"Assalamualaikum. Lama awak tunggu?". Tegur aku kepada seorang pelajar perempuan.
Nina, pelajar tingkatan 4 yang sering membuat temujanji dengan aku. Dia merupakan pelajar paling pintar didalam kelasnya tapi sayang, masalah keluarga membuatkan dia semakin merosot dalam mata pelajaran.
"Cik Nazneen dah makan ke?". Soalnya kembali. Aku hanya menganggukkan kepala tanda sudah.
Aku dikenali sebagai cik Nazneen kepada pelajar2 disekolah ini. Guru kaunseling juga merangkap 'kawan' mereka. Tugas aku cukup mudah. Hanya perlu duduk di bilik kaunseling yang disediakan, membuat temujanji dengan pelajar yang bermasalah dan mengadakan program motivasi. Rata2 pelajar sangat menyenangi aku disini. Aku juga sukakan suasana disekolah ini. Tenang dan damai. Guru2 yang lain juga menyenangi kerja aku.
Disekolah aku rapat dengan sorang guru sains, Puan Malia. Orangnya baik, peramah dan sangat garang terhadap anak muridnya. Seorang ibu tunggal. Suaminya meninggal lima tahun lepas akibat barah otak. Aku sangat menghormati Puan Malia disebabkan ketabahannya membesarkan tiga orang anaknya yang masih bersekolah.
"Cik Nazneen, semalam saya cuba ikut macam yang cik Nazneen ajarkan tu. Berkesan lah! Mak ayah saya pun dah tak marah2 semalam. Saya suka sangat!". Cerita Nina. Tulisanku terhenti. Aku pandang Nina lalu tersenyum manis.
"Saya tolong mana yang mampu je. Selebihnya, awak yang kena usahakan". Terangku. Nina mengangguk faham. Nina juga ada bercerita tentang kesihatan maknya. Aku turut simpati. Diusia muda , Nina tabah berhadapan dengan masalah yang membelenggu hidupnya. Sedangkan aku? Masih cengeng dan tak kuat.
"Cik Nazneen, mak saya kata nanti dia nak jumpa dengan cik Nazneen".
Dahiku berkerut.
"Kenapa nak jumpa?".
"Entah!". Nina menjongket bahu. Aku hanya senyum memandang.
"Iyelah. Tapi, awak kena bagitau saya dulu. Takut nanti saya sibuk pulak. Oh ye, saya nak minta tolong awak bagitau dengan Diana tingkatan 2, temujanji dia dengan saya pukul 4 petang ni batal. Saya ada hal".
"Ok! Nanti saya sampaikan".
"Yelah. Kamu dah boleh masuk kelas. Saya nak siapkan kerja sikit".
Nina keluar dari bilik kaunseling. Tinggal aku sendiri. Kerja yang bertimbun takkan pernah habis. Satu persatu fail aku semak dengan teliti. Guru besar sudah mengingatkan hujung bulan ni segala fail aktiviti perlu diserahkan diatas meja nya. Nampaknya, bersengkang mata la aku bulan ni.
Kerja aku terhenti apabila seorang guru lelaki masuk ke dalam bilik kaunseling. Automatik aku berdiri menjauhkan diri.
"Er, cik Nazneen ok ke? Saya nak hantar fail kem bulan lepas. Er, kenapa muka cik Nazneen pucat je?". Soal guru muda bahasa Inggeris itu. Cikgu Fawwaz.
Aku hanya menggeleng laju. Tanganku menggigil.
"Saya ok. Tak de apa2". Jawabku gusar. Aku cuba mengambil nafas perlahan2.
"Maaf kalau buat cik Nazneen terganggu. Tapi, kenapa setiap kali saya masuk hantar fail, cik Nazneen mesti pucat lesi?". Soalnya lagi. Hairan. Aku cuba bersikap tenang. Habis berpeluh dahi ku. Rambut yang terjuntai di dahi aku selak ke belakang.
"Saya ok. Takde apa2. Tak payah risau la. Saya terkejut je". Aku menjawab cepat. Dalam hati berdoa lekas lah mamat ni keluar! Sesak nafas aku!
"Erm, kalau macamtu, saya keluar dulu la". Ujarnya seraya melangkah keluar. Aku menarik nafas lega. Cepat2 aku seka peluh di dahi.
"Cuba control Ayka oi!". Bebel aku kepada diri sendiri. Nampak gaya nya aku yang patut dikaunselingkan.
Tut! Tut!
Hello Ayka! Kau kat mana tu?
Hello beb! Aku kat sekolah la. Kenapa?
Petang free kan? Aku nak ajak kau pergi hospital kejap, boleh?
Petang? Erm, aku ada hal la.
Hal apa? Tak boleh cancel ke? Aku takde teman la
Dari hujung talian kedengaran Atika seakan merajuk. Mula la tu minah ni. Tapi, aku baru bercadang nak ke rumah mak dan ayah.
Erm, yelah! Kau tu mengada je lebih. Boleh la! Nanti jumpa dekat rumah kau. Aku pun setengah hari je ni.
Yeah! Ni sayang kau lebih ni! Jumpa nanti ye. Bye!
Talian dimatikan. Aku termenung sebentar. Nampak gayanya aku terpaksa lah ambil hari lain pulak. Takpelah, demi kawan.
Aku sambung kerja yang terbengkalai. Fail yang baru dibawa aku bukak. Aku selak helaian demi helaian. Makin lama makin berpinar pulak mata aku.
"Aish, buat air dulu la". Gumam aku. Cawan diambil dari dalam laci. Paket nescafe 3 in 1 aku buka lalu aku tuang kedalam cawan. Air panas aku ambil dari bilik guru di sebelah. Kelihatan sekumpulan cikgu aka mak jemah sedang berborak.
"Gosip la tu". Sambil tanganku ligat menekan punat air panas.
"Eh, Nazneen! Lama tak nampak. Nak petang baru nampak muka dalam bilik guru. Sibuk ke?". Soal Cikgu Yati, ketua kumpulan mak jemah.
Aku berdecit.
"Haah kak. Saya ni banyak kerja nak buat. Takde masa nak gosip2 bagai!". Aku sengaja memerli. Terasa dengan perlian aku, segera dia membalas.
"Tulah, kitorang ni pun sibuk jugak! Nak fikir masa depan anak murid! Kena la bincang apa yang patut, kan? Bukannya terperuk aje!". Serentak mereka ketawa berdekah2. Sudu aku genggam kuat. Cari pasal betul nampaknya!
"Takpelah kalau gitu. Baguslah. Saya sokong". Jawabku acuh tak acuh. Aku meneruskan kembali memgacau air.
"Kesian ya, dah tua tapi takde jodoh! Bukan tak lawa, tapi aku dengar dia ni spesies tak berapa jinak dengan lelaki". Satu suara berbisik.
"Iyeke? Apa masalahnya? Aku tengok ok je si budak Nazneen tu? Takde tanda2 pun dia macamtu. Haa, ni mesti kes kena buli la tu masa kecik. Haa, kalau tak pun entah2 dia ni suka perempuan aje tak?". Sahut satu suara lagi. Aku mula panas.
"Taklah! Aku dengar dia ni dulu penggoda! Gatal sampai sanggup jual badan! Tu yang sampai sekarang tak kahwin2. Entah2 dah berlubang, tu yang taknak kahwin tu!". Serentak mereka ketawa.
Aku mula panas hati. Tak lain tak bukan aku lah topik utama diorang. Dalam sekolah ni, aku je yang diorang tak puas hati. Sudu aku genggam kuat. Aku cuba selawat menenangkan hati.
"Eh, yeke? Kesian ye Nazneen tu!".
Cukup! Aku dah tak boleh tahan!
"Apa masalah korang ha?!". Suaraku cukup kuat untuk didengari oleh guru2 yang ada disitu. Tangan ku genggam kuat.
"Eh, kenapa dengan kami? Kitorang tak buat apa2 pun!". Jawab cikgu Yati dengan muka tak bersalah. Aku sudah bengang. Nak saja aku tumbuk muka nya jadi sambal belacan!
"Jangan ingat saya tak dengar ye! Sedap la fitnah sana sini? Tak sangka pulak tudung labuh tapi perangai ikut setan!". Jawabku kuat. Aku dah tak peduli akan pandang orang lain. Telinga aku ni belum pekak lagi untuk salah dengar.
"Kurang ajar! Suka hati kau je tuduh kami macamtu! Kau emosi sangat kenapa? Betul ke?". Cikgu Halimah pula membalas. Tangan disilang tunjuk lagak.
"Pasal saya dengar nama saya disebut dan saya emosi sebab saya difitnah!". Perlahan suara aku. Bibir aku ketap kuat.
"Apa pasal ni? Sampai luar dengar. Tak malu ke dengar dek budak2?". Marah Cikgu Fauzi. Mujur sahaja dia sampai awal. Kalau tidak dah lama aku ganyang muka2 ni semua.
"Sebok cakap pasal tudung labuh semua. Dia tu dah sah2 togel, tak ingat pulak syurga ke neraka!".
Aku terhenti. Nafas mula turun naik. Aku memang tak boleh sabar. Tanpa sedar, tangan aku naik tepat ke pipi kedut Cikgu Yati. Suasana bertukar sunyi. Guru2 lain rata2 nya terkejut dengan kelakuan aku. Aku berdiri kaku.
"Saya togel pun, saya tak fitnah orang!".
Serentak aku keluar. Dalam hati aku menangis. Kenapa orang suka menghina aku? Kenapa aku diuji sebegini? Kenapa Tuhan uji aku sebegini?
Sampai di bilik kaunseling, aku capai handbag serta henset. Aku punchcard sebelum balik. Air mata dah jatuh menitik. Aku kesat kasar bimbang nampak dek anak murid. Aku biarkan saja apa yang berlaku di bilik guru selepas itu. Lantak lah! Sekalipun aku kena buang, aku dah tak kisah!
Pintu kereta aku hempas kuat. Geram. Beberapa kali aku hentak stereng kuat. Aku benci! Ni semua salah ayah! Sebab ayah, hidup aku hancur difitnah orang!
Aku menghidupkan enjin lalu bergerak terus membelah jalan raya. Semakin lama semakin kuat air mata aku berlinang. Aku benci kehidupan sekarang. Semua nya tak betul. Orang pandang serong. Entah mana diorang dengar cerita, aku sendiri tak tahu.
Lama aku berada atas jalan raya, menenangkan hati. Panggilan dari Atika juga aku abaikan. Kereta meluncur laju menuju ke rumah ayah. Ada benda yang ingin aku selesaikan.
Aku berhenti dilaman rumah ayah. Pintu bertutup. Aku keluar dari kereta segera menuju ke pintu. Setelah salam diberi, aku terus meluru masuk. Kelihatan ayah sedang berbaring di katil bersebelahan dengan meja makan.
"Nak apa kau balik?". Soal ayah garang. Aku tersengih.
"Tak perlu tanya kenapa Ayka balik. Ayka pun taknak jejak rumah ayah ni. Ayka cuma nak cakap terima kasih atas apa yang ayah dah buat kat Ayka selama ni! Sampai orang pun sanggup menjatuhkan maruah Ayka. Ayka pun tak tahu patut ke tak Ayka panggil ayah ni 'ayah'. Sebab nya ayah ni tak layak jadi ayah tau tak?". Aku meluahkan apa yang terbuku dihati. Geram.
Ayah masih begitu. Diam seribu bahasa.
"Ayka tanya ayah lagi sekali, kenapa ayah sanggup biar je Ayka malam tu? Ayah sanggup tengok je anak ayah hampir dirogol! Kenapa ayah tak lawan balik? Kenapa ayah tak lindung anak ayah ni?!". Jerit aku sekuat hati. Turun naik nafas aku menahan marah.
Ayah diam. Mata hanya tertumpu pada siaran televisyen.
"Jawab lah ayah!". Aku mula menangis teresak2. Hati aku terlalu sakit. Berdenyut2.
"Aku memang nak kau macamtu. Sebab tu aku biar". Jawabnya perlahan.
Aku terduduk kaku. Apa yang baru aku dengar ni? Kenapa? Kenapa seorang ayah sanggup biar anaknya dirogol?
"A..apa ayah c..cakap? A..ayah ulang balik". Tergagap2 aku bersuara. Separuh nyawa aku seakan hilang ditelan bumi. Aku pegang dada kuat. Terlalu berdenyut.
"Kau tak faham ke? Aku memang nak bayar hutang dengan cara macamtu. Elok la kau dapat Rahman tu. Dari aku bagi orang lain, susah pulak hidup kau nanti!".
Aku terkejut. Ayah masih reaksi yang sama. Tak guna aku bertanya lagi. Aku dah temui jawapannya. Ayah memang tak sayang aku! Aku benci ayah!
"Fine! Terima kasih banyak2! Ayka takkan jumpa ayah lagi! Ni pertemuan terakhir Ayka!". Selangkah demi selangkah aku mundur. Air mata diseka berkali2. Aku harapkan ayah panggil nama aku. Tapi, ayah tak pandang pun wajah anaknya ini. Aku tunggu. Ayah, panggil lah Ayka! Kenapa ayah buat Ayka macamni?
"Dah keluar tutup pintu tu!". Ayat terakhir dari ayah. Aku terkaku. Sampai hati ayah.
Aku berjalan menuju ke kereta. Pintu kereta aku hempas kuat. Enjin dihidupkan lalu aku bergerak membelah jalan raya. Dalam kereta tak sudah2 aku menyumpah diri sendiri. Aku memang tak berguna! Aku benci ayah!
Kereta aku berhentikan di tepi jalan. Aku raup wajah kasar. Henset ditempat duduk sebelah aku capai. Nama Atika aku cari lalu aku terus dail. Tak sampai lima minit, Atika menjawab panggilan.
Aku on the way rumah kau. Sorry aku lambat.
Ayka, are you okay? Kenapa suara kau macam menangis je ni?
Aku terus matikan talian. Henset aku campak. Pada siapa aku nak luahkan semua yang baru berlaku. Aku takde tempat bergantung! Aku hilang tempat berlindung.
Henset kembali berbunyi. Panggilan dari Atika. Aku biarkan sahaja berbunyi. Hati aku tak kuat. Aku tak kuat, Ya Allah!
Setengah jam aku tersadai di tepi jalan, akhirnya aku menghidupkan enjin kereta. Aku terus memecut ke rumah Atika. Aku perlukan ketenangan.
***
"Kenapa dengan awak ni?! Kenapa awak cakap macamtu dengan anak kita?". Soal mak. Ayah hanya mendiamkan diri.
"Suka hati aku la nak cakap apa! Yang kau sebuk kenapa?". Marah ayah. Mak hanya duduk lesu.
"Awak ni kejam kan! Anak sendiri awak boleh buat macamtu. Saya kesal dengan awak!". Luah mak.
Ayah memandang mak tajam.
"Kalau kau dah taknak duduk hidup dengan aku, kau berambus dari sini! Ingat aku hadap sangat ke dengan kau anak beranak! Hidup menyusahkan orang aje!". Tengking ayah kuat. Kotak ubat dibaling tepat kena wajah mak. Mak hanya diam.
"Awak memang dah gila!". Jerit mak pula. Dia segera berlari ke bilik lalu mengunci pintu. Dah tiada apa yang nak ditangiskan.
Ayah diam. Nafas dihela berat. Matanya kembali terarah kepada siaran tv. Tiada apa yang masuk ke benak fikirannya. Otaknya menerawang.
~~~~~~~~~~~~~
"Eh Ayka! Kau kenapa?". Soal Atika. Aku terus memeluk kuat Atika. Aku menangis semahu2nya. Atika hairan. Berkali2 dia bertanya soalan, aku hanya diam membisu. Hanya tangisan menemani aku saat ini.
Lama aku berpelukan dengan Atika. Aku sedikit lega. Pelukan dileraikan. Aku memandang wajah Atika dengan mata sembapku. Atika menyoal lagi. Serentak itu air mata aku gugur lagi.
Setelah penat aku menangis, Atika hanya menyuruh aku rehat di dalam bilik. Alu menurut. Badan aku sudah tidak bermaya lagi. Otak aku juga penat. Aku perlukan rehat.
"Kalau nak apa2, panggil aku. Kau rehat lah. Aku keluar dulu ya". Ujarnya lembut. Selimut ditarik hingga ke pinggang aku. Aku pejam mata. Tapi, aku tak boleh tidur. Terbayang wajah ayah dan kata2 nya yang diucapkan pada aku. Aku pusing ke kiri, ke kanan, masih tak boleh lelapkan mata.
Aku bangun perlahan2 menuju ke bilik air. Aku basuh muka beberapa kali.
"Ish, air mata ni dah lah! Tak payah la jatuh lagi!". Aku seka kuat sehingga merah pipi aku. Pun begitu, tetap tak dapat meredekan tangisan.
"Ayah dah tak sayang aku! Ayah dah tak sayang aku!". Berkali2 aku mengingatkan diri. Aku raup wajah kuat. Rasa nak menjerit saat ini.
Aku kembali ke katil. Atika masuk membawa segelas air kosong. Aku hanya mampu memandang sepi.
"Kau tak tidur? Aku bawa air kosong ni. Kalau tak selesa, minumlah". Ujarnya. Sempat aku memegang lengan tangannya sebelum dia beredar keluar.
"Tunggu sini. Teman aku". Ujarku sayu. Atika senyum seraya mengangguk laju. Aku bersila dihadapan Atika. Atika memandang wajahku lama sebelum bersuara.
"Kau kenapa? Taknak cerita?". Penuh berhati2 dia bertanyakan soalan. Aku menghela nafas panjang.
"Aku pergi jumpa ayah". Sebaris ayat membuatkan Atika terus duduk bersebelahan dengan aku.
"Kenapa?". Soal Atika penasaran. Dari raut wajahnya aku mengagak dia tidak sabar untuk mendengar cerita.
Aku mula bercerita apa yang telah terjadi bermula di sekolah sehinggalah aku di rumah ayah. Setiap butir bicara aku tak pernah terlepas dari pengamatan Atika. Sesekali aku berhenti menahan tangisan. Sakit yang aku rasakan tak mampu nak dibendung. Atika juga turut bersimpati dengan cerita aku. Dia hanya mampu menenangkan aku yang seperti hilang arah.
"Aku pun tak tahu nak cakap apa. Kau kena kuat ye. Aku tau kau kuat. Kau jangan sesekali mengalah. Aku sentiasa ada dengan kau". Nasihat Atika. Aku hanya mengangguk lemah.
"Nak aku jumpa ayah kau ke?". Soalnya kembali. Cepat2 aku geleng.
"Jangan! Aku taknak ada apa2 kaitan dengan dia. Aku taknak kau jumpa dia langsung!". Ujarku tegas. Atika hanya mengangguk.
"Dah la, kau rehat la. Nanti aku masakkan untuk kau. Kau tidur la ye".
"Aku tak boleh tidur. Aku just nak duduk sorang2 je. Boleh kan?".
"Boleh! Aku tak ganggu kau. Ok lah. Aku nak buat kerja sekejap".
Aku senyum.
"Eh, lupa pulak aku. Kau dah pergi hospital ke?".
Atika mencubit lenganku.
"Dah la! Aku telefon kau tak angkat. Aku pergi dengan orang lain". Atika membuat muka. Aku hanya mampu membuat muka maaf jelah. Tidak pula aku bertanya dengan siapa dia ke hospital.
Pintu bilik ditutup. Aku memandang luar jendela. Angin petang menampar lembut pipiku. Aku memandang kosong pemandangan diluar jendela.
Berkali2 aku menghela nafas panjang. Aku harapkan ini hanyalah mimpi. Mimpi di siang hari. Aku tekad ini air mata aku yang terakhir. Tiada lagi!
~~~~~~~~~~~~~~
"Aqasha! Kamu tak kerja ke harini?". Soal Makcik Habsah semasa menggoreng karipap.
"Tak!". Laung Aqasha dari ruang tamu.
Surat khabar diambil lalu dibuka helaian pertama. Air teh diteguk perlahan. Harini dia minta cuti setengah hari kerana ada hal yang perlu diuruskan tadi. Sesudah itu, langsung dia datang ke sini. Rindu makcik Habsah katanya.
"Nah! Karipap sedap! Makanlah". Hulur makcik Habsah. Aqasha menyambut pinggan kaca lalu diletakkan bersebelahan cawan nya.
"Inti apa ni? Bila mama buat?". Soal Aqasha sambil menggigit sedikit.
"Malam tadi. Bosan lah tak tahu nak buat apa. Budak2 pun tak balik sini. Nasib la kamu singgah. Tu nanti, bawak balik rumah. Boleh la buat makan malam nanti ke". Ujar makcik Habsah. Aqasha sekadar mengangguk. Takkan nak kata tidak pulak. Rezeki tu!
"Mama tak pergi jalan2 ke? Barulah tak bosan". Cadang Aqasha. Wajah mak angkatnya dipandang sekilas.
"Alah! Nak kemana la dah tua2 ni. Duduk rumah ajelah".
"Pergilah jalan2 tenangkan fikiran. Tu ha, jiran yang sebelah tu. Bukan mama kamcing ke dengan dia?". Sakat Aqasha. Makcik Habsah hanya tergelak sahaja. Pandangannya terarah ke siaran televisyen.
"Haa, kamu tulah yang patut jalan2 cari teman. Umur nak masuk 30 pun tak kahwin2 lagi. Apa kata mama kenalkan dengan jiran mama tu, nak?". Soal makcik Habsah beriya. Aqasha membuat muka. Kesitu pulak mama ni!
"Ish, taknaklah! Saya ni kerja pun tak stabil lagi. Tak mahu lah! Segan saya". Ujarnya malu2. Serta merta dia teringat wajah Malayka. Memang tak dinafikan Malayka seorang gadis yang sangat berbahasa.
"Ala! Apa la nak segan. Mama suka budak tu. Baik aje. Kalau kau nak, boleh la mama rekomen kan!". Makcik Habsah teruja. Keningnya sengaja diangkat berkali2. Aqasha hanya mampu tergelak.
"Tak payah la mama. Nanti apa pulak la kata dia. Tak perlu, terima kasih aje. Ni, kencing manis mama macamana? Ada turun tak?". Aqasha mengubah topik. Makcik Habsah tergelak kecil.
"Tukar topik konon!".
Aqasha senyum. Bahu dijongket.
"Budak tu baik. Kamu pun baik. Sesuai la tu. Mama ni kalau boleh sebelum tutup mata nak sangat tengok kamu kahwin. Anak mama yang lain tu semua dah ada keluarga sendiri. Kamu ni je yang tinggal. Kamu pun duduk jauh dari mama. Risau tau hati mama ni. Kamu tu bukannya berani pun. Cengeng aje!". Ujar Makcik Habsah menyakat.
"Eei, ada pulak cakap macamtu! Malu la saya". Dia menutup muka malu.
"Yelah, kena marah sikit, nangis. Kena tinggal pun nangis. Mana la mama tak risau". Sambungnya lagi. Aqasha sudah merah telinga menahan malu. Memang diakui, dia seorang yang kuat menangis. Sebab bak kata mama hati lembut.
"Ala mama, sampai masa nanti, saya kahwin la. Kan jodoh tu ketentuan Tuhan". Lancar sahaja dia berkata. Siapa jugak yang taknak kahwin. Tambah2 umur nya hampir mencecah 30 tahun.
"Cari lah! Kalau tak cari, mana nak ada jodohnya". Perli Makcik Habsah. Aqasha menggaru kepala yang tak gatal. Sejujurnya dia seorang yang sangat pemalu dengan perempuan.
Surat khabat dilipat. Karipap diletakkan dihujung pinggan.
"Yela mama. Mama doakan saya cepat dapat jodoh. Mana tau tahun ni jugak ke? Mama jugak untung!". Seraya tersenyum. Makcik Habsah pulak tergelak besar.
"Apa pulak mama yang untung. Kamu lah! Untung dapat isteri, ada layanan terbaik dari isteri. Jaga makan pakai kamu". Bebel Makcik Habsah lagi. Sudahnya, Aqasha hanya mampu tergelak sahaja mengiyakan kata2 makcik Habsah.
Pandangan tertumpu ke arah siaran televisyen. Filem Aku Terima Nikahnya bersiaran menarik minat Aqasha. Lakonan Nora Danish sebagai isteri yang sangat mencintai suaminya walaupun suaminya hilang ingatan akibat kemalangan.
Masih adakah isteri yang setia seperti itu?
Aqasha hanya mampu berdoa agar jodoh nya bersama dengan wanita yang terbaik yang dipilih oleh Allah.
~~~~~~~~~~~~
Share this novel