Rawatan diteruskan, aku jadi makin pening bile ustaz paksa benda itu keluar bersama benda-benda kotor yang dia tanam dalam badan aku. Malangnye jin tu degil, langsung tak nak mengalah. Masa tu aku tak tau apa yang berlaku.
Badan aku menggigil dan ubun-ubunku rasa macam ditarik. Selesai rawatan, lebih kurang 15 minit lepas tu aku jadi makin pulih dan dengan izin Allah, aku sihat walafiat dan tak pening langsung.
Alhamdulillah. Menurut ustaz, aku mungkin akan pening lagi skit-skit lepas ni sebab walaupun jin dah takda, benda-benda kotor tu dia masih tinggalkan dalam badan aku.
Cuma aku masih kena tindih sekejap, tapi tidaklah memudaratkan seperti sebelum ini. Pening dan gatal-gatal mata tu masih ada cuma ianya tak sampai mengganggu kehidupan harianku.
Pada sebelah malam seperti biasa, aku masih terjaga lebih kurang pukul 2.45 pagi. Lepas tidur balik, aku ada mimpi beratus-ratus ular pelbagai warna dan saiz menjalar di sekeliling tapi langsung tak mengancam aku. Aku terjaga kira-kira 20 minit sebelum azan Subuh berkumandang dan aku lega kerana walaupun ada mimpi buruk, tapi aku da tak mengigau lagi.
Share this novel