Aku pergi mendapatkan rawatan doktor dan jawapan yang aku dapat ialah mungkin mata aku kering akibat terlalu kerap memandang skrin komputer dan mungkin kerana pemakanan aku yang tak berkhasiat. Aku diberi ubat titis mata. Oleh kerana berat badan berlebihan, doktor nasihatkan aku supaya ubah cara pemakanan.
Tapi lain yang doktor suruh, lain yang aku buat. Percaya tak, aku boleh pergi makan roti je tiap-tiap hari, langsung tak sentuh nasi gara-gara nak sihat punya pasal. Atas nasihat doktor juga, aku pergi ke kedai cermin mata dan periksa keadaan mata aku. Alhamdulillah aku dapat berita baik, kuasa kanta aku makin berkurangan. Aku fikir mungkin ni la sebabnye aku asyik tak selesa nak memandang.
Tapi lepas tu timbul plak masalah lain. Rupa-rupanya masalah mata aku tak selesai di situ, tapi timbul masalah lain pula.
Oleh kerana aku asik makan roti je, tetiba aku tak boleh nak makan benda lain. Aku hanya makan makanan selain roti bila ada jamuan kat ofis dan bila aku balik kampung. Aku tak nak keluarga aku perasan yang aku tak makan nasi.
Masalah yang timbul adalah setiap kali aku makan benda selain roti, waktu malam mesti aku jadi pening dan nak muntah tak pasal-pasal. Bab pening ni kakak aku pun perasan tapi mungkin dia anggap benda tu perkara biasa je kot. Makin lama makin menjadi-jadi, setiap kali makan apa-apa, malam je pening. Sampai satu tahap badan aku da susut sikit.
Kemuncaknya, ketika aku menghadiri jamuan yang dibuat di pejabat aku. Aku makan je dan aku tahu, malam ni mesti pening. Tapi benda lain pula terjadi. Lepas je makan tu aku terus jadi pening yang agak teruk. Aku terus gi klinik yang sering aku pergi, malangnya doktor tak tahu punca penyakit tu. Aku dapat MC selama 4 hari. Bayangkan selama 4 hari aku cuti, campur cuti hujung minggu 2 hari, jumlahnye selama 6 hari aku pening.
Ketika baring pun pening sampai tak boleh nak memandu langsung. Selain tu, ade benda baru pula terjadi, aku tak boleh bercakap banyak. Jika aku bercakap masa aku pening, rasa macam ada benda menyucuk di belakang kepala, biasanya mula terjadi lepas Asar. Bila dah menyucuk tu aku tak boleh nak bercakap banyak sebab bile bercakap je badan jadi menggigil. Masa solat lagi dahsyat. Angkat takbiratul ihram aku dah mula menggigil sampaikan aku solat sambil tutup mata.
Dengan bantuan rakan serumah, aku pergi ke beberapa buah klinik dan di sana aku buat pemeriksaan jantung dan pemerisaan darah.
Doktor kata tujuannya untuk tengok samada aku ade penyakit yang boleh menjejaskan antibodi aku. Setelah dua hari, keputusannya positif, Alhamdulillah aku disahkan tidak mengidap sebarang penyakit yang disyaki. Aku dibekalkan dengan lima jenis ubat iaitu ubat pening, ubat saraf, ubat penahan sakit, ubat gastrik dan vitamin B kompleks. Walaubagaimanapun ianya masih tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan.
Share this novel