Sudah tiga bulan lama nya sejak peristiwa aku dilamar oleh Arif. Sudah tiga bulan juga aku tidak menghubungi dia. Ini semua atas permintaan aku sementara sedang memohon petunjuk dari Esa. Aku tinggal dirumah sendiri. Paling2, dapat juga aku membiasakan untuk tidak terlalu rindu pada arwah mak dan ayah. Arif cukup menghormati keputusanku. Dia dengan senang hati memberikan ruang dan waktu yang cukup untuk aku berfikir dan menimbang segala baik buruknya. Aku perlu membuat keputusan terbaik sementelah aku kini hidup sebatang kara.
Atika kini jarang2 datang menjenguk aku. Dia kini hamil tiga bulan. Sebagai kawan, aku turut merasa bahagia. Aku akan mendapat anak buah! Teruk juga alahan yang dialami. Yang kesiannya, Syazwan lah yang terpaksa cuti dua bulan menjaga Atika setiap hari. Macam2 ragam rupanya orang mengandung. Aku pula yang merasa terhibur.
Seperti biasa hujung minggu aku pasti akan lepak di rumah. Nak keluar pun takde tempat menarik untuk dituju. Lagipun, takde teman untuk diajak borak. Aku akan menghabiskan masa menonton siaran tv. Pada waktu malam pula, aku akan mengisi masaku dengan menghadiri kuliah di masjid berdekatan dan qiamullail. Selalu juga aku menziarahi mama. Keadaan mama tak berapa sihat. Selalu demam dan batuk. Mujur aku duduk berdekatan dengan mama. Dapat juga aku menjaga mama ketika ini.
Sedang aku leka menonton rancangan kegemaranku, henset berbunyi menandakan mesej masuk.
Assalamualaikum. Moga Nazneen sentiasa dibawah rahmat Allah. Maaf saya ganggu. Cuma teringat kat awak tiba2. Abaikan mesej saya kalau awak tak suka.
Aku tergelak kecil. Ada2 saja Arif ni.
Waalaikumussalam. Alhamdulillah saya ok je. Sihat?
Mesej send! Aku menunggu jawab balas.
Alhamdulillah sihat.
Dahiku berkerut. Itu je? Takde nak tanya aku apa2 ke?
Lama aku menunggu mesej Arif seterusnya tapi hampa. Dia tak menghantar sebarang mesej selepas itu. Aku terasa hati. Henset aku campak jauh ke sofa.
"Kalau nak jawab aje baik tak payah mesej!". Gumamku. Aku terus menonton tv. Mulut terkumat kamit membebel geram.
Selang setengah jam, loceng rumahku berbunyi. Aku bingkas capai tudung yang tersangkut di kerusi lalu keluar.
Arif??
"Assalamualaikum!". Sapanya riang. Aku yang terkedu. Mimpikah aku?
"Buat apa kat sini? Maksud saya, kenapa datang?". Soalku tak percaya. Baru tadi aku melepaskan geram sebab dia tak reply mesej aku. Sekarang, dah depan mata?
"Surprise! Saja nak tengok muka terkejut tu. Oh ye, takpe ke saya datang ni?". Soalnya risau.
"Tak boleh! Kalau orang pandang kan, tak manis. Saya ni taknak la mengundang fitnah orang". Terangku jujur.
Arif mengangguk faham.
"Saya cuma nak pastikan keadaan awak. Dah tengok depan mata, kira ok lah. Takpelah kalau macamtu, saya balik dulu". Arif seakan merajuk. Aku sengaja tak melayan perangai dia.
Aku ucapkan terima kasih kerana datang. Arif makin terkejut. Dia segera masuk kedalam kereta lalu memecut laju. Tergelak aku melihat perangai kebudak2an nya.
Aku capai kembali henset. Mesej masuk.
Maaf, selagi awak tak suruh jumpa, saya takkan datang.
Aku geleng kepala. Boleh tahan merajuknya. Aku sedikit terhibur.
Tt! Tut!
Hello! Atika!
Beb! Kau buat apa tu? Sihat ke?
Aku sihat aje. Kau tu sihat tak? Baby ada meragam ke?
Hurm, macam biasalah! Eh, jom datang rumah aku. Aku masak special. Jom lah!
Makan? Ok boleh! Kejap lagi aku datang.
Talian dimatikan. Aku segera menukar baju. Kalau bab makan, mana boleh tolak rezeki. Mesti kena grab the chance!
~~~~~~~~~~~~~~
"Wah2! Apa mimpi mommy to be ni masak? Mengisi masa lapang ke?". Perli aku. Bukan aku tak tahu yang Atika ni pemalas nak masuk dapur.
"Hish kau ni! Aku kan pregnant. Doktor cakap aku kena alirkan tenaga positif, biar baby sentiasa sihat. Alang2, biarlah aku rajin sikit. Senang nanti turun ke baby". Dia membuat gaya diva kelas A. Nak termuntah pulak aku melihatnya.
"Whatever la mommy to be! Ni, masak punyalah banyak! Kau ajak aku sorang je ke?". Tanganku mula mencapai mangkuk lalu mencedok kuah kari kedalam bekas.
"Gila apa nak ajak kau je! Tong ke kau tu?". Seloroh Atika. Aku membalas pandang. Mujur saja dia mengandung. Nasib la kau Ayka!
"Tong tak tong. Kalau aku lapar, boleh je aku tibai semua ni!". Sengaja aku melayan usikan Atika. Sesuap mee kari masuk kedalam mulutku.
"Ha Arif! Sampai pun!".
Serentak aku tersedak kuat. Kuah mee kari yang pedas terus menusuk masuk ke batang hidung. Mak, sakit oi!
Berkali2 aku terbatuk. Tisu aku capai lalu aku lap bibir. Kurang asam betul minah ni! Sengaja nak kenakan aku! Aku lihat Atika mendekati Arif. Rancak mereka berborak. Gelas air kosong aku teguk perlahan.
Kenapa dia ada kat sini pulak?
"Beb, Arif ni".
Aku angguk. Macam lah aku ni tak nampak mamat ni terpacak depan aku!
"Korang borak la dulu. Aku nak ke depan jap". Ujar Atika seraya berlalu ke depan rumah.
Tinggal kami berdua. Sekali lagi kekok.
"Er, dah makan?". Soalku. Arif menggeleng.
Aku mengangguk. Diam.
"Erm, takpelah kalau awak tak selesa, saya boleh..."
"Eh, takpe! Ok je". Bidasku laju. Aku kembali ke tempat duduk. Arif turut mengambil tempat dihadapanku.
"Dah lama sampai?".
Aku mengangguk. Terasa canggung antara kami. Aku sendiri tak tahu ingin bertanya apa. Dia juga. Sudahnya, aku cuma mengjabiskan mee kari tanpa melayan sikit pun pada Arif. Atika ni pulak saja je nak tinggalkan aku berdua! Haish!
"Ustaz tak makan ke? Dari tadi duduk situ". Berkerut aku memandangnya.
"Kenyang pulak tengok orang tu makan. Selera betul!". Seloroh nya. Membuatkan aku malu saat ini.
"Ish! Apa tengok orang makan! Tak baik tau!". Marah yang bercampur malu. Aku gigit bibir.
Dia juga turut ketawa. Senang hati mungkin lihat aku ketawa.
"Selalu senyum macamtu. Baru manis". Pesanan dari Arif. Aku terus berhenti ketawa.
"Mungkin saya ni dah lupa nak senyum agaknya". Aku tergelak kecil. Mana taknya, hidup aku tak putus dengan air mata.
"Mulai sekarang, saya akan ingatkan awak cara nak senyum". Janji Arif. Aku landang wajahnya lama. Lelaki ini tak putus asa dengan diri aku.
"Awak tau kan saya janda? Kenapa tak cari anak dara yang lagi cantik kat luar tu?".
"Saya tak perlukan tu semua. Saya sayang awak, dah cukup".
Aku mengeluh.
"Saya ni mungkin tua lagi dari awak!".
"Tak nampak macam tu pun". Jawabnya selamba. Aku pulak yang rasa geram. Dia bermain2 dengan henset diatas meja.
"Yelah! Mana tau saya make up tebal nak selindung dari awak! Tak pun, saya sengaja pakai cantik untuk nampak muda. Awak tak pernah nak tanya saya pasal diri saya macamana awak boleh nak terus2 erima saya?". Aku masih mencuba. Mana tau dia akan beralah.
"Sebenarnya, apa yang awak cuba nak sampaikan?". Arif bertanya serius. Tajam pandangannya menghala aku.
Aku gugup. Takut pula melihat pandangan tajam Arif.
"Saya. Sayang. Awak! Tak cukup lagi ke?". Satu persatu perkataan itu disebut. Penuh jelas dan serius.
"Bukan itu maksud saya!". Dalihku.
"Habis tu, apa dia?". Tiba2 dia tersenyum. Aku pandang pelik. Dia ni bermusim betul! Kejap serius, kejap senyum. Haih!
"Susah sangat ke awak nak terima saya? Awak tua? Saya tak kisah. Awak buruk? Saya tak kisah. Awak janda? Saya tak nak ambil tahu pun pasal tu. Yang penting, saya bahagia dan saya dapat bahagiakan awak. Nazneen Malayka, sudilah terima saya yang serba kekurangan ini menjadi suami awak. InsyaAllah, selagi kudrat saya ada, saya takkan sisihkan awak. Itu janji saya".
Luahan Arif disambut dengan tepukan dari Atika dan Syazwan. Ah, sudah! Mana nak letak muka?!
"Apa lagi, jawablah!". Usik Syazwan yang sedang berdiri disebelah Atika. Merah mukaku menahan malu. Aku pandang Atika tajam. Memang cari nahas betul minah sorang ni!
"Bukan aku tau! Syazwan yang ajak curi2 dengar!".
"Eh? B pulak kena? Hurm, nasib lah!". Seraya tegelak mereka berdua. Aku sudah panas punggung duduk disitu. Serasa nak menggunakan mesin ajaib doraemon untuk lari dari semua ini.
"Beb, terimalah. Dia dah proposed tu!". Pujuk Atika lembut. Aku pandang Arif yang tersenyum manis.
Apa patut aku buat? Perlukah aku terima dia?
"Ayka, percayalah kami. Dia terbaik buat awak". Syazwan pula menyokong. Aku sudah kelu untuk berkata2.
"Awak?". Arif pula bersuara. Ah! Nak jerit je sekarang ni!
"S..saya.. er..saya.."
Semua diam. Menunggu jawapanku. Macam tunggu pengumuman puasa saja lagaknya.
"S.saya...er.. sorry, saya tak bersedia lagi!".
"Argh! Beb! Kenapa?". Soal Atika kecewa. Aku tersenyum kelat memandang Arif yang jelas turut terkilan. Berubah air muka nya namun dia masih lagi tersenyum.
"Sorry, aku tak boleh fikir sekarang". Rajukku pada Atika. Aku membuat wajah bersalah memandang Arif.
"Takpe. Saya masih ada masa lagi, kan?". Suaranya terdengar. Aku hanya mampu mengangguk.
Atika dan Syazwan kembali melayan tetamu. Aku dan Arif masih berdua. Janggal.
"Saya hantar awak balik?". Dia cuba menceriakan suasana.
"Saya kan bawak kereta. Saya boleh balik sendiri". Tolakku lembut.
"Kalau macamtu, saya follow belakang. Takpe kan?". Dia masih mencuba. Sukar untuk dia menolak. Dia memang lelaki yang baik.
"Ok!". Kami sama2 bangun dan meminta izin untuk pulang. Setelah aku memeluk Atika, aku menuju ke kereta. Arif juga begitu.
Aku memecut meredah jalan raya. Dari cermin pandang belakang, aku memerhatikan kereta Arif yang setia mengekoriku.
Berikanlah dia kesabaran, Ya Allah!
Sampai sahaja di rumah, aku terus mengucapkan terima kasih pada Arif.
"Saya ada something untuk awak!". Aku lihat dia tercari2 sesuatu di seat belakang. Aku tunggu dengan sabar.
Sebuah kotak berwarna merah kelihatan. Aku toleh memandang wajahnya.
"Proposed bagi cincin cliche, so saya bagi ni untuk awak!". Dia menghulurkan korak berwarna merah itu kepadaku. Sempat dia menyuruh aku agar buka di dalam. Aku menurut.
Setelah berbalas salam, Arif mula memandu meninggalkan aku. Aku lantas masuk kedalam rumah. Tertanya2 isi kotak merah tersebut. Aku letakkan dahulu diatas katil. Tuala aku capai lalu aku membersihkan diri. Melekit rasanya badan. Setelah selesai, barulah aku mengambil kotak tersebut. Perlahan2 aku buka. Kosong! Aku pelik. Puas aku membelek, tapi tiada apa2 didalamnya.
"Takkan nak tanya pulak! Kang dia kata apa pulak. Ish, dia lupa ke?". Gumamku sendiri. Puas memikirkan, sudahnya aku tutup balik kotak itu lalu menuju ke dapur.
Aku tuang air kosong ke dalam gelas. Masih lagi berfikir tentang kotak itu. Apa agaknya isi di dalam? Apa yang cuba Arif bagitau?
"Ah! Serabut aku fikir! Lantaklah. Nanti dia bagitau la tu". Bebel pula di dapur.
Henset berbunyi tanda ada mesej masuk.
Dah bukak? Jumpa tak?
Aku mencebik. Nak jumpa apa!
Takde apa2 dalam kotak.
Mesej send!
Selang beberapa minit,
Carilah hati dan sayang saya dalam tu. Kalau dah jumpa bagitau.
Aku bungkam. Cari hati dan sayang? Apakah semua ni? Tak mahu cari, ok!
Aku biarkan mesej Arif tak berbalas. Aku letakkan kembali henset. Kotak aku capai lalu aku buka.
"Cari hati dan sayang? Apa maksud dia?". Rungutku. Puas aku belek2 kotak itu tapi tetap tak menemukan sebarang jawapan.
Henset berbunyi lagi. Kali ini Arif menelefonku.
Jumpa?
Aku terdiam. Dia ni main2kan aku ke?
Nazneen? Dah jumpa hati dan sayang saya?
Awak nak cakap apa sebenarnya? Saya tak jumpa apa2 pun.
Dia tergelak. Lama.
Awak takkan jumpa kat kotak tu. Sebab hati dan sayang saya ada pada saya. Tu hadiah untuk awak ambil. Selagi awak tak ambil dari saya, awak takkan dapat penuhkan kotak tu dengan oerasaan cinta antara kita.
Ha! Amek kau! Doktor cinta pulak! Terkaku aku kat katil. Dia ni boleh tahan jiwang jugak!
Er, ni Arif ke? Ke saya salah orang?
Yelah! Saya ni. Habis tu, saya cakap saya nak awak, awak still tak faham2. Jadi, saya pakailah ayat jiwang2. Kot awak boleh terima ke? Geli eh?
Aku tergelak. Gila tak geli? Nak tercabut anak tekak rasaya!
Er, boleh tahan geli jugak. Tak payah la nak jiwang2 ni. Dah tua la, tak sesuai.
Oh macamtu ye? Jadi, saya cakap terus lah. Nazneen, saya nak awak jadi isteri saya yang sah. Hidup dengan saya sampai mati. Awak terima?
Aku tersenyum. Memang tak pernah putus asa.
Kalau saya reject?
Saya proposed lagi. Tapi, jangan lah! Kesian saya. Ke, awak memang suka nak dengar saya cakap macamtu?
Aku mencebik.
Tak pun! Menyampah dengar. Ustaz Arif tak reti nak putus asa. Saya naik meluat.
Haa, kalau dah meluat, terima jelah saya ni. Don't worry, hati saya tak pernah ditawan oleh sesiapa.
Aku tersengih.
Boleh percaya ke?
Saya takkan suruh belah dada saya!
Terhambur gelak aku. Ada2 saja Arif ni. Tak kering gusi aku melayan karenah nya.
Awak datang rumah saya esok boleh? Baru saya bagitau jawapan.
Aku dengar Arif mengeluh.
Harini tak boleh ke?
Erm, tak. Sebab harini jawapannya lain. Kalau nak dengar, esok ajelah. Sekian, Assalamualaikum!
Aku matikan talian. Masih berbaki gelakku. Aku capai kotak merah lalu aku buka sekali lagi.
Hati dan sayang?
Aku tutup lalu aku masukkan ke dalam beg. Harini aku terlalu penat. Sebelum masuk waktu asar, aku ingin merehatkan badan sebentar. Aku kunci pintu rumah dan aku matikan henset. Ingin bersendiri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Beb, macamana? Kau terima dia?".
Soal Atika ketika kami sedang keluar membeli belah. Aku yang sedang membelek pakaian bayi terdiam mendengar soalan Atika.
"Entah!". Sepatah aku menjawab.
Mataku kembali membelek2 pakaian bayi yang comel2. Teringin membelikan buat Atika. Perasaan teruja untuk mendapat bayi lebih terarah kepada aku. Sejak daribawal, aku yang beriya2 ingin membelikan kelengkapan bayi buat Atika. Mungkin kerana naluri aku yang sangat menyayangi budak2 membuatkan aku semangat untuk melakukannya. Atika pula tak kisah, jadi lagi galak lah aku menyiapkan.
"Beb! Kau ni, sorok dari aku something eh?". Soalnya lagi tak puas hati.
"Atika, comel kan baju ni?". Aku halakan baju tidur bayi berwarna biru kepada Atika. Dia menolak.
"Kau terima tak dia? Ish, aku cakap kau buat2 pekak je! Kang pekak baru tau! Aku tak tolong". Marah Atika mencekak pinggang. Aku tergelak. Dah tua2 pun nak merajuk.
"Ish kau ni! Nak sibuk sangat ni kenapa? Tak elok tau marah2, nanti kenan dekat baby muka masyam je!". Selorohku meredakan suasana. Atika mencebik. Mengejek ayat aku sebentar tadi.
"Jom! Aku nak carikan kau set pantang". Lantas aku capai lengannya menuju ke rak disebelah kanan kedai.
"Cik, ada apa2 yang boleh saya bantu?". Seorang jurujual datang kepada kami. Aku terus bertanyakan set yang sesuai dan elok unuk digunakan Atika nanti. Setelah membuat penilaian, aku mencapai satu set kelengkapan berpantang lalu membuat pembayaran.
Setelah selesai, kami memilih untuk lepak di sebuah kedai makan. Perut pun mula berkeroncong. Jam menunjukkan pukul 3 petang. Mana tak nya, sejak pukul 10 lagi keluar membeli barang bayi. Naik lenguh urat kaki semua nya. Barang yang dibeli pula sudah tak menang tangan nak dibawa.
"Ayka, kau nak order apa?". Atika bertanya sambil membelek buku menu. Aku yang tersandar keletihan hanya memandang.
"Order jelah apa2, aku minum. Penat lah, otak takleh nak fikir". Aku tersenyum.
Atika memesan dua teh tarik dan dua mee goreng mamak. Aku mengangguk setuju. Sempat mataku membelek barang2 di dalam beg plastik.
"Suka sangat la tu! Tulah, aku suruh kahwin taknak, kan boleh dapat baby sendiri! Ni tak, tunggu anak aku pulak. Apelah kau ni, Ayka! Kalau kau kahwin sekarang, dah berderet anak kau tau!". Atika bercanda. Aku pula yang geram.
"Biarlah! Aku nak excited anak orang. Lagipun, aku kahwin ke tak, aku tetap nak teruja anak kau!".
Atika menggeleng kepala. Ada2 saja perangainya. Aku tersenyum lebar memandang barang yang dibeli. Tidak lama kemudian, pesanan kami pun sampai. Aku makan dengan lahap nya. Perut dah tak mampu nak menampung kelaparan yang maha hebat.
"Beb, slow lah! Tercekik nanti". Pesan Atika. Aku tergelak.
"Ayka, kau memang taknak jawab ke soalan aku tadi?" Atika mula bersuara kembali. Nampak gaya dia masih tak puas lagi nak korek rahsia aku.
"Soalan apa?". Pura2 tak faham. Aku hirup teh panas.
"Hish, kau ni! Menyampah betul! Aku tanya, apa jadi? Kau terima ke proposed dia?". Soal Atika geram. Dia sengaja menjegilkan matanya. Makin comel pula aku lihat Atika begitu.
"Ala kau ni, nak gurau pun tak boleh. Hurm, kau nak aku jawab macamana?".
Atika berfikir. "Macamana yang sepatutnya kau jawab kat aku lah!".
"Okay, aku jujur. Hurm... aku terima lamaran dia".
"Seriously!! Ommaigaad!!". Jerit Atika kuat. Tersentak aku. Pengunjung yang makan di gerai itu juga turut terkejut.
"Kau nak bagi aku malu ke?!". Marah aku seraya memegang lengan Atika kuat. Malu pulak melihat orang ramai tak henti memandang kami. Atika sudah tak hairan dengan pandangan orang. Dia menekup mulut tak percaya.
"Beb! Ya Allah, teruja nya aku! Betul ke ni? Kau tak main2? Kau memang jujur kan? Aku tak mimpi kan?". Dia mencubit pipinya yang tembam. Sakit. Geli hati melihat Atika.
"Ish, kau ni! Patutnya doakan untuk aku. Bukan jerit2 macam tadi". Rajukku. Aku pandang kearah lain. Malu sebenarnya. Merah pipiku. Terasa seperti mimpi juga.
***
Petang itu, setelah memikirkan baik buruknya, aku menerima lamaran Arif Haikal. Dia orang yang paling gembira. Gembira tak terkata. Aku juga turut meluahkan rasa syukurku pada Allah kerana dikurniakan seorang lelaki yang baik buat aku.
"Awak tak main2 kan? Awak serius kan?". Soalnya dalam keterujaan. Aku mengangguk untuk kesekian kali.
"Terima kasih! Saya nak ucap terima kasih sangat kat awak! Saya tak tahu nak cakap apa lagi. Awak sudi menerima lamaran saya". Dia memandang aku lama.
"Saya yang patut ucap terima kasih sebab terima saya yang tua ni. Saya ikhlas".
"Saya ikhlas. Awak tua ke, apa ke, saya ikhlas. Allah! Macam mimpi je. Er jadi, bila boleh saya meminang awak? Saya nak kena buat persiapan!". Kalut Arif. Dia sudah siap mengeluarkan hensetnya mencatat sesuatu di dalam kalendar.
"Ustaz uruskanlah! Saya ok je, tak kisah. Mana yang terbaik, Insya Allah saya terima". Ujarku merendah. Hati berdebar pula. Mungkin setelah lama tidak hidup berpasangan, kali ini aku merasa debar yang amat.
"Terima kasih lagi sekali. Nanti saya bincang dengan parent saya. Awak tunggu ya". Aku mengangguk. Arif pulang untuk membawa berita gembira kepada keluarganya.
***
"Wah! So sweet of you!". Usik Atika setelah mendengar cerita aku. Aku memukul kuat lengannya. Pinggan yang kosong aku tolak ketepi. Tisu aku capai lalu mengelap bibir yang berminyak.
"Aku takut sebenarnya. Tak tahu lah perasaan apa sebenarnya dalam hati ni. Dia gugup semacam. Aku fikir yang aku ni dah lama tak kahwin, tiba2 nak kahwin balik. Jadi, hati aku ni macam serabut pun ada, gelabah pun ada". Luah aku pada Atika. Dia tekun mendengar.
"Lepas aku cakap aku terima dia, memang aku happy, tapi tulah! Perasaan aku ni". Ceritaku lagi.
"Dia excited la tu. Kau gelabah sebab nak mulakan hidup baru, kan? Beb, tak payah risau la. Tu sebab kau dah lama hidup sorang, sebab tu kau fikir macam2. Actually, ok je kalau kau boleh handle perasaan kau tu". Nasihat Atika.
Mungkin jugak. Disebabkan dah lama tak berumah tangga, tu yang aku gelabah tak ingat dunia.
"Beb, tak payah fikir semua tu. Yang penting sekali, kau mulakan hidup baru. Ya Allah! Happy giler aku dengar! Aku tumpang gembira tau! Ni kalau Syazwan tau ni mesti seronok dia. Ayka, aku bahagia tengoknkau bahagia. Sekarang, aku dah tak payah risau lagi!".
Dahiku berkerut. "Kenapa?".
"Sebab... kawan aku ni dah ada teman dia! Takdelah aku risau memanjang". Usik Atika seraya mencubit pipiku kuat. Aku mengaduh kesakitan.
"Ish, kau ni! Sakit lah!". Aku usap pipi yang terasa kebas.
"Beb, aku doakan kau bahagia dengan dia. Aku sentiasa doakan kau dapat kehidupan yang baik". Ujar Atika mendatar. Perlahan nada suaranya hampir tak kedengaran.
"Thnaks Atika sebab banyak tolong aku. Kau aje yang faham aku and sanggup layan karenah aku yang sewel ni ha!". Serentak kami berdua ketawa. Aku genggam erat tangannya. Inilah kawan sehidup semati aku. Aku sangat sayang kawan aku ini.
"Nanti, jangan lupa aku tau!".
"Ish, apa cakap camtu pulak! Kita tetap kawan sampai mati. Aku sayang kau sangat2. Takkan aku lupakan kau". Janjiku padanya. Atika mengangguk faham.
"So, bila kau akan dapat title 'puan' kau tu?".
Aku menggigit jari. Malu datang kembali.
"Entah! Dia kata nanti dia uruskan. Aku ikut jelah! Lagipun, aku tak kisah sangat pun. Janji akad nikah and majlis sederhana, cukuplah". Air yang berbaki aku sedut laju.
"Ikut lah mana yang terbaik, kan? Nanti aku tolong kau, eh? Baby pun tak sabar nak tolong aunty Ayka, kan?". Selamba dia mengusap lembut perutnya. Aku tergelak.
"Bajet2 comel la kau tu konon? Menyampah!".
Kami sama2 ketawa. Bahagia hidup berkawan. Kawan yang tak tikam belakang kawan.
~~~~~~~~~~~~
Setelah dua minggu Arif berbincang dengan keluarga nya, kata sepakat telah pun diputuskan. Kami akan diijabkabulkan pada hari ulangtahun aku awal bulan depan. Kata Arif, lebih cepat lebih bagus. Tak perlu dia nak menunggu lebih lama. Aku setuju sahaja. Bak kata arwah mak, perkara yang baik tak elok dilambatkan. Ada berkat disitu.
Segala persiapan perkahwinan, aku uruskan pada Atika yang sendiri sukarela untuk menyiapkan. Aku pun tak berapa ambil tahu pasal persiapan. Asalkan ok pada mata Atika, pasti ok jugak pada mata aku. Arif pula dibantu oleh Syazwan. Aku sendiri hairan kenapa Arif tak mahu ahli keluarganya membantu. Sejak dari awal lagi setelah kata sepakat dicapai, dia lebih rela Syazwan membantu dia menguruskan hal perkahwinan kami.
Semalam aku sudah mengambil tempahan baju kahwin. Maklum sahaja, sebulan masa yang diberikan, dirasakan sangat tak mencukupi. Kelam kabut dibuatnya. Mana nak uruskan borang nikah lagi, kenduri lagi, baju kahwin lagi. Mujur mama sudi membantu. Katanya, aku sudah dianggap seperti anak perempuannya. Aku mengikut kehendak mama. Dialah yang menguruskan hal makanan nanti. Segala2 nya seperti sudah dimudahkan oleh Allah. Aku bersyukur.
Lagi dua minggu perkahwinan kami, keadaan menjadi semakin serius. Aku betul2 perlu memastikan keadaan berjalan seperti yang dirancang. Sepanjang sebulan kami menguruskan hal kerja kahwin, tak pernah sekali pun aku bertemu dengan Arif. Fikiran aku juga langsung tak teringat pada lelaki itu. Mungkin dengan cara ini tidaklah aku merasa terlalu gugup.
"Beb, kau nak pakai inai tak malam sebelum nikah?". Soal Atika yang sedang melipat kain. Aku yang sedang melunjur kaki hanya menggeleng.
"Laa, kenapa? Pakailah. Baru nampak seri pengantin tu!". Bebel Atika. Aku hanya menggeleng.
"Malu lah! Aku ni bukan anak dara pun nak pakai inai pulak. Kahwin pun kali yang kedua la sayang oi!". Ujarku malu. Kacang gajus aku suap ke mulut.
Hari ini dapatlah aku berehat sekejap dari hal kerja kahwin. Segala persiapan sudah siap, hanya tinggal masa yang ditunggu sahaja.
"Beb, ada pulak macamtu. Tak kisah la kau kahwin kali ke berapa pun, tak salah pun pakai inai. Barulah nampak aura pengantin tu. Nanti apa orang kata pulak".
Aku hanya tersenyum. Biarlah orang nak pandang apa. Janji aku tak buat yang pelik2.
"Ni, Arif takde call kau?". Soal Atika. Baju yang siap dilipat diketakkan ditepi. Kini giliran Atika pula merehatkan badan di sebelahku.
"Takde. Kenapa tanya?".
"Takdelah. Aku cuma pelik je kenapa korang tak contact. Selalu kan kalau pasangan couple kan, mesti contact, tanya khabar ke apa". Dia meluahkan rasa pelik.
"Tu orang lain, bukan aku. Aku tak buat benda tu". Bidasku. Habis kacang gajus aku makan.
"Beb, nak tanya satu soalan, boleh?".
Aku pandang wajah Atika. "Apa dia?". Soalku.
"Kau masih ingat arwah Aqasha?". Soalan yang membuatkan aku tersenyum manis.
"Mestilah! Suami aku kan? Tapi, aku simpan dia dalam hati aku ni. Takkan pernah lupa". Ujarku ikhlas. Aku pandang wajah Atika lama.
Suami yang takkan pernah aku hilangkan cintanya. Suami yang membawa aku mengenal erti cinta.
"Sorry kalau kau tak suka. Aku just nak tau je. Hurm, kau ni memang wanita tabah. Aku bangga ada kawan macam kau!". Puji Atika melangit.
"Takkan kuat tanpa nasihat kau jugak. Kau banyak berkorban untuk aku. Tak terbalas rasanya. Aku sayang kau, Tika".
Kami sama2 mengangguk. Dia juga faham aku.
"Aku harap perkahwinan kau kali ini, fasa baru untuk kau jadi isteri yang solehah".
"Ameen. Itu yang aku harapkan jugak. Doakan yang terbaik tau!". Atika menangis. Aku juga tak mampu menahan air mata. Kami sama2 dalam kesedihan.
Terima kasih Allah atas sahabat solehah ini.
~~~~~~~~~~
Share this novel