BAB 9 - Dengki

Thriller Completed 8345

Sudah agak lama juga aku membuka perniagaan restoran turun temurun keluarga aku, sehinggalah selepas aku berkahwin rezeki kami sekeluarga terbuka seluas-luas nya.

Syukur alhamdulillah aku dapat membuka dua lagi cawangan baru restoran, permulaan nya memang tiada masalah, tetapi apabila seorang peniaga baru muncul di salah sebuah cawangan restoran kami segala nya berubah. Namun aku tidak menyangka insan sebaik Aziz rupa nya penuh dengan muslihat, Aziz juga membuka restoran di barisan sama dengan cawangan restoran aku.

Malah sifat Aziz yang prihatin dan ramah itu tidak membuat kan aku berasa sangsi akan kebaikannya, sesiapa pun tidak akan menyangka tentang ini. Suatu hari entah mengapa aku mendapati jualan di cawangan berdekatan restoran Aziz merosot secara tiba-tiba, entah bagaimana hal ini boleh berlaku sedang kan di restoran itu ke banyakkan nya adalah pelanggan tetap aku.

Tetapi aku tidak syak yang bukan-bukan ketika itu malah tidak terfikir langsung pun, sehinggalah aku ke bank untuk membayar bil, salah seorang pekerja di bank tersebut telah membuat kan aku berasa bingung dan terkejut.

"Lama tak buka restoran? Terliur saya nak makan nasi lemak kegemaran saya itu,"ujar kerani bank itu.

"Ada je kami buka, kalau tutup pun hari Jumaat saja," balas aku,namun di fikiran aku pelik juga kenapa kerani bank itu kata restoran aku tutup? Bukan seorang dua malah ramai bertanya kan hal yang sama, di mana kah silap nya??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience