Harini aku ada aktiviti kepimpinan di sekolah. Sudahlah bangun lewat pagi tadi, eletrik pulak buat hal!
"Ish, mana aku nak iron ni? Cepatlah ada eletrik! Baju tak gosok lagi ni!". Bebel aku sendiri. Badan kembali berpeluh walaupun sudah mandi. Aku campak baju kurung ke atas katil. Almari aku buka. Aku capai baju t-shirt dengan seluar tidur.
"Ah, lantaklah! Aku dah takde masa ni!".
Perfume, getah rambut, deodorant, selendang semua aku sumbat masuk dalam handbag. Baju kurung aku capai lalu aku bawak sekali masuk dalam kereta.
Aku mula mendail nama Atika. Tak sampai beberapa saat dia menjawab.
Beb! Aku nak datang rumah kau sekarang jugak! Aku nak iron baju. Aku dah lambat! Pintu kau pastikan tak berkunci. Ok bye!
Terus aku matikan talian. Tak sempat nak mendengar jawapan Atika. Pintu pagar aku kunci. Setelah menghidupkan enjin, aku memecut terus ke rumah Atika. Panas punggungku gelisah. Jam di dashboard aku pandang berulang kali. Lagi setengah jam nak masuk waktu sekolah. Masaklah aku macamni! Merah la kad aku harini.
Sampai sahaja di rumah Atika, aku terus meluru ke pintu rumahnya. Salam diberi lalu terus membuka pintu. Atika yang terkejut hanya mampu tersengih.
"Ni mesti kes rumah blackout kan? Tulah, cuba jadi macam aku, gosok baju waktu malam. Awal2. Ni tak, pagi2 barulah terkocoh2 nak gosok". Bebel Atika. Aku sudah buat muka. Membebel tak boleh nak berhenti. Cepat2 aku tekup mulutnya.
"Aku sayang kau! Tapi buat masa sekarang, aku perlukan iron, bukan bebelan kau". Ujarku penuh pengertian. Atika menjelirkan lidah tanda protes. Aku berlari menuju ke bilik baju Atika. Suis dibuka langsung aku menggosok baju laju. Jam menunjukkan lima belas minit lagi waktu sekolah. Kelam kabut dibuatnya.
"Kau tidur pukul berapa hah? Gayut la tu? Tak pun tengok movie banyak!". Sambung Atika sambil bersandar di dinding.
"Tak tahu!". Sekadar itu aku menjawab.
"Ish2, aku rasa la kau ni kena buang tv tu agaknya. Kalau dah melayan movie, tak ingat dunia". Bebel Atika lagi. Naik berasap telinga aku dibuatnya. Ada yang makan iron ni kang!
"Tapi, kesian la pulak kau. Hirm, dah breakfast belum?".
Aku menggeleng laju. Atika berlalu keluar. Entah apa dia buat, aku pun tak tahu. Fokus aku hanya pada baju. Dah la aku ni gosok baju lambat!
"Bukak mulut!". Arah Atika. Aku hanya menurut sahaja. Serentak itu satu gigitan roti butterscotch masuk ke mulut. Aku membuat muka bahagia tanda terima kasih.
"Takyah nak ngada2 sangat. Dah, cepat gosok tu. Dah pukul berapa ni". Arah Atika. Dia keluar mencapai handbag.
"Aku hantar kau sekali. Kau kalau dah gelabah, nanti semua tak jadi".
Aku menjerit gembira. Ni baru lah yang dinamakan sahabat sejati! Untung dapat kawan macam Atika.
Usai menggosok, terus aku sarungkan baju ke badan. Tergeliat badanku menahan haba iron. Nasib badan lah! Siapa suruh bangun lewat.
Rambut aku rapikan. Cukup sekadar ikat tocang. Tak sempat nak makeup. Ah! Dalam kereta la jawabnya. Terkocoh2 aku memakai kasut. Handbag aku campak terus ke seat belakang. Compact powder aku buka terus bersolek. Aku oleskan sedikit pelembab bibir. Selendang aku sangkut di leher. Lagi lima minit nak masuk waktu sekolah.
"Cepat Atika! Dah lambat!". Ujarku gelisah.
"Sabarlah! Nak sampai dah".
Atika tetap tenang memandu. Aku yang tak keruan disebelahnya. Sepanjang aku mengajar, belum pernah lagi aku terlambat ke sekolah.
"Ha, sampai pun!".
8.29. Satu minit lagi. Aku segera mencapai handbag. Dengan kasut tumit tinggi, aku gagahkan terus berlari menuju ke bilik guru untuk punchcard.
8.31!
Oh no! Akhirnya, aku pecah rekod kad merah. Padan muka aku! Tulah, tidur lambat lagi. Ni semua Lee minho punya kerja!
"Hai Nazneen. Baru sampai ke? Tegur Puan Malia. Aku senyum padanya lalu mengangguk.
"Terlewat bangun". Bisik aku padanya. Kami sama2 ketawa. Aku mencapai rekod tingkatan diatas meja dan juga fail kosong berwarna merah.
"Harini cikgu ada kelas ke?". Soalku ramah. Dia sekadar mengangguk sambil meneguk air kosong.
"Nazneen kenapa tanya?". Soalnya kembali.
"Ah, saja je tanya".
"Eh, ada Nazneen la!". Ujar Cikgu Yati memerli. Aku terdiam.
Tak habis2 lagi ke minah ni!
"Yati, ada masalah ke dengan Nazneen?". Soal Puan Malia. Aku memandang Puan Malia kosong.
"Takde pulak. Saya ni kak, baik je orangnya. Tak pernah nak cari gaduh. Cuma tula sesetengah orang tu kerja nya nak naik angin aje". Serentak menjeling kearah aku. Aku mula buat muka. Menyampah pulak!
"Baguslah kalau macamtu. Ni, takde kelas ke?".
"Ada, tapi saya lambat sikit masuk. Nak jumpa Halimah kejap. Ada hal". Matanya tak henti memandang aku. Agaknya tak boleh hidup kot kalau tak tengok muka aku.
Aku terus berlalu pergi meninggalkan Puan Malia dengan Cikgu Yati.
"Nazneen! Nazneen! Tunggu la kejap". Laung Puan Malia terkocoh2 mengejarku.
"Kenapa cikgu?". Aku kehairanan.
"Tak sedap pulak nak borak kat sini. Kita ke bilik kaunseling la. Jom!". Seraya menarik tanganku. Aku terpinga2.
"Er, duduklah cikgu. Ada apa ye?". Aku menghulurkan air kotak milo kepadanya.
"Saya serba salah nak cakap ni. Tak sedap pulak dengar orang2 bercakap kan". Puan Malia tersengih. Dia mengambil kotak milo, cucuk straw dan menghirup sedikit. Aku mendepani Puan Maila. Tenang.
"Cakap jelah. Apa nya cikgu?".
Lama dia berjeda.
"Tula, betul ke apa yang diorang ni cakap kan? Saya tak suka nak dengar khabar2 angin ni. Tapi, tulah. Orang kita ni lebih banyak bawak mulut dari bertanya yang sahih".
Aku terdiam. Seakan memahami maksud yang tersirat.
"Pasal saya ke?". Soalku perlahan.
"Boleh ke saya tahu betul ke tak cerita tu. Saya dengar si Yati tu cerita kata awak ni penggoda. Ish, tak sedap la nak bercakap pasal tu".
Aku membetullkan juraian rambut. Kepala mula berdenyut.
"Siapalah kan punya angkara. Saya ni pun tak tahu apa2. Memang la saya ni jahil agama, tapi saya ni masih waras lagi nak buat kerja gila tu semua".
"Maaf la Nazneen. Sebab tu saya nak tanya sendiri dekat kamu. Saya tak suka sebenarnya si Yati tu dok bawak2 cerita. Saya jadi geram. Nanti, apa kata budak2 kalau diorang tau kan. Sekarang ni pun, semua cikgu2 dah bercakap pasal kamu. Ada jugak saya marahkan diorang tu. Yelah, cakap tanpa usul periksa. Berdosa hukumnya. Kan Allah pun ada berfirman dalam surah hujurat, selidik sesuatu berita dulu sebelum menyampaikan". Ujarnya panjang lebar.
Air disedut lagi. Walaupun sejuk, tetap tak mampu menyejukkan hati aku pagi2 ni.
"Cikgu tau ke siapa yang bawak cerita tu?".
Puan Malia menjongket bahu.
"Katanya, dia ada saksi awak ni macam yang dia sebarkan. Dia tau cerita ni pun dari orang tu. Saya pun lupa entah nama nya. Rahim.. Rahmat ke, macamtu lah! Saya pun takdelah nak tanya betul2".
Aku terdiam. Menggigil tanganku bila sebaris nama tu disebut. Betul ke?
"Er, takpelah cikgu. Saya diuji macamni. Insya Allah, benda merepek ni takkan lama pun kecoh nya". Aku cuba bertenang. Senyuman aku berikan semanis boleh.
"Yelah! Kamu sabar jelah. Tuhan tu kan Maha Adil. Saya percaya kamu ni kuat orangnya".
Aku mengangguk. Kuat kah aku? Asyik menangis ada lah.
"Terima kasih la cikgu. Saya bersyukur sangat masih ada insan berhati mulia macam cikgu ni. Tulah, maaf lah tak pasal2 hari2 cikgu indah dengan cerita pasal saya". Aku cuba berseloroh. Muka aku jelas tak menunjukkan riak gembira. Boleh sakit jantung aku lama2 macamni!
"Saya ke kelas dulu la ye". Ujarnya seraya bingkas bangun. Aku memandang kosong pintu bilik kaunseling.
Aku dah tak nak fikir apa2 lagi. Tapi, pagi2 datang dengar benda yang tak sedap, memang buatkan hati aku sakit. Aku perlu jumpa cikgu Yati.
Knok! Knok!
Lamunan ku terhenti. Aku menoleh kearah susuk tubuh Cikgu Fawwaz. Aku bingkas bangun.
"Ada apa?". Soalku dingin. Dia tersenyum padaku. Perlahan2 mendekati.
"Boleh saya tanya cik Nazneen sikit?". Soalnya penuh hati2.
Aku sekadar mengangguk.
"Betul ke apa yang sa..."
"Pasal tu? Oh god! Stres pulak pagi2 dah kena interview macamni. Apa yang cikgu nak tau? Nak tau macamana saya boleh jadi penggoda?". Soalku sedikit marah. Bibir ku ketap kuat.
Terserlah riak kaget di wajahnya.
"Er, bukan. Saya tak nak tanya pun pasal tu. Saya cuma nak tanya betul ke saya dengar Cik Nazneen akan diberhentikan?".
Aku kaku. Terkedu. Apa? Diberhentikan?
"M..macam mana ? No! Bila awak tau? Saya?". Soal ku gugup. Aku seakan tak percaya. Atas alasan apa aku diberhentikan?
"Saya sendiri tak pasti. Tapi, saya ada dengar pasal ni kat pejabat tadi. Mungkin cik Nazneen patut jumpa pengetua. Saya ingat Cik Nazneen dah tau pasal ni". Ujar nya lembut. Aku geleng laju. Terlalu memikirkan soal Yati sampai aku tak tahu berita terkini.
"Saya mintak maaf la kalau menganggu masa Cik Nazneen. Saya balik kelas dulu la. Oh ya, pasal cerita yang kecoh satu sekolah tu, saya taknak ambil tahu pun. Saya tau Cik Nazneen bukan macamtu". Ujarnya seraya keluar dari bilik kaunseling.
Apakah maksud dia? Dia percaya aku? Ah, lantaklah!
Aku segera berlari anak menuju ke pejabat di tingkat dua. Baru aku perasan akan pandang orang sekeliling.
"Fiza, pengetua ada?". Soalku pada kerani sekolah. Hafiza, muda lima tahun dari aku hanya menganggukkan kepala.
Aku terus ke bilik pengetua. Perlahan2 aku ketuk pintu biliknya.
"Masuk!".
Pintu bilik dikuak perlahan. Terlihat wajah serius pengetua. Taha bin Deraman. Aku terus mengambil tempat di kerusi. Suasana sejuk didalam bilik ditambah perasaan cuak menambahkan rasa hingga ke tulang.
"Dah dengar?". Soalnya. Aku segera mengangguk.
"Kenapa pengetua? Apa salah saya?". Soalku sedikit keras.
"Satu sekolah dah tau cerita yang tersebar. Pelajar2 jugak. Saya taknak diorang pandang serong kat awak. Saya percaya awak takkan lakukan seperti itu. Tapi, atas nama maruah, saya terpaksa berhentikan awak supaya awak tak dimalukan dengan lebih teruk lagi". Terangnya panjang lebar. Aku menggeleng tak percaya.
"Saya sanggup hadap benda ni. Saya taknak berhenti. Kalau saya berhenti, macamana dengan kehidupan saya lepas ni? Saya sayang kerja saya". Aku berusaha memujuk. Pengetua hanya menggeleng sejak tadi.
"Saya minta maaf Nazneen. Saya tak boleh nak kekalkan awak lama di sini. Saya perlu jaga nama sekolah".
Lama aku terdiam. Tak sangka begini pengakhiran hidup aku. Mata terpejam rapat. Tanganku genggam kuat, cuba mencari kekuatan.
"Memang dah takde tempat untuk saya lagi ke?". Soalku sekali lagi. Berharap ada sinar harapan.
Pengetua menggeleng lemah. Aku mendengus lalu bingkas bangun.
"Terima kasih". Ucapku.
Aku melangkah keluar dengan kaki yang longlai. Air mata yang jatuh menitis tidak aku hiraukan lagi. Semua mata tertumpu pada aku. Berat rasanya melangkah. Panggilan dari guru lain aku hiraukan.
"Akak, ni gaji akak, pengetua bagi. Akak kuat ye". Fiza menghulurkan sampul coklat sebelum bersalaman dengan aku. Aku hanya tersenyum.
Sampai sahaja di bilik kaunseling, aku terus terduduk kaku. Apa lagi yang Tuhan nak uji aku? Aku kesat air mata kasar. Henset aku capai. Nama Atika aku dail.
Tut! Tut!
Hello beb! Kenapa?
Atika, ambil aku sekarang jugak. Aku nak balik.
Tapi kenapa?
Talian aku matikan.
Aku campak henset ke atas meja. Sakit nya hati tak dapat nak ku tanggung. Aku pandang seluruh bilik kaunseling. Tempat kesayangan aku. Kenapa boleh jadi macamni?
Puan Malia masuk. Nampaknya dia sudah mendengar berita itu. Bertalu2 soalan yang diutarakan satu pun aku tak jawab. Entah! Aku tak mampu nak menjawab semua soalan tu.
"Kena berhenti ya? Kesian! Tulah, perangai buruk, balasan pun buruk la!". Suara cikgu Halimah. Terkekek2 mereka ketawa di luar pintu bilik. Aku genggam tangan Puan Malia kuat.
"Halimah! Kenapa teruk sangat mulut kamu tu? Tak simpati langsung dengan apa yang dah jadi!". Marah Puan Malia. Air mata terus menitis laju.
"Nak simpati apa nya kak? Dah tu balasan untuk dia. Padan la! Lagipun, takkan nak simpan penggoda macamtu? Buat malu sekolah aje! Sini kan tempat mendidik". Sokong Yati. Dalam hati aku hanya mampu bersabar dan terus bersabar.
"Betul! Betul sangat apa yang cikgu dan cikgu sekalian cakap tu. Sini tempat mendidik. Tapi kan, saya pun hairan jugak, cikgu dan cikgu sekalian ni semua seorang guru, tugas mendidik ada akal dan fikiran yang waras. Ilmu tinggi! Ilmu agama pun tinggi. Tapi, ada ke dalam Islam diajarkan untuk menabur fitnah? Ada ke dalam Islam diajar untuk merosakkan rezeki orang lain? Takde kan? Maaf lah, saya ni jahil agama, tak macam cikgu2 sekalian. Rambut pun togel! Tapi, saya tak pernah pulak menfitnah orang. Memang saya jahil agama, tapi saya jugak dalam proses nak membetulkan akhlak saya, ilmu saya. Jangan sampai cikgu2 sekalian mendapat balasan pulak akibat menfitnah orang!".
Puas hati aku! Aku pandang satu persatu wajah cikgu2 dihadapanku. Terus terdiam mereka.
"Oh ye, saya ni teruja juga nak tau siapa la yang jaja cerita ni kat cikgu Yati. Kot la cikgu Yati ada spy kan? Oh ye, tak pun mana tau kot cikgu Yati orangnya. Bukan main terer lagi tau jalan cerita. Satu lagi, pesan kat orang yang bernama Rahman tu, kalau rindu saya sekalipun, tak payah sampai burukkan nama saya!". Aku jeling tajam.
Tanganku mula mencapai buku untuk disimpan di dalam kotak. Satu persatu hingga habis bersih meja kerja ku.
"Nazneen sabar ye. Saya pun tak tahu nak buat apa dah dengan diorang tu. Sabar jelah ye". Pujuk Puan Malia.
Aku tersenyum seraya mengucapkan terima kasih kerana banyak menolong aku sepanjang di sekolah. Kami berpelukan sekejap. Dia juga turut menangis. Aku terkilan dengan perangai segelintir manusia yang terlalu hadap dengan nama dan kebanggaan.
"Ok la cikgu. Kawan saya dah sampai tu. Maaflah ye, saya gerak dulu. Kirim salam dengan yang lain ye". Aku terus mengangkat kotak meninggalkan bilik kaunseling.
Dari jauh kelihatan kereta Atika berhenti di sebelah pondok jaga. Atika mendekati kehairanan.
"Beb, kenapa ni?".
Aku tersenyum. Kotak berganti tangan. Atika meletakkan di tempat duduk belakang. Aku terus masuk ke perut kereta.
"Kenapa beb?". Soalnya lagi. Muka aku jelas kelihatan sembab.
"Pergi makan jom! Aku teringin nak makan steamboat!". Ujarku seceria mungkin.
"Beb, mana ada steamboat bukak pagi2 ni".
"Er, mana2 jela janji dapat makan!".
Atika segera memecut laju menuju ke sebuah kedai makan. Kami mengambil tempat di sudut kedai. Mujurlah suasana agak lengang. Aku memesan nasi goreng paprik dengan air barli manakala Atika memesan nasi goreng usa dengan air sirap limau.
"Beb,, cerita la! Kenapa? Siap angkut box lagi". Atika mula memaksa aku bercerita. Lagaknya seperti polis pencen.
"Ish kau ni, tak menyempat. Kot iye pun bagi la aku makan dulu kenyang2, baru la nak tembak!". Ujarku seraya tergelak kecil. Kotak tisu menjadi mainan jemari aku.
"Aku kena buang kerja". Perlahan suaraku. Matanya aku pandang sekilas. Jelas wajah terkejut Atika.
"What?! Seriously beb?".
Aku mengangguk perlahan. Hatiku kembali sayu mengenangkan peristiwa yang baru berlaku.
"Tapi kenapa wei? Apa masalahnya? Kau kan ok je ngajar situ".
Muka nya merah padam menahan marah. Aku tergelak kecil. Kebetulan pesanan kami sampai. Air sirap limau aku hulurkan kepada Atika.
"Minum tu. Kau pulak lagi panas dari aku". Sengaja aku bercanda.
"Tak kelakar ok!". Marah Atika. Air diteguk laju. Habis dijeling nya aku yang tak bersalah ni.
"Cerita la cepat! Kenapa kau diberhentikan?".
Aku diam. Tangan mencapai sudu dan garfu di dalam bekas.
"Aku kena fitnah, cikgu sekolah dengki. Actually kan, macam bodoh jugaklah sebab macam mana entah dia boleh buat cerita sengal macamtu". Aku tergelak kecil. Geleng kepala bila mengenangkan.
"Siapa yang kurang ajar sangat tu? Memang nak kena cili agaknya!". Emosi Atika kemvali meninggi.
"Tapi aku tak salahkan dia, sebab apa tau? Ni semua salah ayah aku! Kalau dia lindung aku dulu masa kejadian tu, aku takkan kena bala macam ni!". Marahku.
Atika terkedu. Suapannya terhenti seketika.
"Kau cakap apa ni, beb? Kenapa pulak ayah kau yang salah?". Soalnya.
"Yelah, kalau dia selamatkan aku dari Rahman tu, aku takkan jadi macam ni, mangsa fitnah orang! Aku rasa ni semua angkara si Rahman tu! Aku tak tahu apa hubungan dia dengan si Yati tu, tapi aku yakin memang kerja Rahman tu. Sebab tu aku ni kalau tak sebab ayah aku, aku mesti takkan jadi macamni. Rahman tu bukan nya baik sangat! Aku pun hairan kenapa ayah aku diamkan sangat bila dengan Rahman tu". Sudu aku hentak kuat. Hilang terus selera aku nak menjamu selera.
Atika geleng kepala.
"Ayka, kau dah salah ni. Kenapa kau still berdendam lagi dengan ayah kau? He's your father la, beb. Benda dah lama kan? Aku dah banyak kali nasihat kau, lupakan! Dia mungkin ada sebab kenapa dia buat macamtu". Atika menyuarakan ketidakpuasan hati nya.
"Kau nak bela ayah aku sangat ni kenapa? Kau tau kan apa dia buat kat aku? Dia dera aku, dia cakap macam2 kat aku, dia biar aku hampir dirogol, tu pun kau still nak bela ayah aku?!".
Suasana tegang. Aku membuang pandang ke arah jalan raya. Hatiku membahang. Kenapa semuanya salahkan aku balik?!
"Aku tau, Ayka. Tapi cuba kau fikir lebih jauh, dia ayah kau. Dunia akhirat kau dengan dia. Syurga kau tu!". Hampir sahaja kami bergaduh dek perkara ini.
"Sorry, sekarang yelah, tapi once aku kahwin, syurga aku dengan suami". Aku berkata megah. Entah apa yang merasuk diri aku sehingga berani berkata begitu. Dek dendam kesumat yang tak tahu bila akan berakhir.
"Ayka! Cuba istighfar! Apa kau ni?! Aku sayang kau! Aku cuba nasihat kau apa yang terbaik. Aku harap, bila aku yang nasihat, kau akan terima. Tapi, aku salah! Kau lagi biarkan dendam kau tu bersarang kat dalam hati. Kau biarkan hati kau gelap. Kenapa kawan aku boleh jadi macamni? Istighfar! Kalau nasihat aku tak boleh lagi kau nak terima, nasihat siapa lagi?".
Terdiam aku seketika. Tiada air mata yang mengalir. Aku makin ego!
"Takde siapa punya nasihat! Aku adalah aku! Apa yang jadi kat aku, hanya aku je yang faham! Kau pun tak faham aku. Now, kau nak marah aku? Taknak backup aku lagi?".
Aku mendengus marah. Tangan aku silang ke dada. Megah!
"Ya Allah! Aku pun dah tak faham dengan kau ni. I think you need a guy la untuk bimbing kau! Actually, a husband! Baru otak kau tu betul balik!".
"Eh, sorry!? Aku? Sorry la, aku tak berminat dengan lelaki. Semua sama! Macam binatang! Well, aku boleh hidup sorang2 la. Kau tak payah risau!". Ujarku perlahan. Bibir aku ketap kuat.
Atika geleng kepala tak percaya. Entah cara apa lagi yang patut dia lakukan.
"Really? Aku tak payah risau? Eh Ayka, anak angkat makcik Habsah datang rumah pun kau dah pucat macam nampak hantu, sekarang ni kau nak kata pulak boleh hidup without a man? Come on la! Jangan berlagak sangat!". Kali ini Atika memerli aku. Panas punggung dibuatnya. Mujur aje lah dia ni kawan aku, kalau tak sama jugak aku ganyang macam orang lain tu!
"Kau memang nak hentam aku cukup2 la ni? So, kenapa?".
"Kenapa apa? Kau tu jangan berlagak konon boleh hidup sorang2. Trauma? Yeah, aku takkan komen apa2 pasal tu. Tapi, sampai bila kau nak hidup dalam ketakutan sendiri? Move on la! Aku takkan percaya kalau kau kata boleh hidup macamni".
Terjegil biji mata aku. Nampaknya kawan aku ni dah mula main kasar.
"Aku takde masalah pun dengan laki2 kat luar sana. Sebab diorang memang tak layak untuk aku. Obviously, lelaki tu untuk melindungi bukan macam ni".
"Ayka! Ayka! Kau perlu ada lelaki dalam hidup baru kau rasa macam mana dilindungi. Cuba move on".
"Aku ada ayah pun tapi tak pernah nak protect aku, apa guna kan?". Aku menjeling geram. Nasi aku kuis2 dengan sudu.
"Fine! Aku cabar kau rasa alam rumahtangga. If kau dapat husband yang truly protect kau, masa tu kau nak berlagak jugak ke dengan aku? Kau still nak cakap yang lelaki semua sama, macam binatang? Or, kau still nak bandingkan dengan ayah kau atau kau nak melutut kat aku sebab rasa terima kasih?". Atika menyerang perlahan. Aku diam. Wajahnya aku amati dalam2.
"Kau ingat aku akan ucap terima kasih kat kau ke? Fine Atika! Aku akan buktikan kat kau yang semua lelaki sama and aku akan buktikan yang niat kau nak tolong aku tu salah!". Serentak aku bangun terus ke kauner pembayaran. Duit Rm 50 aku hukurkan.
Balik jalan kaki la jawabnya!
Atika yang masih lagi terduduk meraup wajahnya kasar. Sedih memikirkan perihal kawannya. Setitir mata jatuh ke pipi.
"Aku sayang kau, Ayka". Perlahan Atika bersuara.
Handbag dicapai. Atika bergerak laju ke arah kereta. Dari jauh kelihatan Malayka terkedek2 berjalan sendiri.
"Kau ego, Ayka!". Ujarnya perlahan. Enjin kereta dihidupkan lalu memecut mengejar Malayka yang masih tak jauh.
Hon sengaja dibunyi berkali2. Aku membiarkan. Malas nak layan! Puas dah kau hentam aku, sekarang nak tunjuk baik pulak?!
"Ayka! Masuk! Hari nak hujan ni". Jerit Atika. Aku memekakkan telinga. Terdengar Atika membebel geram.
"Ayka! Dengar cakap aku ni, masuk! Kau jangan nak buat sengal kau kat sini!". Jerit nya lagi. Aku masih memekakkan telinga. Langkah semakin laju ke depan.
"Ayka! Aku ulang lagi sekali, masuk la beb! Kalau kau taknak masuk, aku tinggal kau betul2 kang!". Kali ni dia mengugut.
Oh hello! Pandai dah!
Aku berhenti. Dengan perasaan marah, aku pusing lalu masuk ke dalam perut kereta. Dalam diam, aku takut ditinggalkan. Atika je kawan yang aku ada.
"Naik pun. Ingat nak berlagak taknak naik". Perlahan suara Atika namun cukup untuk aku dengar.
"Dengar eh! Aku naik sebab nak hujan. Kau jangan nak bebel macam nenek kebayan! Bawak je! Aku tengah panas ni. Kang kau yang keluar dari kereta ni". Lurus jari telunjuk aku hala ke muka Atika.
"Kereta aku, kau pulak nak halau2? Kelakar tau tak?". Seraya tergelak kecil. Aku mengerutkan dahi. Tak nampak kelakar pun!
"Ah! Malas aku nak cakap dengan kau. Buat sakit hati aje. Boleh gila aku!". Lantas aku tarik seatbelt dan berpura2 tidur.
"Nanti aku carikkan kau the best man ever. Baru kau tau masa tu aku ni kawan ke lawan". Ujar Atika sambil tersenyum. Tangannya lincah memusing stereng. Aku hanya mendiamkan diri.
Ingat aku kisah?
"Kau dengar tak?". Soalnya lagi.
"Apa2 jela Atika! Seribu pun kau angkut jadi laki aku, tetap sama pada aku! Man like jerk!". Aku jelir lidah padanya. Geram. Atika hanya mencebik.
Ayka! Ayka! Jangan nanti kau yang terduduk menangis, sudah lah!
~~~~~~~~~~~~~~
Pintu pagar dibuka laju. Entah kenapa perutnya memulas sejak pagi. Mujurlah bos bagi cuti setengah hari, dapatlah Aqasha bergegas ke klinik untuk mendapatkan ubat sakit perut nya.
Kunci kereta dicampak atas meja tv. Dia menghenyakkan punggung ke sofa lalu memejam mata rapat. Penat sejak semalam tak berbayar. Sudah dua hari dia mengambil OT. Nak cari duit lebih katakan!
Bantal bulat diambil lalu dialaskan di leher nya yang sedikit sengal. Akhirnya, dapat juga dia berehat setelah dua hari bersengkang mata di pejabat.
Tiba2, hensetnya berbunyi. Niat di hati nak biarkan saja. Kacau betul nak rehat! Henset samsung kesayangannya tetap berdering berkali2. Dengan rasa malas yang menebal, Aqasha mencapai henset dari dalam poket jaket lalu diekan punat hijau.
Hello Naz! Kau ada mana ni?
Kedengaran suara Shazwan, kawan sejak kolej ditalian.
Rumah! Apesal? Aku sakit perut lah.
Shazwan tergelak kecil.
Apesal? Makan banyak la tu. Lain kali makan ajak aku. Barulah kau tak sakit perut!
Alah kau ni! Apehal call aku ni?
Aku ada benda ni nak discuss dengan kau. Bila boleh hang out ni?
Aku terdiam. Discuss?
Discuss apa? Kau datang rumah aku jelah. Aku cuti ni.
Orait! Kalau macamtu, aku datang kejap lagi. Bye!
Talian dimatikan. Aku tertanya2. Ada hal apa pulak ni?
~~~~~~~~~
"Wei, kau nak join aku tak? Aku ada misi penting ni!". Ujar Shazwan teruja. Dia yang terus bergerak kerumah Aqasha terus menyoal tanpa menunggu.
"Kau salam takde, apa takde, masuk2 terus nak soal aku. Apa benda nya? Misi apa? Sejak bila kau join misi keamanan ni?". Soal Aqasha bengang.
Dah lah aku sakit perut, boleh la pulak main ambush aje!
"Sorry bro, aku datang ni sebab ada hajat!". Dia melabuhkan punggung di sebelah Aqasha yang terbaring.
"Hajat apa?".
"Haa, hajat nak jadikan kau suami orang!". Sejurus habis ayat yang diucapkan, Aqasha melompat bangun dek kerana terkejut.
"Gila ke?". Soal Aqasha.
Shazwan geleng kepala. Berkerut dahi nya pula.
"Apesal kau tanya macamtu?".
"Yela, takut kau ni dah gila je bagi aku soalan macamtu". Dia membetulkan duduk. Bantal dipeluk kejap.
"Betul la bro! Macamni cerita nya, kawan pejabat aku aka bakal awek aku tengah cari seorang mamat yang baik hati budinya untuk kawan baik dia untuk jadikan suami kawan dia untuk..."
"Apa kau ni banyak sangat 'untuk' ni? Siapa bakal awek kau tu? Aku tak tahu pun ". Marah Aqasha. Bantal dibaling tepat ke bahu Shazwan.
"Ala, yang tu nanti2 aku cerita. Sekarang ni, awek aku tu, dia cari lelaki nak jadikan husband untuk kawan dia la. Sekarang ni, aku dah tak fikir orang lain dah. Kau je yang aku rasa layak memegang title tu. Memandangkan kau ni aku tengok, boleh la. So, aku nak rekomen kan dekat dia. Kawan dia ni bro, ada sikit masalah la. Ni yang dia cerita la. So, aku yakin kau mampu bawak dia ke jalan yang benar!". Ujar Shazwan yakin. Dari gaya cakap dah serupa orang nak berkhutbah.
"Kau kalau masih mamai ke.. baik kau waraskan dulu otak kau. Cakap merepek2 je".
Shazwan mengeluh.
"Penat la cakap dengan kau ni. Aku cerita betul ni. Ah, senang cerita kau pergi je jumpa perempuan tu. Kenal2 la kan baru datang sayang tu". Ujar shazwan Adli. Naik pening dibuatnya. Otak aku masih lembab lagi nak memahami jalan cerita ni.
"Aduh! Susah la macamni. Aku takde la pulak nak kahwin2 paksa ni. Kau cari lah orang lain!". Aqasha meninggalkan Shazwan terkulat2 seorang. Dia mengambil air botol mineral dari peti sejuk lalu meneguk perlahan.
"Bro, ni bukan kes kahwin paksa. Aku suruh kau kenal2 dengan dia then kau kahwin la dengan dia".
Aqasha menoleh
"Dah kalau aku tak suka dia, macamana pulak? Lagipun, apa pasal yang kau beriya sangat nak aku selesaikan misi kau ni?".
Shazwan mendengus.
"First, bakal awek aku suruh. Second, aku nak cepat2 selesai. Stress ah asyik tanya aku je. Third, aku rasa kau layak. Then, perempuan tu kena cabar dengan bakal awek aku".
"Ha?! Kau cakap apa ni bro? Cabar apa pulak dah? Pening la! Ni lagi satu, bakal awek kau tu takde nama ke?". Marah Aqasha. Botol air mineral diletak kembali kedalam peti sejuk. Dia bergerak pula ke sofa. Televisyen dibuka mencari siaran yang best petang2 ni.
"Aduh! Nama dia Atika. Nama perempuan tu Nazneen. Ha, masalah nya perempuan tu ada masalah sikit la dengan kaum adam macam kita ni. Dia trauma dengan bapak dia dulu and dia pernah hampir dirogol. So, dia berlagak la kata boleh hidup tanpa lelaki. Kawan dia nasihat dah tak boleh pakai dah, bro. Dia ni memang kira dah tak makan saman la. Hidup dia trauma dengan lelaki. Memang tak boleh nak berjumpa dengan lelaki. Nanti dia mula la gelabah lepastu bertambah dendam kat bapak dia. So, awek aku ni cabar la hidup bersuami, mana tau dia boleh berubah slow2. Takde lagi dendam dengan bapak dia. Aku tengok pun perempuan tu macam keras wehh sikit. Kau kan macam pak ustaz sikit! Kira nak suruh kau ubah dia la. Aku percaya kau boleh ubah dia!". Panjang lebar Shazwan bercerita. Aqasha hanya diam mendengar.
"Amacam, bro?". Kening sengaja diangkat2. Tangan silang ke dada.
"Aku fikir dulu". Ringkas jawapan Aqasha. Dia menghembus nafas panjang.
"Bro, yang penting ni bukan kahwin paksa sebab perempuan tu sendiri yang nak. Aku jamin kau mesti akan bahagia dengan dia!". Seloroh Shazwan.
"Otak kau!". Seraya bantal dibaling tepat ke wajah Shazwan. Terkekek2 Shazwan gelak. Aqasha pula sudah tak keruan. Serabut tiba2 otaknya.
~~~~~~~~~
Share this novel