BAB 5 - Buta

Thriller Completed 8345

Setelah habis bercuti, aku nekad nak pergi kerja juga sebab dah lama sangat aku cuti walaupun sakit aku belum sembuh. Pagi tu majikan aku iaitu Haji Jamal datang tengok aku, mungkin kerana kasihan dia pun cakap aku tak payah kerje lagi, die bawa aku pergi klinik pakar serta merta. Lepas jalani rawatan aku tak sembuh-sembuh jugak, Haji Jamal nasihatkan aku balik. Petang tu aku dapat panggilan dari Haji Jamal, dia kata nak bawa aku gi kat pusat perubatan Islam.

Malam tu lebih kurang pukul 9.30 malam kami bertolak ke sana. Dalam perjalanan tu aku asyik tunduk je, tak boleh nak pandang jalan. Soalan yang dikemukakan Haji Jamal pun aku jawab acuh tak acuh sebab aku menggigil bile bercakap banyak.

Sampai kat sana, ramai pesakit yang menunggu. Tempat tu dibahagikan kepada dua, satu ruangan menunggu dan satu ruangan rawatan.
Sepanjang menunggu tu tetiba aku jadi macam kejap pening, kejap macam sihat sikit, pastu pening lagi. Aku rasa macam nak beritahu Haji Jamal supaya batalkan rawatan ni sebab aku da sihat sikit, tapi tak terkeluar pula dari mulut. Giliran aku sampai kira-kira jam 3 pagi. Bayangkanlah betapa lama tunggu untuk dapatkan rawatan.

Aku ditemani oleh Haji Jamal masuk kat ruangan rawatan. Tetiba aku rasa pening yang teramat sangat. Ada seorang ustaz dating dan letak tangan atas kepala aku lebih kurang seminit. Ustaz tu kata aku kena sihir, ada orang buat kat aku.

Ada tiga orang pembantu ustaz datang, masing-masing seorang duduk kat kiri dan kanan aku, manakala sorang lagi duduk betul-betul depan aku. Aku diingatkan supaya sentiasa membaca ayat Kursi sampai habis rawatan, kuatkan semangat dan jangan takut kat benda tu. Kemudian mereka bertiga membaca ayat suci al-Quran sambil dua orang di kiri dan kanan aku tu seolah-olah mengangkat sesuatu masuk ke dalam orang kat depan aku.

Masa tu aku da langsung tak boleh nak buka mata, tetiba aku dengar ada suara garau bercakap.

Rupanya selama ni ade satu jin kafir bertenggek di kepala aku. Jin ni sangat degil. Apa yang pasti dia mengaku memang dah lama duduk dalam badan aku. Kemudian ustaz tanye, ape tujuan die masuk kat dalam tubuh aku? Dengan izin Allah, tetiba aku macam boleh buka mata sikit. Masa tu aku nampak dia angkat tangan kiri dan halakan dekat ngan muka aku sambil berkata “Aku nak dia buta!”

MasyaAllah, dosa apakah yang aku lakukan selama ni sampai ada orang sanggup nak aku jadi buta? Termenung aku sekejap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience