Ada satu benda lagi yang pelik, sejak kebelakangan ni aku sering terjaga waktu tengah malam. Secara puratanya aku terkejut pukul 3 pagi. Kadang-kadang rasa seram, kadang-kadang tak rasa apa-apa.
Masa aku mula tahu disihir, aku tak syak ape-ape sebenarnya. Bermula apabila aku tetibe je rase macam pening sikit. Tapi tu sementara , kemudian hilang begitu saje. Lepas tu aku mula alami masalah kesihatan dan perkara ni berlarutan selama beberapa bulan.
Mula-mula aku jadi tak berape sedap nak tengok depan, tapi yang peliknye hal ini jadi ketika memandu je. Mata aku asyik nak berkelip-kelip, sungguh tak selesa nak tengok ke depan. Apabila dah lama berkelip mula jadi melekit pada hal aku tak mengantuk pun. Kalau aku memandu lima jam, selama lima jam itulah aku berkelip-kelip.
Apabila mata mula jadi melekit tu lama-lama jadi gatal. Mata gatal ni memang tak dapat aku nak terangkan, yang pasti gatal yang teramat sangat, sampai satu tahap mata aku ni berair macam orang menangis.
Aku jadi fobia nak berjalan jauh. Ade sesekali apabila nak balik kampung, aku beritahu ayah yang aku nak balik naik bas sebab takut mengantuk memandu sendiri. Nasib baiklah ayah aku ni seakan memahami dan dia tak marah aku naik bas walaupun ada kenderaan sendiri.
Tentang masalah mata ni aku rahsiakan dari keluarga dan rakan sepejabat. Kakak aku pernah perasan yang mata aku asyik berkelip, tapi bila dia tanya aku tak bagi jawapan konkrit. Sebenarnya aku pernah alami masalah mata berkelip ni dulu masa zaman sekolah tapi penyakit tu hilang begitu je. Aku berbohong pasal mata gatal tu, aku bagitau keluarga aku yang aku kene resdung, sebab tu mata gatal padahal dalam hati hanya Allah yang tahu.
Bila aku balik kampung, biasanya keluarga aku suke ajak berjalan-jalan, tapi fobia punye pasal aku cuba elakkan diri dari memandu dengan memberi pelbagai alasan. Aku takut mata aku jadi berkelip-kelip dan gatal, lagipun aku tak selesa nak memandang, jadi bagaimana nak memandu.
Share this novel