Sejak zaman sekolah menengah lagi sampailah ke alam pekerjaan sekarang ni pun aku masih lagi diganggu oleh benda-benda mistik. Benda ni semakin lama menjadi semakin buruk sampai boleh memudaratkan kesihatan aku.
Gangguan yang aku alami terbahagi kepada dua iaitu gangguan iaitu di alam nyata dan gangguan sewaktu tidur seperti ditindih, mimpi ngeri dan mimpi-mimpi benda mengarut.
Antara mimpi yang aku sering alami termasuklah mimpi hantu pocong, hantu yang sangat hodoh, hantu tak ada muka, mimpi ular hitam, ular yang sangat besar, mimpi benda tak masuk akal, mimpi berada kat atas tempat yang sangat tinggi dan mimpi persetubuhan samada aku sendiri yang terlibat atau aku nampak ada pasangan yang sedang berzina.
Yang pasti, hubungan kelamin itu kebanyakannya berlaku secara songsang. Maknanya ia berlaku dari belakang. Untuk rekod, aku pernah mengigau sebanyak empat kali dalam satu malam. Kadang-kadang tak ada orang sedar pun aku mengigau.
Pasal kena tindih pula tak perlu ceritakan. Boleh dikatakan setiap minggu ada saja aku ditindih, adakalanya sampai berulang kali dalam satu malam. Masa mula-mula dulu di tindih, aku setakat tak boleh nak gerak, tapi sejak dua, tiga tahun kebelakangan ni siap boleh rasa lagi kepala aku dipijak-dipijak, ada benda berlari-lari atas badan aku dan ada ketikanya pakaianku seolah-olah diselak padahal sebenarnya tak pun.
Masa praktikal dulu lagi dahsyat, boleh dikatakan hampir setiap malam kena tindih. Masa tu memang seksa dan aku akan pastikan aku betul-betul mengantuk dulu baru boleh tidur, kalau tak kene tindih la. Nak kene tindih ni tak perlu ambil masa lama pun, tutup mata saja automatik terus kena. Kadang-kadang tu aku rase macam badan aku dicakar-cakar.
Yang terbaru, aku kene cekik semasa ditindih sebab die marah aku pasang ayat suci al-Quran ketika nak tidur. Ada jugak bila bangun tidur aku rasa tersentak, macam ade renjatan seolah-olah aku dikejutkan secara paksa.
Share this novel