Bab Enam

Romance Completed 17994

"Selamat datang!". Ucap Aqasha riang. Beg roda yang berada di peganganku, dicapai lalu diletakkan di tepi sofa.

"Sorry, rumah bujang je. Tapi still kemas and teratur". Aqasha memuji diri sendiri. Aku mencebik.

Aku memandang sekeliling ruang tamu. Tiada yang mengkagumkan. Hanya ruang tamu yang berlatar belakangkan cat berwarna putih susu. Susun atur perabot yang sangat simple dan keadaan rumah yang bersih. Itu saja!

"So, bilik kat mana?".

"Aik, tak sabar tanya pasal bilik?". Usik Aqasha. Naik terbuntang mata aku memandangnya.

"Ei, sorry eh! Bilik saya". Aku membetulkan ayat.

"Kenapa nak tidur asing? Kita kan dah sah suami isteri. Saya tak izinkan. Awak kena tidur sama dengan saya". Aqasha memberi arahan. Jarinya dihalakan kearah aku tabda tidak boleh.

"Encik Aqasha, lupa ke syarat2 yang saya letak before kahwin? Awak tak boleh nak campur atau arah saya buat itu ini. Lupa dah?". Soalku bengang.

Annoying la mamat ni!

"Tak lupa! Saya still ingat. Cuma, awak pun lupa jugak ke syarat saya? Now, saya ketua keluarga and awak kena ikut cakap saya! Tak boleh tidak. Atau, awak nak saya balik rumah mama? Ni kira baik tau saya bawak awak lari". Gertak Aqasha. Aku mencebik. Sikit2 nak ugut! Menyampah!

"Argh! Whatever lah! Dah, mana bilik? Saya nak letak beg baju tu!". Marah aku. Sejak2 kahwin ni, darah tinggi aku boleh naik duduk dengan dia.

"Silakan puan! Beg saya bawak ye". Ujar Aqasha manis. Aku terus meninggalkan suamiku sendiri mengangkat beg.

Sampai di bilik, aku terdiam. Dengan katil bersaiz king yang dihiasi cadar berwarna maroon, dinding yang di cat kelabu dan paling comel, taburan kelopak mawar yang mengharumkan bilik ini.

"Ini bilik kita. Saya buat untuk awak". Bisik Aqasha tepat di telinga aku. Aku tak selesa terus menjarakkan diri. Aku usap leher tanda kekok.

"Rehat la. Nanti saya masakkan. Harini awak boleh rehat. Tapi, esok awak kena masak untuk saya, ya?". Seraya ketawa kecil. Aku hanya pandang kosong.

Aku meletakkan handbag diatas meja solek. Sempat aku memandang diri aku di cermin. Rambut sedikit serabai gara2 tertidur di dalam kereta. Aku leraikan rambut. Lega rasanya. Baju cardigan aku buka, membiarkan dress tanpa lengan sahaja. Panas betul cuaca hari ni. Aqasha hanya memerhati gerak geri aku. Malas aku nak melayan.

"So, cantik tak?". Dia bersuara. Aku menoleh seraya menjongket bahu. Katil yang dipenuhi kelopak mawar aku rasmikan. Mata dah ngantuk, badan pun sudah penat. Aku pejam mata rapat. Soalan Aqasha aku biar tak berjawab.

Aqasha mengeluh. Nak tak nak, kena biasakan dengan perangai aku. Dia terus keluar dari bilik.

Hampir sejam rasanya aku terlena, mata aku buka perlahan2. Terdengar suara orang sedang bercakap. Aku toleh ke kiri dan ke kanan, takde siapa. Mana suami aku? Aku lantas bangun dari katil lalu bergerak keluar. Kelihatan Aqasha sedang bercakap di telefon dengan wajah yang serius. Aku membiarkan sahaja.

Aku lantas ke dapur untuk menghilangkan dahaga. Peti sejuk aku buka lalu aku keluarkan jug putih. Cawan aku capai dari dalam almari.

"Biar saya tuangkan". Aqasha mencapai gelas yang berada di peganganku. Dia langsung menuang air dan menghulurkan kepada aku.

"Saya tak cacat lagi. Boleh buat semua sendiri. Tak payah tunjuk baik, boleh?". Ujarku bengang. Air aku teguk laju. Nak kata dia suami mithali la? Oh excuse me!

"Tau. Tapi tak salah kan saya tolong isteri sendiri? Kan pahala tu". Jawabnya ringkas. Aku mencebik.

"Haa cebik la selalu. Saya cium bibir tu baru tau!". Gertak Aqasha. Aku cepat2 pegang bibir aku. Dasar gatal!

"Petang ni saya nak ke hospital. Jenguk mak. Nak ikut tak?".

Aku angguk. Cawan aku letak di sinki.

"Tu cawan jangan lupa basuh. Kan nak tolong sangat". Arahku seraya berlalu ke ruang tamu. Aku lihat Aqasha tersengih memandangku. Ada hakak kesah?

Aku melabuhkan punggung di sofa. Remote aku capai lalu mencari siaran yang best untuk ditonton. Aku ke siaran korea. Takde yang best la pulak! Aku tukar ke siaran astro, cerita melayu. Bosan betul!

Aqasha duduk di sebelah aku. Dia mencapai surat khabar lalu membuka helaian pertama.

"Saya tanya satu soalan, boleh?". Soalnya sambil membaca.

"Apa?". Dingin jawapan aku.

"Malayka tak nak jenguk ayah?". Soalan Aqasha yang membuatkan aku terus hilang mood!

"Busy body nampak?!". Marahku. Aku jeling wajah nya tajam.

"Dia kan ayah..".

"He's not my father!". Aku cepat2 memotong ayat dia. Aqasha terdiam.

"Kalau kau sibuk nak ambik tau sangat pasal dia, tak payah libatkan aku!". Aku menyambung. Nafas aku hela kuat. Kenapa lah serabut sangat mamat ni!

"Ayka, saya tak suka awak buat macamni. Dia ayah awak". Aqasha masih cuba menasihati.

"Kau kalau tak suka, tu masalah kau! Dia ayah aku ke tak, tu urusan aku!". Lurus jari telunjuk aku arah pada dia.

Aqasha menghembus nafas perlahan. Aku mula rimas. Aku membuang pandang kearah siaran televisyen. Hati aku sebal. Semua orang sibuk nak baikkan aku dengan ayah!

"Saya tegur sebab saya suami awak".

"Hei! Kau tak payah nak tunjuk yang kau bagus sangat lah! Aku dah cukup faham dengan masalah aku and kau tak payah nak sibuk2 tambah! Kau suami aku ke tak, kau tetap takde hak nak suruh aku buat itu ini! Faham?!". Tengking aku seraya berlari masuk ke bilik. Pintu aku hempas kuat. Puas hati aku. Aku baring atas katil dengan perasaan bengang.

Aqasha meraup muka nya kasar. Berkali2 dia menghela nafas. Dia sedang mengasah kesabaran. Takpe Aqasha, perlahan2. Keras2 kerak nasi akhirnya lembut jugak.

~~~~~~~~~

Hari ini aku seorang dirumah. Aqasha ke Perak selama 3 hari. Nak balik rumah sendiri, malas la pulak. Risau makcik Habsah soal yang bukan2. Nak lepak dengan Atika, minah tu busy bukan main. Sampai nak jumpa aku pun tak sempat. Akhirnya, aku duduk melanguk ajelah sorang2 kat rumah ni.

Aku ke halaman rumah seraya duduk di kerusi kayu yang dihias oleh Aqasha kelmarin. Beriya2 dia membeli meja kayu untuk diletakkan di halaman rumah. Katanya, senang nak menghirup udara segar.

Aku pandang ke arah pokok2 bunga yang tertanam cantik. Rajin betul mamat ni berkebun! Aku mencebik. Kawasan perumahan Aqasha tak ramai jiran yang menyewa. Sebab itu lah, kawasan taman ni sunyi berbeza dengan taman perumahan aku. Rata2 yang menyewa pun orang cina. Aku mengeluh. Bosannya!

Tiba2, aku teringat pada mak. Kata Aqasha, mak dah boleh balik semalam. Aku pun hairan. Bil hospital semua dah settle. Siapa pulak yang bayar nya? Bila aku tanya kaunter, katanya takde nama. Pelik! Tapi, takpelah. Mungkin dia baik hati nak tolong. Siapa tau kan?

Aku masuk semula ke dalam rumah. Henset aku capai. Ada satu pesanan mesej. Aku buka.

Remember me. Rindu awak.

Erk? Geli aku baca. Henset aku campak ke atas sofa. Nasib kau lah Ayka kahwin dengan mamat gila. Aku mundar mandir di dalam rumah sendiri. Dari satu tempat ke satu tempat rumah aku teroka. Frame gambar yang terhias cantik didalam almari aku capai. Gambar Aqasha semasa kecil. Not bad! Cute la jugak! Aku capai frame gambar keluarga.

"Ni kot mak dengan ayah dia". Gumam aku sendiri. Aku bersihkan habuk lalu aku letak semula. Pintu almari aku tutup perlahan. Aku menuju ke timbunan album gambar. Aku capai album yang berwarna kuning. Satu persatu aku selak. Kelakar bila melihat wajah Aqasha semasa kecil dan remaja. Boleh tahan jambu jugak dia ni. Dari satu album hinggalah khatam semua nya. Dapat jugak mengisi masa bosan aku di sini.

Album2 aku susun kembali. Taknak meninggalkan kesan. Aku kembali ke sofa lalu membuka televisyen. Aku cari siaran yang menarik untuk ditonton. Akhirnya, aku leka menonton drama korea, Stairway to heaven sehingga larut malam.

~~~~~~~~

"Pakcik Rahman, masuklah!". Pelawa aku ramah pada kawan ayah. Aku jemput pakcik Rahman duduk sementara menunggu ayah balik.

"Ayah kau tak balik lagi?". Soalnya. Aku segera menggeleng.

"Ayah keluar dengan mak. Nanti balik la tu. Pakcik tunggu kejap la ye. Ayka buatkan air dulu". Aku bergerak ke dapur lalu membuatkan air oren kepada pakcik Rahman.

Sempat aku bernyanyi riang. Pakcik Rahman aku lihat sedang menonton televisyen.

"Ni air nya. Jemput la minum. Ayka tak buat air panas. Malas nak jerang". Ujarku seraya tergelak kecil.

"Takpe. Ni pun dah ok. Ayah kamu ke mana?".

"Ayah pergi Atm sekejap. Cucuk duit katanya".

Pakcik Rahman tersenyum. Aku meneruskan fokus kearah televisyen. Mata aku khusyuk memandang tv sehinggakan tak perasan Pakcik Rahman yang mula mengunci pintu rumah. Aku sedar2 sahaja, dia sudah membuka baju kemeja dan seluar nya. Aku gelabah!

"Pakcik! Apa pakcik buat ni?!". Soalku dalam ketakutan. Aku bingkas bangun menjauhkan diri.

"Aku buat apa? Kau tak nampak ke? Aku nak kau malam ni! Kau cantik, Ayka!". Ujarnya dalam nada yang penuh menjengkelkan. Aku melangkah setapak ke belakang, pakcik Rahman setapaj mendekati aku. Aku menggeletar. Dalam hati hanya mampu berdoa ayah dan mak cepat balik.

"Pakcik jangan buat apa2 dekat Ayka! Pakcik kan kawan ayah! Tolong la lepaskan Ayka!". Ujarku hampir menggigil. Aku pandang kearah pintu. Berkunci.

"Kau takkan boleh lepas dari aku. Ayah kau pun takkan boleh buat apa2!". Ketawa Pakcik Rahman kuat. Aku takut.

"Tolong la pakcik. Ayka merayu sangat2. Jangan apa2kan Ayka. Ayka minta maaf kalau Ayka ada buat salah kat pakcik. Tapi tolong jangan apa2kan Ayka". Aku merayu. Air mataku mula gugur satu persatu.

"Mintak maaf? Bukan kau yang patut mintak maaf! Aku taknak ambik tau pasal semua tu. Aku nak kau malam ni". Sejurus Pakcik Rahman berkata, terus dia tarik tangan aku kuat dalam pelukan.

Puas aku menolak, tapi apalah sangat daya aku sebagai perempuan. Aku menjerit meminta tolong tapi takde sesiapa yang datang.

"Wangi kau ni! Aku lama dah tahan tengok kau! Malam ni aku nak kau habis-habisan!". Serentak satu ciuman kasar mengena tepat ke leher aku. Aku tolak wajah Pakcik Rahman sekuat hati.

Dia tersandar di dinding. Aku ambil kesempatan berlari ke dapur. Mencapai apa yang perlu untuk mempertahankan diri. Tak sempat, rambut aku ditarik kuat dari belakang menyebabkan aku tersadung dan terhantuk ke lantai. Kepala aku terasa sangat pening. Aku masuh cuba membuka mata luas. Pakcik Rahman tak berputus asa. Dia segera menindih aku lalu mencium aku berkali2. Aku semakin pening. Tangan aku tak kuat nak menolak tubuh besar Pakcik Rahman. Aku cuba pukul kuat wajahnya. Makin lama makin rakus. Pakcik Rahman merentap baju yang aku pakai. Aku jerit kuat. Air mata aku semakin tak berhenti.

Ya Allah, bantu aku! Aku takut!

Serentak bunyi pintu terbuka. Aku menjerit kuat memanggil nama ayah. Entah macamana, aku lihat ayah sudah berdiri tercegat memandang aku yang semakin tak berdaya.

"Ayah! Tolong Ayka! Tolong!". Aku jerit sekuat hati. Badan aku tak berdaya setelah ditindih kuat pakcik Rahman. Badan aku umpama tak berfungsi.

Aku lihat ayah masih tercegat. Aku panggil beberapa kali, tapi ayah hanya membiarkan. Aku pandang wajah ayah dalam2. Kenapa? Kenapa ayah hanya pandang?

Dengan segala kudrat yang berbaki, aku tolak kuat Pakcik Rahman sehingga dia terjelopok ke lantai. Cepat2 aku bangun menuju ke ayah. Aku peluk ayah kuat.

"Ayah! Tolong Ayka! Pakcik Rahman nak rogol Ayka!". Adu aku dengan teresak2.

"Woi perempuan! Berani kau lari dari aku!". Jerit Pakcik Rahman. Aku berdiri di belakang ayah mencari perlindungan.

"Ayah! Tolong! Ayah!".

Aku terjaga dari tidur. Nafasku turun naik. Tangan menggigil. Mimpi buruk yang kembali muncul dalam tidur aku. Aku raup wajah kasar.

"Kenapa aku mimpi lagi?!". Air mata kembali mengalir. Aku pandang kiri kanan. Sunyi. Aku bangun dari katil lalu bergerak ke dapur. Setiap pergerakan aku penuh berhati2. Aku takut mimpi akan berulang kembali.

Aku pandang jam sekilas. Pukul 3 pagi. Aku basuh muka di sinki. Jantung aku masih berdegup kencang. Aku takut. Segera aku capai henset dan mula mendail nombor Atika.

Satu panggilan tak berjawab.

Satu lagi, tetap sama. Aku campak henset ke sofa. Aku perlukan seseorang waktu ini. Aku perlukan Atika. Tiba2 henset aku berbunyi. Tanpa berfikir panjang, terus aku jawab panggilan tersebut.

Hello beb, kenapa call pagi2 ni?

Jelas suara Atika sedang dalam lena.

Beb, aku takut! Aku mimpi lagi! Tolong aku beb!

Aku meraung pada Atika. Aku bencikan kehidupan aku. Terlalu banyak memori pahit berbanding yang indah.

Beb, rilex ok. Kau kat mana ni?

Aku kat rumah. Aku takut! Aku perlu kau.

Beb, cuba tarik nafas perlahan2. Er, Aqasha mana?

Aku diam. Baru aku teringat tentang dia.

Outstation.

Aku menangis lagi.

Ok beb, kau rilex dulu. Jangan fikir apa2 ye. Aku call Aqasha, ok?

Aku diam. Hati aku taknak.

Aku taknak dia. Aku nak kau je. Please beb. Aku takut.

Beb, aku tak boleh. Aku jaga mak aku sekarang ni. Kau call Aqasha. Aku tolong call kan eh?

Aku tetap berkeras. Takde guna pun kalau dia ada. Semua lelaki sama!

Talian aku matikan. Henset aku campak ke sofa. Aku mula menangis lagi. Entah berapa banyak air mata aku habiskan untuk mimpi buruk ini. Lampu aku nyalakan di setiap tempat. Aku capai bantal lalu aku peluk kuat. Aku hanya mampu pandang sekeliling rumah dengan perasaan takut. Sedikit bunyi sahaja sudah membuatkan aku tersentak. Sehingga akhirnya aku terlelap kembali di sofa.

Pagi yang indah. Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Aku terjaga ketika terdengar bunyi pintu terbuka. Perlahan2 aku buka mata dan lihat sekeliling.

"Awak, bangun! Ni saya".

Suara Aqasha.

"Malayka, bangun. Awak ok ke ni?".

Aku dengar suara Aqasha. Aku kesat mata yang masih mamai. Aku pandang susuk tubuh di hadapanku. Aqasha. Memang dia! Dia pegang tangan aku erat. Aku tarik kasar.

"Awak ok?". Soalnya untuk kesekian kali. Aku hanya menolak tubuhnya jauh dari aku. Aku bangun dan menuju ke bilik. Aqasha mengekori langkahku penuh berhati2.

"Saya risau awak". Satu ungkapan jelas dari bibir Aqasha. Aku diam. Aku toleh memandang wajahnya.

"Takde apa yang perlu nak dirisaukan. Saya ok takde apa2. Baik awak pergi balik uruskan kerja awak". Arah aku serius. Aku taknak kelihatan lemah dihadapannya. Aku takkan sesekali tunjuk aku lemah!

"Malayka, awak tak ok ni. Nasib Atika call saya..".

"Kalau tak, kenapa? Kenapa pun kalau aku tak ok?! Aku kata ok, maksudnya aku ok! Balik lah! Aku taknak tengok muka kau! Faham ke tak?!". Tengking aku kuat. Kepala yang berpinar aku pegang. Tangan aku segera berpaut pada tiang katil.

"Awak pening ni. Biar saya papah". Ujarnya seraya memegang lengan aku. Dek kerana terkejut, aku rentap tangan kasar. Tiba2 mimpi menerjah ke kepala. Aku menggigil.

"Tolong jangan degil! Biar saya tolong awak! Cuba dengar cakap saya sekali ni je". Aqasha meninggikan suara. Aku ketap gigi kuat.

"Aku taknak! Aku kata keluar! Aku taknak tengok muka kau sekarang ni!". Ujarku dengan suara yang menggigil2. Wajahnya aku pandang tajam.

Aqasha mengeluh. Dia berputus asa.

"Saya ada kat luar". Hanya itu ayat yang diutarakan. Dia segera melangkah keluar dari bilik. Pintu ditutup rapat. Tinggal aku sendiri.

Aku baling bantal ke pintu langsung terduduk di bucu katil. Aku menangis lagi. Sejujurnya, aku sangat perlukan teman. Tapi aku terlalu takut untuk meminta bantuan. Aku takut.

Aku dengar suara Aqasha di luar bilik. Mungkin sedang bercakap dalam telefon. Aku abaikan. Aku tekup wajahku yang semakin sembab. Bodoh!

Aku semakin larut dengan air mata sendiri berjam2 lamanya. Sampai bila aku mampu bertahan, aku tak punya jawapan.

Pintu diketuk. Aku tersedar dari lamunan. Suara Aqasha memanggil dari luar. Berkali2 dia mengetuk pintu menyuruh aku keluar. Aku pekakkan telinga. Aku taknak tengok muka dia. Aku teringat Pakcik Rahman. Aku takut dia juga sama macam lelaki bangsat tu!

"Malayka! Keluar la. Makan sikit. Saya dah masakkan untuk awak". Ujarnya.

Kenapa kau tak reti nak putus asa? Kenapa?

"Malayka! Keluar la. Jangan terkurung je. Saya percaya semua masalah boleh selesai. Ada caranya. Malayka Nazneen!".

Panggilan itu! Panggilan Aqasha pada aku. Malayka Nazneen. Tiada siapa yang memanggil aku dengan nama penuh. Hanya dia. Aku rasa berbeza.

"Malayka, kalau awak taknak keluar, takpelah. Saya tunggu". Ujarnya penuh hampa.

Kau kena belajar menerima dan memaafkan!

Teringat pesanan Atika pada aku. Aku tak mampu, Atika. Aku tak boleh!

Lama aku mengurung diri. Sehingga jam 5 petang, baru aku keluar dari bilik. Perlahan2 aku buka pintu. Aku pandang sekeliling mencari kelibat Aqasha. Tiada. Ruang tamu sunyi. Aku melangkah menuju ke sofa. Aku pandang sedulang makanan yang terhidang bersama sekeping nota.

Tolong makan. Saya risau. Malam nanti saya balik.

Nota kecil itu aku renyukkan menjadi sampah. Aku benci sikap prihatin dia. Aku benci semua yang ada pada dia. Aku pegang sudu. Nasi putih, sup sayur dan telur dadar terhidang cantik di pinggan. Aku suap sup sayur ke dalam mulut. Pahit yang aku rasa. Aku suap sesudu nasi putih. Tetap sama. Agaknya banyak menangis menyebabkan deria aku hilang.

Aku letak sudu di tepi pinggan. Aku bawa dulang ke sinki. Aku lap mulut. Kepala yang berdenyut aku urut perlahan2. Panadol actifast menjadi pilihan aku saat ini. Aku mengharapkan sakit kepala hilang secepatnya. Aku capai tuala lalu membersihkan diri. Ingin rasanya membuang segala 'sial' yang dah melekat di badan aku.

Aku keluar dari bilik air ketika Aqasha baru sahaja pulang dari kerja. Dia yang terkejut melihat aku segera menyapa. Aku hanya mampu memandang kosong. Dia sinsing lengan baju nya lalu merapati aku.

"Awak ok? Kenapa tak makan? Penat saya masak. Kepala pening lagi?". Soalnya sambil cuba memegang dahi aku. Cepat2 aku tepis tangannya.

"I'm fine! Tak perlu simpati awak". Ujarku perlahan. Aku duduk di hujung katil sambil membetulkan bath robe.

"Saya langsung tak simpati. Saya risau! Awak tak boleh beza ke dua benda ni?". Aqasha mula geram. Sudahlah penat dari Perak terus ke tempat kerja, isteri pulak buat hal.

Aku diam memandang. Kata2 nya aku biar angin lalu. Aku kuis2 baju yang tersarung di badan. Aqasha melutut di hadapan aku.

"Tolong Malayka. Kalau awak taknak layan saya elok, tolong izinkan saya jaga awak elok2. Saya risau keadaan awak. Itu aje. Saya terima awak layan saya teruk, tapi jangan buat saya macam tak wujud depan mata awak". Aqasha pandang aku lama.

"Whatever! Aku taknak layanan kau tu. Aku taknak apa2 pun dari kau!". Jawabku angkuh. Aku kembali ego. Aku bingkas bangun menuju ke almari. Baju aku capai untuk dipakai didalam bilik air. Aqasha segera menghalang.

"Saya keluar". Ujarnya terus menghilang. Aku tutup pintu. Baju tidur satin aku sarung kemas di badan. Aku sempat menyembur sedikit perfume dan menyembur toner di wajah. Aku keluar setelah yakin dengan penampilan diri.

Pintu dibuka. Aqasha sedang melelapkan mata di sofa. Aku berlalu ke dapur untuk minum. Air kosong aku capai lalu aku tuang di cawan. Perlahan2 aku teguk. Hilang terus pening kepala.

Aku pandang Aqasha yang masih tak berkutik. Nampak letih dari riak wajahnya. Aku termangu. Hati aku sekeras2 nya menolak segala pertolongan dari lelaki itu.

"Malayka nak makan ke?". Entah bila dia muncul di hadapanku, aku pun tak pasti.

"Taknak". Sepatah aku jawab. Aku duduk di meja makan. Cawan aku pegang kuat.

"Saya lapar. Awak teman boleh?". Aqasha tersenyum.

Cepat betul dia berubah.

Aku angguk kepala acuh tak acuh. Dia segera mengambil tempat di sebelahku. Nasi yang terhidang di pinggan segera disuap ke mulut. Penuh selera.

"Saya mintak maaf". Ujar Aqasha sebelum meneguk minuman.

"Kenapa awak selalu minta maaf?". Soalku hairan. Aku pandang wajahnya yang tersenyum.

"Mama kata tak salah kalau kita minta maaf pada orang walaupun kita tak buat salah. Baru lah indah hidup. Itu yang saya pegang dan amalkan sampai sekarang". Dia meneruskan suapan. Telur dadar disuap rakus.

Aku diam. Hanya memerhati Aqasha yang berselera.

"Kenapa tanya?". Soalnya kembali.

Aku jongket bahu. Entah!

"Malayka, tak salah kalau kita belajar memaafkan dan redha. Nabi galakkan umatnya sentiasa meminta maaf dan memaafkan. Lebih mulia orang yang meminta maaf dahulu berbanding memaafkan, tau!". Rancak Aqasha menerangkan. Anak rambut yang sedikit terjuntai diselak ke belakang.

"Saya tak tau sejauh mana teruknya kisah silam awak, tapi awak kena bangun dan ubah diri awak".

Aku terdiam. Memang betul! Segala apa yang orang nasihat pada aku memang betul. Cuma aku sahaja yang tak boleh nak berubah. Aku takut.

Lama kami menyepi.

"Awak mimpi apa? Boleh saya tau". Soalnya penuh hati2. Dipandang wajah aku lama. Aku pula yang kekok.

"Takde apa2". Aku mengelak.

"Jangan tipu, Malayka. Kalau tak serius, Atika takkan call saya pukul 3 pagi. Saya tau mesti mimpi yang teramat buruk".

Aku hampir menitiskan air mata tapi segera aku tahan. Aku takkan tunjuk lemah dihadapan Aqasha.

Aku biar Aqasha tertunggu. Lama aku pandang alas meja di depanku.

"Erm, takpelah kalau awak belum bersedia". Dia berlalu mencuci pinggan di sinki. Aku terus meninggalkan meja makan menuju ke bilik tidur.

Aku terus baring. Kepala kembali berdenyut. Selimut aku tarik hingga ke dada. Aqasha yang muncul kemudian, tersenyum memandang aku.

"Dah nak tidur?".

Aku angguk.

Dia segera mendekati aku lalu duduk di sebelah.

"Harini saya tidur sebelah awak. Saya tak tau awak mimpi apa, saya tak tau bila awak akan mimpi lagi. Sekurang2nya, saya ada masa benda tu jadi". Ujarnya tenang. Aku kembali bangun dan bersandar di kepala katil.

"Takpe! Saya ok. Er, awak tidur je tempat biasa tu". Tunjuk aku kearah sofa. Sejak pertama kali aku jejak ke rumah ini, hanya itu tempat tidur Aqasha. Bukan aku yang suruh, tapi Aqasha sendiri yang nak. Sedikit sebanyak aku merasa lega tidur berasingan.

"No! No excuses. Saya dah kata yang saya akan jaga awak. Untuk malam ni sahaja". Aku mengerutkan dahi. Puas sudah aku memujuk, tapi Aqasha berkeras dengan keputusannya.

Sudahnya, aku tidur betul2 dihujung katil. Bantal panjang aku letak diantara kami. Aku selimut badanku hingga kepala. Walaupun sedikit panas, aku tak hiraukan. Keselamatan aku lebih penting saat ini.

"Awak, tak panas ke tidur selubung macamtu?". Ujarnya sambil cuba menarik selimut. Aku pegang kuat selimut.

"Malayka Nazneen. Takkanlah nak tidur macamni?".

Aku tetap mengeras. Tolong! Aku taknak!

"Tak payah risau, saya takkan apa2 kan awak. Tidur lah. Assalamualaikum".

Akhirnya, Aqasha terlena di sebelah aku. Jam sudah pukul 2 pagi tapi aku masih tak boleh nak lelapkan mata. Aku pandang kiri, aku pandang kanan. Aku semakin takut bila malam menjelma. Aku lihat Aqasha yang sudah berdengkur.

"Eish! Konon nak jaga. Tapi dia yang tidur mampos!". Bebel aku sendiri. Sudahnya, aku bersengkang mata berjaga malam.

Azan subuh berkumandangan. Aku bingkas bangun untuk menunaikan solat fardhu subuh. Telekung aku capai lalu aku sarung kemas.

Aqasha bangun ketika aku sudah selesai berdoa. Masih ada berbaki lima belas minit sebelum waktu subuh berakhir.

"Kenapa tak kejut? Boleh solat sekali".

Aku mengelak dari bertembung mata dengan Aqasha. Telekung aku lipat lalu aku gantung di hanger membiarkan Aqasha berlalu ke bilik air. Aku kemas katil. Cadar aku tegangkan. Langsir aku selak lalu aku ikat kemas. Menghirup udara pagi membuatkan aku sedikit lega.

"Lain kali, kita solat la sama2". Aqasha melipat sejadah. Dia menghampiri aku.

"Perlu ke?".

Aqasha tergelak kecil. Dia tak lepas memandang wajah aku.

"Harini saya nak bawak awak ke satu tempat. Jangan tanya kat mana sebab saya takkan cakap".

Aku mencebik. Macam aku kisah sangat.

"Cebik lagi?". Usik Aqasha. Aku menjeling geram.

"Whatever la! Dasar gatal!". Ujarku lalu bergerak ke almari.

"Gatal pun dengan bini sendiri!".

Berdekah2 gelak tawa Aqasha.

~~~~~~~~~~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience