Sejak2 tinggal kat KL, bukan main lagi speaking nya! Seram dengar!". Seraya ketawa melihat gelagat Makcik Habsah.
"Pandai la kamu ni! Ha, ni ada apa hal datang? Siap suruh jangan keluar rumah lagi. Ada hal penting ke?". Soal Makcik Habsah. Aqasha tersenyum memandang. Ditepuk2 sofa di sebelah tanda mengajak duduk.
"Ada apa?".
"Er mama. Aqasha ada benda nak bagitahu ni". Ujar nya pelahan. Seram sejuk pula dibuatnya.
Makcik Habsah menunggu dengan sabar. Dipandang wajah Aqasha lama.
"Sebenarnya, Aqasha kan ada nak jumpa sorang perempuan ni". Lancar sahaja dia membuka cerita.
"Kamu nak jumpa siapa? Untuk apa?". Soalnya sedikit bingung.
"Nak kenal2 la dengan sorang perempuan ni. Mama kan selalu je cakap suruh saya cari teman. Ha, ni tengah nak cari la ni".
Makcik Habsah tersengih.
"Bagus lah macam tu! Lega mama dengar. Orang mana? Kenalkan la pada mama. Tak sabar ni!". Jelas riak wajah teruja nya.
"Sabar la dulu. Aqasha baru je nak jumpa. Nanti kalau dah ada apa2, baru lah bawak jumpa mama. Siapa orang tu, nanti baru Aqasha cakap".
Teringat pula janjinya pada Atika untuk merahsiakan tentang Malayka dan idea ini. Dia berharap semuanya berjalan lancar. Aqasha tak ingin makcik Habsah mengetahui tentang idea gila ni. Mahu berleter tujuh hari tujuh malam pulak!
"Iyelah! Mama tak kisah. Janji, anak mama ni dah ada yang berteman. Tu dah cukup untuk mama. Kenal elok2, kalau dah suka terus je jumpa orang tua dia. Mama tak suka usung anak dara orang sana sini, alih2 takde apa2. Awak tu anak lelaki kena tahu tanggungjawab sebagai seorang lelaki muslim. Faham?".
Aqasha tersenyum manis lalu mengangguk laju. Dia takkan pernah lupa pesanan keramat makcik Habsah.
Makcik Habsah tersenyum manis. Dia sudah membayangkan perkara yang indah2. Tak sangka akhirnya anak lelaki nya berjaya mencari pasangan hidup. Segala kerisauan nya bakal berakhir.
"Er, ok lah mama. Aqasha dah janji nak jumpa pukul 5 ni. Nak gerak dulu takut jammed pulak. Nanti, apa2 Aqasha bagitau ye?". Ujar nya. Setelah bersalaman, Aqasha segera memandu ke destinasi yang telah dijanjikan.
~~~~~~~~~~
"Beb, kau nak jumpa dia hari ni?". Soal Atika terkejut. Tak sangka yang aku akan buat keputusan untuk berjumpa dengan mamat tu.
Aku hanya mengangguk malas. Jus tembikai aku sedut perlahan. Terasa keputusan bodoh pulak berjumpa dengan lelaki itu. Tapi, aku takkan kalah dengan cabaran Atika!
"Kat mana beb? Habis tu, dia ok la?". Bertalu2 soalan yang diberikan. Naik rimas dibuatnya.
"Ok lah. Kalau tak, takde lah aku jumpa dia. Kau ni pun, petang2 macamni sengal pulak!". Marah aku.
Sejujurnya, aku rasa ingin menjerit sahaja sekarang ni. Dah kenapa hidup aku kucar kacir macam ni?
"Good for you. Aku doa sangat he's the right guy! Kalau dengan cara ni je yang mampu ubah kau".
Aku mencebik. Whatever!
"So, pukul berapa kau jumpa dia? Kang lambat pulak". Atika memandang jan dipergelangan tangannya.
"Pukul 5. Ala beb, chill la! Biar la dia tunggu pun. Tak luak la kalau lambat sikit pun". Ujarku bengang. Dah kenapa dia pulak beriya2 ni.
"Kau ni, tak baik la. Biar la kita on time. Takdelah nanti dia pandang kita ni yang bukan2". Nasihat Atika.
Mula dah membebel!
"Biar la nak pandang apa pun. Ada aku kisah!".
Atika hanya diam. Kalau macamnilah perangai nya, entah boleh ke tidak si Aqasha tu tahan.
"Kira kau dah ready nak kahwin dengan dia la?".
"Whatever!". Aku mencebik. Menyampah pulak!
"Kau ni, cuba la belajar menerima. Memaafkan apa yang dah berlaku dulu. Kau tu perlu belajar redha".
"Wah! Sejak bila jadi ustazah ni, beb? Dah la, malas la nak cakap pasal hal ni. Aku terima mamat tu pun dah kira baik la. Kalau ikutkan hati aku, cancel aje cabaran tu. Tapi, aku nak tunjuk yang kau tu salah! Aku nak bapak aku tu rasa bersalah sebab anak dia jadi macamni".
"Ayka, kau rasa kalau buat cara macamni, bapak kau akan tau and rasa bersalah ke? Come on la. Aku berani cakap yang dia tu takkan rasa apa2 pun. Buat rugi masa kau je". Bebel Atika. Naik berbuih sudah mulutnya bercakap tapi tetap sama.
"Dah la. Aku taknak gaduh dengan kau. Penat tau tak. Aku just nak cakap yang aku terima dia sebab aku nak buktikan kau salah. That's all!".
Atika menggeleng. Nafas dihembus perlahan.
"Suka hati kau lah! Jangan kau menyesal sudah".
"Tak payah risau. Aku takkan pernah menyesal la, beb. Ok la. Aku nak gerak dulu. Jumpa nanti".
Aku terus bangun meninggalkan Atika sendiri. Pintu kereta dibuka lalu aku menghidupkan enjin. Sempat lagi aku belek wajah di cermin pandang belakang. Membetulkan anak rambut yang sedikit serabut.
Harini aku simple. Hanya mengenakan blouse biru dan skirt palazo. Wajah aku oleskan sedikit pelembab bibir dan maskara. Beg tangan Gucci pemberian Atika dan juga high heels.
Aku memecut laju menuju ke tempat yang dijanjikan. Aku tergelak sendiri. Mungkin mamat ni jenis yang bosan. Sekadar nak jumpa aku di Taman Tasik berdekatan. What a weird guy!
Kereta aku parking di tempat parking kereta. Setelah mengunci kereta, aku menoleh kearah lautan manusia yang mengunjungi Taman pada hari ini. Boleh tahan ramai jugak. Macamana aku nak cari dia ni.
Aku berjalan masuk ke kawasan taman. Pemandangan tasik yang indah menarik hati aku. Rata2 pengunjung yang datang ingin bersenam, melepak dan ada yang sedang berkelah. Aku mencari tempat duduk kosong. Nasib aku baik kerana di satu sudut taman, ada sebuah meja kayu yang tak berpenghuni. Aku segera melangkah kaki menuju ke situ. Beg aku letak manakala henset aku capai lalu mendail nombor Nazrul Aqasha.
Tak berangkat. Kali kedua call, jugak tak berangkat. Sudahnya, aku hanya menunggu mamat tu call kembali. Mata aku tiba2 tertancap pada adegan antara sebuah keluarga. Bahagia. Hanya itu yang aku boleh katakan. Ayahnya yang begitu melindungi anak perempuan dan isteri. Manakala, begitu sebaliknya.
"Kalau aku macam tu, bahagia nya". Gumam aku sendiri. Aku mengeluh.
"Hai! Lama dah tunggu?". Muncul akhirnya Nazrul Aqasha.
"Er, awak ni.. bukan ke.."
"Yup! Saya la. Aqasha. Nazrul Aqasha. Anak makcik Habsah". Tersenyum Aqasha memandang. Manis berbaju blouse.
"Oh.. Nazrul Aqasha. Erm, ok la. Er, sila lah duduk". Aku mempelawa Aqasha duduk. Kekok. Aku kene cuba biasakan situasi macamni. Dia yang segak berbaju kemeja putih menarik minat aku untuk memandang nya.
Dah kenapa dengan aku ni!
"Er, maaflah, kat sini je saya suruh awak jumpa". Aqasha memulakan bicara. Tiba2 mulutnya seakan terkunci. Hanya mampu melemparkan senyuman. Sekejap2 dibuang pandang kearah pengunjung yang datang.
"It's okay! Biasa lah tu. Ok la, straightforward jelah. Saya rasa awak pun dah tau kan yang kawan saya cari kan partner untuk saya. So, lepas tengok awak ni, saya kira jalan jelah! Awak pulak macamana? Kalau ok, kita buat cepat jelah".
Aqasha nampak tenang.
"Saya ok. Cuma, saya kena jumpa parents awak".
Kening bertaut.
"For what?".
"Saya nak ambil anak dara orang mestilah dengan cara elok. Takkan lah main angkut je. Saya kena bincang jugak dengan family saya dan family awak".
Aku mendecit.
"Kalau tak jumpa parents saya, tak boleh ke? Lagipun, boleh je kan kalau tak bincang dengan diorang? Kita jalan je lah, senang!". Aku mengeluh. Susah betul mamat ni!
"Eh, mana boleh macamtu. Kalau kita main kahwin macamtu, nanti apa kata orang tua saya kan".
Aqasha memandang wajah Malayka. Memang susah dia ni. Takpe, aku pasti dengan apa yang aku buat ni. Aku perlu ubah dia!
"Whatever la! Kalau ayah saya buat hal, pandai2 la awak tanggung sendiri". Ujarku malas. Aku pandang wajah Aqasha yang tak lekang dengan senyuman. Handsome!
"Er, bila boleh saya jumpa?".
"Hurm, ada pen?". Soalku kalut. Aqasha hanya menurut. Dia mengeluarkan sebatang pen hitam dari poket kemeja nya. Aku ambil lalu aku capai pergelangan tangannya. Aku tulis alamat rumah di pergelangan tangannya.
"Ok. Tu alamat nya. Ikut awak la nak datang bila. Nanti kalau dah settle, bagitau". Aku terus mengambil handbag seraya bangun.
"Eh, sekejap! Takkan saya je? Kita bersama la".
Aku mendengus. Masalah la mamat ni!
"Whatever la!".
~~~~~~~~~~~
Sebulan berlalu sejak pertemuan aku dan Aqasha, aku masih terperuk di rumah. Aku masih belum bekerja. Sudah puas aku mencari pekerjaan di merata tempat, tapi jawapan yang aku dapat hampa. Entah kriteria apa lagi yang diorang nak, aku pun tak faham.
Sejak pertempuan sebulan lepas, Aqasha terus mendiamkan diri. Aku sendiri tertanya2 samada plan ni jadi atau tak. Aku nak call, takkan la pulak. So, terpaksa la aku menunggu sahaja Aqasha memberi jawapan. Kalau nak diikutkan, Aqasha memang bukan stail aku. Kurus, ala-ala lurus pun ada jugak. Aku nak tengok sejauh mana dia tahan dengan perangai aku nanti. Aku akan pastikan hidup dia dengan aku terseksa.
Loceng rumah berbunyi. Hairan pulak siapa la yang datang pagi2 macam ni. Aku segera berlari anak menuju ke pintu. Rambut yang panjang mengurai aku saja biar tak berikat. Dengan baju tidur tanpa lengan, maklum sahaja belum mandi, aku segera keluar. Kelihatan Aqasha di pintu pagar dengan wajah sedikit terkejut.
"Yes? Ada apa datang pagi2 ni?".
Aqasha sudah gelabah. Tak tahu mana nak diletakkan pandangannya. Indah betul ciptaan Tuhan.
"Saya just nak bagitau pasal plan kita haritu. Plan nak jumpa ayah awak". Aqasha berkata tenang. Pandangan dihalakan kearah pokok bonsai tepi pagar.
Wahai Iman, bertabahlah!
"Oh! Still nak ajak saya? Kalau pergi sendiri, tak boleh ke?". Aku mula bengang. Pergi jelah sendiri!
"Saya bukan apa, tak sedap pula kalau saya sorang je. Tapi kalau awak taknak pergi, takpelah. Nanti, apa2 saya bagitau la". Mata masih memandang pokok bonsai.
"Suka hati lah! Ni, yang bercakap tak pandang tu dah kenapa? Saya kat sini, bukan kat pokok tu". Sombong eh mamat ni!
Aqasha memandang sekilas.
"Kalau dah pakai macam nak goda saya, mana saya tak pandang pokok lebih. By the way, elok pakai ni masa kita dah kahwin. Sekarang ni tak boleh, rasa tergoda". Ujar Aqasha.
Dia pantas bergerak menuju ke kereta meninggalkan aku sendiri. Aku pula yang merasa canggung. Tangan automatik menutup sebahagian dada yang terbuka. Dahi aku tepuk kuat. Tu lah! Gatal lagi nak pakai macamni je, kan dah kena.
Didalam kereta, Aqasha memejam mata rapat.
"Kenapa jantung aku ni?". Gumam nya sendiri.
Hati lelaki nya sedikit bergoncang. Semua disebabkan Malayka. Kalau saja dia tak keluar dengan berpakaian seperti itu, pasti dia tak berdebar seperti sekarang. Otaknya sudah tak mampu mengusir wajah Malayka. Dia risau. Risau terjatuh cinta dengan wanita itu. Dia hanya perlu meneruskan plan, itu sahaja.
Aku kembali ke dalam rumah. Dada masih berdebar. Ah! Bodohnya aku! Senang2 je aku bagi mamat tu tengok. Patutnya aku keluar dengan cardigan tadi! Berkali2 aku mengetuk kepala sendiri. Menyesal dengan tindakan bodoh aku di pagi hari. Aku menjerit kuat. Rasa nak lari dari semua ni. Ish! Bodoh la kau ni, Malayka!
Aku menuju ke bilik mencapai henset. Aku dail nombor rumah mak. Tak sampai berapa saat, panggilan aku berjawab. Kedengaran suara mak ditalian. Aku segera memberitahu mak petang ni aku akan ke rumahnya. Mak sempat bertanya kenapa tapi aku abaikan sahaja soalan itu. Talian aku matikan. Aku campak kembali henset ke katil. Tuala aku capai segera menuju ke bilik air membersihkan badan. Petang ni aku perlu ke rumah mak.
Jam menunjukkan pukul 4 petang ketika aku tiba di perkarangan rumah mak. Kelihatan sebuah lagi kereta yang aku tidak kenal. Aku melangkah masuk. Terlihat sepasang kasut kepunyaan lelaki. Aqasha ke? Aku terus masuk tanpa memberi salam.
Semua mata tertumpu pada aku. Termasuk Aqasha. Aku terus duduk di sebelah lelaki itu tanpa berkata apa2. Dia kelihatan terkejut.
"Dah cakap ke?". Bisik aku padanya. Dia hanya mengangguk. Aku pandang sekilas wajah mak yang tersenyum padaku dan ayah yang hanya baring di katil tanpa memandang mahu pun berkata apa2.
"Kenapa Ayka tak cakap kat mak pasal ni? Gembira mak bila Aqasha ni bagitau". Ujar mak membuka mulut. Aku hanya senyun kelat.
"Er, sebab tu saya datang ni nak mengambil anak makcik jadi pelengkap hidup saya. Kalau makcik tak keberatan lah, kenduri tu saya cadang nak buat serentak aje and simple je".
Mak aku lihat mengangguk setuju. Ayah masuh tak berkutik.
"Er, pakcik macamana? Ok ke?". Soal Aqasha berhati2.
Sepi. Tiada jawapan. Aqasha ulang kembali soalannya. Masih juga sepi.
"Ayah ni tak dengar ke Aqasha tanya? Bagi ke tak?". Soalku kasar. Aku sudah berdiri tegak memandang ayah yang masih menumpukan perhatian pada siaran televisyen.
"Er, Ayka. Nanti mak bincang dengan ayah kamu, ye?". Kelihatan mak cuba mendamaikan suasana.
"Ayah! Jawab lah cepat!".
Aqasha memegang lengan ku menyuruh aku duduk. Aku rentap kasar.
"Kalau pakcik perlukan masa, saya takde masalah. Saya harap pakcik pertimbangkan". Ujar Aqasha lembut. Berkira2 untuk bangun, ayah mula bersuara.
"Perempuan macam tu kau nak jadikan isteri? Kau buta ke? Tak nampak dia layan aku macamana tadi?". Soal ayah tajam. Mata masih memandang tv.
Aku mencebik. Mula nak burukkan aku la tu!
"Aku tak pernah didik dia macamtu, tapi dia layan aku macamtu. Dia buang aku macam sampah. Dia layan aku macam binatang. Perempuan macam tu kau nak jadikan isteri? Lebih elok kau cari perempuan lain kat luar sana. Aku ni ayah dia pun taknak kau rosakkan masa depan kau dengan dia". Tenang sahaja ayah melontarkan kata. Aku memandang tajam pada ayah.
"Er pakcik. Tak elok la pakcik cakap macamni. Saya ikhlas terima anak pakcik. Insya Allah, saya akan bimbing dia menjadi baik". Aqasha cuba meyakinkan tapi disambut dengan gelak tawa ayah.
"Jangan nak buat lawak kat sini sebab aku tak rasa kelakar pun. Aku dah cakap elok2. Tinggalkan anak aku atau kau akan menyesal! Kau lelaki baik, tak sesuai untuk anak aku".
"Ayah!".
Jerit aku sekuat hati. Seisi rumah terkejut mendengar. Begitu juga Aqasha.
"Kalau ayah rasa ayah tu bagus, kenapa ayah tak didik Ayka jadi elok? Kenapa Ayka boleh jadi macamni? Ayah tak ingat ke? Atau buat2 lupa?! Ingat ayah, Ayka takkan lupa walau sesaat pun apa yang dah berlaku! Ayka tetap akan kahwin dengan dia samada ayah bagi atau tak!". Marah aku. Turun naik nafas aku menahan marah. Aqasha di sebelah sudah bingung.
"Kau kalau nak sakitkan hati aku, baik kau berambus dari rumah aku! Kalau kau tetap jugak nak kahwin dengan dia, aku takkan jadi wali kau! Ingat tu!". Tengking ayah pula. Mak sudah menangis. Aku pandang wajah yang dengan penuh amarah.
"Ayah ingat Ayka kisah ke? Kalau ayah taknak wali kan kami, Ayka pun tak hairan lah! Ayka akan pakai wali hakim". Aku membalas. Setitis air mata aku gugur lagi.
"Awak, sabar la". Aqasha cuba menenangkan aku. Dia memandang aku penuh pengharapan.
"Pergi! Aku nak tengok sejauh mana kau tak perlu kan aku! Aku tak hairan la takde anak macam kau!". Ayat terakhir ayah membuatkan aku terduduk bungkam. Aqasha cepat2 memaut lengan ku.
"Er, kita balik, ok? Saya bawak awak". Aqasha bingkas memaut lengan aku lalu memapah menuju ke kereta kepunyaannya. Air mata aku tetap tak berhenti mengalir. Aqasha menyandarkan aku di kerusi. Aku terdiam.
"Tunggu sekejap, nanti saya datang". Aqasha berlari anak masuk semula ke dalam rumah.
Kelihatan ayah masih sama, tak berkutik.
"Maaf pakcik kalau kehadiran saya mengganggu. Saya minta maaf banyak2. Saya harap pakcik tak maksudkan kata2 pakcik tu. Saya ikhlas terima Malayka. Saya tahu perangai dia macamana. Saya terima sepenuh hati saya. Saya harap pakcik sudi jadi wali Malayka. Akan saya jaga Malayka dan bimbing dia dengan elok. Saya tahu pakcik terluka dengan kata2 Malayka, tapi saya akan pastikan dia mintak maaf dan sedar kesilapan dia. Ni kad nama saya, senang2 pakcik call la. Saya mengharapkan jawapan pakcik dan makcik". Ujar Aqasha seraya menghulurkan kad berwarna putih. Dia mengucapkan salam sebelum berlalu pergi.
Di halaman rumah, kelihatan kereta Malayka sudah tiada. Aqasha menghembus nafas panjang. Dia meraup wajah kasar. Berdenyut kepalanya memikirkan masalah yang melanda. Dia membuka pintu kereta dan akhirnya memecut pulang. Terlalu banyak yang dia perlu fikirkan. Dia ingin merehatkan otak saat ini.
~~~~~~~
Share this novel