BAB 10 – Dengki

Thriller Completed 8345

Suatu hari juga ketika aku pasar untuk membeli barang di pasar, Pak Ali agak hairan dengan aku.

"Sikit pula ambil sayur ini, biasa banyak ambil,"soal pak Ali

"Entah lah pak Ali, restoran ketiga saya itu pelik saya di buat nya," balas aku sambil menghulurkan wang membeli sayur.

"Pelik macam mana itu? boleh pak Ali tahu?” soal pak Ali lagi.

"Macam ini pak Ali, saya memang buka restoran itu dan cuti pada hari Jumaat saja, tapi sejak akhir-akhir ini pelanggan dah tak datang ke restoran ketiga itu. Yang lebih pelik, ramai yang bertanya kenapa tak buka restoran? Itu yang buat saya bingung," luah aku kepada Pak Ali.

"Pelik juga, tapi Pak Ali pun ada juga terdengar perkara yang macam ini berlaku," balas Pak Ali.

"Pak Ali pernah dengar hal macam ini?"soal aku pada Pak Ali kembali.

"Rasanya ya, sama macam seorang peniaga yang bankrap gara-gara tiada orang yang nampak kedai nya di buka, mengikut cerita kedai nya di sihir orang," sungguh memeranjat kan sekali mendengar kata-kata Pak Ali lebih-lebih lagi perkataan sihir itu.

"Apa yang saya boleh buat Sekarang Pak Ali,"soal aku lagi.

"Beginilah, nanti malam Pak Ali datang kedai kamu bawa seseorang yang kita boleh ikhtia kan dengan nya,"ujar Pak Ali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience