Layanan amah itu kepada saya memang baik. Setiap kali pulang kerja, dia akan menyambut saya dan menyediakan minuman biarpun saya tidak meminta.
Walaupun terlanjur, saya langsung tiada niat untuk berkahwin dengannya. Saya perasan dia ada mengambil air mani saya selepas kami melakukan hubungan haram itu tapi tidak mengesyaki apa-apa.
Selepas isteri habis pantang, saya terus memberhentikan amah berkenaan kerana bimbang rahsia kami terbongkar hingga menyebabkan rumah tangga kami bergolak. Saya menyesal dan bertaubat kerana berzina dengan amah itu selepas tidak tahan dengan godaannya.
Ustaz yang mengubati mengesyaki saya terkena ilmu sihir yang dilakukan melalui pemujaan air mani dan masalah dingin terhadap isteri mula saya alami sebaik saja memberhentikan pembantu rumah itu. Sebenarnya bukan saya tidak bernafsu terhadap wanita tetapi apabila melihat isteri, saya memandangnya seolah-olah melihat seorang lelaki menyebabkan saya langsung tiada nafsu terhadapnya.
Sebelum ini saya sudah beberapa kali mencuba perubatan moden termasuk mengambil pil perangsang lelaki tapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.
Bagaimanapun, saya menyembunyikan kecurangan saya daripada isteri kerana bimbang ia akan memberi kesan terhadap rumah tangga kami. Saya kini makin pulih tetapi masih meneruskan rawatan lanjut.
Share this novel