"Assalamualaikum! Buat apa tu?".
Tegur Arif ramah ketika aku sedang mengecat pasu lama di halaman pondok. Aku menoleh sekilas sebelum menjawab.
"Memasak".
Arif berkerut seraya meledak tawa.
"Pandai gurau sekarang! Sorang je?". Soalnya lagi. Kali ni aku merasakan soalan bodoh yang diutarakan.
"Tak pakai cermin mata ke? Rabun?". Soalku sedikit keras. Berus cat aku letak di dalam baldi kecil.
"Amboi! Nak gurau pun tak boleh. Saya tau. Nampak! Tapi, tak salah kan nak bertanya. Sedangkan Nabi pun bila ditanya soalan yang sama oleh sahabat, tak pernah pun Nabi merungut atau memerli balik".
Aku seakan terkena perli. Wajahnya yang bersih aku pandang tajam.
"Terima kasih bagi nasihat!". Ujarku lalu melangkah meninggalkan Arif. Terkocoh2 dia mengekori langkahku.
"Sekejap lah! Laju nya jalan!". Teriak Arif dari belakang. Sengaja aku hiraukan panggilan dia. Semak la selalu aja muncul depan mata aku.
"Nazneen! Tunggu la! Malayka Nazneen!". Jerit Arif. Langkahku serta merta terhenti. Sudah lama aku tidak mendengar nama penuh ku disebut. Hanya Aqasha yang pertama dan terakhir.
"Tunggu pun. Kenapa jalan laju sangat? Penat tau nak kejar". Ujar nya sambil tercungap2.
"Nak apa?". Soalku.
"Saja nak borak. Tapi, orang tu sombong sangat!".
Aku mencebik.
"Saya sibuk. Kejap lagi ada kelas mengaji".
"Tau! Tapi Islah dah keluar, ada urusan. Dia suruh saya gantikan". Terang Arif. Melopong aku mendengarnya. Apa kes aku kena belajar dengan ustaz ni?
"Kenapa pulak? Ustazah tak bagitau pun!". Aku sengaja membelek henset konon mencari sebarang mesej masuk.
"Memang la. Sebab dia bagitau saya aje. So, memandangkan awak ada kelas dengan saya and awak sekarang ni taknak borak dengan saya, saya bagi awak lima minit untuk siap dan segera sampai ke dalam kelas. Lambat, saya denda! Ada faham Malayka Nazneen?". Usik Arif seakan guru disiplin.
"Eh, kelas lambat lagi. Sekarang baru pukul 10. Saya ada 45 minit lagi. Kenapa saya kena ikut cakap ustaz pulak?". Aku mula merungut. Ni tak boleh terima!
"Sebab saya guru ganti awak sekarang!".
Aku ketap gigi menahan geram. Kalau la aku ni jahat, dah lama aku lunyaikan mamat ni buat belacan!
"Tunggu apa lagi? Masa berjalan". Dia melirik jam ditangan. Aku mendengus geram. Sarung tangan aku campak ke tepi pokok bonsai lalu melangkah pergi.
"Ish! Mentang2 ustaz kat sini, suka suki je nak arah aku! Ingat aku ni apa?! Stress betul dapat ustaz macam tu!". Bebel aku sepanjang jalan ke bilik. Tak aku hiraukan pandangan ustaz lain.
Sampai sahaja di bilik, aku segera menyalin pakaian. Dari blouse ke jubah hitam. Aku capai instant shawl, lalu aku sarungkan ke kepala. Setelah siap, aku capai tafsir Al quran kepunyaanku dan bergerak keluar dari bilik. Masih berbaki dua minit. Aku segerakan langkah kakiku. Risau jugak kalau betul2 di denda.
Sampai sahaja di depan pintu kelas, aku lihat kelibat Arif sedang duduk mengaji. Perlahan suaranya tapi masih dapat didengari. Aku berdiri kaku. Serba salah untuk menganggu. Sudahnya, aku biarkan sehingga Arif habis membaca.
"Eh, kenapa yang tercegat tu? Masuk lah". Ujarnya setelah menamatkan bacaan. Quran diletak tepi. Aku segera mengambil tempat dihadapan meja Arif. Memandangkan aku sahaja satu2 nya wanita yang berumur belajar di pondok ini, maka aku hanya tertumpu pada pembelajaran dua hala.
"Ustazah Islah kata awak baru habis belajar tajwid, jadinya harini kita boleh mula baca Al quran". Dicapai quran yang diletakkan ditepi lalu dibuka ke helaian belakang.
"Mula dengan juz amma kemudian baru kembali pada juz 1". Arah Arif tenang.
Berdebar pula jantungku saat ini. Malu pun ada. Aku tarik nafas panjang sebelum memulakan bacaan. Dari satu surah ke satu surah sehingga selesai juz amma. Penuh tartil dan bertajwid. Sekali sekala Arif akan membetulkan bacaanku mengikut makhraj yang betul.
"Alhamdulillah. Bagus! Bacaan awak lancar. Cuma pada qalqalah, masih belum betul cara baca nya". Ujar Arif langsung memberikan contoh bacaan qalqalah.
Aku mengangguk faham.
"Yang lain semua ok. Tingkatkan usaha, InsyaAllah awak mesti mahir baca Al quran". Nasihat Arif ikhlas. Quran ditutup kembali.
"Er, Nazneen. Boleh saya tanya awak satu soalan?". Arif tiba2 bertukar serius. Aku pandang wajahnya sebelum mengangguk.
"Kenapa dalam setahun ni, saya tak pernah nampak keluarga awak datang atau awak balik kampung? Awak lari rumah ke?". Tebaknya musykil. Takut2 aku tergolong dalam kelompok yang suka lari rumah.
"Kenapa?".
Soalan dibalas soalan.
"Er, takdelah. Cuma pelik. Atau awak ni dah takde keluarga?".
"Eh! Ada lagi lah! Saya masih ada keluarga!". Jawabku cepat2. Aku tersenyum seketika.
"Oh! Habis tu, kenapa tak balik jenguk mak ayah?".
Aku menjongket bahu.
"Saja kot".
Berkerut wajah Arif mendengar jawapanku. Aku lantas bangun memberi salam sebelum mengundur diri.
Dalam perjalanan balik ke bilik, fikiran ku teringat pada Atika. Tiba2 terasa ingin berbual dengan sahabat baik ku. Aku mendekati meja batu sebelum mengeluarkan henset. Nombor Atika aku pandang lama. Berkira2 untuk mendail.
Assalamualaikum, Tika!
Ayka? Seriously kau ke ke tu?! Oh may god! Aku tak sangka kau call aku jugak. Mana kau pergi? Lama tau aku tunggu call kau!
Sorry beb, aku tak sengaja. Kau sihat? Mak aku macamana?
Mak kau sihat. Aku pun sihat! Kau tu, sihat ke tak? Makan ke tak? Kau duduk mana sebenarnya ni? Aku risau la.
Rilex la. Aku ok kat sini, Alhamdulillah. Seronok belajar agama kat sini. Ustazah yang ajar aku tu baik tau! Sekarang ni, aku dah mengaji juz amma. Tajwid aku pun dah mantap!
Yelah! Bagus la macamtu. Suka aku dengar. Tapi beb, kau taknak balik ke?
Aku terdiam lama. Tidakkah aku mahu pulang?
Beb? Kau dengar tak ni?
Er, ah aku dengar la. InsyaAllah ada masa aku balik ye. Er, kau kirim salam dekat mak aku. Cakap aku rindu sangat dekat dia. Nanti, aku balik la jenguk dia.
Kau ni kan, suka buat aku macamni. Aku benci la macamni!
Ala kau ni. Dah besar pun nak merajuk lagi. Eh, aku kena gerak sekarang. Nanti apa2 aku call kau tau! Bye darling! Assalamualaikum.
Talian dimatikan.
Aku genggam henset ku erat. Betapa rindu nya aku pada mereka. Aku nak sangat peluk tubuh mak saat ini. Rindu yang teramat. Henset aku letak ditepi. Aku keluarkan diari kesayanganku dari dalam beg. Sejak kebelakangan ini, aku semakin suka menulis diari. Buku kerja arwah Aqasha aku jadikan diari harianku. Aku selak ke helaian terakhir.
Dear diary,
Hati aku terlalu merindukan mak dan Atika. Aku nak balik. Tapi, apakan daya aku. Aku perlu jauh buat sementara waktu. Dapat call Atika sekejap cukup membuatkan hati aku kembali melonjak untuk pulang ke rumah. Aku rindu suasana rumah dan masakan mak. Aku juga rindukan Aqasha.
Abang,
Ayka dah redha dengan pemergian abang. Sekarang ni, Ayka bahagia belajar ilmu agama kat pondok ni. Semua layan Ayka baik2. Abang tentu suka kan? Ayka nak belajar mengaji biar dapat sedekahkan pahala mengaji kepada abang. Ustazah Islah kata kalau kita baca Alquran, elok sedekahkan bacaan tu pada si mati, Insya Allah kita pun akan dapat pahala.
Abang,
Ayka rindu abang. Doakan Ayka berjaya kat sini. Ayka terlalu mencintai dan merindui abang. Tunggu Ayka ye.
Lots of love,
MN
Aku tutup kembali diari. Mataku tertumpu pada air terjun yang mengalir. Tenang saja mendengarnya.
"Nazneen, Ustazah Islah nak jumpa awak". Tegur Fatimah.
Aku segera mengangguk laju lalu bergerak meninggalkan meja batu mengekori langkah Fatimah. Jam menunjukkan pukul 12 tengahari. Apalah agaknya sebab nak jumpa aku? Aku ada buat salah ke? Rasanya takde pun. Sampai sahaja di bilik Ustazah Islah, aku melangkah masuk penuh hati2. Seperti biasa, Ustazah Islah pasti akan melirik senyuman manis buatku.
"Macamana kelas tadi? Ok?". Soalnya ingin tahu. Buku serta fail2 yang berselerak diatas meja menganggu pandanganku.
"Er, ok. Alhamdulillah. Saya dah boleh mula juz 1 esok". Ujarku riang. Aku pandang sekeliling bilik. Warna pastel. Walaupun ruang nya agak kecil, tapi penggayaan warna yang tak terlalu terang membuatkan bilik ini kelihatan tidak sempit. Di sudut meja, diletakkan bingkai gambar keluarga Ustazah Islah. Almari yang penuh dengan hiasan gambar dan trofi anugerah.
"Baguslah! Er, maaf ye, saya tak dapat buat kelas tadi. Ada hal mendadak. Tu yang terkocoh2 mintak Arif gantikan. Nazneen ok kan?".
Dah habis kelas baru nak tanya ke? Redha je la.
"Er, ok je. Takpe. Lagipun, mana2 guru pun saya terima asalkan dapat belajar". Ringkas jawapanku. Aku bermain2 dengan hujung tudung. Kami terdiam seketika.
"Oh ye, saya nak awak hadiri seminar ni". Ujar Ustazah Islah seraya menghulurkan lampiran borang seminar. Aku capai lalu membaca dengan teliti.
"Saya terjumpa tadi. Rasanya elok kalau awak ambil. Kita cuba2 aje lah". Cadang Ustazah lagi.
"Seminar penguasaan jiwa dan rohani dalam pembentukan sahsiah yang cemerlang dan proaktif"
Aku pandang lampiran yang diberikan. Tak sedap pula kalau menghampakan Ustazah Islah. Sudahnya, aku mengangguk setuju.
"Kalau awak nak saya hantarkan pon boleh. Lagipun, dah dekat sangat tempat tu dari sini".
"Er, takpe. Saya boleh pergi sendiri. Ustazah lupa ke saya kan ada kereta. Lagipun, saya tau tempat ni". Uajrku senang. Lampiran tadi aku masukkan kedalam beg. Eh, mana diari aku?
"Cari apa tu? Ada benda hilang ke?". Soal Ustazah Islah apabila melihat aku tercari2.
"Buku. Buku saya hilang!".
"Ha? Buku apa? Macamana boleh hilang. Last awak guna kat mana?". Soal Ustazah lagi, turut kalut bersama aku.
"Last kat..... ha! Er, saya pergi dulu ya!". Cepat2 aku bangkit lalu meninggalkan bilik itu.
Langkah aku atur laju menuju ke meja batu di hujung pondok. Jangan lah ada yang baca! Sampai sahaja di meja batu, aku tak nampak apa2 buku diatas meja itu. Oh no! Mana buku aku?!
"Ish, siapa ambik pulak ni!". Gumam ku sendiri. Aku sudah mahu menangis dibuatnya. Hanya buku itu menjadi peneman setia aku.
"Er, makcik. Ada nampak buku kat atas meja ni?". Soalku pada satu2 nya tukang sapu di pondok ini. Tapi jawapan yang diberikan hampa.
"Takkan cepat sangat hilang! Siapa pulak nak ambil! Buku tu tak berharga pun kalau nak jual!". Rungutku lagi. Aku meraba2 di dalam poket mencari henset.
"Mana pulak la henset ni?!". Marahku sendiri. Masa2 macamnilah taknak munculkan diri. Aku muntahkan segala isi beg galas aku. Henset tiada!
"Aduh! Mana pulak henset ni!". Aku jerit kecil. Beg yang kosong aku campak ke tepi. Susah kalau henset pun dah hilang. Aku kena tanya budak2 ni, mana tau diorang ada ternampak. Setelah cuba menenangkan diri, aku kembali mengemas isi beg lalu berjalan menuju ke kelas2 untuk bertanya.
"Lantaklah! Tebal muka pun janji aku dapat barang aku". Gumamku sendiri.
Aku menuju ke kelas 2 ibn qayyum. Dari jauh kelihatan Ustaz Rauf sedang mengajar. Aku ketuk pintu perlahan.
"Maaf ganggu ustaz, saya cuma nak tanya anak murid kat kelas ni kalau2 ternampak henset saya kat meja batu hujung tu".
Ustaz Rauf mula membuat sesi soal jawab dengan anak mutid nya. Rata2 jawapan yang diberikan hampa. Aku terpaksa beralih ke kelas lain. Bagi aku, biarlah henset dan hilang pun takpe, asalkan bukan diari.
"Eh Nazneen. Dah jumpa ke?". Tanya Ustazah Islah di luar bilik kelas. Aku menggeleng lesu.
"Diorang tak nampak pun. Saya dah tanya makcik sapu tu. Dia pun tak nampak". Ujarku sayu. Mana lah buku aku ni!
"Erm, saya pun tak tahu nak tolong macamana. Takpe2, nanti habis je sesi kelas, saya kumpulkan budak. Biar saya tanya sorang2". Pelawa Ustazah Islah. Aku gembira. Harapan untuk jumpa buku tu masih ada.
"Terima kasih ustazah ye! Saya terhutang budi dengan ustazah! Saya harap sangat jumpa barang saya". Ujarku semangat. Aku berharap jadi kenyataan.
Ustazah Islah kelihatan gembira. Aku sempat pamit dahulu sebelum balik ke bilik. Tak putus2 aku doa agar buku aku dijumpai.
         ~~~~~~~~~~~~~~~
"Ha, ada apa nak jumpa aku?". Soal Ustazah Islah. Tercungap2 dia sampai ke pejabat kerana hal 'emergency 'Arif.
Sebuah buku dan sebiji henfon samsung diletakkan diatas meja.
"Tolong aku bagi kat Nazneen. Aku jumpa tadi".
Ustazah Islah terlopong mendengar. Inilah buku dan henset yang dicari2 Nazneen.
"Kau ambil?".
"Aku tak tahu siapa punya, aku tengoklah isi buku. Entah! Aku tak sengaja terbaca". Ujar Arif mendatar. Perasaan bersalah menerjah relung hatinya. Bukan niat dia untuk membaca tanpa izin. Arif menjadi semakin tertanya2 setelah ternampak helaian pertama.
"Dia dah kahwin?". Soal Arif berhati2.
"Aduh! Apa aku nak cakap kat dia! Kau pun satu lah, yang pergi baca kenapa? Kau tau tak dosa baca diari orang? Pulak Nazneen tu. Sekalipun kau nak tau empunya diari, kau tak patut baca, Arif". Bebel Ustazah Islah. Dia tergaru2 kepala di balik tudung labuh nya.
"Aku tak sengaja. Serius! Aku cuma nak tau je siapa punya. Kau tolong aku, eh? Kau jangan la cakap kat dia aku dah baca". Pinta Arif semahunya.
Ustazah Islah menggeleng laju. "Kau selesaikan sendiri dengan dia. Aku taknak tolong yang ni. Menipu namanya tau!".
Arif mengeluh. Dia mengetuk kepala sendiri. Menyesal dengan kebodohan sendiri. Buku dan henset dicapai. Sebelum berlalu pergi, sempat Arif mengulang soalan yang tak berjawab.
"Dia dah kahwin?".
Ustazah Islah terkedu. Tak tahu apa yang patut dijawab. Janjinya pada Nazneen dan juga soalan Arif yang inginkan kepastian setelah membaca diari. Ustazah Islah bungkam.
"Betul ke?".
"Kenapa kau nak tau? Tu hal dia. Aku pun tak pernah tanya". Jawabnya kalut. Dia pura2 menyemak fail laporan tahunan.
"Aku baca. Semuanya".
Ustazah Islah mengetap bibir.
"Dah tu? Aku tak tau. Elok kau tanya dia kalau kau nak sangat tau". Bidas Ustazah Islah.
"Aku suka dia". Luah Arif Haikal jujur. Belum pernah dia merasakan perasaan untuk wanita. Tidak untuk kali ini.
Ustazah Islah merenung Arif lama. Mencari kepastian dalam ayat kawannya itu.
"Kau sayang dia?". Soalnya sekali lagi.
Arif mengangguk.
"Huh! Bodoh aku pergi suka perempuan yang jadi milik orang". Ujarnya pasrah. Dia menyandarkan badan ke kerusi. Wajahnya diraup beberapa kali.
"Sejak bila?".
"Sejak first time jumpa dia".
Ustazah Islah senyum. Senyuman yang penuh makna.
"Kalau dah suka, pergi la tanya tuan badan! Yang kau luah perasaan kat sini kenapa?". Usik Ustazah Islah.
Arif berdecit.
"Dia isteri orang la! Gila apa nak aku masuk line?". Bentak Arif seraya tersengih.
"Tak cuba lagi kan? Kita tak tau". Uajrnya sebelum bangun meninggalkan pejabatnya. Arif semakin tak faham. Takkan nak aku kebas bini orang? Gila ke dia ni?
            ~~~~~~~~~~~~~~~~~
Angin malam sepoi2 bahasa menampar pipiku . Setelah menghadiri kelas fiqh tadi, aku terus bersendirian di meja batu, tempat kesayanganku ketika bosan. Diari yang hilang sejak pagi tak kutemui. Runsing betul hatini memikirkan keberadaan diari kesayanganku.
Pelajar2 kelihatan berkeliaran di tapak perhimpunan. Malam ini Ustazah Islah ingin mengadakan bacaan mathurat di dataran perhimpunan. Jam aku pandang sekilas. Masih awal lagi. Aku topang dagu memandang keletah pelajar2 yang masih muda. Sungguhpun muda, pelajar2 ini telah diberikan Allah satu peluang yang sangat tak ternilai. Dapat mengenali dan mendalami ilmu diusia yang masih mentah. Aku juga turut bersyukur Allah masih tidak melupakan aku walaupun usiaku sudah semakin meningkat jauh.
"Termenung lagi ke tu?". Sergah Arif. Segak berbaju melayu coklat dan berkain pelekat.
"Allah! Cuba tegur elok2. Kan ke lagi elok!". Marahku sambil mengurut dada yang berdegup laju. Sempat aku membetulkan labuhan tudungku.
"Maaf. Saya tengok awak khusyuk sangat termenung. Sajalah nak kacau. Malam ni takde kelas ke?".
Aku mengangguk.
"Oohh!".
Kembali sepi. Aku dalam duniaku. Arif, aku biarkan tak berteman.
"Nazneen, saya ada benda nak cakap ni".
Aku toleh kearah Arif. Anak matanya yang coklat aku pandang.
"Apa dia?". Soalku lembut.
Mujur sahaja kawasan pondok ini sangat lah terang. Meja batu yang kami duduki ini juga diterangi lampu kalimantang. Memudahkan aku untuk sendiri. Jika tidak, pasti aku akan mengelak dari berdua2an.
Arif meletakkan sebuah buku yang cukup aku kenali dan henset samsung diatasnya dihadapanku. Riak wajah nya tampak bersalah. Tapi, aku peduli apa? Penuh berselirat otakku ingin bertanyakkan soalan kepada dia.
"Saya jumpa tadi. Tak tahu awak punya". Ujar Arif lebih cepat dariku.
"Kenapa tak pulangkan awal?".
"Saya tak jumpa awak. Ni baru nampak awak kat sini". Jelasnya lagi.
Sedikit hairan. Macam la tak boleh suruh budak panggil aku. Alasan!
"Er, takde baca kan?". Soalku gugup. Risau pulak kalau2 Arif membaca diariku. Aku capai barang diatas meja lalu aku sumbatkan ke dalam beg galas.
"Er, saya nak mintak maaf. Saya terbaca".
Apa?! Dia baca?!
Terbuntang mataku memandang Arif sejurus habis ayatnya. Aku segera bangun ingin meninggalakan meja batu tapi dihalang.
"Kejap! Saya tau saya tak patut baca. Tapi saya nak tau je siapa punya buku. Saya selak sebab nak tengok nama je". Terang Arif bersalah. Merah mukaku menahan marah.
"Itu je?". Soalku sedikit keras.
"Saya.. er..saya..dah terbaca sampai habis". Arif tunduk kesal. Turun naik nafasku menahan sebal. Kenapa berani sangat membaca diari orang ni?
"Maaf, Nazneen!". Ujar Arif lagi.
Tanganku dah menggigil geram. Otakku sakit mengenangkan penjelasan lelaki ini. Kepala kembali berdenyut.
"Terima kasih! Tak sangka ustaz buat saya macamni!". Ujarku lalu melangkah meninggalkan Arif keseorangan. Aku pegang kuat tali beg sandang. Air mata mengalir. Malu bercampur geram. Ada insan lain yang tahu kisah pilu aku. Aku benci!
Sampai sahaja di dalam bilik, aku campak beg ke atas katil. Tudung aku cabut kuat lalu aku campak ke lantai. Aku meraup muka berkali2.
Knok! Knok!
"Nazneen, maafkan saya. Saya tau saya salah. Saya tak sengaja. Maafkan saya. Saya tak tahu apalagi cara untuk saya tebus kesalahan saya ni. Saya harap sangat awak maafkan saya".
Kedengaran suara Arif dari luar pintu bilik. Aku sengaja mendiamkan diri.
Aku bangun lalu mula mengemas baju yang bergantungan didalam almari. Aku capai tudung yang terlipat. Kitab2 pondok aku biarkan kemas diatas meja. Alquran pemberian Ustazah Islah aku bawa bersama. Sementara itu, aku sempat menulis sepucuk surat buat Ustazah Islah. Lama aku di meja tulis. Surat yang sudah siap ditulis, aku lipat kemas dan aku selitkan bersama kitab2. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Aku segera bangun dari katil dan mengangkat beg baju. Aku ingin pergi dari sini. Ini keputusan muktamad! Aku malu orang tau kisah aku. Segala2nya ada didalam diari aku. Diari yang dah diceroboh oleh orang asing.
Aku berjalan laju menuju ke pagar. Mujur kawasan persekitaran sudah lengang. Waktu pun sudah menunjukkan tengah malam. Aku terus menuju ke kereta lalu aku buka pintu kereta. Beg aku campak di kerusi belakang. Cepat2 aku duduk di kerusi pemandu. Harap2 nya tiada lah yang perasan ketiadaan aku malam2 buta ni.
Enjin aku hidupkan lalu aku segera meninggalkan perkarangan pondok. Maafkan saya, Ustazah Islah. Saya terpaksa.
           ~~~~~~~~~~~~~~
"Macamana, dah call? Dia jawab tak?". Soal Ustazah Islah kalut.
Mana tak nya, pagi2 lagi dia sudah ke bilik aku yang kosong. Terkejut melihat keadaan bilik yang tak berpenghuni menyebabkan dia tekad untuk memanggil Arif untuk mencari aku.
"Tak angkat". Sepatah jawapan Arif. Dia juga turut risau. Adakah sebab malam tadi, Aku meninggalkan dia?
"Macamana lah boleh jadi macamni. Kalau keluarga dia cari kita, macamana? Ish, risau la aku!". Rungut Ustazah Islah. Kalut dia memikirkan perkara yang bakal terjadi.
"InsyaAllah, dia selamat la tu. Kau jangan la risau sangat". Arif cuba memberi andaian walaupun hatinya turut merasa risau.
Dia marah kat aku ke sebab tu dia lari? Detik hati Arif.
"Dah2, aku nak kau cari sekitar2 sini. Kau kenal kan nombor plat kerera dia. Mana la tau ada menyinggah mana2 ke. Aku risau ni". Arah Ustazah Islah sebelum beredar.
"Eh, ke kau ada buat something kat dia?". Tebak Ustazah Islah sengaja menyakat. Arif cepat2 geleng kepala.
"Dah lah! Pergi cari cepat. Ish, takde mood dah aku ni nak masuk kelas". Ujar Ustazah Islah lalu terduduk di kerusi yang disediakan di luar pintu bilik.
Arif yang masih berada di dalam bilik melilau pandang ke segenap ruang. Matanya kemudian tertancap pada sekeping surat yang terselit di timbunan kitab.
"Islah! Meh masuk kejap! Ada surat la". Sejurus selepas Arif memberitahu, Islah segera mendekati lalu mencapai surat yang berada di tangan Arif.
Assalamualaikum.
Pertamanya saya nak minta maaf pada Ustazah sebab menghilangkan diri macamni. Saya ada sebab sendiri. Ustazah anggaplah saya dah taknak duduk kat sini lagi.
Sepanjang saya dibawah penjagaan ustazah, saya merasakan serba lengkap. Segala makan, pakai saya ustazah jaga. Terima kasih untuk itu. Saya jugak nak ucapkan terima kasih sebab ustazah dah bertungkus lumus mengajar saya selama setahun lebih saya disini. Banyak ilmu yang saya perolehi dari ustazah dan pelajar2 disini. Saya mohon maaf andai mengguris hati ustazah. Saya juga insan lemah.
Ustazah,
Saya nak ucapkan jutaan terima kasih atas kesudian Ustazah mendengar luahan saya tempoh hari. Sesungguhnya saya merasakan kehadiran seorang kawan saat itu. Saya tak pernah rasa setenang itu sepanjang saya duduk disini. Terima kasih kerana tak membocorkan rahsia kita. Hehe. Ustazah jaga diri. InsyaAllah saya juga akan jaga diri walau dimana saya berada.
Bilang pada ustaz Arif, saya maafkan dia.
Yang benar,
Nazneen
Ustazah Islah memandang Arif dengan riak sedih. Dia terdiam.
"Dia kata apa?". Soal Arif tak sabar.
"Kau ada buat apa2 kat dia ke?". Soal Ustazah Islah sengaja serkap jarang. Pandangannya dihalakan tepat kearah Arif yang seakan gelabah.
"Baik kau cakap betul2 kat aku. Kau ada buat Nazneen sakit hati ke? Ah! Diari tu, mana? Kau dah pulangkan ke?". Soal Ustazah Islah terburu2.
Arif mendengus perlahan. Aduh!
"Aku dah pulangkan kat dia. Dia marah".
"That's it! Aku agak dah! Ish, kau la ni! Kalau tak, takde dia lari tau! Dia elok2 duduk sini, kau buat hal. Tu lah aku dah cakap, diari orang jangan dibaca. Kan dah jadi macamni!". Bebel Ustazah Islah tak berhenti. Surat dilipat kembali.
"Kau tak payah la tambahkan kusut lagi! Aku dah cukup bersalah dah ni!". Marah Arif kembali. Dia tersandar di dinding.
"So?".
"So?". Soal Arif kembali.
"Ish! So, cari la dia sekarang ni! Kau mintak maaf. Lain kali ustaz Arif, beringat sebelum buat ye!". Perli Ustazah Islah lalu meninggalkan Arif terkulat2 sendiri.
Arif bungkam. Dia tahu pemergiaan Nazneen adalah salahnya. Dia perlu mencari dimana keberadaan gadis itu. Dia perlu mencari sampai jumpa. Tapi, dimana harus aku cari.
Ah! Alamat kat diari!
             ~~~~~~~~~~~~~~
"Beb, dah tiga hari kau balik ni. Aku tengok diam aje. Ada masalah ke?".
Soal Atika suatu petang di rumahnya. Mug berisi milo panas diletakkan diatas meja. Dia melabuhkan punggung di sebelah kawan baiknya.
"Takde apa2 lah!". Jawabku ringkas. Aku capai mug lalu aku tiup perlahan.
Sudah tiga hari aku berada di sini. Di rumah Atika. Mujur sahaja Syazwan out station. Dapatlah aku bermalam. Hati aku jadi tak senang pula dengan tindakan yang dah aku lakukan. Sejak kelmarin aku terfikir akan Ustazah Islah.
"Esok aku nak keluar. Kau nak ikut?". Soal Atika. Dia menopang dagu memandang aku.
Aku diam. Soalannya aku biar tak berjawab.
"Beb! Aku tanya ni". Rengek Atika. Aku sekadar menggeleng sahaja.
"Kau sakit ke? Atau ada masalah? Share la mana tau aku boleh tolong. Sejak dah duduk jauh ni, langsung taknak share apa2. Kau boleh bayang tak betapa risau nya aku!". Atika mula membebel.
"Dah2! Aku tahu! Tak payah cakap panjang2. Pening la. Aku takde apa2". Potongku laju. Wajah Atika aku jeling.
"Menyampah la kau ni! Aku ni care pasal kau tau. Hurm, kau kat sana macamana? Cerita la sikit. Aku nak dengar cerita kau. Best ke duduk pondok?". Soal Atika lembut. Dia menunjukkan riak wajah teruja.
"Erm, boleh la. Belajar kan. Dikelilingi budak2 yang super hebat! Aku teruja!". Ceritaku bangga. Terus mindaku terbayang suasana disana. Rindu rasanya nak kembali ke situ.
"Wah! Untunglah kau! Eh, takde jumpa mamat2 hensem ke? Mana tau ada yang tersangkut". Usik Atika. Dia tersengih memandangku.
Aku pula yang menyampah dengan usikan sebegitu. Umur begini dah tiada perasaan dengan gurauan basi Atika.
"Ish, takde soalan lain ke? Cuba tanya quran aku dah surah apa ke, aku belajar apa ke. Ini tak, pasal lelaki yang entah siapa2 pulak nak ditanya". Bebel aku. Atika terdiam sebaik sahaja aku memerlinya. Terasa mengena batang hidung sendiri la tu!
"Yelah2! Nak gurau sikit pun tak boleh! Hurm, lepasni aku tak tanya dah!". Rajuknya pula.
Aku mencebik. Membiarkan Atika merajuk sendiri. Majalah Mingguan Wanita aku capai lalu aku selak helaian demi helaian. Mataku tertarik pada helaian yang memaparkan kisah seorang isteri yang telah ditinggalkan suami bertahun lamanya tanpa khabar berita. Aku terdiam sebentar. Otakku ligat berpusing. Mujur aku ditinggalkan dalam keadaan aku tahu apa yang berlaku didepan mata. Tak habis fikir aku mengenangkan perasaan wanita itu. Ditinggalkan suami pada setelah suami meminta izin untuk bekerja diluar negeri. Ngeri bila mengenangkan dugaan yang terpaksa dilalui.
"Beb, aku ni patut bersyukur kan Allah panggil Aqasha dengan cara macamtu". Ujarku tiba2. Atika memandang pelik.
"Dah setahun lebih, baru ni aku dengar kau sebut balik nama dia. Kenapa ni?". Soal Atika lembut.
Aku tersenyum. Helaian muka surat itu aku tatap lama. Dalam kepala cuba nembayangkan kalau aku yang berada ditempat wanita itu. Maha Suci Allah! Kau menyayangi aku!
"Erm, takde apa2 lah!". Aku berdalih. Majalah aku letak kembali.
Atika menarik muka masam.
"Aku nak balik rumah aku la". Ujarku ceria. Atika aku pandang manis.
"Serius? Bukan kau taknak duduk situ lagi ke? Ingat sikit, kalau tak aku yang tolong bayarkan duit sewa, lama dah kau merempat!". Gurau Atika. Dia sengaja membuat riak bangga.
"Alah! Berlagak! Baru bayarkan berapa bulan punya! Aku boleh bayar balik lah!". Ujarku seraya menjelirkan lidah. Kami berdua tergelak bersama. Lama rasanya tak gembira seperti ini. Aku seperti mendapat roh baru.
"Menyampah la kau ni! Nanti aku bagi bil, jangan ternganga pulak! Eh, aku nak join kau balik rumah la. Lama juga tak masuk rumah kau tu. Mesti berhabuk tahap resdung punya!". Bebel Atika. Aku hanya mendengar sahaja.
Jujur, aku juga tak sabar nak pulang ke rumah suamiku. Rumah dimana aku menemukan syurgaku.
"Beb, nak balik bila? Oh ya, mak kau pun tak jenguk lagi, kan?".
Aku geleng.
"Nanti, kita singgah rumah mak lepastu baru balik rumah aku. Aku nak jenguk mak dulu".
Atika mengangguk. Kami sama2 menghirup udara segar. Banyak yang diborakkan. Tentang perkahwinan Atika yang aku sendiri tak tahu menahu bila berlangsungnya. Riuh suaranya bila bercerita. Aku layankan sahaja kawan baikku ini. Serasa lama tak melepak seperti dahulu.
"Beb, kau dengar tak bunyi henset tu!".
Aku berkerut.
"Takde pun! Kau punya la tu". Balasku. Remote tv aku capai lalu aku buka siaran televisyen.
"Ish! Henset kau lah! Kot ye pun lama dah tak pegang phone sendiri, takkan la ringtone pun dah lupa!". Lalu mencampakkan henset samsung disebelahku.
Ah! Siapa pulak yang kacau aku ni?
Hello! Assalamualaikum. Siapa ni?
Diam. Tiada suara yang menyahut. Aku cuba lagi. Kali ini agak keras.
Nazneen.
Aku tekup mulut. Suara Arif. Mana dia tahu nombor telefonku? Pasti Ustazah Islah! Aku tak tahu harus jawab ataupun apa.
Jangan letak call saya. Awak dengar, kan? Er, kenapa Nazneen tinggalkan pondok macamtu je? Awak tau tak Islah risaukan awak sangat.
Saya dah bagi surat, tak cukup ke?
Aku pandang Atika yang menanti jawapan dariku. Aku bangun lalu menjauhkan diri.
Saya cari awak.
Untuk apa? Saya dah maafkan ustaz. Saya taknak simpan apa2 pun dalam hati. Lagipun, saya rasa ni perkara kecik je, ustaz.
Aku mengetap bibir.
Bunyi masih marahkan saya.
Ustaz, saya banyak kerja ni. Lain kali saya cakap dengan ustaz ye.
Nazneen tunggu! Saya dah ada depan rumah awak ni.
Aku ternganga. Depan rumah aku? Talian aku matikan. Aku gelisah. Kenapa perlu cari aku sampai ke sini? Kenapa perlu cari aku lagi?!
"Beb, siapa call?". Soal Atika ingin tahu. Aku mendengus kecil.
"Beb? Kau ok tak ni?". Soal Atika untuk jali kedua. Aku kembali ke sofa melabuhkan punggung. Henset aku pandang lama.
"Siapa yang call tadi? Cakaplah!". Desak Atika setelah melihat aku tak memberi respon.
"Er, macamana aku nak cerita aku pun tak tahu". Ujarku. Aku garu kepala yang tak gatal.
"Cerita jelah dari mula. Siapa yang call? Kenapa? Apa jadi?".
Aku geleng kepala beberapa kali.
"Kau geleng kepala ingat boleh keluar jawapan? Tarik nafas perlahan2. Rilex. Lepastu cerita aku". Saran Atika. Dia mengambil bantal bulat lalu memeluknya.
"Yang call tadi, ustaz Arif". Aku memulakan bicara.
Atika senyum. "Lagi?".
"Dia guru mengajar kat pondok".
"Lagi?". Atika tersengih. Wajahku ditatap kemas.
"Ish, aku tak tau la nak cakap macamana!". Rungutku. Aku gigit jariku kuat, menghilangkan gugup yang semakin bersarang.
"Beb, kau ni gelabah sangat kenapa? Kenapa dengan ustaz tu?". Soal Atika kehairanan.
"Hurm, masa aku belajar kat pondok, dia mengajar juga tapi baru masuk. Masalahnya, dia mengingatkan aku pada Aqasha. Perfume, cara jalan, bercakap, semua lah! Aku jadi tak suka. Aku nak lupakan arwah, tapi semakin aku lupa, Allah sengaja datangkan dia dalam hidup aku".
Atika tekun mendengar.
"Aku cuba tak berselisih jalan dengan dia, tapi benda tu tetap jadi. Sampailah satu hari, diari kesayangan aku yang selalu aku tulis kisah hati aku hilang. Puas aku cari tapi tak jumpa. At last, kau tahu kat siapa?". Soalku.
Atika menggeleng laju.
"Kat Ustaz tu lah". Aku diam. Atika menunjukkan reaksi terkejut.
"Ustaz tu baca la?". Tebaknya. Aku mengangguk lemah.
"Everything?". Soalnya lagi. Kali ini, aku menjerit kecil.
"Aku tak suka! Kisah hidup aku orang lain tahu! Sampai hati dia boleh baca tanpa izin aku. Aku malu campur geram!". Marahku lagi. Kali ini, Atika ketawa kecil.
"Beb, aku nak tanya kenapa kau malu?".
"Aku malu la kisah hati aku orang baca! Orang tahu status aku ni janda! Mesti orang akan gelakkan aku kan? Tambah2, dah tua baru nak belajar agama. Ha! Lagi satu dalam diari tu aku cerita semua nya pasal aku dulu. Mesti orang pandang serong kat aku". Rungutku lagi. Sebal hati ini mengenangkan.
"Beb, just because kau ni janda, kau malu orang tahu? So, kau nak orang tahu kau sebagai apa? Anak dara? Beb, kembali realiti la. Takkan ada yang nak gelakkan kau pun kalau kau janda ke, tak pandai agama ke, jahil bab solat ke. Yang pasti, kau dah berubah. Ini kau sekarang!". Jelas Atika seraya memandang aku dari atas ke bawah.
"Aku bangga kawan aku ni no matter what happened pun. Kau dah berubah, that's it! Kau janda pun, lantaklah! Janji hati kau bersih. Kau malu sebab dia tahu perangai lama kau? Come on la beb! Dia tak perlu nak judge kau pun". Bela Atika panjang lebar. Aku terdiam.
Lama aku terdiam mencerna kata2 Atika sebentar tadi. Aku ketap gigi kuat. Tapi, aku malu nak berdepan dengan orang. Aku bukan isteri yang baik dulu.
"Aku malu".
Atika mendengus. Geram barangkali dengan ayat aku.
"Haih! Stress jugak cakap dengan kau ni. Kau tak boleh fikir macam tu tau. Kau ada masa silam, aku pun ada and semua orang jugak. So, dia benda yang nak dimalukan? Look Ayka, kau kira manusia yang bagus aku jumpa. Even kau ni dulu teruk, tapi kau berubah. Takde yang perlu dimalukan. Kalau kau kata geram sebab dia baca diari kau, yes! Yang tu aku setuju lah". Dia bersandar di sofa.
"Yang tu memang jugak. Memang aku marah sebab dia baca. Aku rasa macam berani nya ustaz macam dia buat tak mintak izin". Ujarku geram. Atika mencebik.
"So, yang dia call kenapa? Nampak tak jauh tersasar soalan aku?". Soalnya seraya tergelak kecil. Aku menepuk dahi.
"Ops! Aku pun tak jawab soalan kau. Dia da kat sini".
"Sini? You mean, depan rumah aku?".
Aku menggeleng laju. "Bukan sini, tapi rumah aku lah! Aku pun hairan macamana dia boleh tau rumah aku". Ujarku sambil menggaru kepala.
"Mestilah diari kau! Dah kalau dia baca, takkan alamat pun tak boleh nak ambil".
Aku ligat berfikir. Mungkin betul kata2 Atika itu.
"Kira dia datang nak minta maaf?". Sambung Atika. Aku menjongket bahu. "Entah!".
"Dia takde minta maaf ke kat kau before ni?". Soalnya lagi.
"Ada je. Tapi aku dah maafkan dah. Entah lah. Tak tahu la aku kenapa dia datang cari aku lagi". Rungutku. Rambut yang panjang aku ikat sanggul.
"Erm, baru jadi ustaz, perangai lebih kurang arwah Aqasha. Ustaz baca diari lepastu nak minta maaf. Sampai sini pulak tu. Hafal alamat lagi! Hurm". Atika seperti seorang detektif.
"Ah! Apa2 jelah kau ni. Aku kena ke sana. Tak sedap la orang sekeliling pandang nanti. Jom teman aku". Pintaku pada Atika.
"Deal!". Serentak aku capai tudung lalu bergegas ke kereta. Dalam hati berdoa agar jangan lah yang bukan2 pula berlaku.
          ~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kereta diberhentikan di hadapan rumah betul2 dibelakang kereta kepunyaan Arif. Aku keluar dari perut kereta terus mengetuk tingkap kereta Arif.
"Ada apa ustaz cari saya sampai sini?". Soalku kalut. Arif lantas keluar dari kereta. Segak berbaju tshirt dan berseluar slack.
"Saya puas cari awak. Semua orang risau pasal awak. Nasib saya ingat alamat awak". Ujarnya mendatar. Aku sekadar memandang kosong.
"So, dah jumpa ni kira ok lah. Saya sihat je. Tak perlu risau. Mungkin cukup masa saya belajar kat pondok tu. Bukan sebab ustaz pun". Ujarku mengelakkan dari rasa bersalah.
Atika yang setia menunggu the dalam kereta hanya memandang.
"Saya minta maaf kalau sebab saya awak keluar. Saya tak berniat nak buat awak macamtu. Saya takde nak fikir yang buruk2 pun pasal awak".
"Dah ustaz! Saya ok je. Takpe. Kan saya dah cakap, saya tak simpan dendam pun. Ustaz ada hak untuk tau siapa punya buku tu. Saya tak salahkan ustaz. Betullah salah baca privasi orang, tapi saya dah maafkan". Ujarku lagi. Aku pandang Atika. Kali ini dia keluar dari kereta mendekati aku.
"Ustaz Arif?". Tanya Atika. Dia mengangguk.
"Saya kawan Ayka. Bestfriend dia. Kenapa ya ustaz datang ni?".
"Er, saya cuma nak tengok keadaan dia. Semua orang kat pondok risaukan Nazneen. Tu yang saya usaha cari tu". Jelasnya.
Atika kelihatan tekun mendengar.
"Boleh kita cakap sekejap? Beb, aku nak cakap dengan mamat ni kejap. Kau masuk dulu". Arah Atika. Aku sedikit gelisah. Atika ni nak buat apa pulak dengan Arif ni?
Aku menurut juga. Pagar aku buka kuncinya lalu masuk kedalam membiarkan Atika dan Arif.
"So, saya dengar dari kawan saya yang awak ceroboh privasi kawan saya".
Arif mengeluh. Dahi nya yang menitik peluh diseka laju.
"Saya seriously tak sengaja. Saya cuma nak tau je siapa punya buku. Then, saya terbaca helaian pertama. Dari situ saya jadi leka. I just wondering wanita macamana Nazneen ni. Tu saja ". Terangnya jujur. Atika tersenyum.
"Kawan saya ni jenis keras kepala. Kalau dia kata dia tak suka, tulah jawapannya. Kalau nak kata suka pun, dia akan fix dengan jawapan dia. So, dia kata dia maafkan, kira dia maafkan lah. Saya bukan lah nak backup sesiapa, tapi saya rasa tak patut awak buat macamtu". Nasihat Atika lagi. Dia mencekak pinggang saat ini.
"Saya tak sengaja. Betul! Entah apa yang merasuk saya untuk habiskan baca luahan dia. At the end, baru saya sedar yang saya tak patut baca". Arif mengaku jujur. Dia mengeluh berat.
"Dia tak suka jumpa awak". Ringkas ayat Atika. Terkejut Arif mendengarnya.
"Tapi kenapa?".
"Awak mengingatkan dia pada arwah suaminya".
Arif terdiam. Dia meraup wajahnya berkali2.
"Tapi, bukan salah saya...."
"Ya! Bukan salah awak. Dia pun tak mintak. Sebab tu dia elakkan. Tapi, benda ni dah jadi". Potong Atika. Arif mendengus.
Kenapa? Kenapa jadi macamni?!
"Dia memang nak elakkan dari berjumpa saya?".
Atika mengangguk. "Jelas sekali!".
Lama Arif terdiam. Kereta yang lalu kiri kanan sedikit terganggu.
"Salah ke kalau saya nak kenal dengan dia? Salah ke kalau saya kata saya suka dia?". Penuh berhati2 ayat yang baru diungkapkan. Atika tersengih.
"Saya agak dah. Takkan awak sanggup redah jalan raya semata2 nak jumpa Ayka. Sedangkan dia dah maafkan awak. Saya dah agak dah". Atika tersengih. Bibir tak lepas dengan senyuman.
Betul kata Ayka. Semua nya kelihatan sama pada Arif. Ia juga membuatkan Atika terus teringat akan arwah Aqasha. Tuhan mahu kau bahagia, Ayka.
"Saya tau saya ni dia takkan pandang. Tapi, saya tak salah dengan perasaan saya. Bukan sebab baca diari dia. Tapi, sejak first time nampak dia. Takpelah, kira saya tak layak untuk dia, saya takkan paksa". Arif merendah .
"Cuba pikat hati dia. Cinta dia terlalu kuat untuk arwah suami dia. Saya sendiri tak pasti bila dia akan lupakan arwah. Berdoalah!". Nasihat Atika, Arif sematkan kemas di dalam dada.
"Terima kasih. Sekali lagi terima kasih. Saya rasa saya patut balik dulu. InsyaAllah, ada masa saya datang. Assalamualaikum". Ujarnya lalu memecut laju membelah jalan raya.
Hatinya sedikit lega. Entah kenapa dia sangat lega.
Share this novel