BAB 7 - Curang

Thriller Completed 8345

Sudah hampir lima tahun saya tidak ‘bersama’ isteri. Setiap kali ingin melakukannya, na-fsu saya seperti disekat dan tak bermaya. Bagaimanapun, keadaan berbeza apabila saya melihat perempuan lain.

Saya yakin masalah ini berpunca daripada silap saya sendiri yang curang dengan pembantu rumah hingga menyebabkan wanita dari seberang itu menggunakan ilmu hitam untuk merosakkan rumah tangga saya. Ini bukan tuduhan melulu kerana saya ada beberapa petunjuk dan bukti berasas.

Mulanya saya sangka menghadapi masalah lemah tenaga batin. Hasil perbincangan dengan isteri, kami berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian. Namun, pemeriksaan mengesahkan saya tidak mengalami sebarang masalah seksual.

Berikutan itu saya dan isteri berbincang dengan anggota keluarga dan mereka mencadangkan saya mencuba perubatan secara Islam kerana mungkin ada orang menggunakan cara halus untuk merosakkan rumah tangga kami.

Selepas berubat di pusat rawatan Islam, kami terkejut apabila ustaz memberitahu saya mungkin terkena sihir dilakukan orang yang pernah duduk serumah dengan kami. Selepas dimaklumkan begitu, saya terus teringat ketika isteri melahirkan anak lima tahun lalu, saya mengambil seorang pembantu rumah untuk menguruskan rumah sepanjang dia dalam pantang.

Sepanjang dua bulan amah berusia 30-an itu bekerja, saya pernah terlanjur dengan wanita itu selepas tidak tahan dengan godaannya. Kami berzina ketika isteri tiada di rumah kerana pergi melakukan urutan selepas bersalin dengan bidan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience